MPP UTHM OFFICIAL
3.37K subscribers
2.43K photos
14 videos
17 files
736 links
Saluran Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM bagi hebahan maklumat dan aktiviti MPP dan mahasiswa.
Download Telegram
[ UTHM UMUM CUTI BERTENANG HINGGA SABTU ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) mengumumkan cuti bertenang bermula semalam hingga 25 Disember susulan banjir luar biasa di beberapa negeri, baru-baru ini.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Wahid Razzaly, berkata sepanjang tempoh berkenaan, semua kuliah dibatalkan dan tiada sebarang pentaksiran serta penghantaran tugas.

"Kuliah dan semua aktiviti pembelajaran dan pengajaran (PdP) akan disambung semula pada 26 Disember 2021. Pensyarah boleh menggunakan minggu ulang kaji pada 16 hingga 22 Januari 2022 bagi tujuan penggantian kuliah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wahid berkata, sekiranya ada penuntut yang masih terkesan menghadapi masalah penggantian kelas sepanjang tempoh yang diberi, mereka boleh berhubung atau memaklumkan kepada fakulti masing-masing.

"Selain itu, tiada sebarang perubahan kalendar akademik sesi 2021/2022 sedia ada selain tempoh bertenang berkenaan dan tarikh seperti peperiksaan akhir adalah dikekalkan. Seperti sedia maklum, beberapa negeri dan kawasan dilanda bencana banjir yang luar biasa baru-baru ini," katanya.

Katanya, situasi berkenaan memberi kesan kepada aktiviti PdP bagi semester akademik Sesi 1 2021/2022, terutama kepada penuntut UTHM yang berada di Kelantan, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang, Sarawak dan Selangor yang sedang mengikuti PdP secara dalam talian.

"Pengurusan tertinggi UTHM amat prihatin dan mengambil berat kebajikan serta situasi penuntut yang berhadapan kesukaran mengikuti PdP pada masa ini. Diharapkan semua penuntut terbabit dengan banjir berada dalam keadaan selamat dan diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan berkenaan," katanya.

Semalam, UTHM memaklumkan, universiti itu akan menggerakkan 300 pelajar di bawah misi bantuan banjir untuk membantu mangsa bencana berkenaan di Selangor, membabitkan kawasan Shah Alam, Hulu Langat dan Klang yang terjejas teruk akibat banjir 19 Disember lalu.

Sebagai langkah awal, UTHM menghantar tiga skuad peninjau bagi mengenal pasti lokasi terjejas di tiga daerah berkenaan sebelum menggerakkan sukarelawan UTHM ke lokasi berkaitan dengan kumpulan pertama sukarelawan dijangka memulakan misi bantuan pada 23 Disember.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/902364/uthm-umum-cuti-bertenang-hingga-sabtu

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
[ UTHM ANTARA 200 UNIVERSITI TERBAIK DALAM PENARAFAN UI GREENMETRIC WORLD UNIVERSITY RANKINGS ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) diiktiraf antara 200 universiti terbaik di peringkat antarabangsa dalam penarafan UI GreenMetric World University Rankings (UIGWUR).

Penarafan UIGWUR yang melibatkan 956 penyertaan universiti dari seluruh dunia pada tahun ini menyaksikan UTHM berjaya berada di kedudukan ke-165 berbanding di kedudukan ke-238 pada tahun 2020.

Manakala bagi kedudukan IPTA/IPTS di Malaysia, UTHM naik ke kedudukan ke-10 berbanding kedudukan ke-11 pada tahun 2020 sekali gus menjadi antara 10 universiti terbaik di Malaysia.

Penarafan UIGWUR ini merangkumi penilaian operasi yang dilaksanakan oleh universiti berdasarkan elemen-elemen yang ditetapkan iaitu Tetapan dan Infrastruktur, Tenaga dan Perubahan Iklim, Sisa, Air, Pengangkutan serta Pendidikan dan Penyelidikan.

“Pengumpulan data ini melibatkan Ahli Jawatankuasa GreenData yang terdiri daripada Pejabat Pembangunan dan Penyenggaraan Penyelaras Data Hijau daripada 27 pusat tanggungjawab/fakulti dan pusat kecemerlangan/pusat penyelidikan UTHM,” katanya.

“Kejayaan penarafan ini menunjukkan komitmen warga UTHM dalam membudayakan amalan kelestarian di kampus adalah semakin baik.

“Kejayaan ini juga secara tidak langsung akan meningkatkan lagi imej UTHM dalam kalangan IPTA/IPTS tempatan dan di peringkat antarabangsa,” katanya.

Sumber: https://news.uthm.edu.my/ms/2021/12/uthm-antara-200-universiti-terbaik-dalam-penarafan-ui-greenmetric-world-university-rangkings/

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
PEMAKLUMAN PENUTUPAN SISTEM PEMBAYARAN E-PAYMENT, JOMPAY DAN QR PAY UNTUK TUJUAN PENUTUPAN AKAUN UTHM BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2021

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa penutupan mod pembayaran E-Payment, JomPay dan QR Pay bagi sistem pembayaran untuk tujuan penutupan akaun Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 bermula pada 23 Disember 2021 (Khamis) sehingga 1 Januari 2022 (Jumaat) dan akan beroperasi seperti biasa pada 02 Januari 2022.

