MUTIARA KATA HIKMAH
5.38K subscribers
21.3K photos
18.5K videos
7 files
97 links
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Buatlah kebaikan selagi nyawa masih ada. Kehidupan di dunia hanya sementara dan amal kebaikanlah yang bakal menolongmu di akhirat kelak. Kita kesyurga dengan ihsan Allah❤️❤️
Download Telegram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jauhi Perbuatan Keji Agar Kasih Sayang Tidak Dicabut


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُنْزَعُ الرَّحْمَةُ إِلَّا مِنْ شَقِيٍّ

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda,

"Rasa kasih sayang tidak akan dicabut kecuali daripada orang yang celaka (berbuat keji)."

(Sunan Tirmizi No: 1923)
Dar Kutub Ilmiyyah

Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Allah menganugerahkan sifat kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki

2.  Allah akan mencabut sifat kasih sayang daripada seseorang yang melakukan perbuatan keji.

3.  Perbuatan keji (seperti memfitnah, mengumpat dan mencela) termasuk segala perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang lain, akan menghilangkan perasaan kasih sayang kepada orang lain dan akan menjadi penyebab kepada perbuatan yang  memutuskan hubungan ukhuwah dan silaturahim.

4.  Salman al-Farisi menyatakan: Jika sifat kasih sayang dicabut bermakna sebahagian dari imannya juga akan dicabut maka jika sudah demikian maka dia tidak akan menemui Allah melainkan dalam keadaan telah menjadi syaitan yang dilaknat dan suka melaknat.

Pupuklah sifat kasih sayang dalam diri kita terhadap orang lain secara berterusan agar ia menjadi akhlak terpuji dan mengukuhkan iman kita.

25hb April 2024
16hb Syawal 1445H
Forwarded from Vida Novie
🌹 Sunat Friday checklist🌹

🍁 Baca surah Al-kahfi
🍁 Zikir&istighfar
🍁 Perbanyakan selawat
🍁 Perbanyakan doa
🍁 Perbanyakan sedakah
🍁 Mandi sunat
🍁 Memakai baju terbaik
🍁 Memakai wangian
🍁 Potong kuku

📌Tak dapat buat semua,
Jangan tinggalkan semua
#Peringatan bersama🥰
Jom kita raih pahala sebanyak yang mungkin👍
Forwarded from Best friend forever
Forwarded from اللهم صل علي سيدنا محمد وعلي ال سيد نامحمد💕
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kalau Rasulullah ﷺ masih ada mesti banyak yang kita ingin mengadu pada Rasulullah. Walaupun jasad Rasulullah sudah tiada. Tapi Rasulullah tinggalkan Al Quran dan sunnah. Selawat pengubat rindu.
.
Walaupun Rasulullah jauh dari kita, tidak pernah jumpa, lain bangsa. Hanya dengar nama Muhammad Rasulullah ﷺ mampu menggetarkan hati dan membuatkan titisan air mata rindu.
.
Itulah keimanan. Pasti antum pun rindu pada baginda. Semakin kita menggali sirah Rasulullah, semakin dalam kecintaan pada baginda.
.
‎اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
.
Perbanyakkan selawat dan buat lah apa saja yang mengingatkan cinta kepada Rasulullah ﷺ
Forwarded from ~♡~~@
JANGANLAH MENJADI ORANG YANG BERIBADAH KEPADA ALLAH DI TEPI JURANG

Allah Ta’ala berfirman,
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَعْبُدُ اللَّهَ عَلَىٰ حَرْفٍ ۖ فَإِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ اطْمَأَنَّ بِهِ ۖ وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ انقَلَبَ عَلَىٰ وَجْهِهِ خَسِرَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةَ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ
“Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi; maka jika ia memperoleh kesenangan, tetaplah ia dalam keadaan itu, dan jika ia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah ia ke belakang. Rugilah ia di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata..” (Al Hajj: 11)

Terkait ayat di atas, seorang tabi’in yang bernama Abdurrahman bin Zaid bin Aslam rahimahumullah berkata,
هو المنافق ، إن صلحت له دنياه أقام على العبادة ، وإن فسدت عليه دنياه وتغيرت ، انقلب فلا يقيم على العبادة إلا لما صلح من دنياه ، فإن أصابته فتنة أو شدة أو اختبار أو ضيق ، ترك دينه ورجع إلى الكفر .
“Ia adalah munafik. Jika dunianya baik maka ia menegakkan ibadah dengan benar. Jika dunianya berkurang ia pun berubah.
Ia tidak menegakkan ibadah kecuali yang menguntungkan dunianya. Jika ia ditimpa fitnah atau bencana atau ujian atau kesempitan rezeki ia tinggalkan agamanya dan kembali kepada kekufuran..”

