MPP UTHM OFFICIAL
3.37K subscribers
2.43K photos
14 videos
17 files
736 links
Saluran Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM bagi hebahan maklumat dan aktiviti MPP dan mahasiswa.
Download Telegram
[ PROGRAM OUTREACH 2021 ZON SELATAN - PROGRAM GOTONG-ROYONG ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Majlis Perwakilan Pelajar UTHM Sesi 2020/2021 ingin memaklumkan bahawa Program OutReach 2021 Zon Selatan telah dijalankan pada 18 & 19 Disember 2021 di Dewan Orang Ramai Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Program ini adalah anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) bersama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Pada 18 Disember 2021, telah dijalankan aktiviti gotong-royong pembersihan taska Sri Medan berdekatan dengan Dewan Orang Ramai Sri Medan. Program gotong-royong ini disertai oleh staf-staf UTHM, wakil-wakil pelajar UTHM dan barisan Majlis Perwakilan Pelajar UTHM. Turut hadir bersama ialah Prof. Datuk Ts. Dr. Wahid bin Razzaly, Naib Canselor UTHM dan Puan Haszrinaz binti Husain @ Hashim, Pengarah Pejabat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) UTHM.

Aktiviti-aktiviti yang dilakukan di sana adalah senamrobik bersama Instructor Encik Afifi, mengecat pagar dan tembok pagar, membersihkan longkang, memotong dahan pokok, memotong rumput dan menyapu sampah. Semoga dengan aktiviti sukarelawan yang dilakukan ini dapat membina jati diri mahasiswa untuk terus membantu orang lain tidak kira masa, bangsa dan tenaga.

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
[ #47 INSPIRASI HARI INI - KEPERIBADIAN ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

"Layani semua orang dengan sopan, walaupun mereka yang kasar dengan anda. Bukan kerana mereka baik, tetapi kerana anda baik."

Tingkah laku yang baik akan mencerminkan keperibadian yang baik.

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
MAKLUMBALAS KEDIAMAN ALUMNI UTHM TERKESAN DENGAN BENCANA BANJIR

Assalamualaikum & salam sejahtera Alumni yang dikasihi,

Jabatan Hubungan Alumni, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia berusaha untuk mendapatkan maklumbalas Alumni UTHM yang terlibat sebagai mangsa banjir yang telah melanda negara kita baru-baru ini.

Sila lengkapan maklumbalas pada pautan berikut:
https://forms.gle/ZSoJWK2nB4rNBvwa9

Maklumbalas ini sangat penting sebagai tanda prihatin Universiti untuk membantu dan meringankan bebanan yang ditimpa oleh Alumni UTHM akibat musibah bencana banjir ini. Pelbagai bentuk bantuan dan sokongan akan disalurkan kepada Alumni UTHM sebagai tanda prihatin dan sinergi sayangi UTHM.

Sekian, terima kasih.

#uthm
#alumniuthm
#GTU2030
[ INFORMATION : MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) CALENDER YEAR 2022 ]

Assalamualaikum wbt. and greetings,

Be informed of the Malaysian University English Test (MUET) Calender Year 2022 from Malaysian Examination Council (MPM). We hope students take note of the important dates of MUET Year 2022 to avoid any problems and difficulties in the future.

Students can refer to the official website of Malaysian Examinations Council (MPM) at the link : www.mpm.edu.my to get the latest information regarding registration and format for MUET Year 2022 tests.

...

Dimaklumkan Kalendar MUET Tahun 2022 daripada Majlis Pepeperiksaan Malaysia (MPM). Kami berharap para pelajar cakna akan tarikh baharu MUET Tahun 2022 bagi mengelakkan sebarang masalah dan kesulitan pada masa akan datang.

Pelajar boleh merujuk laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di pautan: www.mpm.edu.my untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai pendaftaran dan format ujian MUET Tahun 2022.

"Integrity Leadership Driving Student Inspiration"

Carrying out the trust,

Student Representative Council (MPP)
Session 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
[ INFORMATION : REGISTRATION MUET SESSION 1 YEAR 2022 AT UTHM ]

Assalamualaikum wbt. and greetings,

Please be informed that the registration for the MUET Test for Session 1 Year 2022 at the centre of Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) has opened on 09th December 2021.

The closing date for registration is 05th January 2022.

We hope students take note of the important dates of MUET Year 2022 in UTHM to avoid any problems and difficulties in the future.

...

Dimaklumkan bahawa pendaftaran Ujian MUET bagi Sesi 1 Tahun 2022 di Pusat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah dibuka pada 09 Disember 2021.

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 05 Januari 2022.

Kami berharap para pelajar cakna akan tarikh baharu MUET Tahun 2022 di UTHM bagi mengelakkan sebarang masalah dan kesulitan pada masa akan datang.

"Integrity Leadership Driving Student Inspiration"

Carrying out the trust,

Student Representative Council (MPP)
Session 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
[ #48 INSPIRASI HARI INI - POTENSI DIRI ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

"Life is not to find oneself, in fact this life is how to shape oneself."

Highlight your potential starting today with a positive talent to form a competent identity.

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia