Mak Jerung (Jom Urus Duit)
11.2K subscribers
5.67K photos
507 videos
23 files
1.97K links
Disini langkah permulaaan anda untuk...
#RoutetoFinancialFreedom
#PowerKewangan
#PowerPelaburan
#Powerkehidupan
.
FB : iezayusof
Insta : iezayusofofficial
Tiktok : www.tiktok.com/@makjerung
Web : www.makjerung.com
www.mylink.la/makjerung
Download Telegram
Macam mana nak jadikan simpanan sebagai "Ibu Duit" yang beranakkan dividen?

Pernah tak uolls terfikir, macam mana agaknya nak bersara dengan tenang tanpa perlu bekerja di usia emas dan tanpa mengharapkan duit daripada anak-anak?

Berdasarkan pemerhatian MJ, salah satu punca kegagalan kewangan rakyat kita adalah kerana tiada matlamat kewangan untuk menjadi jutawan dan mencipta simpanan RM1 Juta pertama.

Uolls tahu tak, RM1 Juta pertama inilah yang MJ panggil sebagai "IBU DUIT"!

Tugas "Ibu Duit" ni sangat penting. Ia berfungsi untuk memberanakkan dividen setiap tahun supaya uolls dapat menikmati pendapatan pasif secara berterusan.

Jom kita tengok formula pengiraan ringkas yang MJ kongsikan:
Katakan uolls dah berjaya kumpul simpanan RM1,000,000.

Uolls simpan di tempat pelaburan yang memberikan purata kadar faedah 10% setahun.

Kiraannya: RM1,000,000 x 10% = RM100,000.

RM100,000 inilah yang MJ panggil sebagai DUIT FREE!

Bila dibahagikan dengan 12 bulan: RM100,000 / 12 = RM8,333 sebulan.


Nampak tak keajaibannya di situ? Tanpa perlu bersusah payah keluar bekerja lagi, uolls sudah mempunyai pendapatan pasif sebanyak RM8,333 setiap bulan hanya dengan memiliki simpanan RM1 Juta pertama.

Uolls cuma "makan" duit dividen (anak duit) tanpa perlu mengusik prinsipal RM1 Juta (Ibu Duit) tersebut!

Persoalannya sekarang yang menakutkan untuk kita jawab: Adakah uolls sudah mempunyai simpanan RM1 Juta pertama? Dan apakah strategi yang uolls sedang gunakan sekarang untuk mencapai angka persaraan ini?

Untuk membina "Ibu Duit" ini sememangnya perlukan ilmu dan formula yang betul, terutamanya disiplin mengasingkan 20% minima daripada gaji untuk bahagian simpan dan labur.

Jika uolls nak tahu cara menyusun semula profil kewangan dan merancang persaraan supaya impian "Ibu Duit" ini jadi kenyataan, semuanya ada diterangkan secara terperinci dalam buku Formula Urus Gaji (FUG): https://analisakewangan.onpay.my/order/form/BukuKewanganMakJerung/1505. MJ harap perkongsian ini memberi inspirasi untuk uolls mulakan tindakan hari ini demi masa depan yang merdeka kewangan!
Forwarded from Jom Buat Duit 2026!
Forwarded from Jom Buat Duit 2026!
TUKAR DUIT RAYA: FAHAMI HUKUM SUPAYA TIDAK TERJEBAK RIBA
.
Tukar duit raya sebenarnya termasuk dalam hukum al-sarf (pertukaran mata wang).

Sebab duit kertas dianggap barang ribawi, sama seperti emas dan perak.

Bila ringgit ditukar dengan ringgit, syarak letakkan dua syarat wajib:
1️⃣ Serahan mesti berlaku dalam satu majlis (spot)
2️⃣ Jumlah mesti sama tanpa lebihan

Kalau salah satu tak dipenuhi → boleh jatuh kepada riba.

Mari tengok beberapa situasi yang selalu berlaku 👇

1️⃣ 𝐒𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐨 𝟏
Ali bagi RM1000 hari ini.
Bob bagi RM1000 esok.

Hukum: Haram.

Walaupun jumlah sama, tapi berlaku penangguhan serahan.

Ini termasuk Riba Nasiah.


2️⃣ 𝐒𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐨 𝟐
Ali bayar RM1010.
Bob beri RM1000 duit raya.

Hukum: Haram.

Ada lebihan dalam pertukaran duit yang sama jenis.

