MPP UTHM OFFICIAL
3.37K subscribers
2.43K photos
14 videos
17 files
736 links
Saluran Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM bagi hebahan maklumat dan aktiviti MPP dan mahasiswa.
Download Telegram
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Teknousahawan Pelajar menganjurkan Online Technopreneur Week (O.T.W) 2.0. Program ini bertujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan berkaitan keusahawanan terutamanya yang melibatkan teknologi, keusahawanan sosial dan agensi yang berkaitan.

Sehubungan itu, YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Saudara/i adalah dijemput menyertai program yang dianjurkan secara dalam talian seperti maklumat berikut:

Platform Zoom
https://bit.ly/OnlineTechnopreneurWeek2021
Meeting ID : 936 6352 1338
Passcode : 720236

FB Live @ptp.uthm
🔗 https://www.facebook.com/ptp.uthm/live/

Segala makluman dan perhatian YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Tuan/Puan/Saudara/i didahui dengan ucapan terima kasih.
[ INISIATIF KAD PRIHATIN SISWA UTHM ]

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Sukacitanya dimaklumkan kepada mahasiswa/i UTHM bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama-sama Universiti Awam seluruh Malaysia akan melaksanakan inisiatif Kad Prihatin Siswa (kad pelbagai fungsi) yang meliputi kad matrik pelajar, kad debit, kad diskaun, kad akses dan e-wallet.

Bagi memastikan kelancaran proses dan kejayaan pelaksanaan Kad Prihatin Siswa UTHM ini, pelajar perlu melengkapkan borang persetujuan melalui Sistem Maklumat Akademik Pelajar (SMAP) bermula 20 Disember 2021 hingga 30 Disember 2021.

📌 Disertakan bersama Pekeliling Rasmi Timbalan Naib Canselor (HEPA) Bil.6/2021 bagi maklumat lanjut mengenai inisiatif Kad Prihatin Siswa UTHM ini.

Sekian, terima kasih.

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Untuk maklumat yang lebih lanjut, ikuti kami di media sosial:
_
Facebook: Majlis Perwakilan Pelajar UTHM
Instagram: @mpputhm2021
Twitter: @mpputhm2021
Telegram: MPP UTHM SESI 20/21
YouTube: MPP UTHM
[ #08 MARI BERSELAWAT - SELAWAT MENJAUHKAN SEGALA PENYAKIT DAN KESULITAN ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2020/2021 ingin mengajak saudara/i yang beragama Islam untuk berselawat bagi memohon daripada Allah SWT, Maha Berkuasa agar dijauhkan segala penyakit dan kesulitan hamba-hamba-Nya.

"Ya Tuhan, limpahkan selawat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang mengasihi dan dikasihi, penawar kepada segala penyakit, dan pembebas daripada segala kesulitan."

Memperbanyakkan selawat dan pujian ke atas Rasulullah SAW. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (melimpahkan rahmat dan keampunan) ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kalian berselawat (mendoakan rahmat) baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya.” - Surah al-Ahzaab ayat 56.

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
[ PEMAKLUMAN TERKINI - TEMPOH BERTENANG UTHM ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Untuk makluman para pelajar, kami di pihak MPP UTHM telah mengajukan perkara ini untuk pertimbangan YBhg Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). Secara dasarnya, YBhg. TNC AA bersetuju dengan cadangan MPP untuk memberi tempoh bertenang kepada semua mahasiswa/i. Kami berharap agar mahasiswa/i UTHM yang terjejas dapat memaklumkan kepada pihak fakulti berkaitan situasi semasa. Segala pemakluman terkini akan dikeluarkan oleh pihak UTHM dalam masa terdekat.

...

For students' information, MPP UTHM had brought up this matter to the Academic Management Office for consideration of the Deputy Vice-Chancellor (Academic and International). In essence, YBhg. TNC AA agrees with the proposal by MPP to grant a cooling off period to all students. We hope UTHM students who are affected can inform their respective faculty concerning your current situation. Any latest information will be issued by UTHM in the nearest time.

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

https://instagram.com/stories/mpputhm2021/2732920415524317265?utm_medium=share_sheet
[ #40 INSPIRASI HARI INI - KEPERIBADIAN ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

"Strive to make perfection in everything you do. Take the best and make it better. When it doesn't exist, design it."

By Sir Henry Royce

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
MISI BANTUAN MANGSA BANJIR

Sumbangan Tunai ke Akaun Yayasan UTHM melalui ToyyibPay ( E-Payment Gateway).

Toyyib.com/dana-manges-banjir-sv-Uthm

atau

1101686275 (Bank Rakyat)
Yayasan UTHM

#UTHMJohor
#GTU2030
#UTHMproducesprofessionals
TEMPOH BERTENANG BERIKUTAN BENCANA BANJIR LUAR BIASA BAGI SEMESTER AKADEMIK SESI I 2021/2022

#UTHMJohor
#GTU2030
#UTHMproducesprofessionals
#PHEPinfo

BANTUAN BANJIR BAGI MAHASISWA/I UTHM TAJAAN My BRIGHTER FUTURE, YAYASAN TENAGA NASIONAL

Untuk makluman mahasiswa/i UTHM yang menerima tajaan My Brighter Future oleh Pihak Yayasan Tenaga Nasional, sekiranya mahasiswa/i terjejas teruk akibat banjir yang melanda, mahasiswa/i hendaklah mengisi Google Form seperti yang disediakan.

Pejabat Hal Ehwal Pelajar akan menyerahkan maklumat mahasiswa/i kepada pihak Yayasan Tenaga Nasional bagi tujuan penyaluran bantuan.

Mahasiswa/i hendaklah mengisi Google Form ini sebelum jam 11.00 am pada 22 November 2021 (Rabu). Pautan Google Form adalah seperti berikut : https://forms.gle/9GFdJN5qJJVpSKtH7

Sebarang pertanyaan, mahasiswa/i boleh menghubungi : 07-456 4008 (Puan Suhailah), 07-453 3455 (Encik Muhaimin) dan 07-456 4111 (Encik Zamir)

#phepprihatin
#phepmovingfoward
#hepauthm
#uthmjohor
[ MEMO PENANGGUHAN PELAKSANAAN BAGI MEMDAPATKAN PERSETUJUAN PELAJAR BERKAITAN PERKONGSIAN DATA PERIBADI UNTUK PELAKSANAAN INISIATIF KAD PRIHATIN SISWA ]

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Merujuk kepada Pekeliling TNCHEPA Bil. 6/2021, adalah dimaklumkan bahawa pihak Universiti terpaksa menangguhkan pelaksanaan mendapatkan persetujuan pelajar untuk berkongsi data peribadi bagi menjayakan Inisiatif Kad Prihatin Siswa.

Sehubungan itu, pelaksanaan pengisian Borang Persetujuan melalui Sistem Maklumat Akademik Pelajar (SMAP) yang dijadualkan akan dilaksanakan mulai 20hb Disember 2021 adalah ditangguhkan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan dan tarikh terbaharu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Untuk sebarang urusan dan pertanyaan lanjut, sila hubungi no yang tertera di memo di atas. Semoga mendapat perhatian selanjutnya dan kerjasama yang diberikan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia