MyAqsa Defenders
18.7K subscribers
21.8K photos
10.2K videos
77 files
977 links
MyAqsa Defenders (MyAD) merupakan gabungan NGO anak muda bersatu untuk memperjuangkan Palestin
Download Telegram
Penduduk tempatan berjaya mengejar sekumpulan pendatang haram Israel dan menyelamatkan dua kanak-kanak Palestin yang telah diculik dan diikat pada sebatang pokok ketika mereka sedang bermain berhampiran rumah mereka di Nablus, Tebing Barat.

Mohammed Hanani, bapa saudara kepada kanak-kanak tersebut, berkata dua anak perempuannya bersama sepupu-sepupu mereka sedang bermain di luar rumah apabila sekumpulan pendatang Israel tiba. Mereka menculik Maryam yang berusia 13 tahun dan adik lelakinya Ahmed yang berumur tiga tahun, lalu membawa mereka ke kawasan terpencil dan mengikat mereka pada sebatang pokok zaitun.

Sumber: Quds News Network
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Wartawan Al-Jazeera, Rami Abu Taima terkejut apabila mendapati beberapa saudaranya di kalangan mereka yang dibunuh dalam serangan Israel ke atas khemah orang yang dipindahkan di Al-Mawasi, barat Khan Younis.

Sumber: Quds News Network
Jurucakap Hospital Syuhada’ Al-Aqsa di Gaza:

1/ 200,000 pesakit dengan penyakit kronik berada dalam keadaan terancam.

2/ Sistem kesihatan di Gaza menghadapi kekurangan ubat yang teruk.

3/ Penutupan laluan sempadan mengancam untuk menghentikan operasi semua hospital.

Sumber: TV Al-Aqsa
Ketika Israel meningkatkan penggunaan teknologi robotik di Gaza, kebimbangan semakin memuncak terhadap implikasi etika dan undang-undang dalam peperangan automatik yang menyasarkan komuniti Palestin.

Sumber: TRT World
Lebih 90,000 rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal kini berlindung di 115 lokasi yang dikendalikan oleh PBB di Gaza, ketika serangan pengganas Israel terus berlanjutan.

Agensi pelarian PBB menganggarkan hampir 420,000 orang telah sekali lagi kehilangan tempat tinggal sejak gencatan senjata dicabuli Israel pada bulan Mac.

Sumber: Anadolu Agency
Rejim Zionis terus melaksanakan operasi kejamnya di kem-kem pelarian di Tebing Barat yang dijajah, khususnya di Jenin dan Tulkarm, sejak hampir tiga bulan yang lalu.

Kekejaman ini melibatkan pembunuhan berterusan, kemusnahan harta benda, dan tangkapan sewenang-wenangnya, sementara penduduk tempatan terus dipaksa meninggalkan rumah mereka secara paksa, sebagai sebahagian daripada dasar penghapusan dan pemindahan secara besar-besaran.

Sumber: TV Al-Aqsa
Pihak Penyiaran Israel:

Tentera rejim Israel menghantar tentera baru yang belum selesai latihan mereka untuk tugas-tugas lapangan di Gaza akibat kekurangan pasukan.

Sumber: Al Jazeera
Media Israel:

2 askar Israel terbunuh dan tujuh lagi cedera di Gaza dalam tempoh 24 jam.

Sumber: Al Jazeera
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hebat rakyat Tunisia! 💪🏼

Rakyat Tunisia mengadakan protes sebagai tanda solidariti dengan rakyat Palestin di ibu kota Tunis.

Sumber: Al Jazeera
Wartawan tentera bagi akhbar Maariv Ibrani:

HAMAS telah mengembangkan taktik mematikan. Kejadian berbahaya di utara Gaza yang mengakibatkan seorang askar terbunuh dan beberapa yang lain cedera parah menggambarkan doktrin ketenteraan HAMAS dalam cara peperangan gerila, serangan hendap, tembakan anti-perisai, dan pengunduran diri melalui terowong.

Sumber: TV Al-Aqsa
Pengarah Hospital Lapangan di Gaza kepada Al Jazeera:

1/ Rejim Zionis Israel tidak memberi pengecualian kepada sesiapa pun dalam sistem perubatan di Gaza.

2/ Pengganas Israel mensasarkan hospital dan kakitangan perubatannya, termasuk pekerja asing.

3/ Rejim Zionis Israel menghalang kemasukan bekalan perubatan ke hospital dengan tujuan untuk memusnahkan sistem perubatan.

Sumber: Al Jazeera
Ketua Pengarah Farmasi di Kementerian Kesihatan di Gaza:

Lebih daripada 37% senarai ubat-ubatan penting sudah kehabisan stok.

Kami kehilangan sejumlah besar pesakit kerana kekurangan ubat-ubatan dan bekalan perubatan.

Kami menyeru organisasi kemanusiaan untuk segera campur tangan untuk menyelamatkan nyawa pesakit, memandangkan kekurangan ubat-ubatan dan bekalan perubatan.

Sumber: Seraj Sat
Terj: Cinta Gaza Malaysia
MAC - APRIL

Berikut adalah ringkasan apa yang telah berlaku sejak rejim Zionis Israel memungkiri gencatan senjata pada 2 Mac 2025.

Teruskan berdoa untuk Palestin. 🤲🏼
Para penunjuk perasaan di Tangier, Maghribi berhimpun membantah ketibaan kapal-kapal Israel yang sarat dengan senjata di Pelabuhan Tanger-Med dan menuntut penamatan normalisasi dengan penjajahan Israel.

Sumber: Quds News Network
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Lebih 10,000 orang berarak di Rotterdam dalam protes “Langkah untuk Gaza”, menuntut agar serangan Israel ke atas Gaza dihentikan dan menggesa kerajaan Belanda untuk mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Sumber: Quds News Network
IOF telah meminta kerajaan Israel untuk tambahan USD 2.6 bilion bagi membiayai perang Gaza termasuk operasi darat berskala besar yang bertujuan untuk mengamankan komuniti sempadan dan mencegah serangan roket selanjutnya. 

Bagaimanapun, Kementerian Kewangan menentang keras permintaan itu, memberi amaran ia boleh memaksa pemotongan bajet lebih mendalam atau meningkatkan defisit negara.

Sumber: Yeni Safak
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Allah Musta'an.

Seorang lelaki dan isterinya yang baru berkahwin terbunuh selepas tentera rejim Zionis Israel mengebom khemah mereka di Al-Mawasi, barat Khan Younis.

Sumber: Quds News Network