[ KUNJUNGAN AMAL MPP UTHM KE RUMAH AMAL KASIH KOTA KINABALU ]
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,
وَاِذْ اَخَذْنَا مِيْثَاقَ بَنِيْٓ اِسْرَاۤءِيْلَ لَا تَعْبُدُوْنَ اِلَّا اللّٰهَ وَبِالْوَالِدَيْنِ اِحْسَانًا وَّذِى الْقُرْبٰى وَالْيَتٰمٰى وَالْمَسٰكِيْنِ
Bermaksud, "dan (ingatlah) ketika Kami mengambil janji dari Bani Israil, janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat-baiklah kepada kedua orang tua, kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin."
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2020/2021 UTHM telah melaksanakan kunjungan amal ke Rumah Amal Kasih Kingfisher, Kota Kinabalu, Sabah yang dijalankan pada 08 Disember 2021.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Encik Jamrie Saparih dan Puan Nooraisah Ayub yang sudi menerima kunjungan daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ke Rumah Amal Kasih.
Semasa kunjungan berkenaan, Encik Jamrie sempat memberikan taklimat ringkas berkaitan aktiviti yang dilaksanakan oleh rumah amal tersebut dalam menjana pendapatan mereka. Konsep bakul makanan bulanan dan juga konsep nasi berlauk RM2 setiap Jumaat dalam membantu masyarakat yang lebih memerlukan.
Untuk makluman juga, seramai 18 orang anak yatim rumah amal berkenaan berjaya ke Institusi Pengajian Tinggi dalam tempoh kurang 10 tahun penubuhannya. Ini merupakan satu angka yang terbaik apabila 60% penghuninya terdiri daripada kalangan yang tercicir persekolahan.
Diharapkan kunjungan yang dilakukan ini dapat membantu serba sedikit dalam pengurusan anak-anak yatim di rumah amal berkenaan. Semoga hubungan antara universiti dan rumah amal berkenaan terus berkekalan bagi mengekalkan hubungan kemasyarakatan yang lebih baik.
"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2020/2021
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

[ KURSUS ASAS PERTANIAN MODEN & KURSUS TEKNIKAL SERVIS PERPAIPAN ANJURAN MPP UTHM KEPADA MAHASISWA UTHM ]
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2020/2021 UTHM dengan kerjasama Yayasan UTHM telah melaksanakan satu inisiatif kepada mahasiswa UTHM dengan penganjuran Kursus Asas Pertanian dan Kursus Teknikal Servis Perpaipan di Ejadeen Maju Enterprise, Labis, Johor pada 09 Disember 2021.
MPP UTHM komited untuk menerapkan kemahiran berasaskan pertanian moden dan teknik servis perpaian dalam kalangan mahasiswa/i dalam menyediakan graduan yang lebih kompeten dan mempunyai set kemahiran yang pelbagai.
Seramai 54 mahasiswa/i telah menyertai kursus ini dan turut disediakan pengangkutan, jamuan, baju dan sijil bagi para peserta. Pendedahan berkaitan pertanian moden telah disampaikan oleh Encik Haziq, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Segamat dalam memberikan pendedahan sebenar semasa di ladang. Perkongsian diteruskan oleh Encik Faiz, Pengurus Ejadeen Enterprise yang juga merupakan Alumni Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Beliau berkongsi berkaitan pengalaman kerjaya, kejayaan dan serta cabaran sepanjang belajar dan bekerja.
Para peserta didedahkan dengan pengenalan praktikal berkaitan penyiraman pokok kelapa dan durian musang king serta black thorn. Tambahan lagi, pelajar juga didedahkan dengan penanaman bertingkat serta mekanisma bagi mendapatkan sumber air bagi penanaman tersebut.
MPP UTHM ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Ejadeen Enterprise kerana sudi menerima kunjungan daripada UTHM untuk para mahasiswa/i merasai pengalaman sebenar berkaitan pertanian moden dan teknik perpaipan. Tahniah dan syabas juga diberikan kepada para peserta kursus ini dalam meningkatkan kemajuan diri dengan mempelajari ilmu baharu di luar bilik kuliah.

[ DELEGASI MPP UTHM BERSAMA MPP UMS SEMPENA DELEGASI HUSSEIN KE NEGERI DI BAWAH BAYU ]
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2020/2021 UTHM telah mengadakan delegasi MPP UTHM bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (MPP UMS) yang dijalankan pada 10 Disember 2021 yang lalu sempena Delegasi Hussein ke Negeri di Bawah Bayu.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada MPP UMS kerana sudi menerima kunjungan daripada UTHM. Delegasi ini adalah bagi tujuan untuk membincangkan serta mengadakan pertukaran idea pengurusan organisasi MPP dalam menjalankan tanggungjawab sebagai wakil pelajar demi menjaga kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan para pelajar di kampus mahupun di rumah. Perbincangan ini dilaksanakan di Auditorium Galeri Azman Hashim.
Dalam pada itu, MPP UMS sempat mengadakan beberapa lawatan di dalam kampus Universiti Malaysia Sabah. Antaranya persisiran pantai UMS, Muzium UMS, Galeri Akademik dan Penyelidikan di Bangunan Canselori. Diharapkan perhubungan yang terjalin antara MPP UTHM bersama MPP UMS terus berkekalan bagi mengekalkan hubungan persahabatan yang lebih baik serta dapat menjana idea yang lebih mapan.

[ #38 INSPIRASI HARI INI - KEMAAFAN ]
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,
"Weak people are incapable of forgiving. Forgiveness is a characteristic of strong man."
Be proud of yourself when you are able to forgive others.