(Tafsir Ath Thobari)
Kita berlindung kepada Allah dari melaksanakan ubudiyah kepada Allah saat senang saja..
Namun kita beribadah kepada-Nya di setiap keadaan.. baik senang maupun susah..

Ditulis oleh,
Ustadz Abu Yahya Badrusalam Lc, حفظه الله تعالى
Hikmah Berselawat ke atas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

1) Berasa lebih mencintai Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

2) Menjadi zakat dan pembersih diri.

3) Menjadikan sebab doa diterima oleh ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

4) Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah.

5) Para malaikat memberi jaminan keistimewaan masing masing.

6) Ganjaran yang diberikan bukan saja di dunia, malah di akhirat.

7) Menyedari betapa besarnya pahala orang yang berdoa dan berselawat ke atas Nabi.

8) Sebagai mengenang semula budi dan jasa baik Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang sentiasa berusaha mengajak manusia ke arah kebaikan, walaupun Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam sudah wafat.

Wallahu A'lam.

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻟِﻪِ ﻭَﺻَﺤْﺒِﻪِ ﻭَﺳﻠِّﻢ
Forwarded from Rpg
Forwarded from Stiwanz Kenzo
Sebuah perahu dibuat untuk belayar di lautan,
bukan hanya diam di dermaga.

Demikian juga manusia untuk mengharungi kehidupan, bukan berdiam dan menunggu hidup ini berakhir.
Di dalam mengharungi kehidupan akan banyak ombak dan mungkin badai tetapi itulah seni dari kehidupan.
Teruslah kembangkan layar dan nikmati perjalanan hingga sampai ke tujuan.

Jangan takut jatuh dan salah, setiap kesalahan yang pernah dilakukan adalah bagian dari proses pembentukan kepribadian.
Jangan menyesali suatu kesalahan tetapi sesalilah jika semua itu tidak berdampak adanya perubahan yang baik.

Mendung bukan untuk membuat kegelapan tetapi untuk memberi khabar gembira akan sejuknya air hujan yang akan turun.
Luka bukan hanya semata untuk membuat kita tersiksa tetapi agar kita tersedar bahwa kita hanyalah "Manusia Biasa".

Genggam “KEYAKINAN” jangan pernah dilepaskan.
Indahnya kehidupan, bukan terletak dari banyaknya kesenangan tetapi pada rasa SYUKUR..
Forwarded from epul fx113
Forwarded from 🌻muhd muhaimin ghazali@amin🌺 admin group
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tips Mengatasi Rasa Malas Untuk Bersolat

1. Bersiap sedia mengambil wuduk sebelum azan.

2. Jangan berlengah-lengah untuk bersolat setelah azan berkumandang.

3. Sentiasa mengingati bahawa malaikat Izrail boleh datang bila-bila masa untuk mencabut nyawa kita, dan kita akan mati.

4. Fikirkan segala azab yang akan diberikan oleh Allah s.w.t.

5. Fikirkan bagaimana siang boleh menjadi malam pada tepat waktunya tanpa sebarang kesilapan. Ia membuktikan kekuasaan Allah s.w.t.

6. Mengenal sifat-sifat Allah kerana dengan mengenal sifat-sifat Allah, manusia akan mendapat merasakan kehadiranNYA dan langsung menanam benih cinta terhadap Allah. Dengan ini manusia akan turut setiap perintah Allah dan tidak akan melengahkan sembahyangnya. InsyaAllah.

7. Mengingati bahwa solat itu penting sebelum kita disolatkan.

8. Sebagai manusia kita tidak lepas dari membuat dosa, dan waktu bersolat itu adalah masa yang sesuai untuk bertaubat.

9. Pergi ke masjid sekiranya malas bersolat bersendirian.

11.Bersembahyang berjemaah bersama ahli keluarga.

10. Menghayati bahawa solat itu adalah jalan yang benar-benar ke akhirat.

11. Jangan makan terlalu banyak kerana bila perut terlalu kenyang akan membuat kita berat dan mengantuk, maka malaslah kita untuk solat.