MyAqsa Defenders
18.7K subscribers
21.9K photos
10.2K videos
77 files
985 links
MyAqsa Defenders (MyAD) merupakan gabungan NGO anak muda bersatu untuk memperjuangkan Palestin
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ratusan rakyat US sanggup meredah hujan dan berarak hari ini di St. Louis, Missouri untuk membantah tindakan keras pentadbiran Trump terhadap kebebasan bersuara dan menyeru kepada pembebasan aktivis pelajar yang dipenjarakan, Mahmoud Khalil.

Sumber: Quds News Network
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hasbunallah Wa Nikmal Wakil. 🥺

Sepasang kembar, Sana dan Saba yang berusia 4 tahun syahid terkorban bersama-sama selepas rumah mereka dibom rejim penjajah Israel di Kawasan al-Tuffah, timur Bandar Gaza.

Sumber: Shehab Agency
Ribuan rakyat Israel berhimpun di Tel Aviv menuntut supaya perang di Gaza ditamatkan dan satu perjanjian pertukaran tahanan yang menyeluruh dilaksanakan.

Sumber: Quds News Network
Penduduk Gaza di kem pelarian Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza sedang bergelut untuk meneruskan kehidupan di tengah pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Zionis Israel yang masih berterusan di wilayah tersebut.

Sumber: Quds News Network
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Aktivis Palestine Action menyasarkan premis Allianz di bandar Slough, England.

Syarikat tersebut menyediakan insurans untuk syarikat senjata terbesar Israel, Elbit Systems.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Warga haram Yahudi Israel berdemonstrasi menentang kerajaan Netanyahu di Tel Aviv.

Masa Setanyahu semakin suntuk!

Sumber: Al Jazeera Palestin
Netanyahu:

Saya faham penderitaan keluarga tahanan, dan kami akan meningkatkan tekanan ke atas Hamas sehingga semua matlamat perang tercapai.

Sumber: Al Jazeera
Seruan untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran pada Jumaat akan datang bagi mengepung Kedutaan Jerman di Ramallah sebagai bantahan terhadap sokongan ketenteraan Jerman kepada rejim Zionis Israel dalam perang pembunuhan beramai-ramai ke atas Semenanjung Gaza.

Sumber: TV Al-Aqsa
Program solidariti terus diadakan di Korea Selatan bagi mengecam pembunuhan beramai-ramai yang dihadapi oleh penduduk Gaza sejak setahun setengah yang lalu.

Sumber: TV Al-Aqsa
UNICEF:

Hospital kanak-kanak untuk bayi baru lahir di Gaza kekurangan peralatan perubatan dan beroperasi dalam keadaan yang amat sukar ketika ini!

Sumber: Al Jazeera
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, Syeikh Dr Ali Al-Qaradaghi menjelaskan maksud sebenar fatwa jihad yang dikeluarkan oleh Kesatuan baru-baru ini.

Sumber: KUMS - Malaysia
Negara-negara Arab mengecam video yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) yang diedarkan dalam kalangan kumpulan pendatang haram Israel yang menggambarkan kemusnahan Masjid Al-Aqsa dan pembinaan Kuil Ketiga di tapaknya.

Sumber: TRT World
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ini adalah detik serangan udara rejim Zionis Israel membedil khemah-khemah keluarga Palestin yang dipindahkan di kawasan al-Mawasi, Khan Younis, Gaza.

Sekurang-kurangnya 92 orang syahid dalam serangan Israel sepanjang 48 jam ketika rejim pengganas Zionis terus menyasarkan keluarga pelarian yang berlindung di dalam khemah, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Sumber: Middle East Eye
UNRWA:

Perang telah menyebabkan kira-kira 600,000 kanak-kanak di Semenanjung Gaza terhalang daripada mendapatkan pendidikan di sekolah.

Sumber: TV Al-Aqsa