MyAqsa Defenders
18.7K subscribers
21.8K photos
10.2K videos
77 files
975 links
MyAqsa Defenders (MyAD) merupakan gabungan NGO anak muda bersatu untuk memperjuangkan Palestin
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Beginilah cara anak-anak kita dibakar hidup-hidup semasa mereka tidur di khemah pelarian.

Hasbunallah Wa Nikmal Wakil.

Tiada kawasan selamat di Gaza.

Sumber: Wartawan Anas al-Sharif
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Lagi video rakyat Gaza dibakar hidup-hidup selepas khemah pelarian di Sekolah Yaffa, kawasan Al-Tuffah di timur Gaza dibom oleh rejim Zionis Israel.

Hasbunallah Wa Nikmal Wakil.

Sumber: Warfare Analysis
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Allahuakhbar. 💪🏼

Pejuang Al-Qassam menangis sambil berkata:

"Ya Allah, mereka membunuh wanita dan kanak-kanak kami.."
"Ya Allah, terimalah (perbuatan ini) dari kami, ya Allah.."
"Allah Maha Besar dan Maha Suci Allah dan Islam!"

Sumber: X Suppressed News
Media Israel:

Bilangan pendatang haram Israel yang menandatangani petisyen yang menggesa agar perang di Gaza dihentikan kini mencecah hampir 140,000 orang.

Sumber: TV Al-Aqsa
Ketika dunia menyambut Hari Warisan Sedunia, NGO Hak Asasi Manusia Al-Haq menyoroti tindakan rejim Israel menyasarkan beberapa tapak warisan Palestin termasuk yang tersenarai di bawah UNESCO, sebagai usaha untuk menindas budaya dan warisan Palestin.

Al-Haq memberi amaran mengenai ancaman yang semakin meningkat terhadap kawasan Al-Makhrour di Bethlehem akibat perluasan penempatan haram Israel, yang membahayakan ladang berteres purba dan biodiversitinya.

Kawasan Al-Makhrour dan Battir, yang telah diusahakan oleh rakyat Palestin sejak turun-temurun, dikenali kerana landskap budaya dan pertanian yang unik, sistem pengairan tradisional, serta nilai arkeologinya.

Beberapa tapak Warisan Dunia Palestin lain yang turut terancam termasuk Bandar Lama Hebron, Bandar Lama Baitulmaqdis dan temboknya, serta Biara Saint Hilarion/Tell Umm Amer di Gaza.

Sumber: Quds News Network
Terserlah 'wajah' sebenar Mahmoud Abbas dan Parti Fatah yang menjadi 'tunggangan' Israel dan US selama ini.

Sebab itu rakyat Palestin menolak Fatah pada Pilihanraya 2006.

Antara ucapan Mahmoud Abbas semasa forum di Ramallah, 23 April  2025

"Mengapa anda tidak menyerahkan senjata anda? Apa yang anda mahu dengan mereka?"

Hamas mesti menyerahkan senjatanya kepada Pihak Berkuasa Palestin.

Sumber: Sada Palestin
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Video ucapan dari Mahmoud Abbas:

"Kamu anak anjing, serahkan tebusan kepada Israel, berhenti beri alasan."

Sumber: Roya News
Seorang hakim persekutuan AS mengarahkan pentadbiran Presiden Donald Trump untuk memindahkan seorang pelajar Turki, Rumeysa Ozturk yang ditahan di Louisiana ke negeri Vermont, sementara mahkamah meneliti dakwaannya bahawa dia ditahan secara tidak sah oleh pihak imigresen kerana menyokong isu Palestin.

Keputusan ini dilihat sebagai kemenangan awal bagi Ozturk, 30 tahun, yang ditahan pada 25 Mac di Massachusetts. Ozturk merupakan pelajar di Universiti Tufts dan penerima biasiswa bagi program PhD dalam bidang psikologi.

Hakim Mahkamah Daerah, William Sessions menyatakan bahawa kes ini menimbulkan kebimbangan besar berkaitan isu perlembagaan mengenai penahanan dan penangkapannya yang perlu diteliti secara adil dan menyeluruh. Mahkamah menetapkan 9 Mei sebagai tarikh perbicaraan bagi mempertimbangkan pembebasannya dengan ikat jamin. 

Sumber: Al Jazeera
UNRWA (Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin):

1/ Lebih daripada 2.1 juta orang kini terperangkap di dalam Semenanjung Gaza, sedang menghadapi pengeboman berterusan dan krisis kelaparan yang kian meruncing.

2/ Bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api, dan khemah bertimbun di lintasan masuk ke Gaza kerana pengganas Israel telah menghalang kemasukan bantuan tersebut sejak 7 minggu yang lalu.

Sumber: TV Al-Aqsa
Saluran 12 Ibrani:

Keluarga tahanan rejim Zionis yang ditawan oleh pihak pejuang di Gaza menuntut agar kesemua tawanan dibebaskan dalam satu perjanjian pertukaran sebagai syarat untuk menghentikan perang.

Sumber: TV Al-Aqsa
Selamat Malam semua. ❤️

Anda ingin meluangkan masa dengan membaca isu-isu Palestin tetapi tak tahu nak bermula dari mana? 💆‍♂️
Ada masa terluang namun hanya ingin membaca bacaan ringkas untuk mengetahui peristiwa atau sejarah dengan waktu pendek yang tersisa? 🤔

Ha, stop sat 🤚
Kami di MyAqsa Defenders akan cuba menyelesaikan masalah-masalah tersebut dengan HANYA mengimbas code di poster ini. Mudah ja kan? 😁

Antara yang kami 'hidangkan' di E-Library MyAqsa Defenders termasuklah e-book kecil mengenai peristiwa dan sejarah Palestin sejak tahun 1948 dan beberapa lagi bahan bacaan.

Jemput membaca ❤️
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Keadaan menyayat hati apabila rakyat Gaza yang kehilangan tempat tinggal terpaksa mendirikan khemah di jalanan dan di celah runtuhan bangunan yang musnah di Bandar Gaza.

Sumber: Quds News Network
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
"Keir Starmer, kamu tak boleh sembunyi, kamu menyokong pembunuhan beramai-ramai."

Ratusan penunjuk perasaan berarak hari ini di Glasgow, Scotland membantah pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Zionis Israel yang sedang berlaku di Gaza dan mendesak kerajaan mereka menarik balik sokongan terhadap Israel.

Sumber: Quds News Network
🤔 Laporan Statistik Harian Bilangan Syuhada dan Cedera Akibat Serangan Israel ke atas semenanjung Gaza sehingga 23 April 2025

▪️39 syahid dan 105 kecederaan dalam tempoh 24 jam yang lalu tiba di hospital-hospital Gaza.

Masih terdapat beberapa mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan yang tidak dapat dicapai oleh pasukan ambulan dan pertahanan awam.

Jumlah korban akibat serangan Israel meningkat kepada 51,305 syahid dan 117,096 cedera sejak 7 Oktober 2023.

▪️Jumlah syuhada dan mangsa yang cedera sejak 18 Mac 2025 seramai 1,928 mati syahid, 5,055 cedera.

Sumber: Kementerian Kesihatan Palestin - Gaza

t.me/cintagaza
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ratusan penunjuk perasaan berarak hari ini di Chicago menyeru supaya dihentikan pembantaian berdarah yang dibiayai Amerika Syarikat di Gaza dan membantah penindasan kebebasan bersuara oleh Trump.

Sumber: Quds News Network
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hasbunallah Wa Nikmal Wakil.

Mereka dibakar lagi oleh rejim Zionis Israel!

Tiga orang syahid dibakar dan beberapa kanak-kanak cedera selepas pesawat rejim Zionis Israel mengebom khemah keluarga pelarian di kawasan Al-Sawariha, Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza.

Sumber: Quds News Network
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ratusan rakyat US sanggup meredah hujan dan berarak hari ini di St. Louis, Missouri untuk membantah tindakan keras pentadbiran Trump terhadap kebebasan bersuara dan menyeru kepada pembebasan aktivis pelajar yang dipenjarakan, Mahmoud Khalil.

Sumber: Quds News Network
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hasbunallah Wa Nikmal Wakil. 🥺

Sepasang kembar, Sana dan Saba yang berusia 4 tahun syahid terkorban bersama-sama selepas rumah mereka dibom rejim penjajah Israel di Kawasan al-Tuffah, timur Bandar Gaza.

Sumber: Shehab Agency
Ribuan rakyat Israel berhimpun di Tel Aviv menuntut supaya perang di Gaza ditamatkan dan satu perjanjian pertukaran tahanan yang menyeluruh dilaksanakan.

Sumber: Quds News Network