π‘΄π’π’•π’Šπ’—π’‚π’•π’Šπ’π’π’‚π’ 𝒂𝒏𝒅 π‘·π’”π’šπ’„π’‰π’π’π’π’ˆπ’Šπ’„π’‚π’
310 subscribers
662 photos
57 videos
18 links
-Ψ¨Ψ³Ω… Ψ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ§Ω„Ψ±Ψ­Ω…Ω°Ω† Ψ§Ω„Ψ±Ψ­ΩŠΩ…-
🌹life must go on , say no to no till your very last breath
🌹please support us 1k subs
🌹 visit here for more motivation and facts
🌹also support @BerhijrahKeJalanAllah

bot @motpsyrequest_bot, @doctorperasaan_bot
Download Telegram
Forwarded from Berhijrah Ke Jalan Allah🌸 (nabilaraqiqahh🌸)
Kisah Burung Hud-hudπŸ¦œπŸ’š

☘Tugas burung hud hud adalah seperti mana yang telah diterangkan oleh Ibnu Abbas dimana dia menjadi peninjau yang akan meninjau sesuatu kawasan itu mempunyai air ataupun tidak.

☘Oleh itu, jika pasukan tentera nabi mempunyai masalah kekurangan air ataupun hendak pergi ke suatu tempat, maka burung tersebut dapat memberi tahu lokasi punca air yang boleh digunakan oleh pasukan tentera Nabi Sulaiman AS.

☘Dalam Alquran Surah An-Naml ayat 20, diulas mengenai hud-hud. Pasukan yang paling aktif adalah burung-burung. Dengan sayap, mereka terbang melihat segalanya seperti pengintai yang efisien.

☘Nabi Sulaiman mempunyai ramai pengikut termasuk burung hud hud ini.

☘Pada suatu hari, Nabi Sulaiman mengumpulkan rakyat jelatanya.

☘Namun, pada masa itu hud hud tidak muncul pada perhimpunan tersebut .


☘Nabi Sulaiman mengungkapkan kemarahannya dan keinginannya memberikan azab yang keras kepada hud-hud, sekiranga burung itu tidak hadir dengan alasan yang munasabah di hadapannya. Beberapa saat kemudian hud-hud kembali, dan berkata:

☘"Aku telah mengetahui sesuatu yang kamu belum mengetahuinya dan kubawa kepadamu dari negeri Saba' suatu berita penting yang diyakini. Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgahsana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah!"

☘"Nabi Sulaiman berkata, Akan kami lihat, apa kamu benar, atau termasuk yang berdusta. Pergilah dengan (membawa) suratku ini, lalu jatuhkanlah kepada mereka, kemudian berpalinglah dari mereka, lalu perhatikanlah apa yang mereka bicarakan", Alquran Surah An-Naml ayat 27-28.

Di sinilah peranan hud-hud berakhir.

(Kisah penuhnya berkaitan Nabi Sulaiman mengetahui tentang Puteri Balqis dan kaumnya menyembah matahari dan beberapa langkah telah diambil oleh Nabi Sulaiman supaya mereka menyembah Allah )

@BerhijrahKeJalanAllahπŸ¦„πŸ’œ
Forwarded from Berhijrah Ke Jalan Allah🌸 (nabilaraqiqahh🌸)
Kisah Burung Ababil πŸ•Š

Pada suatu masa dahulu, ada seorang raja Habsyah yang angkuh bernama Abrahah. Kisah Abrahah dirakamkan di dalam Al-quran pada Surah Al-Fil. Abrahah membina sebuah gereja besar di Yaman dengan niat untuk menandingi Kaabah di kota Mekah.

Abrahah masih lagi tidak berpuas hati dengan terbinanya gereja tersebut, bahkan dia menginginkan agar Kaabah dihapuskan agar orang-orang yang melaksanakan haji saban tahun akan beralih pusat ke gereja miliknya.

Abrahah berangkat bersama pasukan tenteranya dan dibawa bersama gajah-gajah yang telah dilatih untuk bertempur. Bagi Abrahah, gajah itu lebih besar dan lebih digeruni berbanding haiwan lain seperti kuda.

🀍Surah Al-Fil dan Kisah Abrahah

Kisah ini diceritakan dalam satu surah di dalam Juzuk ke-30 iaitu surah Al-Fil.

بِسْمِ اللهِ Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω…Ω†Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ…Ω

Ψ£ΩŽΩ„ΩŽΩ…Ω’ Ψͺَرَ ΩƒΩŽΩŠΩ’ΩΩŽ ΩΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽ Ψ±ΩŽΨ¨ΩΩ‘ΩƒΩŽ Ψ¨ΩΨ£ΩŽΨ΅Ω’Ψ­ΩŽΨ§Ψ¨Ω Ψ§Ω„Ω’ΩΩΩŠΩ„Ω(1) Ψ£ΩŽΩ„ΩŽΩ…Ω’ ΩŠΩŽΨ¬Ω’ΨΉΩŽΩ„Ω’ ΩƒΩŽΩŠΩ’Ψ―ΩŽΩ‡ΩΩ…Ω’ فِي ΨͺΩŽΨΆΩ’Ω„ΩΩŠΩ„Ω(2)ΩˆΩŽΨ£ΩŽΨ±Ω’Ψ³ΩŽΩ„ΩŽ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡ΩΩ…Ω’ Ψ·ΩŽΩŠΩ’Ψ±Ψ§Ω‹ Ψ£ΩŽΨ¨ΩŽΨ§Ψ¨ΩΩŠΩ„ΩŽ(3)ΨͺΩŽΨ±Ω’Ω…ΩΩŠΩ‡ΩΩ… بِحِجَارَةٍ مِّن Ψ³ΩΨ¬ΩΩ‘ΩŠΩ„Ω(4)ΩΩŽΨ¬ΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‡ΩΩ…Ω’ ΩƒΩŽΨΉΩŽΨ΅Ω’ΩΩ Ω…ΩŽΩ‘Ψ£Ω’ΩƒΩΩˆΩ„Ω(5)

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? (1) Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? (2) Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, –(3) Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, –(4) Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat. (5)

🀍Penduduk Mekah Ketakutan dengan Tentera Abrahah

Sepanjang perjalanan, habis musnah perkampungan yang dilalui oleh Abrahah dan tentera bergajahnya sepanjang menuju ke kota Mekah.

Itu menyebabkan penduduk Mekah merasa takut dengan keganasan Abrahah dan tenteranya. Apabila Abrahah tiba di Mekah, penduduk Mekah bersembunyi di rumah dan tidak berani untuk berdepan dengan tentera Abrahah.

Sebaik mereka ingin memasuki Kota Mekah, gajah-gajah besar kebanggan Abrahah itu menjadi cemas dan tidak mahu memasuki Kota Mekah.

Abrahah berkeras dan memaksa tenteranya untuk membawa gajah-gajah itu masuk dan memusnahkan Kaabah seperti yang diinginkannya. Keadaan menjadi kelam kabut dan mencemaskan.

🀍Allah Menghantar Burung Ababil

Dengan kekuasaan Allah, kumpulan burung yang sangat banyak tiba-tiba datang memenuhi langit kota Mekah.

Burung Ababil yang dihantar oleh Allah membawa batu yang dibakar keras dan melontarkan kepada Abrahah dan tentera bergajahnya. Batu yang sangat keras dan panas itu menghancurkan apa sahaja yang mengenainya. Tiada satupun yang terlepas dari sasaran burung Ababil ini.

Gajah-gajah yang besar itu menggelupur mati dan ramai dari kalangan tentera Abrahah juga mati menjadi sasaran batu panas lontaran Ababil.

Keadaan pada waktu itu Allah gambarkan seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat. Berlubang-lubang menjadi rosak dan akhirnya rosak seluruh daun tersebut.

🀍Kaabah Dalam Penjagaan Allah

Abrahah turut menjadi sasaran batu panas Ababil. Saat Abrahah dibawa keluar dari kota Mekah, jari-jarinya gugur satu persatu ibarat dimakan api dari dalam.

Abrahah akhirnya mati ketika dalam perjalanan pulang ke negaranya. Kematiannya penuh dengan murka Allah.

Kaabah milik Allah yang cuba dimusnahkan oleh Abrahah akhirnya dijaga dan dipelihara sendiri oleh Allah dan tentera Allah.

Dikatakan sebelum Abrahah meruntuhkan Kaabah, dia telah merampas binatang-binatang ternakan penduduk Mekah.

Abrahah juga telah mengambil secara paksa 200 ekor unta Abdul Mutalib.

Apabila Abdul Mutalib datang kepada Abrahah untuk meminta kembali unta-untanya, Abrahah terkejut. β€œKenapa engkau meminta kembali untamu? Kukira engkau ingin menghalang aku meruntuhkan Kaabah?”

Abdul Mutalib mengatakan, β€œUnta-unta itu milikku, maka akulah yang perlu mengambilnya kembali. Sedangkan Kaabah itu milik Allah, Dia lah yang akan menjaganya daripada seranganmu!”

@BerhijrahKeJalanAllahπŸ¦„πŸ’œ
Forwarded from Berhijrah Ke Jalan Allah🌸 (nabilaraqiqahh🌸)
Assalamualaikum and hai semuanya, hri ni saya akan share doa menjelang Ramadhan yeπŸŒ™βœ¨
Forwarded from Berhijrah Ke Jalan Allah🌸 (nabilaraqiqahh🌸)
Korang vote laa dulu, saya akan pilih yang majoriti okie, insya Allah malam ni saya start post yea πŸ€—β€οΈ
Forwarded from Berhijrah Ke Jalan Allah🌸 (nabilaraqiqahh🌸)
☘Pengajaran Hadis☘

Apabila Ramadan menjelang, Rasulullah SAW mengingatkan para sahabat agar bersedia dengan kedatangan bulan Ibadah:

πŸ’š1. Ramadan adalah bulan yang diwajibkan keatas umat Islam berpuasa.

πŸ’š2. Ramadan adalah bulan Syiam (berpuasa di siang hari) dan Qiam (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah al-Quran, zikir, doa).

πŸ’š3. Ramadan adalah bulan ibadah dimana dibuka pintu-pintu syurga. Mereka yang terus melaksanakan pelbagai perbuatan yang mengandungi ibadah atau kebaikan, akan disediakan padanya dengan rahmah Allah syurga.

πŸ’š4. Pintu neraka ditutup di bulan Ramadan. Ertinya, dengan kehadiran bulan Ramadan, kita dianjurkan untuk memperbanyak amal kebaikan maka dengan sendirinya perbuatan yang tidak baik (maksiat) dihindarkan. Dengan demikian, maka tidak ada lagi kesempatan untuk bermaksiat, dengan itu tertutuplah pintu-pintu neraka.

πŸ’š5. Bulan Ramadan dipermudahkan kepada umat Islam melaksanakan ibadah kerana syaitan telah dirantai atau dibatasi pergerakkannya untuk mengganggu.

#1Hari1Hadis
#30HariRamadhan
@BerhijrahKeJalanAllahπŸ¦„πŸ’œ
Forwarded from Berhijrah Ke Jalan Allah🌸 (nabilaraqiqahh🌸)
πŸ¦‹Pengajaran Hadis πŸ¦‹

πŸ’™1. Orang yang terlupa lalu dia makan atau minum di siang hari ketika berpuasa, puasanya tetap sah dan dia memberhentikan pengambilan makanan atau minuman.

πŸ’™2. Orang yang terlupa tadi hendaklah meneruskan ibadat puasanya seperti biasa.

πŸ’™3. Bagi orang yang terlupa, makanan dan minuman yang telah masuk ke dalam perutnya adalah hadiah Allah kepadanya.

#1Hari1Hadis
#30HariRamadan
@BerhijrahKeJalanAllahπŸ¦„πŸ’œ
Forwarded from Berhijrah Ke Jalan Allah🌸 (nabilaraqiqahh🌸)
πŸ”—Niat berpuasa pada bulan Ramadhan(niat harian)

Ω†ΩŽΩˆΩŽΩŠΩ’Ψͺُ Ψ΅ΩŽΩˆΩ’Ω…ΩŽ غَدٍ Ψ£ΩŽΩ†Ω’ أَدَاِؑ ΩΩŽΨ±Ω’ΨΆΩ Ψ±ΩŽΩ…ΩŽΨΆΩŽΨ§Ω†ΩŽ
Ω‡ΩŽΨ°ΩΩ‡Ω Ψ§Ω„Ψ³ΩŽΩ‘Ω†ΩŽΨ©Ω Ω„ΩΩ„ΩŽΩ‘Ω‡Ω ΨͺΩŽΨΉΩŽΨ§Ω„ΩŽΩ‰ 

🀍Nawaitu Souma Ghadin β€˜An Ada-β€˜i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala 

🀍Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

@BerhijrahKeJalanAllahπŸ¦„πŸ’œ
Forwarded from Berhijrah Ke Jalan Allah🌸 (nabilaraqiqahh🌸)
🌿Pengajaran Hadis🌿

πŸ’š1. Mendirikan Ramadan atas dasar iman bermaksud menghidupkan malam hari dengan solat sunat tarawih, solat witir, solat tahajud, tilawah al-Quran, iktikaf, berdoa, berwirid dan lain-lain amal solleh kerana meyakini akan amalan sunnah.

πŸ’š2. Ihtisab membawa maksud mengharap pahala semata-mata dari Allah SWT. Tidak merasa berat melaksanakan ibadah. Tidak dilakukan atas dasar riya’, mencari pujian atau hanya sekadar mengikuti kebiasaan orang sekitar.

πŸ’š3. Semoga ibadat qiam di malam hari sama ada untuk solat sunat, tilawah, zikir, doa, iktikaf mahupun bangun sahur, akan menjadi sebahagian daripada elemen menghapuskan dosa-dosa yang lalu

πŸ’š4. Antara ibadat di malam hari di bulan Ramadan ialah solat sunat Tarawikh. Orang yang solat sunat bersama imam hingga selesai solat, dituliskan baginya seolah-olah ia bersolat sepanjang malam. Rasulullah SAW bersabda:

ΨΉΩŽΩ†Ω’ أَبِي Ψ°ΩŽΨ±Ω‘Ω Ω‚ΩŽΨ§Ω„ΩŽ ..... ΩΩŽΩ‚ΩŽΨ§Ω„ΩŽ Ψ₯ΩΩ†Ω‘ΩŽΩ‡Ω Ω…ΩŽΩ†Ω’ Ω‚ΩŽΨ§Ω…ΩŽ Ω…ΩŽΨΉΩŽ Ψ§Ω„Ω’Ψ₯ΩΩ…ΩŽΨ§Ω…Ω حَΨͺΩ‘ΩŽΩ‰ ΩŠΩŽΩ†Ω’Ψ΅ΩŽΨ±ΩΩΩŽ كُΨͺِبَ Ω„ΩŽΩ‡Ω Ω‚ΩΩŠΩŽΨ§Ω…Ω Ω„ΩŽΩŠΩ’Ω„ΩŽΨ©Ω ...

Daripada Abu Zar RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: 'Barangsiapa yang berdiri bersama imam (solat sunat malam), hingga selesai (hingga imam beredar) dituliskan baginya ganjaran pahala orang yang qiam sepanjang malam.' (HR Tirmizi No: 734) Status: Hasan Sahih

Ayuh, pastikan kita dapat bersama solat tarawikh sama ada di masjid atau di surau, bersama imam hingga selesai kerana ganjarannya ditulis pahala seperti ia qiam sepanjang malam. Rugilah kita yang balik awal dari masjid atau tidak tunggu hingga selesai sedangkan imam masih bersolat.

#1Hari1Hadis
#30HariRamadan
@BerhijrahKeJalanAllahπŸ¦„πŸ’œ
Forwarded from Berhijrah Ke Jalan Allah🌸 (nabilaraqiqahh🌸)
β˜‚Pengajaran Hadis β˜‚

πŸ’œ1. Ramadan bulan infak. Orang yang menginfak sepasang daripada hartanya di jalan Allah (banyak @ berterusan), akan dipanggil dari pintu-pintu syurga.

πŸ’œ2. Amalan fardu seperti solat, puasa, zakat dan haji yang dilakukan semasa di dunia, akan menyediakan daripada ibadat tersebut, antara pintu-pintu ke syurga.

πŸ’œ3. Mereka yang ahli solat, ahli jihad, juga ahli sedekah, akan dipanggil menerusi pintu-pintu di syurga antaranya pintu solat, pintu jihad dan pintu sedekah untuk masuk ke syurga.

πŸ’œ4. Ahli puasa akan dipanggil dari pintu syurga yang bernama ar-Rayyan

πŸ’œ5. Orang yang melaksanakan semua ibadat, semua pintu ibadat di syurga akan memanggil untuk masuk ke syurga melalui pintu masing-masing.

Jom kita suburkan dan sempurnakan ibadat SOLAT, JIHAD, SEDEKAH dan PUASA. Semoga ia memantapkan keperibadian kita dan menjadi antara pintu-pintu Syurga buat kita.

#1Hari1Hadis
#30HariRamadan
@BerhijrahKeJalanAllahπŸ¦„πŸ’œ
Forwarded from Berhijrah Ke Jalan Allah🌸 (nabilaraqiqahh🌸)
πŸ¦‹Pengajaran HadisπŸ¦‹

πŸ’™1. Ibadah puasa yang diwajibkan ke atas umat Islam sama juga dengan ibadat puasa yang telah pun diwajibkan kepada ahli kitab (yahudi dan nasrani). Tetapi terdapat beberapa perbezaan di antaranya ialah :

a. Umat Islam diwajibkan berpuasa setahun sekali iaitu pada bulan Ramadhan.
b. Disunatkan bagi orang Islam yang hendak berpuasa makan sahur sebelum masuk waktu subuh.

πŸ’™2. Ibadat puasa kita perlu berbeza dengan ibadat puasa ahli kitab iaitu dengan kita makan sahur sebelum fajar.

πŸ’™3. Bersahurlah walaupun dengan seteguk air atau sebiji kurma.

πŸ’™4. Umat Islam yang berpuasa dengan niat ikhlas kerana Allah akan mendapat ganjaran pahala yang melimpah-limpah di akhirat dan beroleh berbagai-bagai pertolongan di dunia lagi.

Bagi yang berpuasa sebaiknya bersahurlah sebagai mencontohi amalan Rasulullah SAW dalam ibadat puasa dan ia membezakan ibadat puasa orang Islam dengan puasa ahli kitab.

#1Hari1Hadis
#30HariRamadan
@BerhijrahKeJalanAllahπŸ¦„πŸ’œ