MPP UTHM OFFICIAL
3.37K subscribers
2.43K photos
14 videos
17 files
736 links
Saluran Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM bagi hebahan maklumat dan aktiviti MPP dan mahasiswa.
Download Telegram
[ REACH OUT: 11 PRODUK KEBAJIKAN PELAJAR UTHM ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2020/2021 UTHM ingin memaklumkan 11 Produk Kebajikan Pelajar UTHM yang disediakan oleh Bahagian Kebajikan & Kesejahteraan Pelajar, Pejabat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). 11 produk kebajikan ini adalah merupakan salah satu langkah yang disediakan kepada pelajar bagi memohon bantuan terutamanya dalam bantuan kewangan. Dengan adanya produk kebajikan ini akan dapat menjaga hal ehwal kebajikan pelajar dengan lebih efektif dalam konteks keselamatan dan kesejahteraan pelajar.

Antara Produk Kebajikan Pelajar yang disediakan adalah seperti berikut:
1. Tabung Pinjaman Pelajar
2. Surat Jaminan Hospital
3. Bantuan Khairat Kematian
4. Bantuan Dana Ihsan
5. Sabil Al-Hikmah
6. Skim Bantuan Mahasiswa OKU
7. Skim Bantuan Mahasiswa Orang Asli
8. Tabung Zakat Pelajar
9. Insurans Berkelompok Pelajar
10. Food Bank Siswa
11. Tabung Wakaf & Endowmen Universiti
12. Skim Pelajar Bekerja Sambilan

Selain itu juga, Pejabat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) UTHM menyediakan talian hotline sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan bantuan-bantuan yang ditawarkan. Talian perhubungan boleh didapati di poster di atas.

📌 UTHM Kampus Induk Parit Raja
Puan Suhailah
07-4564008
suhailah@uthm.edu.my

📌 UTHM Kampus Cawangan Pagoh
Encik Mohammad Reeza bin Abd Patah
06-9742009
reeza@uthm.edu.my

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

#LindungiDiriLindungiSemua
#ProdukKebajikan
#MPPUTHMPrihatin
[ 26 DISEMBER 2021 - SALAM TAKZIAH WAN ABDUL AZIM BIN WAN ZAMANI ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَ

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2020/2021 ingin mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga, sahabat dan kenalan arwah Wan Abdul Azim bin Wan Zamani, Pelajar Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) UTHM Sesi 2018/2019. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman.

...

The Student Representative Council (MPP) Session 2020/2021 would like to express our condolences to all the family members, friends and acquaintances of Wan Abdul Azim bin Wan Zamani, student of Faculty of Applied Science and Technology (FAST) UTHM Session 2018/2019. May his soul receive blessings and be placed among the pious.

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
[ #46 INSPIRASI HARI INI - KESYUKURAN ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

"Start your day with positive thoughts and a heart that is always grateful."

When faced with many obstacles ahead, with positive and grateful thoughts, the heart still feels happiness and serenity.

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
[ MAJLIS BACAAN YASIIN DAN TAHLIL ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Kepada seluruh mahasiswa/i UTHM yang beragama Islam, anda dijemput ke majlis bacaan yasiin dan tahlil buat arwah Wan Abdul Azim bin Wan Zamani yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

▪️Tarikh: 27 Disember 2021 (Isnin)
▪️Masa: 7.30 malam (selepas Solat Fardu Maghrib)
▪️ Tempat: Musolla Kolej Kediaman Pagoh
▪️Anda juga boleh mengikuti bacaan yassiin dan tahlil melalui Instagram Live : @mpputhm2021

Sekian, terima kasih.

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Untuk maklumat yang lebih lanjut, ikuti kami di media sosial:
_
Facebook: Majlis Perwakilan Pelajar UTHM
Instagram: @mpputhm2021
Twitter: @mpputhm2021
Telegram: MPP UTHM SESI 20/21
YouTube: MPP UTHM
[ PROGRAM OUTREACH 2021 ZON SELATAN - PERASMIAN PENUTUP PROGRAM ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Majlis Perwakilan Pelajar UTHM Sesi 2020/2021 ingin memaklumkan bahawa Program OutReach 2021 Zon Selatan telah dijalankan pada 18 & 19 Disember 2021 di Dewan Orang Ramai Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Program ini adalah anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) bersama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Pada 19 Disember 2021, telah dijalankan Majlis Perasmian Penutup Program OutReach 2021 Zon Selatan yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi. Majlis berkenaan dijalankan di dalam Dewan Orang Ramai Sri Medan.

Turut hadir bersama ialah YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Wahid bin Razzaly, Naib Canselor UTHM, YBhg. Prof. Madya Sr. Ts. Dr. Hj. Lokman Hakim bin Hj. Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTHM, YBhg. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Kamarulzaki bin Mustafa, Provost UTHM Kampus Cawangan Pagoh, Muhammad Faris bin Abdul Hadi, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UTHM Sesi 2020/2021 serta barisan MPP UTHM.

Pada kesempatan berkenaan, YDP MPP UTHM sempat menyatakan beberapa hasrat untuk kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan mahasiswa kepada YB Menteri bagi mendapatkan persetujuan dan beberapa cadangan penambahbaikan daripada YB Menteri sendiri.

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia