MPP UTHM OFFICIAL
3.37K subscribers
2.43K photos
14 videos
17 files
736 links
Saluran Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM bagi hebahan maklumat dan aktiviti MPP dan mahasiswa.
Download Telegram
πŸ„ΎπŸ„½πŸ„»πŸ„ΈπŸ„½πŸ„΄ πŸ…ƒπŸ„΄πŸ„²πŸ„·πŸ„½πŸ„ΎπŸ„ΏπŸ…πŸ„΄πŸ„½πŸ„΄πŸ…„πŸ… πŸ…†πŸ„΄πŸ„΄πŸ„Ί (πŸ„Ύ.πŸ…ƒ.πŸ…†.) 2.0

SLOT 1️⃣3️⃣
"Buka Pusat Servis Kenderaan Dalam Masa 1 Hari dengan Modal RM 100"

bersama
πŸ‘¨PM Dr Mas Fawzi Mohd Ali
CEO UTHM Autopteneur Lab
πŸ—“ 21 Disember 2021 | Selasa
⏰ 8:45 malam
πŸ–₯ Zoom Meeting
https://bit.ly/OnlineTechnopreneurWeek2021
Meeting ID: 936 6352 1338
Passcode: 720236

FB Live @ptp.uthm
πŸ”—https://www.facebook.com/ptp.uthm

πŸ“ SMAP & eSijil disediakan

#otw2021
#ptputhm
#pusatteknousahawanpelajar
[ #41 INSPIRASI HARI INI - POSITIF ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

"Kesilapan biasa yang dilakukan manusia apabila cuba mereka bentuk sesuatu yang tidak mudah ialah memandang rendah kepintaran orang yang dianggap tidak pintar (bodoh)."

By Douglas Adams

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JEMPUTAN KE PROGRAM KARNIVAL BAHASA ANTARABANGSA KALI KE-LAPAN

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Bahasa Antarabangsa, Pusat Pengajian Bahasa akan mengadakan Program Bahasa Antarabangsa kali ke-lapan.

Tarikh : 26 – 30 Disember 2021
Masa : 8:00 pagi – 5:00 petang
Pautan : https://www.youtube.com/c/CentreforLanguageStudiesUTHM

Sehubungan itu, saudara/i yang berminat dan berkelapangan adalah dijemput menyertai program tersebut melalui pautan yang disediakan.

Sekian, terima kasih

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"
"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

Jabatan Bahasa Antarabangsa
Pusat Pengajian Bahasa
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
[ PROGRAM TABUNG CeDS PRIHATIN : MISI BANTUAN BANJIR PELAJAR CeDS UTHM SESI 2021/2022 ]

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Untuk makluman, negara kita sedang dilanda bencana banjir yang menyebabkan ramai pelajar CeDS UTHM terkesan dengannya.

Justeru itu, Persatuan Pelajar Diploma dengan kerjasama Kelab Staf CeDS ingin memohon sumbangan seikhlas hati setulus kasih daripada seluruh warga UTHM. Segala hasil kutipan sumbangan akan disalurkan kepada pelajar-pelajar Pusat Pengajian Diploma yang terkesan dengan banjir ini.

Pelajar dan staf CeDS boleh memberi sumbangan secara atas talian (Online Banking) dan selepas itu perlu menghantar naik bukti pembayaran sumbangan & meletakkan reference "Tabung Bencana Banjir" di Google Form yang tertera.

Pautan Google Form:
https://forms.gle/3EeT5TyL2xjPWSqT8

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi,
πŸ“²011-36444602 (saudara Amirul)
πŸ“²017-7141669 (saudari Fitriana)

⚠️ Tarikh tutup :
29 Januari 2022
[ #42 INSPIRASI HARI INI - POSITIF ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

"First we have to form habits and habits will shape us. Defeat your bad habits, or it will defeat you."

Good habits will be able to improve the quality of life and will continue to make life more positive.

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Assalamulaikum Wbt dan Salam Sejahtera

Pihak Universiti berusaha untuk membantu pelajar-pelajar UTHM yang terjejas akibat banjir yang melanda negara. Untuk mendapatkan bantuan seperti di bawah, pihak HEPA UTHM ada menyediakan beberapa bentuk bantuan seperti berikut :

βœ“ Bantuan Pembersihan Rumah
βœ“ Bantuan Makanan Kering
βœ“ Bantuan Wang Tunai
βœ“ Bantuan Psikologi

Pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan boleh menghubungi pegawai-pegawai yang terlibat seperti pada nombor
yang tertera.

Semoga sedikit inisiatif ini diharap dapat meringankan beban yang dihadapi oleh pelajar.

Sekian, untuk makluman dan hebahan.

#UTHM PRIHATIN
#HEPA PRIHATIN
#GTU2030
Takziah kepada keluarga Allahyarham YB Dato' Haji Osman bin Haji Sapian,
semoga beliau dicucuri rahmat dari yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

‎ Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ لِلّهِ وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ω€Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ†ΩŽ

Ya Allah! Ampunilah dia, berilah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia, maafkanlah dia dan tempatkanlah di tempat yang mulia

#UTHMJohor
#GTU2030
#UTHMproducesprofessionals
[ #43 INSPIRASI HARI INI - KEBIJAKSANAAN ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

"Orang biasa percaya bahawa jika ia tidak rosak, jangan membaikinya. Jurutera percaya bahawa jika ia tidak rosak, ia belum mempunyai ciri yang mencukupi."

Daripada Scott Adams.

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
[ #09 MARI BERSELAWAT - SELAWAT DIKABULKAN HAJAT ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2020/2021 ingin mengajak saudara/i yang beragama Islam untuk berselawat bagi memohon daripada Allah SWT, Maha Berkuasa agar dimakbulkan hajat hamba-hamba-Nya.

"Ya Tuhan, limpahkan salam ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad, ahli keluarga penghulu kami, Nabi Muhammad, dan ahli bait (keturunan) baginda."

Memperbanyakkan selawat dan pujian ke atas Rasulullah SAW. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
β€œSesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (melimpahkan rahmat dan keampunan) ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kalian berselawat (mendoakan rahmat) baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya.” - Surah al-Ahzaab ayat 56.

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
[ UTHM SEDIA GERAK 300 PELAJAR BANTU MANGSA BAH SELANGOR ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menggerakkan 300 pelajar di bawah misi bantuan banjir untuk membantu mangsa bencana berkenaan di Selangor.

Penyelaras misi berkenaan, Khalid Isa berkata, UTHM akan menggerakkan sukarelawan pelajar bagi memberikan bantuan kepada penduduk yang terjejas.

"Misi bantuan berkenaan melibatkan kawasan Shah Alam, Hulu Langat dan Klang yang terjejas teruk akibat banjir 19 Disember lalu. Sebagai langkah awal, UTHM menghantar tiga skuad peninjau bagi mengenal pasti lokasi terjejas di tiga daerah berkenaan sebelum menggerakkan sukarelawan UTHM ke lokasi berkaitan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Khalid berkata, kumpulan pertama sukarelawan UTHM dijangka memulakan misi bantuan pada 23 Disember ini dengan melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti.

"UTHM turut melancarkan Tabung Misi Bantuan Mangsa Banjir bagi mengumpul dana dan sumbangan keperluan asas, air mineral dan makanan ringan. Sumbangan berkenaan adalah daripada warga universiti dan orang ramai bagi membantu meringankan beban mangsa terlibat," katanya.

Katanya, misi bantuan berkenaan akan fokus kepada penghantaran sukarelawan bagi kerja-kerja pembersihan dan memberikan bantuan keperluan asas harian kepada mangsa banjir terutama membabitkan keluarga pelajar UTHM yang terjejas.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/902029/uthm-sedia-gerak-300-pelajar-bantu-mangsa-bah-selangor

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia