MyAqsa Defenders
18.7K subscribers
21.8K photos
10.2K videos
77 files
975 links
MyAqsa Defenders (MyAD) merupakan gabungan NGO anak muda bersatu untuk memperjuangkan Palestin
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Rakyat Gaza yang dipindahkan menjelaskan bagaimana mereka terpaksa hidup di dalam khemah berhampiran dengan bahan letupan yang belum meletup di Bandar Gaza.

“Terdapat sejumlah besar bahan letupan yang tidak meletup ditemui di antara bangunan dan di atas jalan di Semenanjung Gaza akibat perang ini,” kata jurucakap agensi pertahanan awam Gaza, Mahmud Basal.

Sumber: Middle East Eye
Kanak-kanak daripada keluarga Abu Taima dibunuh dalam serangan rejim Zionis Israel yang menyasarkan sebuah khemah yang melindungi orang yang kehilangan tempat tinggal di Al-Mawasi, barat Khan Younis, selatan Gaza.

Sumber: Quds News Network
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kreatif! 💪🏼

Pelajar Universiti Amar Telidji di wilayah Laghouat, Algeria telah menganjurkan lakonan simbolik penyerahan tahanan Israel oleh pejuang Palestin sebagai tanda solidariti mereka terhadap perjuangan Palestin.

Sumber: Al Jazeera
Gabungan Iraq untuk Membela Masjid Al-Aqsa telah menganjurkan satu demonstrasi di ibu negara Baghdad sebagai tanda sokongan kepada Gaza.

Sumber: Al Jazeera
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Serang hendap mujahidin Palestin di Beit Hanoun.

Allahuakhbar. 💪🏼

Sumber: Shehab Agency
Radio Israel melaporkan bahawa dua menteri dari parti Likud dan Jewish Power (Otzma Yehudit) telah menuntut kedaulatan Israel ke atas Tebing Barat semasa lawatan mereka ke beberapa penempatan haram.

Sumber: Al Jazeera
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Seorang ibu Palestin terduduk tidak berdaya akibat terkejut, manakala anak-anak di sisinya menjerit ketakutan selepas serangan udara rejim Israel mengenai sebuah rumah berhampiran di kem pelarian Khan Younis, selatan Gaza.

Sumber: Quds News Network
Penduduk tempatan berjaya mengejar sekumpulan pendatang haram Israel dan menyelamatkan dua kanak-kanak Palestin yang telah diculik dan diikat pada sebatang pokok ketika mereka sedang bermain berhampiran rumah mereka di Nablus, Tebing Barat.

Mohammed Hanani, bapa saudara kepada kanak-kanak tersebut, berkata dua anak perempuannya bersama sepupu-sepupu mereka sedang bermain di luar rumah apabila sekumpulan pendatang Israel tiba. Mereka menculik Maryam yang berusia 13 tahun dan adik lelakinya Ahmed yang berumur tiga tahun, lalu membawa mereka ke kawasan terpencil dan mengikat mereka pada sebatang pokok zaitun.

Sumber: Quds News Network
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Wartawan Al-Jazeera, Rami Abu Taima terkejut apabila mendapati beberapa saudaranya di kalangan mereka yang dibunuh dalam serangan Israel ke atas khemah orang yang dipindahkan di Al-Mawasi, barat Khan Younis.

Sumber: Quds News Network
Jurucakap Hospital Syuhada’ Al-Aqsa di Gaza:

1/ 200,000 pesakit dengan penyakit kronik berada dalam keadaan terancam.

2/ Sistem kesihatan di Gaza menghadapi kekurangan ubat yang teruk.

3/ Penutupan laluan sempadan mengancam untuk menghentikan operasi semua hospital.

Sumber: TV Al-Aqsa
Ketika Israel meningkatkan penggunaan teknologi robotik di Gaza, kebimbangan semakin memuncak terhadap implikasi etika dan undang-undang dalam peperangan automatik yang menyasarkan komuniti Palestin.

Sumber: TRT World
Lebih 90,000 rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal kini berlindung di 115 lokasi yang dikendalikan oleh PBB di Gaza, ketika serangan pengganas Israel terus berlanjutan.

Agensi pelarian PBB menganggarkan hampir 420,000 orang telah sekali lagi kehilangan tempat tinggal sejak gencatan senjata dicabuli Israel pada bulan Mac.

Sumber: Anadolu Agency
Rejim Zionis terus melaksanakan operasi kejamnya di kem-kem pelarian di Tebing Barat yang dijajah, khususnya di Jenin dan Tulkarm, sejak hampir tiga bulan yang lalu.

Kekejaman ini melibatkan pembunuhan berterusan, kemusnahan harta benda, dan tangkapan sewenang-wenangnya, sementara penduduk tempatan terus dipaksa meninggalkan rumah mereka secara paksa, sebagai sebahagian daripada dasar penghapusan dan pemindahan secara besar-besaran.

Sumber: TV Al-Aqsa
Pihak Penyiaran Israel:

Tentera rejim Israel menghantar tentera baru yang belum selesai latihan mereka untuk tugas-tugas lapangan di Gaza akibat kekurangan pasukan.

Sumber: Al Jazeera
Media Israel:

2 askar Israel terbunuh dan tujuh lagi cedera di Gaza dalam tempoh 24 jam.

Sumber: Al Jazeera
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hebat rakyat Tunisia! 💪🏼

Rakyat Tunisia mengadakan protes sebagai tanda solidariti dengan rakyat Palestin di ibu kota Tunis.

Sumber: Al Jazeera
Wartawan tentera bagi akhbar Maariv Ibrani:

HAMAS telah mengembangkan taktik mematikan. Kejadian berbahaya di utara Gaza yang mengakibatkan seorang askar terbunuh dan beberapa yang lain cedera parah menggambarkan doktrin ketenteraan HAMAS dalam cara peperangan gerila, serangan hendap, tembakan anti-perisai, dan pengunduran diri melalui terowong.

Sumber: TV Al-Aqsa