Walau bagaimanapun, pengguna masih boleh membuat pembayaran melalui kaunter di cawangan Bank Muamalat seluruh negeri sepanjang tempoh tersebut dan lampirkan resit pembayaran ke alamat emel akaunpelajar@uthm.edu.my .

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak Seksyen Kewangan Pelajar, Pejabat Bendahari di talian 07-453 7054 (Whatsapp) / 7339 / 7080 / 7059.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Terima kasih.

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"
"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
🄾🄽🄻🄸🄽🄴 🅃🄴🄲🄷🄽🄾🄿🅁🄴🄽🄴🅄🅁 🅆🄴🄴🄺 (🄾.🅃.🅆.) 2.0

SLOT 1️⃣6️⃣
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP ONLINE TECHNOPRENEUR WEEK (OTW2.0)

bersama
YBhg Dato' Sri Ibrahim Bin Ahmad
Pengerusi Lembaga Pengarah
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

🗓 24 Disember 2021 | Jumaat
8:45 malam
🖥 Zoom Meeting
https://bit.ly/OnlineTechnopreneurWeek2021
Meeting ID: 936 6352 1338
Passcode: 720236

FB Live @ptp.uthm
🔗https://www.facebook.com/ptp.uthm

📍 SMAP & eSijil disediakan

#otw2021
#ptputhm
#pusatteknousahawanpelajar
[ JOB ON CAMPUS: MEMPERKASAKAN PROGRAM KEUSAHAWANAN MAHASISWA/I DENGAN KEMUDAHAN YANG DIWUJUDKAN OLEH MPP UTHM ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2020/2021 UTHM telah mewujudkan kemudahan Students' Barbershop dan Students' Minimart di Kolej Kediaman Pagoh. Dengan kemudahan yang disediakan ini akan mewujudkan job on campus secara tidak langsung memperkasakan program keusahawanan pelajar di kampus selari dengan hala tuju universiti ke arah Global Technopreneur University 2030 (#GTU2030).

Universiti memainkan peranan dalam menyediakan ruang dan peluang dalam pendidikan keusahawanan dan meningkatkan motivasi pelajar dengan penglibatan pelajar tersebut secara praktikal dalam aktiviti keusahawanan yang ada di universiti. Antara lain, inisiatif ini bertujuan untuk melahirkan mahasiswa yang selari dengan halatuju di bawah Pelan Tindakan Keusahawanan 2021-2025 (Pendidikan Tinggi) dalam meningkatkan bilangan usahawan siswazah menubuhkan perniagaan mereka sendiri selepas bergelar graduan.

MPP UTHM melalui Program Keusahawanan Mahasiswa: Students’ Barber Shop & Students’ Mini Mart telah membuka ruang bagi pelajar-pelajar yang berminat dengan menyediakan platform perkhidmatan perniagaan gunting rambut dan ruang perniagaan. Hal ini dilihat dapat memberi peluang dan pengalaman kepada pelajar melibatkan diri dalam menguruskan perniagaan dan aktiviti perkhidmatan gunting rambut. Dengan cara ini, pelajar dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam aktiviti keusahawanan.

Semoga platform ini memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang terlibat.

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
[ JOB ON CAMPUS: MEMPERKASAKAN PROGRAM KEUSAHAWANAN MAHASISWA/I DENGAN KEMUDAHAN YANG DIWUJUDKAN OLEH MPP UTHM ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2020/2021 UTHM telah mewujudkan kemudahan Students' Barbershop dan Students' Minimart di Kolej Kediaman Pagoh. Dengan kemudahan yang disediakan ini akan mewujudkan job on campus secara tidak langsung memperkasakan program keusahawanan pelajar di kampus selari dengan hala tuju universiti ke arah Global Technopreneur University 2030 (#GTU2030).

Objektif inisiatif ini adalah:
1. Mewujudkan ekosistem pendidikan keusahawanan di kalangan pelajar secara praktikal secara jangka masa panjang.
2. Mewujudkan peluang pekerjaan / job on campus kepada mahasiswa untuk menjana pendapatan khususnya bagi pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan.
3. Menerapkan nilai dan budaya keusahawanan di kalangan pelajar untuk menjadi seorang usahawan yang profesional pada masa hadapan.
4. Menyediakan kursus dan sijil profesional dalam bidang gunting rambut dan pengurusan perniagaan bagi mahasiswa yang berminat.
5. Meningkatkan bilangan pelajar menubuhkan dan mengendalikan perniagaan.
6. Meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai pengurusan perniagaan melalui penglibatan aktiviti keusahawanan.

Semoga platform ini memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang terlibat.

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia