MPP UTHM OFFICIAL
3.37K subscribers
2.43K photos
14 videos
17 files
736 links
Saluran Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM bagi hebahan maklumat dan aktiviti MPP dan mahasiswa.
Download Telegram
[ LAWATAN PROVOST KE STUDENTS' BARBERSHOP & STUDENTS' MINIMART ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2020/2021 UTHM telah melaksanakan pembukaan Students' Barbershop pada 18 Disember 2021 yang lalu di Kolej Kediaman Pagoh. Lantaran itu, YBrs Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Kamarul Zaki bin Mustafa, Provost UTHM - Kampus Cawangan Pagoh telah membuat lawatan untuk meninjau Students' Barbershop dan Students' Minimart yang telah siap dibina di lokasi tertentu di Kolej Kediaman Pagoh. Students' barbershop yang beroperasi pada 18 Disember 2021 telah mendapat sambutan yang cukup baik daripada mahasiswa/i UTHM dengan tawaran harga potongan rambut yang murah iaitu RM7/kepala.

YBrs. Provost juga sempat mencadangkan beberapa perkara bagi penambahbaikan platform dan ruang yang disediakan supaya lebih mesra pelajar dan selari dengan gaya moden pelajar masa kini. Semoga segala usaha ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh pelajar-pelajar yang terlibat. Platform ini selari dengan halatuju UTHM ke arah Global Technopreneur University 2030 (#GTU2030).

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
[ #44 INSPIRASI HARI INI - KEJAYAAN ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

"Gems cannot be polished by friction, nor will one succeed without testing."

The more problems faced, the more knowledge and skills gained for self -development towards success.

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
[ 25 DISEMBER 2021 - SELAMAT MERAIKAN HARI NATAL ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Majlis Perwakilan Pelajar UTHM Sesi 2020/2021 ingin mengucapkan Selamat Meraikan Hari Natal kepada semua yang beragama Kristian dan selamat menyambut tahun baru kepada semua.

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
[ PRAY FOR MALAYSIA - BENCANA BAH ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Majlis Perwakilan Pelajar UTHM Sesi 2020/2021 ingin menzahirkan rasa sedih dan empati kepada mangsa-mangsa yang terkesan dengan bencana banjir di seluruh Malaysia. Salam takziah diucapkan kepada semua ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam bencana banjir.

Daripada Ummi Salamah katanya, Rasulullah SAW bersabda: Jika ada diantara kalian ditimpa musibah, hendaklah dia berkata:

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّهُمَّ عِنْدَكَ أَحْتَسِبُ مُصِيبَتِي، فَآجِرْنِي فِيهَا، وَأَبْدِلْ لِي بِهَا خَيْرًا مِنْهَا

Maksudnya: “Sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kami akan kembali pada-Nya. Ya Allah aku hanya menghitung pahala musibah ini di sisi-Mu, maka berikanlah kepadaku pahala itu, dan gantikanlah aku dengan sesuatu yang lebih baik daripada musibah ini.”

(Riwayat Abu Daud, no. 3119)

MPP UTHM mengajak saudara/i yang beragama Islam untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada mangsa yang ditimpa musibah banjir agar dipermudahkan segala urusan mereka.

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
[ PSC2021 TARIK 1129 PENYERTAAN DARIPADA 14 ACARA SUKAN ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2020/2021 UTHM ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada semua Ahli Jawatankuasa Pelaksana yang diketuai oleh Saudara Meor Luqman Nur Hakim, Pengarah Program Pagoh Sport Challenge merangkap Exco Pengalaman Kampus, Majlis Perwakilan Pelajar UTHM.

Pagoh Sport Challenge 2021 (PSC2021) telah berjaya dilaksanakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Kampus Cawangan Pagoh yang berlangsung bermula 02 Disember 2021 hingga 18 Disember 2021. Pencapaian PSC2021 telah berjaya menarik perhatian 1129 penyertaan daripada para mahasiswa UTHM untuk menyertai 14 acara dipertandingkan di dalam Pagoh Sport Challenge. Antaranya adalah Sepak Takraw, PUBG Mobile, Mobile Legends, Ragbi Sentuh, Bola Sepak, Bola Tampar, Virtual Run, Futsal, Frisbee Clinic, Fitness Clinic, Badminton, Valorant, Catur dan Bola Jaring.

Lantaran itu, YBrs Prof Madya Ts. Dr. Mohd Kamarulzaki bin Mustafa, Provost UTHM Kampus Cawangan Pagoh telah menyempurnakan majlis perasmian penutup Pagoh Sport Challenge 2021 bertembat di Dewan Auditorium 6, Fasiliti Gunasama Hab Pendidikan Tinggi Pagoh pada 18 Disember 2021 yang lalu. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan.

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
[ UTHM KAJI KHASIAT HALIA HITAM, PERIA KATAK ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM) Kampus Cawangan Pagoh, Johor menerima dana RM250,000 sumbangan Fatman Group Sdn. Bhd. (Fatman) bagi melakukan penyelidikan terperinci berkaitan ekstrak halia hitam dan peria katak sebagai makanan kesihatan.

Provost UTHM Kampus Cawangan Pagoh, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Kamarulzaki Mustafa berkata, kerjasama pelajar bersama penyelidik Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) itu turut melibatkan penerbitan kedua-dua belah pihak.

Menurutnya, projek penyelidikan tersebut difokuskan kepada pokok halia hitam atau nama botaninya, Kaempferi parviflora dan peria katak atau Momordica Charantia yang merupakan herba warisan negara namun masih kekurangan data kajian.

“Halia hitam digunakan secara tradisional sebagai ubat rangsangan lelaki, selain menjadi penambah tenaga serta merawat penyakit kronik tanpa kesan sampingan manakala peria katak dikatakan dapat mengurangkan kadar gula dalam darah dalam kalangan pesakit diabetes.

“Namun tiada kajian mendalam berkaitan fungsi ekstraknya itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan dana sumbangan dan sesi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Fatman Group Sdn. Bhd. dengan UTHM di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Bersama Fatman Group Sdn. Bhd., Azman Mohamad dan Ahmad Fathi Muhamad Hanafi, Dekan FAST, Prof. Dr. Hashim Saim dan ketua projek penyelidikan, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Fadzelly Abu Bakar.

Sumber: https://www.utusan.com.my/terkini/2021/12/uthm-kaji-khasiat-halia-hitam-peria-katak/

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
[ UTHM KAMPUS CAWANGAN PAGOH TERIMA DANA RM250,000 BAGI PENYELIDIKAN HALIA HITAM & PERIA KATAK ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2020/2021 UTHM ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada penyelidik Fakulti Sains Gunaan & Teknologi (FAST) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Cawangan Pagoh. Fatman Group Sdn. Bhd. (Fatman) sedia memberikan sumbangan dana sebanyak RM250,000 bagi melakukan penyelidikan terperinci berkaitan ekstrak halia hitam dan peria katak sebagai makanan kesihatan.

Provost UTHM Kampus Cawangan Pagoh, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Kamarulzaki Mustafa telah hadir bagi majlis penyerahan dana sumbangan dan sesi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Fatman Group Sdn. Bhd. dengan UTHM di Pasir Puteh pada 24 Disember 2021 yang lalu.

Turut hadir, Pengarah Bersama Fatman Group Sdn. Bhd., Azman Mohamad dan Ahmad Fathi Muhamad Hanafi, Dekan FAST, Prof. Dr. Hashim Saim dan ketua projek penyelidikan, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Fadzelly Abu Bakar.

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia