Muassis
5.67K subscribers
2.92K photos
107 videos
22 files
2.88K links
Tarbiah | Dakwah | Komuniti
Platform Tarbiah Pilihan Anda

Menghidangkan anda tazkirah dan taujihat yang santai tapi menggugah jiwa!
Download Telegram
Muassis
Himpunan Doa Ramadan (Muassis).pdf
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Forwarded from Iman Moment Official
Assalamualaikum wbt muslimah yang terpilih untuk memasuki Ramadhan 1446H!😇

Jom bersama-sama Khaulah Circle dalam sesi Ramadhan Series agar kita mampu berhadapan dengan apa sahaja ujian kehidupan dengan petunjuk Al-Quran.

📌 Ahad, 2 Mac 2025
📌 Bilik Tahfiz Surau Kauthar, Bandar Baru Bangi
📌 5.00pm -7.00pm


Tentatif
5.00pm: Berkumpul
5.30pm: Sesi Perkongsian
7.00pm: Persiapan iftar
7.30pm: Iftar

📍Surau Kauthar, Bandar Baru Bangi: https://maps.app.goo.gl/2U8L2maLuEsmWFB38

📲RSVP/ pertanyaan
https://tinyurl.com/KhaulahCircle

Jumpa anda di sana, iAllah
Muslimah Only
📖 ODOJ Squad : Tadabbur Juzuk 1

🟡 Teladan Bani Israil

Dalam Juzuk 1, Allah banyak tegur kaum Bani Israil:
Diselamatkan dari Firaun 🚤
Diberi manna & salwa 🍯🍗
Dihantar para nabi untuk pimpin mereka 🕊️

Tapi apa yang berlaku?
Mereka ingkar berulang kali...
Sembah patung anak lembu 🐄
Langgar larangan Sabtu 🚫
Bunuh para nabi ⚔️

💡 Ibrah besar untuk kita:
👉 Pembebasan dari kesusahan duniawi dan material tanpa pembebasan dari penjajahan akidah dan pemikiran = sia-sia!
👉 Kejayaan dunia TIDAK bermakna kalau jiwa masih terpenjara dalam maksiat & kelalaian.

Sebagaimana disebut:

"Pembebasan dari penindasan duniawi tidak bermakna tanpa pembebasan daripada penjajahan akidah dan spiritual" 🕯️

⚠️ Umat Nabi Muhammad ﷺ diingatkan supaya jangan ulang kesilapan mereka. Banyak nikmat Allah bagi kita hari ni – iman, Islam, rezeki, keamanan... tapi cukupkah kita SYUKUR & TAAT? 🤲

💭 Jom muhasabah. Ramadan ni masa terbaik ubah diri. Jangan jadi "Bani Israil versi moden". 😔

#TadabburRamadan #Juzuk1 #ODOJSquad #RamadhanBulanPerubahan #BinaGenerasiBebasPalestin #Muassis

========================

Berminat untuk join ODOJ Squad Ramadhan ?

Khusus untuk pelajar IPT Muslim

Teruss tekan link ini!: https://forms.gle/TWDmszgS26teFA3L9
Muassis
Himpunan Doa Ramadan (Muassis).pdf
Doa Memohon Keampunan dan Perlindungan dari Kejahatan.

Ya Allah, ampunkan lah dosa kami dan lindungilah diri kami dari kejahatan hawa nafsu kami ya Allah…

Muassis
Ramadan Bulan Taghyir
=====

Berminat untuk sertai Lepak-Lepak Tarbawi? Klik link dibawah:
https://tinyurl.com/L2TMuassis

Follow & subscribe media sosial kami
https://linktr.ee/muassismedia
Forwarded from Terjemahan Al Banna
Umat perlukan Duat (pendakwah) bukan simpatisan!

Sesungguhnya umat yang tersesat tidak memerlukan seseorang yang duduk di sisinya untuk menangisinya, tetapi ia memerlukan seseorang yang bangkit untuk memegang tangannya!

