MUTIARA KATA HIKMAH
5.99K subscribers
21.5K photos
18.6K videos
7 files
97 links
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Buatlah kebaikan selagi nyawa masih ada. Kehidupan di dunia hanya sementara dan amal kebaikanlah yang bakal menolongmu di akhirat kelak. Kita kesyurga dengan ihsan Allah❤️❤️
Download Telegram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Taqarub Kepada Allah


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً

Daripada Abu Hurairah RA berkata, "Nabi SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman:

"Aku bersikap mengikut sangkaan hamba-Ku terhadap Ku. Aku bersama-sama mereka apabila mereka mengingati Ku. Apabila mereka mengingati Ku dalam dirinya, maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila mereka mengingati-Ku dalam perkumpulan mereka, maka Aku mengingatinya dalam perkumpulan yang lebih baik daripada mereka. Demi sekiranya mereka mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal, maka Aku mendekatkan diri kepadanya sehasta, dan jika ia mendekatkan diri kepada-Ku sehasta, Aku mendekatkan diri kepadanya sedepa.  Sekiranya mereka mendatangi-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku akan mendatanginya dalam keadaan berlari (segera)."

(HR Bukhari No: 6856)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Allah bersikap seperti sikap hamba terhadapNya. Jika seseorang mengingati Allah dalam dirinya, berzikir dalam hatinya, dan menganggap Allah sentiasa mengingatinya sama ada ketika dia bersendiri atau bersama orang lain, nescaya Allah akan sentiasa mengingati hambaNya.

2.  Seseorang yang memuji Allah dengan bersyukur, sentiasa berdoa, bertaubat dan menjaga keimanan di khalayak ramai, pasti Allah akan mengingati dan memujinya di khalayak yang lebih baik dan utama.

3.  Seseorang yang mendekatkan diri kepada Allah melalui ibadat dan amal solehnya dengan jarak sejengkal atau sehasta, Allah akan mendekatinya lebih dekat daripada itu. Jika seorang hamba itu mendekati Allah dengan berjalan, nescaya Allah akan mendatanginya lebih cepat daripada itu.

4.  Setiap amalan seseorang yang baik bertujuan mendekatkan diri kepada Allah, maka Allah akan menggandakan balasan baik kepadanya. Tambah lagi jika dilakukan pada 10 pertama Zulhijjah ini.

فَٱذۡكُرُونِيٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡكُرُواْ لِي وَلَا تَكۡفُرُونِ ١٥٢

“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) –Ku” (Al-Baqarah : 152)

Pastikan kita sentiasa taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah dengan membanyakkan zikrullah dan ibadat kepadaNya khususnya pada 10 pertama Zulhijjah ini.

09hb Jun 2024
02hb Zulhijjah 1445H
SELAMA ENGKAU TIDAK SOLAT

DI DUNIA

□ Selama engkau tidak solat, Allah akan menghapus keberkahan pada usiamu.

□ Selama engkau tidak solat, kegelapan dan kemuraman akan membekas di wajahmu.

□ Selama engkau tidak solat,semua amal yg engkau lakukan tidak akan bernilai di sisi Allah.

□ Selama engkau tidak solat,doa-doamu tidak akan sampai ke langit.

□ Selama engkau tidak solat, tidak akan diterima doa orang lain untukmu.

SAAT KEMATIAN
□ Selama engkau tidak solat, matimu dalam kehinaan.

□ Selama engkau tidak solat, matimu dalam keadaan lapar.

□ Selama engkau tidak solat, matimu dalam kehausan walau kau minum sebanyak air di lautan.

DI DALAM KUBUR
□ Selama engkau tidak solat, kuburanmu akan menghimpitmu hingga patah tulang-tulangmu.

□ Selama engkau tidak solat, kuburanmu akan dibakar dengan api yang berkobar tiap malam dan siang.

□ Selama engkau tidak solat, kuburanmu penuh dengan ular tiap lima waktu. Akan menyiksamu mulai fajar hingga zuhur, lalu sejak
zuhur hingga asar dan seterusnya.

DI HARI KIAMAT
□ Selama engkau tidak solat, wajahmu akan dilempar dengan batu
dari neraka.

□ Selama engkau tidak solat, Allah akan melihatmu dengan
kemurkaan pada saat penghisaban.

□ Selama engkau tidak solat, engkau akan dihisab dengan hisab yg dahsyat dan Allah akan memasukkanmu ke dalam neraka.

MASIHKAH ENGKAU TIDAK MAU SOLAT?
Forwarded from Vida Novie
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد


Awali Hari Ini Dengan Membaca Doa, Semoga Hidup Kita Menjadi Berkah, Dan Niatkan Apapun Yang Kita Kerjakan Hanya Kerana Ingin Mendapatkan Keredhaan Allah

📖 7 MAHKOTA DUNIA DAN AKHIRAT 📖

Sahabat, berikut ini adalah 7 Mahkota Dunia Akhirat :
1. Mahkota Dzikir
2. Mahkota Tasbih
3. Mahkota Doa
4. Mahkota Istighfar
5. Mahkota Perlindungan
6. Mahkota Pelepas Bencana
7. Mahkota Penenang Hati


1⃣ Mahkota Dzikir :

لَا إلَهَ إِلاَّ اللّٰهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِير*

“Tiada tuhan selain Allah, dialah tuhan yang maha esa. Tidak ada sekutu bagi-Nya, dialah yang memiliki alam semesta dan segala puji hanya untuk-Nya. Dan dialah Allah yang maha kuasa atas segala sesuatu” (HR. Muslim)

2⃣ Mahkota Tasbih :

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ، عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ، وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ

“Maha suci Allah, aku memuji-Nya sebanyak makhluk-Nya, sesuai keredhaan-Nya, seberat timbangan arsy-Nya dan sebanyak tinta (yang menulis) kalimat-Nya” (HR. Muslim)

3⃣ Mahkota Doa :

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار

“Yaa tuhan kami, berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat, dan peliharalah (jauhkanlah) kami dari siksa neraka” (Qs. Al-Baqarah : 201)

4⃣ Mahkota Istighfar :

*أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْم، الَّذِيْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ*

“Aku meminta keampunan kepada Allah, tiada tuhan yang berhak disembah kecuali dia. Yang maha hidup dan terus menerus mengurus makhluk-Nya. Dan aku bertaubat kepadanya” (HR. Abu Daud)

5⃣ Mahkota Perlindungan :

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan nama Allah yang tiada membahayakan sesuatupun dibumi dan dilangit, dan dia (Allah) maha mendengar lagi maha mengetahui” (HR. Tirmidzi)

6⃣ Mahkota Hindar Bencana :

لَّا إِلَهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِين

“Tidak ada tuhan selain engkau. Maha suci engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim” (Qs. Al-Anbiya : 87)

7⃣ Mahkota Penenang Hati :

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ

“Tiada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah yang maha tinggi lagi maha agung” (HR. Muslim)

Jadikanlah Mahkota-Mahkota Ini Sebagai Penghias Kepala Kita Dan Yang Akan Membasahi Lisan Kita.

Kongsikan Doa-Doa Atau Dzikir Ini Dengan Niat Baik, Mudah-Mudahan Allah Mengangkat Segala Cubaan Dan Musibah Kita Didunia Dan Diakhirat Kelak....🤲

آمِــــــــــيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِــــــــــيْنَ
Boleh share dengan sahabat dan ahli keluarga jika bermanfaat..
Rasulullah ﷺ pernah bersabda :

🕒 Akan tiba masanya atas umatku di mana ke khusyukkan dlm solat mereka akan hilang.

🕒 Akan tiba masanya atas umatku banyaknya kematian secara mengejut.

🕒 Akan tiba masanya atas umatku banyak terjadinya gempa² bumi.

🕒 Akan tiba masanya atas umatku di mana seseorang muslim itu tidak akan mengucapkan salam kecuali kepada orang yang ia kenal sahaja.

🕒 Akan tiba masanya atas umatku banyak terjadi pembunuhan sesama sendiri.

