MPP UTHM OFFICIAL
3.37K subscribers
2.43K photos
14 videos
17 files
736 links
Saluran Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM bagi hebahan maklumat dan aktiviti MPP dan mahasiswa.
Download Telegram
[ SIAP SIAGA BENCANA BANJIR - PRAY FOR MALAYSIA ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2020/2021 ingin memaklumkan bahawa kesiapsiagaan ketika menghadapi bencana banjir di sekitar kawasan anda. Kesejahteraan dan keselamatan mangsa-mangsa banjir hendaklah sentiasa dijaga terutamanya golongan berusia dan golongan kanak-kanak.

Semoga mangsa dalam keadaan yang baik dan kesihatan yang baik. Diharapkan juga semua tidak berkumpul di satu-satu kawasan yang padat dan sentiasa menjaga SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

kredit poster : Persatuan Kaunseling dan Psikologi MARA Malaysia

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
[ DOA APABILA HUJAN TERLALU LAMA DAN LEBAT - PRAY FOR MALAYSIA ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2020/2021 ingin mengajak saudara/i yang beragama Islam untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan dengan kejadian banjir kilat di kawasan kediaman mereka. Bermohonlah kepada Allah SWT, Maha Berkuasa agar dihindari sebarang kecelakaan ahli keluarga, sahabat handai, dan kenalan mangsa.

“Ya Allah! (Kami bermohon agar hujan hanya) mengelilingi kami dan bukanlah menimpa ke atas kami. Ya Allah! (Alihkan ia) ke atas tempat-tempat tinggi, gunung ganang dan bukit bakau, perut-perut lembah, dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.” - Riwayat al-Bukhari (1014).

Semoga mangsa dalam keadaan yang baik dan kesihatan yang baik. Diharapkan juga semua tidak berkumpul di satu-satu kawasan yang padat dan sentiasa menjaga SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
[ #07 MARI BERSELAWAT - SELAWAT MENOLAK WABAK DAN KECELAKAAN ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2020/2021 ingin mengajak saudara/i yang beragama Islam untuk berselawat bagi memohon kepada Allah SWT, Maha Berkuasa agar dihindari wabak dan kecelakaan ketika menghadapi situasi banjir kilat di Malaysia.

"Ya Tuhan, limpahkanlah selawat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad dan ke atas ahli keluarga penghulu kami, Nabi Muhammad dengan selawat yang dapat mengangkat kecelakaan penyakit taun, wahai Tuhan yang pada urusan-Nya, apabila dia mengkehendaki sesuatu, Dia berfirman kepadanya: Jadilah, maka ia akan terjadi."

Memperbanyakkan selawat dan pujian ke atas Rasulullah SAW. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (melimpahkan rahmat dan keampunan) ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kalian berselawat (mendoakan rahmat) baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya.” - Surah al-Ahzaab ayat 56.

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
[ MISI BANTUAN DAN SUKARELAWAN BENCANA BANJIR PELAJAR UTHM ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera

Pelajar UTHM yang dikasihi sekalian. Untuk makluman, Pusat Pembangunan Pelajar (PBP), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Kelab Sukarelawan Universiti (KSU), UTHM sedang dalam usaha untuk merangka misi bantuan dan sukarelawan bencana banjir yang sedang melanda negara sekarang.

Oleh itu, sekiranya ada rumah pelajar UTHM yang terjejas akibat banjir dan memerlukan sukarelawan, mohon isikan maklumat melalui kod QR di dalam poster yang dilampirkan atau pautan di bawah. Begitu juga, pelajar UTHM yang bersedia untuk menjadi sukarelawan, sila isi maklumat di kod QR atau pautan yang sama.

https://bit.ly/3sh8fwp

Sebarang persoalan, sila hubungi

PBP : Ts. Dr. Khalid Isa (0127732488)
MPP : Sdr. Muhammad Azrin Shafiq (0192765765)
KSU : Sdr. Muhamad Hazim Fakhri (0199280926)

Segala kerjasama dan maklumat yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

#UTHMJohor
#UTHMPrihatin
#tnchepauthm
#hepauthm
#pbputhm
#mpputhm
#ksuuthm
#nilaidankesukarelawanan
🕌 𝗞𝗨𝗟𝗜𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗚𝗛𝗥𝗜𝗕 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗔𝗟-𝗙𝗔𝗗𝗛𝗜𝗟 𝗨𝗦𝗧𝗔𝗭 𝗦𝗬𝗘𝗗 𝗘𝗦𝗔𝗔𝗡𝗔𝗚𝗘𝗕 𝗕𝗘𝗡 𝗬𝗔𝗛𝗬𝗔 🕌

🎗𝙋𝙀𝙉𝙂𝘼𝙅𝙄𝘼𝙉 𝙆𝙄𝙏𝘼𝘽🎗
𝘔𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘚𝘢𝘧𝘪𝘯𝘢𝘵𝘶𝘯 𝘕𝘢𝘫𝘢𝘩