-Hassan Al-Banna-

Terjemahan Al-Banna
Muassis
Himpunan Doa Ramadan (Muassis).pdf
Ayuh Berdoa 🤲

Doa 2 dari Himpunan Doa Ramadan Muassis

Moga Allah tetapkan hati kita diatas jalan Allah dan dilimpahkan cahaya dari Quran menerangi hati sepanjang masa.

Allahumma Amin.

Muassis
Ramadan Bulan Taghyir

=====

Berminat untuk sertai Lepak-Lepak Tarbawi? Klik link dibawah:
https://tinyurl.com/L2TMuassis

Follow & subscribe media sosial kami
https://linktr.ee/muassismedia
📖 ODOJ Squad : TADABBUR JUZUK 2

📍“Umat Terbaik & Pertengahan”

Pernah terfikir kenapa kita solat menghadap Kaabah? 🕋
Dulu... kiblat umat Islam adalah Baitul Maqdis 🕌 (sama macam Yahudi & Nasrani).
Tapi kemudian Allah ubah kiblat ke Kaabah – kenapa?

Untuk pisahkan identiti kita sebagai umat Muhammad ﷺ.
Untuk bentuk umat dengan misi sendiri.
Untuk lahirkan “umat wasat” – Umat Pertengahan.

Apa maksud Umat Pertengahan ni? 🤔
beberapa pandangan ulama’:
Umat terbaik dan paling mulia (Ibn Kathir): diberi tugas paling mulia, sistem hidup paling sempurna.
Umat yang seimbang dan adil (Wahbah Zuhaili) : dunia dan akhirat, tidak ektrem ke kiri atau kanan.
Umat saksi (Al Muntakhab) : menyampaikan risalah dan sistem Islam kepada seluruh dunia

🎯 Point menarik:
📌 Ayat perubahan kiblat ni turun di AYAT 143, betul-betul di tengah Surah Al-Baqarah.
📌 Simbolik sangat, seolah olah nak kata:
"Islam ni agama pertengahan, balanced, adil, terbaik, dan umat Islam juga adalah umat pertengahan”

Dan Allah tambah lagi motivasi:
“Kamu adalah sebaik-baik umat, yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran…” (Ali 'Imran 3:110)

So guys, bila kita jaga solat ke arah kiblat yang satu, itu tanda kita semua terikat dalam satu saf. 💪
Tak kira bangsa apa, warna kulit apa, negara mana.
Kiblat SATU, Tuhan SATU, misi SATU. 🌍 – menyebarkan risalah dan sistem Islam ke seluruh muka bumi!

💡 Jom jadi umat contoh – terbaik, adil, bersatu dan paling penting... gigih menyampaikan risalah Islam melalui perbuatan, kata-kata, dan bina sistem yang menjadi tumpuan dunia!
#ODOJSquad
#RamadhanBulanPerubahan
#BinaGenerasiBebasPalestin


Berminat untuk join ODOJ Squad Ramadhan ?
Teruss tekan link ini!: https://forms.gle/TWDmszgS26teFA3L9
Forwarded from Terjemahan Al Banna
Ramadan dalam Pandangan #Imam_Al-Banna

Keadaan Duat ketika Ramadan


Di bulan Ramadan, kamu menahan diri daripada makan dan minum, berjuang melawan nafsu dan keinginan jasmani, serta mendekatkan diri kepada Tuhanmu melalui puasa, solat, ibadah, dan Al-Quran. Itu adalah santapan jiwa yang lazat, dinikmati oleh hati yang suci, menjernihkan pemikiran, dan menyinarkan cahaya basirah (pandangan hati).

Dengan itu, kamu akan melihat kebenaran dalam bentuknya yang sebenar, meletakkan setiap perkara pada tempatnya yang hakiki dan sesuai dengan tujuan penciptaannya.

Jika kamu benar-benar merasakan kesan Ramadan, kamu akan sedar bahawa kesenangan duniawi dan harta yang sementara ini hanyalah alat, bukan tujuan hidup. Ia tidak bernilai pada dirinya sendiri, tetapi menjadi mulia dan tinggi apabila digunakan untuk kebaikan, dan menjadi hina serta rendah apabila disia-siakan dalam perkara yang tidak berguna.

Maka, kesedaran ini akan mendorongmu untuk bersedekah dan berinfak dengan hati yang lapang dan penuh kegembiraan.
Forwarded from Terjemahan Al Banna
Forwarded from Terjemahan Al Banna
Pelajaran Tarbiyah Dari Revolusi Syria.

Tulisan ini ditujukan kepada para duat yang mukhlisin agar terus istiqomah dalam perjuangan mendidik masyarakat.

Perkongsian ini hasil daripada pertemuan bersama dengan mujahidin Syria.

Satu kemenangan yang dianggap mustahil tapi dimudahkan oleh Allah SWT.

Syria merupakan antara negara Islam terawal yang menerima sentuhan Ikhwanul Muslimin.

Tarbiyah telah berkembang dengan pesat atas usaha duat-duat yang terawal iaitu Syeikh Mustafa As-Sibaie’ yang mendapat sentuhan terus dari Imam As-Syahid Hassan Al-Banna.

Perkembangan dakwah yang begitu pesat telah menyebabkan pertembungan dengan kerajaan Hafez Al-Assad ketika itu.

Sehingga berlakunya pembunuhan secara beramai-ramai di Hama pada tahun 1982.

Anggaran seramai 40 ribu orang syahid.

Selepas itu,gerakan Ikhwanul Muslimin diharamkan.

Sesiapa yang terlibat dengan gerakan Ikhwanul Muslimin akan dihukum gantung sampai mati.

Ditulis di dalam perlembagaan Syria.

Sejak daripada itu IM telah dihalau keluar dari bumi Syria.

IM Syria mula bergerak dari luar.

Apa yang berlaku dekat rakyat Syria selepas itu?

Makin ditekan.

Pergi solat subuh pun boleh kene tangkap.

Kene hantar ke penjara Saidniya untuk disembelih.

Sehinggalah pada tahun 2011, berlaku kebangkitan Arab Spring.

Kebangkitan bermula dengan aman tetapi akhirnya bertukar menjadi tragedi berdarah.

Namun pada tahun 2015,mujahidin telah berjaya menguasai 70 peratus tanah Syria.

Namun,Bashar Al-Assad menggunakan strategi terkutuk untuk mengalahkan kebangkitan rakyat.

Meletakkan senjata di luar masjid.

Selesai solat,rakyat Syria nampak senjata mereka ambil.

Atas alasan ini,mereka mendakwa pemberontak perlu dihapuskan.

Berpuluh ribu orang awam dibunuh.

Apa yang berlaku selepas rakyat tidak mempunyai asas fikrah jihad yang betul memegang senjata?

Mereka tak kenal siapa musuh dan siapa kawan.

Kumpulan mujahidin mula berpecah.

Lahir pelbagai kumpulan sampai ada yang memerangi sesama sendiri.

Rusia dan US mula masuk campur.

Musuh merancang.Tapi perancangan Allah SWT lebih mendahului.

Di sebuah kawasan bersempadan di Turki iaitu Idlib segalanya bermula.

Pada tahun 2020 para mujahidin mula sepakat untuk bersatu di bawah fraksi yang sama iaitu Haiat Tahrir As-Syams.(HTS).

Seorang mujahidin sebut ketika itu:

Ketahuilah bahawa ini merupakan permulaan kepada titik kemenangan

Daripada situ bermula kepada penyusunan perjuangan.

Berpuluh kumpulan mujahidin dibubarkan dan disatukan di bawah bendera yang sama.

Ahmad As-Syar’a telah dilantik sebagai ketua.

Kabinet dibentuk. Sistem tarbiyah dijalankan semula.

Akhirnya pada tahun 2024, mereka mula bergerak laju mengalahkan rejim Bashar Al-Assad.

Sehingga mereka dikurniakan kemenangan pada 8 Disember 2024.

Pelajaran besar daripada kemenangan dari Syria ada dua :

1) Kesatuan perjuangan umat Islam
2) Tarbiyah yang sohih dalam perjuangan.

Selepas itu bersabarlah teruskan perjuangan sehingga kemenangan dianugerahkan oleh Allah SWT bila tiba masanya.

Terjemahan Al-Banna
Doa 3 dari Himpunan Doa-Doa Ramadan Muassis

Moga Allah menjadikan cahaya pada penglihatan, pendengaran, hati dan segalanya dengan cahaya al-Quran

Muassis
Ramadan Bulan Taghyir

=====

Berminat untuk sertai Lepak-Lepak Tarbawi? Klik link dibawah:
https://tinyurl.com/L2TMuassis

Follow & subscribe media sosial kami
https://linktr.ee/muassismedia
Tidak lengkap Ramadhan tanpa kita semakin dekat dengan Al-Quran 📖

*Mari bersama-sama duduk sebentar beriman sejenak sambil mengecapi kenikmatan di bawah teduhan ayat-ayat Al-Quran*🌴

🗓 Khamis | 10.15 malam
📍 Link Gmeet: meet.google.com/htj-qvzj-mex

🔗 Daftar sini ➡️ https://forms.gle/K48JVOXSZKRKULGN6

#RamadhanBulanPerubahan
#BinaGenerasiBebasPalestin 🕊
#ODOJSquad
Forwarded from Terjemahan Al Banna
Ini Bukan Ramadhan Seorang Duat

Adapun bagi segolongan yang lain, bulan Ramadan bagi mereka adalah bulan untuk berehat daripada kepenatan kerja, berseronok, dan berhibur sepanjang malamnya yang panjang.

Mereka membahagikan masa mereka kepada sesi ziarah dan sesi berjaga malam;

Pada waktu malam, mereka berada antara hiburan dan perbualan kosong, serta membuang masa di kafe dan bar, berpindah dari satu tempat hiburan ke tempat yang lain.

Pada siangnya pula, mereka tenggelam dalam tidur dan bermalas-malasan dalam pekerjaan mereka!

Maka Ramadan menjadi hujah ke atas mereka di hadapan Tuhan mereka, serta saksi atas kelalaian dan kesilapan mereka dalam menghargai waktu yang diberkati ini.

Terjemahan Al-Banna
UAE antara negara yang perlu diboikot oleh umat Islam.

Baru-baru ini ada maklumat dalaman satu usaha yang sedang dibuat untuk melemahkan gerakan Islam di Gaza oleh negara UAE.

Laporan berita :

Emiriah Arab Bersatu (UAE) menganggap pergerakan Hamas dan gerakan Islam yang lain sebagai ancaman kewujudan dan berusaha untuk melucutkan senjata mereka di Gaza secara serta-merta dan sepenuhnya, sementara negara-negara Arab lain menyeru agar pendekatan yang lebih berperingkat diambil.”

Muslim zionis ni wujud.

Mereka bersahabat baik dengan Isra3l.

Mereka lebih mengutamakan pelaburan ekonomi dan kekayaan yang disalurkan oleh barat kepada negara mereka.

Hamas tak mampu dikalahkan oleh Isra3l secara bersenjata.

Mereka gunakan orang Islam pula untuk melemahkan mereka secara langkah politik.

Ulama’ sepakat untuk mewajibkan umat Islam menzahirkan permusuhan yang jelas dan menolak untuk bekerjasama dengan Isra3l dan US yang jelas-jelas memerangi umat Islam.

Kalau tidak mereka termasuk dalam kalangan orang yang zalim.

اِنَّمَا يَنْهٰىكُمُ اللّٰهُ عَنِ الَّذِيْنَ قَاتَلُوْكُمْ فِى الدِّيْنِ وَاَخْرَجُوْكُمْ مِّنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوْا عَلٰٓى اِخْرَاجِكُمْ اَنْ تَوَلَّوْهُمْۚ وَمَنْ يَّتَوَلَّهُمْ فَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الظّٰلِمُوْنَ 9.

“Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai sekutu orang-orang yang memerangi kamu dalam urusan agama, dan mengusir kamu dari tanah airmu, serta membantu dalam pengusiran kamu.

Dan sesiapa yang menjadikan mereka sebagai sekutu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”

Muassis
Platform Tarbiyah Pilihan Anda
Booklet Aulad Muassis.pdf.pdf
116.9 MB
Dah seminggu Ramadhan berlalu! Macam mana dengan momentum bulan Ramadan semua anak-anak? 😇

Jom kita semarakkan lagi tarbiyah bulan Ramadan ni dengan anak-anak. Peluang ni datang sekali setahun je tau.

Alhamdulillah, Muassis ada special gift untuk anak-anak terus menghidupkan bulan Ramadan. Kita ada booklet Ramadan special untuk anak-anak. Ibu ayah boleh galakkan lagi anak-anak untuk beramal di bulan Ramadan ni.

Keep doakan anak-anak kita untuk menjadi generasi yang mencintai Allah dan mencintai al Quran. In sha Allah moga mereka menjadi mujahid-mujahid yang terus perjuangkan islam!

Barakallahufikum team Ababil yang telah usahakan booklet yang best ni❤️

Muassis
Ramadan Bulan Taghyir

=====

Follow & subscribe media sosial kami
https://linktr.ee/muassismedia
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Ramadan Mosquekiddos Muassis 👦👧🕌🌙

Macam mana pengalaman ibu ayah bawa anak-anak ke masjid atau surau untuk terawih tahun ni?

Apa pun pengalaman yang dilalui, in sha Allah ia akan jadi episod tarbiyah terbaik untuk anak-anak.

Kami kongsikan snippet program Mosquekiddos anjuran Muassis dengan kerjasama pihak Surau al-Kauthar Bangi untuk minggu pertama dengan tema Love Allah.

Mosquekiddos adalah program untuk anak-anak mendapat sentuhan yang best pada bulan Ramadan kali ini. Dalam masa yang sama ibu ayah boleh solat terawih dengan tenang 🤲

Nampak meriah kan? Haaaa, jangan lupa join kan anak-anak ke program "Amazing Ramadhan" yang akan berlangsung 22 Mac ni in sha Allah!

Pendaftaran telah dibuka. Boleh hubungi kami di link di bawah untuk pendaftaran:

https://bit.ly/AmazingRamadhan2025
https://bit.ly/AmazingRamadhan2025
https://bit.ly/AmazingRamadhan2025

Muassis
Ramadan Bulan Taghyir

=====

Follow & subscribe media sosial kami
https://linktr.ee/muassismedia
Forwarded from Terjemahan Al Banna
Mutiara Kalam As-Syahid Syed Qutb

إنهم يريدون إسلاما أمريكيا
يفتي في نواقض الوضوء

Mereka mahukan Islam versi Amerika yang hanya memberi fatwa tentang perkara yang membatalkan wudhu’,

ولا يفتي في نواقض الإسلام
ولا في أوضاع المسلمين السياسية
والاقتصادية و الاجتماعية و المالية...

Tetapi tidak memberi fatwa tentang perkara yang membatalkan Islam,
juga tidak tentang keadaan politik, ekonomi, sosial, dan kewangan umat Islam…

إنها لمهزلة.... بل إنها مأساة

Ini adalah satu penghinaan… malah ia adalah satu tragedi!

Terjemahan Al-Banna
Forwarded from Terjemahan Al Banna
#Mutiara_Syahid_Sayyid_Qutb

(أنا ربكم الأعلى)

Aku adalah tuhanmu yang tertinggi!”

Begitulah kata-kata seorang diktator tertipu oleh kelalaian rakyatnya, ketundukan mereka, dan kepatuhan mereka kepadanya.

Maka, tidak ada yang lebih menipu para diktator daripada kelalaian rakyat, kehinaan mereka, ketaatan mereka, dan kepatuhan mereka.

Sedangkan seorang diktator itu hanyalah seorang individu yang sebenarnya tidak memiliki kekuatan atau kekuasaan apa pun.

Namun, rakyat yang lalai dan tunduk inilah yang membentangkan punggung mereka untuk ditungganginya!

Mereka menghulurkan leher mereka untuk dikendalikannya!

Mereka menundukkan kepala mereka untuk ditingginya!

Mereka menyerahkan hak mereka terhadap kemuliaan dan harga diri, sehingga diktator itu semakin zalim!

Terjemahan Al-Banna