MyAqsa Defenders
18.7K subscribers
21.9K photos
10.2K videos
77 files
985 links
MyAqsa Defenders (MyAD) merupakan gabungan NGO anak muda bersatu untuk memperjuangkan Palestin
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ratusan ribu rakyat Yaman membanjiri jalanan di Sa'dah, Yaman dalam menunjukkan solidariti besar-besaran bersama rakyat Palestin dalam menghadapi pembunuhan beramai-ramai Israel yang dibiayai AS di Gaza.

Sumber: Quds News Network
Pesanan Pope Francis Menyeru Gencatan Senjata di Gaza Sebelum Meninggal Dunia | #TaufanAlAqsa Hari ke-564 🇵🇸🕊

Paus Francis wajar diberi penghargaan kerana menggunakan pentas terakhirnya untuk menyeru gencatan senjata di Gaza — pada ketika dunia kelihatan terlalu rela membiarkan pembunuhan besar-besaran rakyat Palestin berterusan tanpa henti. Walaupun beliau tidak menyebut secara langsung pihak yang bertanggungjawab terhadap kebuluran yang sedang melanda Gaza, kenyataan tersebut jelas merujuk kepada tindakan Israel yang pada awal Mac lalu telah memutuskan semua laluan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.

Dalam ucapan terbarunya, Paus Francis menyeru agar “pihak-pihak yang berperang menghentikan pertempuran, membebaskan tebusan, dan membantu rakyat yang sedang kelaparan serta mendambakan masa depan yang aman.” Namun begitu, bahasa yang digunakan tidak menggambarkan sepenuhnya kekejaman sebenar yang sedang berlaku di Gaza. Ini bukan sekadar "konflik" — ini adalah genosid. Dan mangsa genosid tidak boleh disamakan dengan pelakunya.

Tindakan ini bukan sahaja menafikan hak asas manusia, malah merupakan satu bentuk kebuluran paksa yang dikategorikan sebagai jenayah perang di bawah undang-undang antarabangsa.

Sumber: Al - Jazeera
__
#SolidaritiPalestin #IsraelBacul #IsraelCuak
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sebuah jentolak tentera rejim Zionis Israel meratakan pokok-pokok zaitun milik rakyat Palestin berhampiran bandar Burqin di utara Tebing Barat.

Sumber: Quds News Network
___

Inisiatif Tent For Gaza 🇵🇸

Ribuan kanak-kanak di Gaza kini tidur di bawah runtuhan, kesejukan dan kelaparan tanpa perlindungan yang selamat. Mari bersama bantu mereka mendapatkan khemah sebagai tempat berteduh sementara menunggu Gaza dibina semula.

Hulurkan bantuan melalui pautan berikut: https://bit.ly/TentForGaza25

Perlindungan sementara, harapan selamanya 🇵🇸

#TentForGaza #SolidaritiPalestin #IsraelBacul #IsraelCuak
Sejak akhir Mac, sekurang-kurangnya 1,024 pelajar antarabangsa di 160 kolej, universiti dan sistem universiti di Amerika Syarikat telah dibatalkan visa atau status sah mereka, menurut laporan Associated Press.

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berhujah bahawa mereka sepatutnya dibenarkan untuk mengusir warga bukan negara kerana terlibat dalam aktivisme pro-Palestin di kampus-kampus seluruh AS.

"Ini adalah masa yang belum pernah berlaku sebelum ini, dan prinsip asas kita untuk hidup dalam sebuah masyarakat demokratik sedang dicabar," kata Canselor Universiti Massachusetts Boston, Marcelo Suarez-Orozco.

Sumber: Quds News Network
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mantan Menteri Kewangan Greece, Yanis Varoufakis menyatakan,

“Hari ini kita mempunyai satu tanggungjawab — untuk mempertahankan rakyat Palestin daripada negara apartheid Israel.”

Sumber: Days of Palestine
Tahniah Mahasiswa di Indonesia!

Sekumpulan mahasiswa di Indonesia memulakan perkhemahan protes secara terbuka di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta sebagai solidariti terhadap Gaza.

Sumber: Al-Jazeera
Organisasi Antarabangsa 'Save the Children' mengecam serangan rejim Zionis Israel ke atas penempatan sementara yang menempatkan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal termasuk kanak-kanak.

Organisasi itu menyeru agar kerajaan UK mengambil tindakan segera dan menghentikan penjualan senjata kepada Israel!
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pukullah dengan tongkatmu!