🗒HARI: Ahad
📆TARIKH: 19 Disember 2021
🕢MASA: Selepas Maghrib
🕌 Tempat: Musolla UTHM Kampus Pagoh

📍𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥𝗔𝗡:
𝘒𝘦𝘭𝘢𝘣 𝘐𝘲𝘳𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘈𝘫𝘬 𝘔𝘶𝘴𝘰𝘭𝘭𝘢 𝘜𝘛𝘏𝘔 𝘒𝘢𝘮𝘱𝘶𝘴 𝘗𝘢𝘨𝘰𝘩

📎 p/s: Perhatian kepada pelajar di kampus:
♻️ Sila patuh SOP yang telah ditetapkan

𝘙𝘢𝘴𝘶𝘭𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘚𝘈𝘞 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘣𝘥𝘢: “𝘉𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨𝘴𝘪𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘮𝘱𝘶𝘩 𝘴𝘢𝘵𝘶 𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘯𝘵𝘶𝘵 𝘪𝘭𝘮𝘶 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘚𝘞𝘛 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘮𝘶𝘥𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘨𝘪𝘯𝘺𝘢 𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘬𝘦 𝘚𝘺𝘶𝘳𝘨𝘢. [𝘙𝘪𝘸𝘢𝘺𝘢𝘵 𝘔𝘶𝘴𝘭𝘪𝘮: 4867]

𝙈𝙖𝙧𝙞 𝙎𝙚𝙧𝙩𝙖𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖

𝙈𝙪𝙨𝙡𝙞𝙢𝙞𝙣 𝘿𝙖𝙣 𝙈𝙪𝙨𝙡𝙞𝙢𝙖𝙩 𝘿𝙞𝙟𝙚𝙢𝙥𝙪𝙩 𝙃𝙖𝙙𝙞𝙧

𝙎𝙚𝙠𝙞𝙖𝙣, 𝙏𝙚𝙧𝙞𝙢𝙖 𝙆𝙖𝙨𝙞𝙝
#PHEPInfo

MAKLUMAN & HEBAHAN

PERMOHONAN BANTUAN DANA IHSAN BAGI PELAJAR YANG MENGALAMI BENCANA BANJIR

Bagi meringankan beban mahasiswa/i yang terkesan dengan bencana banjir, Pejabat Hal Ehwal Pelajar mempelawa pelajar-pelajar yang berkenaan untuk mengemukakan permohonan bantuan Dana Ihsan. Borang boleh didapati melalui pautan seperti berikut : https://tinyurl.com/2p9ch5nt

Untuk menghantar borang berkenaan, mahasiswa/i hendaklah hantar melalui pautan seperti berikut : https://forms.gle/peqgeAZjBnZqCy2Y7

Tarikh akhir permohonan adalah 31 Januari 2022

Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan :
07-456 4008 (Pn. Suhailah), 07-456 3455 (En. Muhaimin), 07-453 3438 (En. Malek)

#phepprihatin
#phepmovingforward
#hepauthm
#uthmjohor
[ #39 INSPIRASI HARI INI - KEPERIBADIAN ]

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

"Apabila anda kehilangan wang, anda tidak kehilangan apa-apa. Apabila anda kehilangan kesihatan, anda kehilangan sesuatu. Apabila anda kehilangan keperibadian, anda kehilangan segala-galanya."

Keperibadian adalah segala-galanya. Kita harus menghormati orang lain untuk melahirkan masyarakat yang sejahtera.

"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Chop! is collecting flood donation to assist those who are affected and stranded due to the flood that happening. We are mainly focusing to assist university/college/polytechnic and Higher Education Insitutions students in Malaysia and those who are affected 👩‍🎓👨‍🎓🧑‍🎓

The donation money then will be given to our NGO partner, Global Peace Mission Malaysia as they have the manpowers, capabilities, and skills to handle such situation 👷👷‍♀️👷‍♂️

If you need any kind of assistance, please kindly DM us at @chopentertainment instagram or Whatsapp +60176545997 (Eika)

Flood donation can be transferred here 👇
CIMB
8604942540
Mydiagenics Versatile Trading

Stay safe & take care!
HEBAHAN PERKHIDMATAN JOBCENTRE@UTHM DI BAWAH PUSAT KEMAJUAN KERJAYA DAN ALUMNI

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan, Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni (PKKA) bersama-sama Jobcentre@UTHM telah membangunkan sebuah portal digital pencarian kerja secara atas talian iaitu Jobcentre@UTHM pada bulan September 2021 yang lalu. Pembangunan portal ini adalah merupakan inisiatif UTHM dalam membantu bakal-bakal graduan dan pelajar UTHM mendapatkan peluang latihan industri dan pekerjaan di samping meningkatkan kebolehpasaran graduan UTHM khususnya.

Sehubungan dengan itu, dilampirkan poster bagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni serta Jobcentre@UTHM untuk makluman dan hebahan. Justeru itu, semua pelajar UTHM digalakkan mendaftar dengan Jobcentre@UTHM.

Sekian, Terima Kasih