Muaythai Malaysia
435 subscribers
207 photos
6 videos
7 files
36 links
Official Muaythai Malaysia Group
Download Telegram
Takwim Kejohanan Muaythai Malaysia 2023

1. Surat rasmi bagi kejohanan terdekat akan dikeluarkan minggu hadapan.

2. Diminta promoter/kelab/persatuan tidak meganjurkan apa apa acara pada tarikh yang sama.

#muaythaimalaysia

15 Julai - Kursus SOP dan pentauliahan Promoter Pro Muaythai Malaysia - Kelantan
(Open)
- Maklumat lanjut dalam posting hari isnin

03- 06 Ogos
- Kejohanan antara kelab kelab Muaythai Senior dan Remaja peringkat kebangsaan.
- Kursus Pengadil Tahap 1 Peringkat Kebangsaan.
Kuala Lumpur
(Open)

17-20 Ogos - Kursus Asas, Personal trainer dan Spesifik Jurulatih PMM
Bukit Jalil
(Open)

16hb September
- Kejohanan Muaythai Antara Sekolah Sekolah Malaysia dan Remaja Kebangsaan
-Kejohanan Pro Kebangsaan talipinggang Malaysia
-Kursus Pengadil Pro Kebangsaan
- Challenger rematch Episode 3
(Open)

29 Sept - 8 Oktober
Kejohanan Muaythai Remaja Dunia Turkiye
(Atlit Malaysia A & B)

13-15hb Oktober (Hari Sukan Negara)

Kuala Lumpur Muaythai Open Championship
(Open)
Putrajaya

21-30 Oktober 2023
World Combat Games, Riyadh, Saudi
(Atlit A Malaysia jika layak melalui qualifying events IFMA)

2-5hb November 2023
Kejohanan Muaythai Junior dan Senior Kebangsaan 2023
Kedah
(Atlit Persatuan Negeri Sahaja 1 kategori 1 Negeri)

17-26 Nov 2023
6th Asian Indoor & Martial Arts Games, Chonburi, Thailand
(Atlit Malaysia A)

16-18 Disember 2023
Kem Pengalaman Latihan Elite Remaja Muaythai
(Terbuka)
MUAYTHAI MALAYSIA

No perhubungan dan skop kerja pengurusan dan pegawai pegawai PMM HQ.

PENGURUSAN Corporate Comms -

Tuan Zahari Ahmad - 0127956220
Urusan badan kebangsaan, IFMA dan FAMA bersama Istana Negara, Istana Negeri, Pejabat PMO, Menteri dan Menteri Besar.

ADMIN

Saiful - 0192167171
(Pengurus Besar Muaythai Malaysia)

- sanction event negeri/daerah/club
- perhubungan antara PMM-OCM, MSN, KBS
- urusan logistik atlit kebangsaan lawan pro diluar
- urusan sukan Malaysia (Sukma)
- urusan pemakluman atlit gym/kelab kepada PMM yang akan bertarung pro di luar Malaysia sekiranya terdapat sebarang kecemasan.

Tengku - 0122945992
(Setiausaha Eksekutif Muaythai Malaysia)

- urusan pendaftaran kejohanan kejohanan kebangsaan tempatan
- urusan pendaftaran kursus kebangsaan
- urusan pendaftaran atlit kebangsaan event antarabangsa
- urusan bayaran kejohanan tempatan dan antarabangsa
- urusan sistem rsportz
- urusan logistik atlit kebangsaan lawan event antarabangsa ifma.
- urusan bersama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan dan KPM

Md Farek Urep (Boy)
(Pengurus Operasi)

- Urusan logistik acara PMM

Mustafa Amir (Abg Mus) - 0173071708
(Pembantu Operasi)

Urusan peralatan Muaythai, sewaan peralatan sports, baju kejohanan, boxer book dan yang berkenaan.

LANTIKAN PENGADIL bagi acara seluruh Malaysia -

Nik Izwan - 01339216787
(Setiausaha Jawatankuasa Pengadil)
- urusan pelantikan pengadil bagi kejohanan pro peringkat promoter/syarikat/kelab/negeri mengikut pekeliling r&j PMM yang diluluskan di cititel hotel, midvalley tahun 2020 dan selepas berbincang dengan jawatankuasa pengadilan PMM.

