This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Seorang bapa Palestin yang berduka menggendong jasad bayinya yang belum sempat melihat dunia, dibunuh dalam serangan Israel di Gaza.
Sumber: Quds News Network
Sumber: Quds News Network
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hasbunallah Wa Nikmal Wakil.
Kematian dan kecederaan dilaporkan selepas tentera Israel menyasarkan khemah kanak-kanak di utara Gaza.
Sumber: Quds News Network
Kematian dan kecederaan dilaporkan selepas tentera Israel menyasarkan khemah kanak-kanak di utara Gaza.
Sumber: Quds News Network
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jonathan Whittall, Ketua Pejabat Hal Ehwal Kemanusiaan PBB di Palestin, menjelaskan bahawa rakyat Gaza sedang dinafikan keperluan asas kemanusiaan secara sengaja apabila rejim Israel terus mengenakan sekatan terhadap Gaza.
Beliau menyatakan bahawa situasi di Gaza kelihatan seperti satu usaha yang disengajakan untuk meruntuhkan kehidupan rakyat Palestin apabila serangan udara berterusan oleh Israel ke atas wilayah yang dikepung itu menyebabkan pemindahan paksa secara meluas.
Beliau turut menjelaskan, “Hampir 70 peratus wilayah Gaza kini berada sama ada dalam zon pemindahan atau zon larangan yang tidak boleh diakses oleh orang ramai.”
Sumber: Middle East Eye
Beliau menyatakan bahawa situasi di Gaza kelihatan seperti satu usaha yang disengajakan untuk meruntuhkan kehidupan rakyat Palestin apabila serangan udara berterusan oleh Israel ke atas wilayah yang dikepung itu menyebabkan pemindahan paksa secara meluas.
Beliau turut menjelaskan, “Hampir 70 peratus wilayah Gaza kini berada sama ada dalam zon pemindahan atau zon larangan yang tidak boleh diakses oleh orang ramai.”
Sumber: Middle East Eye
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Rakyat Gaza yang dipindahkan menjelaskan bagaimana mereka terpaksa hidup di dalam khemah berhampiran dengan bahan letupan yang belum meletup di Bandar Gaza.
“Terdapat sejumlah besar bahan letupan yang tidak meletup ditemui di antara bangunan dan di atas jalan di Semenanjung Gaza akibat perang ini,” kata jurucakap agensi pertahanan awam Gaza, Mahmud Basal.
Sumber: Middle East Eye
“Terdapat sejumlah besar bahan letupan yang tidak meletup ditemui di antara bangunan dan di atas jalan di Semenanjung Gaza akibat perang ini,” kata jurucakap agensi pertahanan awam Gaza, Mahmud Basal.
Sumber: Middle East Eye
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kreatif! 💪🏼
Pelajar Universiti Amar Telidji di wilayah Laghouat, Algeria telah menganjurkan lakonan simbolik penyerahan tahanan Israel oleh pejuang Palestin sebagai tanda solidariti mereka terhadap perjuangan Palestin.
Sumber: Al Jazeera

Gabungan Iraq untuk Membela Masjid Al-Aqsa telah menganjurkan satu demonstrasi di ibu negara Baghdad sebagai tanda sokongan kepada Gaza.
Sumber: Al Jazeera
Sumber: Al Jazeera
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Serang hendap mujahidin Palestin di Beit Hanoun.
Allahuakhbar. 💪🏼
Sumber: Shehab Agency
Allahuakhbar. 💪🏼
Sumber: Shehab Agency
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Seorang ibu Palestin terduduk tidak berdaya akibat terkejut, manakala anak-anak di sisinya menjerit ketakutan selepas serangan udara rejim Israel mengenai sebuah rumah berhampiran di kem pelarian Khan Younis, selatan Gaza.
Sumber: Quds News Network
Sumber: Quds News Network
Penduduk tempatan berjaya mengejar sekumpulan pendatang haram Israel dan menyelamatkan dua kanak-kanak Palestin yang telah diculik dan diikat pada sebatang pokok ketika mereka sedang bermain berhampiran rumah mereka di Nablus, Tebing Barat.
Mohammed Hanani, bapa saudara kepada kanak-kanak tersebut, berkata dua anak perempuannya bersama sepupu-sepupu mereka sedang bermain di luar rumah apabila sekumpulan pendatang Israel tiba. Mereka menculik Maryam yang berusia 13 tahun dan adik lelakinya Ahmed yang berumur tiga tahun, lalu membawa mereka ke kawasan terpencil dan mengikat mereka pada sebatang pokok zaitun.
Sumber: Quds News Network
Mohammed Hanani, bapa saudara kepada kanak-kanak tersebut, berkata dua anak perempuannya bersama sepupu-sepupu mereka sedang bermain di luar rumah apabila sekumpulan pendatang Israel tiba. Mereka menculik Maryam yang berusia 13 tahun dan adik lelakinya Ahmed yang berumur tiga tahun, lalu membawa mereka ke kawasan terpencil dan mengikat mereka pada sebatang pokok zaitun.
Sumber: Quds News Network
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Wartawan Al-Jazeera, Rami Abu Taima terkejut apabila mendapati beberapa saudaranya di kalangan mereka yang dibunuh dalam serangan Israel ke atas khemah orang yang dipindahkan di Al-Mawasi, barat Khan Younis.
Sumber: Quds News Network
Sumber: Quds News Network
Lebih 90,000 rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal kini berlindung di 115 lokasi yang dikendalikan oleh PBB di Gaza, ketika serangan pengganas Israel terus berlanjutan.
Agensi pelarian PBB menganggarkan hampir 420,000 orang telah sekali lagi kehilangan tempat tinggal sejak gencatan senjata dicabuli Israel pada bulan Mac.
Sumber: Anadolu Agency