Ini termasuk Riba Fadhl.


3️⃣ 𝐒𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐨 𝟑
Ali nak tukar RM1000 dengan Bob.
Ali wakilkan Chan untuk uruskan pertukaran tersebut.

Chan ambil RM10 sebagai upah wakalah.

Hukum: Harus.

Sebab akad al-sarf berlaku secara spot antara Chan dan Bob,
manakala RM10 itu adalah upah wakalah, bukan lebihan pertukaran.


4️⃣ 𝐒𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐨 𝟒
Ali nak tukar duit raya di Bank Islam.
Ali bagi duit kepada Razak yang bekerja di bank.

Razak tukarkan di kaunter bank, kemudian petang baru serahkan kepada Amir.

Hukum: Harus.

Kerana hubungan mereka ketika itu adalah wakalah (perwakilan).


5️⃣ 𝐒𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐨 𝟓

Bob datang tukarkan duit untuk Ali.

Bob naik Grab RM5.50 untuk sampai ke tempat Ali.

Ali bayar RM1000 pertukaran duit,
dan RM5.50 sebagai kos perjalanan.

Hukum: Harus.

Kerana bayaran itu adalah kos sebenar perjalanan, bukan keuntungan daripada pertukaran.


6️⃣ 𝐒𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐨 𝟔

Ali minta Bob pergi tukar duit di bank,
tetapi Bob gunakan duit sendiri dahulu.

Kemudian Bob minta upah RM20.

Hukum: Haram.

Kerana Ali dianggap berhutang dengan Bob,
dan mengambil keuntungan daripada hutang termasuk dalam isu Bay’ wa Salaf.

.
Kadang benda kecil macam tukar duit raya pun ada hukum fiqh dia.

Bukan nak menyusahkan.

Tapi supaya kita jaga muamalat yang halal dan berkat.

Kalau rasa bermanfaat, boleh share supaya orang lain pun tahu.

#DuitRaya #MakJerung #BarakahKewangan #BarakahKehidupan
Uolls dah baca ke posting MJ semalam pasal tukar duit raya?

Kalau dah… jom kita test sikit dengan QUIZ, betul ke faham atau sekadar baca je 👀

SEMUA QUIZ INI BERKAITAN PERTUKARAN DUIT RAYA BARU YER.👇
𝐐𝐔𝐈𝐙 𝟏
Ali bagi RM1000 hari ini, Bob pulangkan RM1000 esok. Apa hukum?
Anonymous Quiz
54%
A. Harus
1%
B. Makruh
37%
C. Haram
7%
D. Bergantung niat
𝐐𝐔𝐈𝐙 𝟐
Tukar RM1000 → RM1000 tapi ada caj RM10 “service charge”. Apa hukumnya?
Anonymous Quiz
36%
A. Harus sebab service
55%
B. Haram sebab lebihan
6%
C. Harus kalau redha
3%
D. Makruh sahaja
𝐐𝐔𝐈𝐙 𝟑
Kalau uolls wakilkan orang tukar duit dan bayar upah, hukumnya?
Anonymous Quiz
32%
A. Haram
60%
B. Harus
2%
C. Makruh
6%
D. Sunat Mu'akad
𝐐𝐔𝐈𝐙 𝟒
Kawan uolls tolong tukar duit raya, dia guna duit sendiri dulu lepas tu mintak upah. Boleh ker buat camtu?
Anonymous Quiz
14%
A. Okay je, penat dia
75%
B. Tak boleh, ada unsur riba
10%
C. Bergantung jumlah. Kalau sikit jer takpe.
2%
D. Ikut suka
𝐒𝐔𝐑𝐕𝐄𝐘
Sebelum ni, uolls tahu tak tukar duit raya pun ada hukum riba?
Anonymous Poll
59%
A. Baru tahu hari ni 😳
17%
B. Pernah dengar tapi tak clear
19%
C. Dah tahu lama dah
5%
D. Tak pernah kisah pun
Malam ini takbir mula bergema.

Ada yang gembira, ada yang sebak, ada juga yang diam-diam mengenang perjalanan setahun yang penuh ujian.

Raya bukan sekadar baju baru dan duit raya.

Raya adalah tentang hati yang kembali bersih, hubungan yang kembali rapat, dan jiwa yang kembali tenang.

