Wisma Putra ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒ - Kementerian Luar Negeri Malaysia | MFA Malaysia Official
1.77K subscribers
3.98K photos
380 videos
16 files
1.43K links
#ApaKhabar๐Ÿ‘‹ #RakanWisma๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒโคต๏ธ

โ†—๏ธSaluran Telegram Rasmi Kementerian Luar Negeri Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ | Official Telegram Channel for Malaysiaโ€™s Ministry of Foreign Affairs ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

โ†—๏ธ #MyASEAN2025 #MYASEANChair2025 #KeterangkumanDanKemampanan
Download Telegram
#Salam๐Ÿ‘‹
#RakanWisma๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒ

โœ“ Datuk Mohamad Alamin, Timbalan Menteri Luar Negeri telah mengadakan lawatan ke Universiti ADA bagi meneroka peluang untuk memperkukuh hubungan Malaysiaโ€“Azerbaijan melalui kerjasama dalam bidang pendidikan dan pertukaran antara rakyat.

โœ“ Sebagai institusi terkemuka di bawah Kementerian Luar Negeri Azerbaijan, Universiti ADA memainkan peranan penting dalam membentuk barisan diplomat dan pemimpin sektor awam masa hadapan.
Walaupun ia ditubuhkan sebagai Akademi Diplomatik Azerbaijan (ADA), institusi ini telah mengembangkan skop akademiknya dari semasa ke semasa. Program sarjana pertamanya diperkenalkan pada tahun 2009, diikuti dengan program ijazah sarjana muda pada tahun 2011, yang menjadi asas kepada penubuhan penuh Universiti ADA.

โœ“ Kerjasama dengan institusi seperti Universiti ADA melengkapkan usaha diplomasi Malaysia di rantau Kaukasus Selatan serta menawarkan peluang baharu untuk kerjasama strategik dalam bidang akademik dan institusi. Dalam pertemuan tersebut, TYT Fariz Ismailzade, Naib Rektor Universiti ADA telah menyatakan hasrat untuk memupuk kerjasama antara Universiti ADA dan universiti-universiti di Malaysia, khususnya dalam bidang teknikal dan kejuruteraan.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿค๐Ÿ‡ฆ๐Ÿ‡ฟ

#WismaPutra #HubunganDuaHala #BilateralRelations #MalaysiaAzerbaijan #MYASEANChair2025 #KeterangkumanDanKemampanan #InclusivityAndSustainability #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI #TaatSetia

[ ๐Ÿ“ข ENG CAPTION IS AVAILABLE AT COMMENT SECTION ]
https://www.instagram.com/p/DIgsL4Wy2cW/?igsh=MTY1OHoxOWNrZDFzdw==
#NiHao๐Ÿ‘‹
#RakanWisma๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒ

โœ“ TYT Xi Jinping, Presiden Republik Rakyat China, telah menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara.

๐ŸŒบ KDYMM Tuanku berkenan menghoskan Majlis Santapan Negara bagi meraikan TYT Xi Jinping dan delegasi Republik Rakyat China.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿค๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ณ

#WismaPutra #HubunganDuaHala #BilateralRelations #MalaysiaChina #MYASEANChair2025 #KeterangkumanDanKemampanan #InclusivityAndSustainability #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI #TaatSetia

[ ๐Ÿ“ข ENG CAPTION IS AVAILABLE AT COMMENT SECTION ]
https://www.instagram.com/p/DIgtHQUyMmI/?igsh=MWF0dDBpOHpjNzZjMw==
JOINT STATEMENT BETWEEN MALAYSIA AND THE PEOPLEโ€™S REPUBLIC OF CHINA ON BUILDING A HIGH-LEVEL STRATEGIC MALAYSIA-CHINA COMMUNITY WITH A SHARED FUTURE

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿค๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ณ

#WismaPutra #MalaysiaChina