🕒 Akan tiba masanya atas umatku manusia saling berbangga² dengan perbuatan maksiat mereka.

Para sahabat bertanya

"Bilakah itu akan terjadi wahai Rasulullah ?

Rasulullah ﷺ menjawab

"Semua itu akan terjadi di akhir zaman, maka apabila hal itu sudah terjadi maka tunggulah saat kedatangan hari kiamat.

Hampir² semua yg disebut itu sudah berlaku di zaman kita 😭

HARI INI...

💔 Ibu² & bapa² hanya mementingkan makanan yg sedap dan pakaian yg cantik² sahaja terhadap anak² mereka. Namun mereka lupa menanam ajaran agama dan akhlak kepada anak² mereka.

💔 Para pekerja tidak ikhlas bekerja dengan alasan gaji yg diberi tidak berpatutan/sedikit. Namun mereka lupa sesungguh nya Allah memberkati rezeki yang halal dan menghilangkan berkah dari rezeki yang haram.

💔 Pemuda dan pemudi berjam² menghabiskan waktu mereka jalan² dan berpeleseran di Mall atau di Pasaraya. Namun mereka merasa letih dan berat untuk mengerjakan solat walau hanya dua rakaat.

💔 Pemuda dan pemudi asyik mendengar lagu² dengan hati yang girang gembira. Namun jika mendengar firman² Allah, hati mereka menjadi sesak, seolah² mereka hendak naik ke langit sedang mereka tidak tahu bahawa perkara yang halal tidak boleh bercampur dengan perkara yang haram.

💔 Kita bersungguh² berusaha sehingga mampu membeli apa yang kita suka, yg enak² dan yang bagus². Murah atau mahal, kita sanggup membayar nya walaupun dengan berapa harga sekalipun, namun ketika kita ingin menderma kedalam tabung masjid, kita akan memilih wang kita yg paling kecil sekali untuk dimasukkan kedalam tabung.

Semoga bermanfaat...
NAFSU

Apabila nafsu menguasai diri
Maka akan gelap gulitalah cahaya hati

Apabila hati diselimut gulita
Akan sempitlah fungsi akal

Bila akal diseret dan tersempit
Akan buruklah tingkah lakunya

Bila kelakuan menjadi buruk
Akan dibenci kebanyakan makhluk

Bila telah dibenci kebanyakan makhluk
Jadilah ia pengikut syaitan terkutuk

Bila menjadi budak syaitan terkutuk
Semakin terhijab dari Tuhan Rabbun Ghafur,

Nafsu ada hawa yang tersembunyi
Yang sentiasa berusaha menakluk hati
Bila seseorang selesa mengikuti
Akan terjerumulah diri kejalan neraka Ilahi

Menentang nafsu, adalah penentangan yang paling sukar
Kerana manusia harus menentang melawan diri
Nafsu musuh yang tidak berlembaga
Hadirnya sukar untuk dirasa
Sulit untuk membeza
Antara kemahuan nafsu dan kemahuan suka rela hamba

Nafsu tak bisa dijangka
Tidak berlembaga
Tak bisa dilihat oleh mata
Kerana nafsu sentiasa ditanah jiwa
Merasuk dan menghasut manusia
Agar menakluki kesedapan dunia

KERANA NAFSU TAK PERNAH KENAL DOSA DAN PAHALA
Hidup hanyalah pinjaman,
Kekayaan hanyalah titipan,
Allah boleh mengambilnya pada bila-bila masa,
Kita boleh kehilangan apa sahaja,
Sesiapa sahaja pada bila-bila masa.

Bersyukurlah kepada orang yang
yakin hidupnya kepada Allah, supaya diberi kekuatan untuk
menghadapinya.

Musibah mengajar kita untuk
bersabar, Rezeki mengajar kita untuk berkongsi dan Kesilapan mengajar kita untuk berhati-hati.

Perbaiki apa yang boleh kita perbaiki,
Ubah apa yang boleh kita ubah,
Berusahalah untuk menjadi baik
kepada Allah, Berserah dan bertaqwa kepadaNYA

Semoga Allah merahmati kita semua