Setiausaha Persatuan Muaythai Negeri masing masing
- urusan mencadang pengadil negeri bagi event event sports (amatur) peringkat negeri, kelab, daerah untuk dipilih oleh jawatankuasa pengadilan PMM melalui setiausaha pengadil PMM saudara Nik Izwan.

Semua salinan permohonan kepada Nik dan Persatuan Muaythai negeri di berikan salinan kepada Tuan Borhan Pengerusi Pengadilan PMM dan PMM HQ.

Nik Izwan - nik_ts30@yahoo.com
Borhan - bravo8934@yahoo.com.my
PMM HQ - muaythaimalaysiahq@gmail.com

PENAJAAN / Kewangan

En Justin Lim - 0193344432

ELIT KEBANGSAAN (Combat)

Coach Bernard Radin - 0175400097
- urusan pemilihan dan latihan atlit Combat kebangsaan.
- Urusan bersama Institut Sukan Negara (ISN)
- Urusan high performance dan latihan luar negara

ELIT KEBANGSAAN (Wai Kru Mai Muaythai)

Ir Haji Nazri - 0122377840
urusan pemilihan dan latihan atlit Wai Kru Mai Muay kebangsaan.

EVENT PRO dan Ranking Kebangsaan

Tuan Rosli Yaakob PDRM - 0168980424
Urusan ranking atlit Muaythai Malaysia dan pengurusan kejohanan pro senior dan pro remaja peringkat kebangsaan.

Ketua Marshall SOP teknikal PMM bagi kejohanan Muaythai Pro seluruh Malaysia

Social Media PMM

Johan Zaki - 0138066820
Urusan sharing aktiviti Muaythai akar umbi di social media Muaythai Malaysia.

Admin Muaythai Malaysia / IT / Scoring system.

Aziman - 0122158406
Uruskan page Muaythai Malaysia, semua urusan teknologi dan setup scoring system IFMA.

Event Media PMM

Hartika - 0138277775
Urusan gambar, video dan coverage event event Muaythai kebangsaan dan akar umbi PMM.

Social Projek Muaythai dan Sport is Your Gang PMM

Imran Harith - 0129791035
Urusan projek projek sosial PMM dan IFMA untuk berusan dengan kementerian, Iyres, GLC, yayasan dan syarikat swasta.

Khoo Meng Yang - 0122683073
Urusan Teknikal Sukan Malaysia (Sukma)

Sila cc email rasmi PMM HQ di muaythaimalaysiahq@gmail.com untuk rekod bagi sebarang komunikasi.

Terima kasih

#muaythaimalaysia
Kelab/gym yang berminat hantar atlit bawah team B untuk pendedahan antarabangsa di kejohanan remaja dunia 10-17 tahun dan U23 world cup di turkey pada tarikh yang sama dibawah boleh hubungi Persatuan Muaythai Negeri masing masing. PMN akan hubungi PMM untuk dapatkan maklumat daripada IFMA.

#muaytbaimalaysia
Kursus SOP Penganjuran Sukan Muaythai Peringkat Kebangsaan dan pentauliahan promoter Muaythai Malaysia kali pertama.

[1st National Certified Muaythai Event Promoter Course]

Seperti makluman awal kursus diatas akan dijalankan pada 15hb Julai 2023 di Kelantan.

Sebelum ini hanya beberapa mesyuarat dan taklimat ringkas sahaja pernah diadakan untuk pronoter namun kali ini selepas perbincangan dengan lebih 7 agensi agensi kerajaan yang terlibat maka kursus ini akan diadakan buat kali pertama bagi memantapkan industri sukan Muaythai di Malaysia.

Antara intipati kursus adalah pelbagai sop sop penganjuran yang telah diluluskan agensi kerajaaan selepas pembentangan PMM, penggunaan sistem, maklumat tajaan swasta/kerajaan, maklumat kiraan pelepasan cukai bagi penaja, sistem scoring, tandatangan aku janji kod sukan selamat, maklumat bagi lembaga hasil dalam negeri, panel syarikat insurance fighter/acara dan perkara perkara lain yang berkaitan.

