MPP UTHM OFFICIAL
3.37K subscribers
2.43K photos
14 videos
17 files
736 links
Saluran Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM bagi hebahan maklumat dan aktiviti MPP dan mahasiswa.
Download Telegram
[ TAHNIAH PELAJAR FTK! PENERIMA BIASISWA INTERNSHIP SMARTEX ERASMUS+ ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Majlis Perwakilan Pelajar UTHM Sesi 2020/2021 ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada NurFirzana Kadar Mydin, Nur Irdina Atikah Mohammad Kama & Nur Ain Arina Johan, pelajar tahun 4 Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) dengan Kepujian, Fakulti Teknologi Kejuruteraan UTHM yang telah berjaya menerima Biasiswa Internship SMARTEX ERASMUS+. Program latihan akan berlangsung di negara-negara Eropah (Sepanyol, Greece, Belgium) pada tahun 2022.

Semoga kejayaan yang lebih cemerlang akan diperolehi pada masa akan datang.

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
[ BENEFITS OF FLEXIBLE WORK ARRANGEMENTS ]

Assalamualaikum wbt. and greetings,

Technology has made work significantly more flexible. Gone are the days where productivity is measured by the number of hours the students spend behind their study desks. Today’s workforce demands flexibility that allows them to plug-in and work from anywhere.

As a student, you have to implement Flexible Work Arrangements (FWA) for yourself. By adopting FWA, not only will it ensure that you stay relevant in the technology-driven world that we live in today, you will also improve your productivity and general well-being.

There are key benefits in students context:
1. Promote better work-life / study-life integration in balancing professional and personal commitments
2. Improved our productivity on assignments and projects
3. Increase our creativity to solve any problems
4. Ease of management

by Talent Corp (from employees to students context)

"Integrity Leadership Drives Student Inspiration"

Sincerely from,

Student Representative Council (MPP)
Session 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
[ #45 INSPIRASI HARI INI - PERHUBUNGAN ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

"Cara paling asas dan berkuasa untuk berhubung dengan orang lain ialah mendengar. Dengar sahaja."

Mungkin perkara paling penting yang pernah kita berikan antara satu sama lain ialah perhatian kita.

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
[ REACH OUT: 11 TANDA ANDA PERLUKAN BANTUAN ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2020/2021 UTHM ingin memaklumkan 11 tanda anda memerlukan bantuan dalam menjaga kesihatan mental diri. MPP UTHM melahirkan kegusaran terhadap kes-kes kesihatan mental pelajar terutamanya melalui pengesanan tanda-tanda masalah kesihatan mental daripada Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Kawalan Penyakit.

Penjagaan kesihatan mental adalah tanggungjawab semua secara bersama. Jangan membebani masalah ini kerana ia boleh memudaratkan diri kita di kemudian hari. Dapatkan nasihat professional, untuk membantu diri sendiri dan orang lain.

• Berkongsi kebimbangan dan masalah kepada orang lain yang dipercayai. Anda mungkin merasa lega selepas berkongsi masalah anda.
• Bertanya kepada doktor anda tentang perkara-perkara yang anda tidak pasti berkaitan penyakit.
• Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Hilang selera makan akibat kemurungan boleh merumitkan kesihatan mental.
• Melakukan senaman sebagai aktiviti harian.

Selain itu juga, Pusat Kaunseling Universiti (PCU) UTHM menyediakan talian hotline sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin meluahkan sebarang masalah. Semoga semua warga UTHM kekal sihat dari segi fizikal dan juga mental.

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

#LindungiDiriLindungiSemua
#SiswaJagaSiswa
#MentalHealth
#MPPUTHMPrihatin
[ REACH OUT: 11 TIPS MENJAGA KESIHATAN MENTAL ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2020/2021 UTHM ingin memaklumkan 11 tips untuk anda menjaga kesihatan mental di tahap yang optimum. Kesihatan mental yang baik adalah penting untuk memastikan pelajar dapat belajar secara aktif dan berkesan. Oleh itu, wajarlah untuk pelajar mencuba sebaik mungkin untuk menjaga kesihatan mental mereka terutamanya semasa pembelajaran dalam talian yang menjadi punca tekanan kepada mereka.

Antara tips untuk menjaga kesihatan mental semasa pembelajaran dalam talian adalah pelajar perlu menyediakan ruang belajar yang selesa dan memulakan hari dengan bersiar sebentar di bawah cahaya matahari. Dengan ini, pelajar dapat memulakan hari mereka dengan lebih bersemangat dan bersedia untuk menghadiri kelas.

Selain itu juga, Pusat Kaunseling Universiti (PCU) UTHM menyediakan talian hotline sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin meluahkan sebarang masalah. Semoga semua warga UTHM kekal sihat dari segi fizikal dan juga mental.

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

#LindungiDiriLindungiSemua
#SiswaJagaSiswa
#MentalHealth
#MPPUTHMPrihatin