Sebuah lagu baru yang menunjukkan semangat perjuangan para pejuang Palestin di Gaza yang kekal teguh dan juga penghormatan buat As-Syahid Yahya Sinwar.

Sumber: Briged Al-Qassam
Seorang pemuda memeluk adik perempuannya yang berusia 4 tahun yang telah syahid akibat serangan udara oleh rejim Zionis Israel ke atas Bandar Gaza.

Sumber: TV Al-Aqsa
Aktivis Palestine Action menyasarkan beberapa pejabat Allianz termasuk ibu pejabat mereka di Glasgow.

Allianz menyediakan insurans kepada Elbit Systems, sekali gus secara langsung membantu pengeluaran senjata kepada Israel.

Sumber: Warfare Analysis News
Jurucakap Gereja Ortodoks Greek di Baitulmaqdis:

Sekatan yang dikenakan oleh Israel terhadap penganut Kristian Palestin semasa sambutan Easter adalah sama seperti yang dikenakan terhadap umat Islam semasa Ramadan dan Aidilfitri.

Pihak berkuasa Israel tidak memberikan permit kepada penganut Kristian di Tebing Barat untuk melawat Baitulmaqdis Timur dan beribadah di Gereja Holy Sepulchre.

Kami menyeru Majlis Keselamatan dan para pemimpin dunia agar menekan Israel sehingga kami mencapai kemerdekaan, pembebasan, dan penubuhan negara Palestin dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya.

Sumber: Warfare Analysis News
Akhbar Maariv memetik laporan:

Lebih daripada 4000 ‘penceroboh’ telah menyelinap masuk dari Jordan ke Israel sejak awal tahun 2024 — iaitu kira-kira 600 orang setiap bulan.

Sumber: Al Jazeera
Situasi kemanusiaan di Gaza semakin meruncing dengan cepat dan masalah kekurangan zat makanan yang teruk sedang merebak dengan membimbangkan.

Rakyat Palestin berdepan cabaran untuk memenuhi keperluan asas mereka, termasuk keperluan bayi yang baru lahir.

Wartawan Al Jazeera, Hani Mahmoud melaporkan bahawa susu formula bayi kini hampir tidak dapat ditemui di pasaran atau farmasi.

Sumber: Quds News Network
🤔PERKEMBANGAN TERKINI | Setakat jam 3 pagi, 23 April 2025

Sumber perubatan memberitahu Al Jazeera bahawa sekurang-kurangnya 32 rakyat Palestin telah terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak subuh tadi.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata bahawa panggilan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berjalan 'dengan sangat baik' sambil menegaskan bahawa kedua-dua pemimpin itu 'bersepakat dalam setiap isu'.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei, berkata rundingan nuklear peringkat pakar antara Amerika Syarikat dan Iran telah dipinda dari hari Rabu ke hari Sabtu.

Tentera Israel telah melancarkan beberapa serbuan di seluruh Tebing Barat yang dijajah, dan menahan lebih 24 orangrakyat Palestin, menurut agensi berita Wafa.

Sumber: Al Jazeera
Terj: Cinta Gaza Malaysia

t.me/cintagaza
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
"Wilayah Gaza menghadapi krisis kemanusiaan yang paling buruk sejak perang bermula. Kini terdapat 3,600 kanak-kanak yang sedang menerima rawatan akibat kekurangan zat makanan di Gaza, dengan peningkatan sebanyak 2,000 kanak-kanak berbanding bulan lalu."

Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan

Sumber: TV Al-Aqsa
Hasbunallah Wa Nikmal Wakil.

Lagi bayi dan kanak-kanak dibakar hidup-hidup dari serangan udara rejim Zionis ke atas Kem Pelarian di Gaza ketika mereka sedang tidur. 😭

Sumber: Wartawan Anas al-Sharif
Program Makanan Sedunia (WFP):

1/ Dua juta penduduk di Gaza, kebanyakannya adalah pelarian dalaman tanpa sumber pendapatan, bergantung sepenuhnya kepada bantuan kemanusiaan.

2/ Dengan penyusutan bekalan makanan dan penutupan berterusan laluan masuk, Gaza sangat memerlukan bekalan makanan sekarang.

3/ Ratusan ribu penduduk Gaza kini dalam bahaya akibat kekurangan stok makanan.

Sumber: Al Jazeera