Peserta kursus akan mendapat sijil dan kad promoter PMM bersize dompet untuk dikepilkan setiap kali membuat makluman kejohanan kepada pdrm dan pihak berkuasa yang lain.

Maklumat kursus :

Tarikh : 15/7/2023
Waktu : 12.00pm- 1pm makan tengahari.

Kursus 2pm hingga 7 petang

Bayaran : USD 45 (RM210)

Tempat :

Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)
Bilik Latihan, Aras 5,
Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Makan tengahari percuma disediakan dan sijil antarabangsa dan kad atas nama anda/syarikat anda bagi akan diberikan bagi mereka yang mendaftar awal.

Bagi mereka yang pernah menghadiri taklimat promoter bersama WMC/IFMA/NSDF dan PAT Thailand di kejohanan remaja dunia di KL dan membuat bayaran bilik 3hari 2 malam ke Sunway Resort hanya perlu membuat bayaran sebanyak RM 50 bagi kursus ini. Sila sertakan bukti pembayaran yang telah dibuat ke akaun sunway resort bagi mendapat harga ini.

Semua promoter yang pernah mendapat sijil promoter atau menghadiri mana mana taklimat sebelum ini wajib menghadiri kursus yang akan dibuat kali pertama untuk promoter ini.

Sila sertakan gambar passport dan pendaftaran melalui google form dibawah.

Terima kasih.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfGugtdP7n6800tcAfZHMVRs13OjtadBaPkimMoLZM1uinjkw/viewform


#muaythaimalaysia
Anda promoter? Anda fighter sedang cari fight? Anda jurulatih/fighter yang selalu berurusan dengan promoter kejohanan?

Apa masalah anda berdasarkan pengalaman berurusan dengan promoter di Malaysia atau luar negara. Sila maklumkan dibawah bagi urusan tambah baik bagi inisiatif kursus promoter yang sedang diambil PMM bagi memantapkan industri muaythai malaysia.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfhYdwx-R6PPOjqBwhscmKQ2HvZUw6Tx7ibbpd9I6NQu3gikA/viewform?usp=pp_url

#muaythaimalaysia
5TH NATIONAL MUAYTHAI INTERCLUBS CHAMPIONSHIPS 2023

MARKAH KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN DARI KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Program pembangunan Muaythai akar umbi untuk mencungkil bakat atlit atlit baru senior dan junior dan terbuka kepada semua gym dan kelab seluruh Malaysia tanpa politik dan apa apa gabungan.

Pendaftaran pertandingan

1) Jemputan melalui sistem akan dibuat mulai hari ini.

2) Pendaftaran atlet hannya melalui kelab sahaja.

3) Mana2 kelab yang tidak dapat email link pendaftaran boleh hubungi saya untuk pengesahan email kelab di whatsapp 0122945992.

4) Bagi kelab/gym yang belum daftar boleh berbuat demikian di website dibawah secara percuma.
https://muaythaimalaysia.rsportz.com/org_memberships

Manual cara untuk daftar ada dalam link google drive Info Antara Kelab 2023.

https://drive.google.com/drive/folders/19wp80eyqMccr5m0Q8Lf5eAObq8PPnFXQ

#muaythaimalaysia
FAQ Pertanyaan Kejohanan kelab Muaythai Malaysia.

1. Boleh tak lebih dari satu peserta dari kelab yang sama dalam satu kategori

J - Boleh tiada limit jumlah peserta bagi dari satu kelab untuk setiap kategori bagi kejohanan antara kelab.

2. Berapa bayaran dikenakan untuk daftar kelab dalam sistem?

J- Tiada bayaran dikenakan untuk pendaftaran kelab dalam sistem kejohanan.

3. Bolehkah peserta luar negara yang belajar digym saya sertai kejohanan ini.

J- Boleh untuk kejohanan antara kelab

4. Adakah boleh guna nama persatuan negeri atau nama negeri sebagai kelab?

J: Tidak dibenarkan menggunakan nama persatuan negeri atau nama negeri sebagai kelab. Yang nak masuk bawah negeri kena create kelab contoh projek pembangunan selangor. Tak boleh letak nama negeri terus.

5. Adakah timbang setiap hari?

J: Timbang sekali sahaja. Hari atlet mula lawan.

6. Apa hadiah kemenangan?
🏅 Pingat bagi setiap kategori - Emas, Perak, Gangsa dan sijil penyertaan dan Sijil pencapaian bagi pemenang pingat.

1 Trofi Juara Keseluruhan
1 Trofi Kelab Junior terbaik
1 Trofi Kelab Senior Terbaik
1 Trofi Kelab Lelaki Terbaik
1 Trofi Kelab Perempuan terbaik

7. Email admin kelab saya tidak boleh guna. Saya perlu daftar baru ke?
J: Tak perlu. Boleh whatsapp 0122945992 untuk semak kelab dan minta tukar email admin kelab yang baru.

8. Saya lupa password kelab. Bagaimana cara untuk reset password?
J: tekan 'forgot password' kemudian reset password. Email reset password akan dihantar ke akaun email kelab.
Makluman tambahan

1) Pendaftaran Online. Ramai yang tanya untuk buat bayaran terus ke akaun kerana tiada kredit/debit card.Oleh itu, PMM telah buka pilihan bayaran kejohanan boleh dibuat dua cara :

A) credit atau debit card - bayaran akan dikenakan Admin Fee(stripe fee dari gateway bayaran) untuk bayaran online.

B) Wire transfer - yang mana bayaran boleh dibuat melalui online banking direct akaun Persatuan.

Mohon kelab yang telah masukkan maklumat atlet tetapi belum buat bayaran klik pendaftaran berbuat demikian dengan kadar segera... Dalam sistem telah dibuka pilihan wire transfer boleh click untuk teruskan registration. Resit boleh whatsapp ke saya untuk di buat pengesahan dalam sistem.

Kelab yang sudah selesai pendaftaran dan pembayaran akan dapat link untuk join group broadcast kejohanan bagi maklumat undi dll dan dapat surat kebenaran dari Kementerian Pendidikan Malaysia.


2) Laporan Kesihatan dan ujian Darah serta Dokumen yang lain.

Semua laporan Pemeriksaan kesihatan,ujian darah hiv dan hepatitis, kebenaran ibu bapa dan consent athlete untuk doping boleh diserahkan pada hari kejohanan.

Borang2 ini boleh didapati didalam link google drive maklumat kejohanan

https://drive.google.com/drive/folders/19wp80eyqMccr5m0Q8Lf5eAObq8PPnFXQ

3) Maklumat kejohanan, undian fight card akan di berikan melalui Group broadcast whatsapp seperti makluman diatas.

📣Sila buat pendaftaran segera supaya kita dapat tentukan samaada perlu atau tidak pertandingan bermula pada 3hb Ogos 2023 Khamis atau 4hb Ogos 2023 Jumaat.(Bagi kategori yang ramai peserta).

Harap maklum
Makluman!
PMM telah membuat permohonan daripada Badan Dunia IFMA supaya ujian darah HIV dan Hepatitis B dan C tidak diwajibkan untuk Kejohanan Level antara kelab. Walaubagaimanapun masih belum dapat kata putus daripada Badan Dunia. Dalam sehari dua lagi akan dapat jawapan dari IFMA.

Sekiranya pemohonan PMM diluluskan, bagi yang telah buat ujian darah result boleh digunakan untuk kejohanan Peringkat Kebangsaan dan antarabangsa nanti.
Sukacita dimaklumkan atlit-atlit yang mewakili kelab berumur 16 dan ke atas dikecualikan dari blood test bagi tahun 2023 dan 2024 seperti yang ifma luluskan harini atas permohonan PMM setelah terima banyak rayuan dari kelab tapi bagi atlit yang mewakili negeri untuk kejohanan kebangsaan/sukma, negara dan apa-apa kejohanan pro apa-apa peringkat diseluruh malaysia mulai Ogos 2023 adalah wajib seperti sop terbaru dalam kursus promoter.
𝗞𝗲𝗷𝗼𝗵𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗮𝘆𝘁𝗵𝗮𝗶 𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗗𝗮𝗻 𝗞𝗶𝗰𝗸𝗯𝗼𝘅𝗶𝗻𝗴 𝗞𝟭/𝗟𝗼𝘄 𝗞𝗶𝗰𝗸 𝗦𝗲𝗻𝗶𝗼𝗿 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻.

- Terbuka kepada semua
- 28hb-30hb September (Maulidur Rasul)
- Stadium Tertutup Gong Badak, Trengganu
- Atlit 8-17 tahun mewakili nama sekolah masing2
- Atlit 18-40 Kickboxing mewakili kelab masing2 undang undang sukan sama sukan sea Vietnam/Cambodia.

𝗞𝗲𝗷𝗼𝗵𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗮𝘆𝘁𝗵𝗮𝗶 𝗥𝗲𝗺𝗮𝗷𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗻𝗶𝗼𝗿 𝗣𝗿𝗼 𝗧𝗮𝗹𝗶𝗽𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗻𝗸𝗶𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮

- Pilihan regu dari elit/remaja negara/pilihan juara antara kelab/antara sekolah/remaja kebangsaan.
- 14hb Oktober 2023
- Perkarangan parking lot makhamah, Putrajaya.
-Superfight/Super 4/Super 8

Surat jemputan dalam link google drive yang akan dipost dalam group whatsapp ini

#muaythaimalaysia
𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐊𝐈𝐂𝐊𝐁𝐎𝐗𝐈𝐍𝐆 𝐂𝐇𝐀𝐌𝐏𝐈𝐎𝐍𝐒𝐇𝐈𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟑
(Peluang wakil negara kejohanan antarabangsa)

-45kg, -48kg, -51kg, -54kg, -57kg, -60kg, -63.5kg, -67kg, -71kg, -75kg, -81kg, -86kg, - 91kg, +91kg

𝐎𝐏𝐄𝐍 𝐓𝐎 𝐀𝐋𝐋 𝐌𝐀𝐑𝐓𝐈𝐀𝐋 𝐀𝐑𝐓𝐒

Lelaki sahaja dan disiplin Low Kick

18 tahun hingga 40 tahun

Tiada siku, tiada lutut, tiada plum

Selepas mencuba di 3 edisi sukan sea dan membawa pulang pingat emas, perak dan gangsa untuk negara, PMM akan mula buat pertama kali mendedahkan atlit di Kejohanan Asia dan Kejohanan Dunia Kickboxing mulai tahun 2024.

Kami mencari bakat bakat baru untuk diketengahkan diperingkat antarabangsa.

Penyertaan terhad kerana hanya 1 gelanggang dan tidak cukup masa.

29-30hb September 2023.

Perkarangan stadium tertutup Gong Badak (Kuala Trengganu)

Pendaftaran link dibawah.

#muaythaimalaysia
#teammaskickboxing
#seagames20252027
Jadual

Kejohanan Muaythai Antara Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan 2023

Khamis 28/9/2023
10.00 - 20.00
Lobi Majlis Sukan Negeri Kuala Terengganu

- Pendaftaran
- Medikal
- Timbang berat

Jumaat 29/9/2023
10.00 pagi - 9.00 malam
Perkarangan Stadium Tertutup Gong Badak

- Perlawanan

Sabtu 30/9/2023
11.00 - 16.00
Perkarangan Stadium Tertutup Gong Badak

- Perlawanan

--‐------------------------------------

Kejohanan Low Kick Kickboxing Senior Kebangsaan 2023

Sabtu 30/9/2023
9.00 - 11.00
Perkarangan Stadium Tertutup Gong Badak

- Pendaftaran
- Medikal
- Timbang berat

11.00 - 16.00

- Perlawanan
Kursus Pengadil Muaythai Sport - Refresher Course 2023

Khamis 28/9/2023
13.00 - 17.00
Lobi Majlis Sukan Negeri Terengganu

Lapor diri dan Pendaftaran

Jumaat 29/9/2023
9.00 - 20.00
Perkarangan Stadium Tertutup Gong Badak

Teori dan Praktikal

Sabtu 30/9/2023
9.00 - 16.00
Perkarangan Stadium Tertutup Gong Badak

Teori dan Praktikal