MyAqsa Defenders
18.7K subscribers
21.8K photos
10.2K videos
77 files
975 links
MyAqsa Defenders (MyAD) merupakan gabungan NGO anak muda bersatu untuk memperjuangkan Palestin
Download Telegram
"Wilayah Gaza menghadapi krisis kemanusiaan yang paling buruk sejak perang bermula. Kini terdapat 3,600 kanak-kanak yang sedang menerima rawatan akibat kekurangan zat makanan di Gaza, dengan peningkatan sebanyak 2,000 kanak-kanak berbanding bulan lalu."

Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan

Sumber: TV Al-Aqsa
Hasbunallah Wa Nikmal Wakil.

Lagi bayi dan kanak-kanak dibakar hidup-hidup dari serangan udara rejim Zionis ke atas Kem Pelarian di Gaza ketika mereka sedang tidur. 😭

Sumber: Wartawan Anas al-Sharif
Program Makanan Sedunia (WFP):

1/ Dua juta penduduk di Gaza, kebanyakannya adalah pelarian dalaman tanpa sumber pendapatan, bergantung sepenuhnya kepada bantuan kemanusiaan.

2/ Dengan penyusutan bekalan makanan dan penutupan berterusan laluan masuk, Gaza sangat memerlukan bekalan makanan sekarang.

3/ Ratusan ribu penduduk Gaza kini dalam bahaya akibat kekurangan stok makanan.

Sumber: Al Jazeera
“Zionist You Aren’t Welcome”

Terpampang sebuah banner di Bilbao, Sepanyol.

Sumber: Leyla Hamed
Tentera rejim Zionis Israel menggunakan empat teknologi kecerdasan buatan (AI) daripada syarikat seperti Microsoft, Google, dan Amazon untuk menyerang Gaza.

(Where’s Daddy?) menjejak keluarga Palestin, mengumpul data lokasi dan rangkaian hubungan untuk ugutan atau mendapatkan maklumat pergerakan individu yang disasarkan.

(The Gospel) menyenaraikan sasaran strategik seperti sekolah, universiti dan hospital, mengklasifikasikannya berdasarkan saiz dan lokasi dengan bantuan imej satelit dan dron.

(Lavender) mengumpul data besar melalui panggilan, mesej, lokasi dan media sosial, mengklasifikasikan individu mengikut tahap kecurigaan terhadap kaitan dengan kumpulan pejuang, dan menganalisis pola komunikasi serta pergerakan untuk menentukan sasaran.

Teknologi ini digunakan untuk melaksanakan pembunuhan tepat dan serangan berskala besar, menjadikan AI alat utama dalam operasi genosid ke atas penduduk Gaza.

Sumber: TV Al-Aqsa
Akhbar Maariv Israel:

1/ 62% warga pendatang haram Israel yang terlibat dalam tinjauan menyatakan sokongan terhadap satu perjanjian yang membolehkan pembebasan semua tahanan secara sekaligus sebagai timbal balik kepada penamatan pertempuran dan pengunduran tentera pengganas Israel dari Semenanjung Gaza.

2/ Sebaliknya, 21% menentang perjanjian tersebut, manakala 17% tidak mempunyai pendirian dalam hal ini.

Sumber: TV Al-Aqsa
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Aktivis di Berlin mempersembahkan adegan-adegan yang menggambarkan penderitaan tahanan Palestin di penjara Israel.

Sumber: Al Jazeera
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Beginilah cara anak-anak kita dibakar hidup-hidup semasa mereka tidur di khemah pelarian.

Hasbunallah Wa Nikmal Wakil.

Tiada kawasan selamat di Gaza.

Sumber: Wartawan Anas al-Sharif
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Lagi video rakyat Gaza dibakar hidup-hidup selepas khemah pelarian di Sekolah Yaffa, kawasan Al-Tuffah di timur Gaza dibom oleh rejim Zionis Israel.

Hasbunallah Wa Nikmal Wakil.

Sumber: Warfare Analysis
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Allahuakhbar. 💪🏼

Pejuang Al-Qassam menangis sambil berkata:

"Ya Allah, mereka membunuh wanita dan kanak-kanak kami.."
"Ya Allah, terimalah (perbuatan ini) dari kami, ya Allah.."
"Allah Maha Besar dan Maha Suci Allah dan Islam!"

Sumber: X Suppressed News
Media Israel:

Bilangan pendatang haram Israel yang menandatangani petisyen yang menggesa agar perang di Gaza dihentikan kini mencecah hampir 140,000 orang.

Sumber: TV Al-Aqsa
Ketika dunia menyambut Hari Warisan Sedunia, NGO Hak Asasi Manusia Al-Haq menyoroti tindakan rejim Israel menyasarkan beberapa tapak warisan Palestin termasuk yang tersenarai di bawah UNESCO, sebagai usaha untuk menindas budaya dan warisan Palestin.

Al-Haq memberi amaran mengenai ancaman yang semakin meningkat terhadap kawasan Al-Makhrour di Bethlehem akibat perluasan penempatan haram Israel, yang membahayakan ladang berteres purba dan biodiversitinya.

Kawasan Al-Makhrour dan Battir, yang telah diusahakan oleh rakyat Palestin sejak turun-temurun, dikenali kerana landskap budaya dan pertanian yang unik, sistem pengairan tradisional, serta nilai arkeologinya.

Beberapa tapak Warisan Dunia Palestin lain yang turut terancam termasuk Bandar Lama Hebron, Bandar Lama Baitulmaqdis dan temboknya, serta Biara Saint Hilarion/Tell Umm Amer di Gaza.

Sumber: Quds News Network
Terserlah 'wajah' sebenar Mahmoud Abbas dan Parti Fatah yang menjadi 'tunggangan' Israel dan US selama ini.

Sebab itu rakyat Palestin menolak Fatah pada Pilihanraya 2006.

Antara ucapan Mahmoud Abbas semasa forum di Ramallah, 23 April  2025

"Mengapa anda tidak menyerahkan senjata anda? Apa yang anda mahu dengan mereka?"

Hamas mesti menyerahkan senjatanya kepada Pihak Berkuasa Palestin.

Sumber: Sada Palestin
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Video ucapan dari Mahmoud Abbas:

"Kamu anak anjing, serahkan tebusan kepada Israel, berhenti beri alasan."

Sumber: Roya News
Seorang hakim persekutuan AS mengarahkan pentadbiran Presiden Donald Trump untuk memindahkan seorang pelajar Turki, Rumeysa Ozturk yang ditahan di Louisiana ke negeri Vermont, sementara mahkamah meneliti dakwaannya bahawa dia ditahan secara tidak sah oleh pihak imigresen kerana menyokong isu Palestin.

Keputusan ini dilihat sebagai kemenangan awal bagi Ozturk, 30 tahun, yang ditahan pada 25 Mac di Massachusetts. Ozturk merupakan pelajar di Universiti Tufts dan penerima biasiswa bagi program PhD dalam bidang psikologi.

Hakim Mahkamah Daerah, William Sessions menyatakan bahawa kes ini menimbulkan kebimbangan besar berkaitan isu perlembagaan mengenai penahanan dan penangkapannya yang perlu diteliti secara adil dan menyeluruh. Mahkamah menetapkan 9 Mei sebagai tarikh perbicaraan bagi mempertimbangkan pembebasannya dengan ikat jamin. 

Sumber: Al Jazeera
UNRWA (Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin):

1/ Lebih daripada 2.1 juta orang kini terperangkap di dalam Semenanjung Gaza, sedang menghadapi pengeboman berterusan dan krisis kelaparan yang kian meruncing.

2/ Bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api, dan khemah bertimbun di lintasan masuk ke Gaza kerana pengganas Israel telah menghalang kemasukan bantuan tersebut sejak 7 minggu yang lalu.

Sumber: TV Al-Aqsa
Saluran 12 Ibrani:

Keluarga tahanan rejim Zionis yang ditawan oleh pihak pejuang di Gaza menuntut agar kesemua tawanan dibebaskan dalam satu perjanjian pertukaran sebagai syarat untuk menghentikan perang.

Sumber: TV Al-Aqsa
Selamat Malam semua. ❤️

Anda ingin meluangkan masa dengan membaca isu-isu Palestin tetapi tak tahu nak bermula dari mana? 💆‍♂️
Ada masa terluang namun hanya ingin membaca bacaan ringkas untuk mengetahui peristiwa atau sejarah dengan waktu pendek yang tersisa? 🤔

Ha, stop sat 🤚
Kami di MyAqsa Defenders akan cuba menyelesaikan masalah-masalah tersebut dengan HANYA mengimbas code di poster ini. Mudah ja kan? 😁

Antara yang kami 'hidangkan' di E-Library MyAqsa Defenders termasuklah e-book kecil mengenai peristiwa dan sejarah Palestin sejak tahun 1948 dan beberapa lagi bahan bacaan.

Jemput membaca ❤️
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Keadaan menyayat hati apabila rakyat Gaza yang kehilangan tempat tinggal terpaksa mendirikan khemah di jalanan dan di celah runtuhan bangunan yang musnah di Bandar Gaza.

Sumber: Quds News Network
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
"Keir Starmer, kamu tak boleh sembunyi, kamu menyokong pembunuhan beramai-ramai."

Ratusan penunjuk perasaan berarak hari ini di Glasgow, Scotland membantah pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Zionis Israel yang sedang berlaku di Gaza dan mendesak kerajaan mereka menarik balik sokongan terhadap Israel.

Sumber: Quds News Network