Dalam kita menyusun langkah ke Syawal, jangan lupa…

Rezeki yang datang bukan sekadar untuk dihabiskan, tapi untuk diurus dengan bijak supaya keberkatan itu berpanjangan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
.
#SalamAidilfitri
#MaafZahirBatin
#MakJerung
#BarakahKewangan
#BarakahKehidupan
Sedih betul bila baca kes macam ni.

Seorang suami, ayah, dan pencari nafkah keluarga meninggal dunia bukan sebab sakit,… tapi dek kerana ada orang yang tak bertanggungjawab memilih untuk memandu dalam keadaan mabuk.

Ini yang buat ramai orang marah.
Sebab bila pemandu mabuk langgar orang sampai mati, yang hilang bukan setakat satu nyawa.

Yang pergi itu pencari nafkah keluarga
Bila seorang ayah atau suami meninggal, keluarga bukan hilang orang tersayang sahaja.
Mereka hilang tempat bergantung, hilang sumber nafkah, hilang pelindung hidup.

Hukuman penjara saja kadang tak cukup rasa adil
Kalau ikut undang-undang sekarang, pemandu mabuk yang sebabkan kematian boleh dikenakan penjara 10 hingga 15 tahun serta denda RM50,000 hingga RM100,000 bagi kesalahan pertama.
Tapi persoalannya… lepas dia habis jalani hukuman, dia bebas.
Sedangkan keluarga mangsa tetap menanggung kehilangan itu sampai bila-bila.

Sebab itu hukuman lebih berat patut dipertimbangkan
Bukan sekadar penjara.
Perlu ada hukuman yang betul-betul buat orang takut untuk ulang.
Dan perlu ada tanggungjawab kepada keluarga mangsa, sebab kesan tragedi ini bukan sehari dua.

Dalam Islam, nyawa yang hilang bukan boleh ditutup dengan penjara semata-mata
Ada konsep diyat, iaitu pampasan kepada waris mangsa.
Kalau pencari nafkah sudah tiada, waris sepatutnya dibela dan tidak dibiarkan menanggung hidup sendirian selepas kematian itu.

Sebab itu ramai rasa,
kalau seseorang memilih untuk mabuk dan kemudian membunuh orang di jalan raya,
hukuman kepada dia mesti lebih berat,
dan keluarga mangsa mesti lebih terbela.

Nyawa orang bukan murah.
Dan keluarga yang ditinggalkan tak patut menanggung derita seorang diri.

Al-Fatihah buat arwah.
Semoga keluarga diberikan kekuatan, dan semoga keadilan benar-benar ditegakkan.
😢3😭2👍1
Kalau harga minyak dunia boleh melonjak sampai USD150…

Ia bukan sekadar cerita pasaran global.

Ia boleh sampai ke hidup kita.

Minyak naik, kos logistik naik.
Bila logistik naik, harga barang pun ikut naik.

Dan semua ini boleh berlaku dalam masa yang singkat.

Kadang-kadang bukan sebab kita salah urus kewangan.
Tetapi sebab dunia memang tak stabil.

Sebab itu satu perkara yang ramai pandang ringan.

Dana kecemasan.

Bukan untuk gaya hidup.
Tapi untuk lindungi kita bila keadaan berubah tiba-tiba.
Dikhuatiri krisis dunia berlaku.

Minimum yang disarankan… sekurang-kurangnya 6 bulan perbelanjaan.

Supaya kalau apa-apa berlaku,
kita masih ada ruang untuk bernafas.

Dan kalau dah ada 6 bulan,
cuba naikkan ke 12 bulan.

Bukan sebab kita takut.
Tapi sebab kita bersedia.

Dalam dunia yang tak menentu…
yang selamat bukan yang paling banyak duit.
Tapi yang paling bersedia.
🔥2
Btw, uolls punya simpanan kecemasan boleh bertahan berapa bulan?
Anonymous Poll
31%
1 - 3 bulan
13%
4 - 6 bulan
13%
6 - 12 bulan
11%
lebih setahun.
32%
belum ada simpanan kecemasan lagi😭
Kisah Diari Rahsia Si Kedekut Yang Menyelamatkan Syarikat (Sensing introvert)
Hanis ni kat ofis aku memang budak yang paling tak popular. Kitorang kat belakang selalu panggil dia "Mr. Printilan" (mamat yang cerewet hal remeh).

Dia ni jenis yang teliti dan detail gila-gila. Beli biskut kering kat pantri pun dia simpan resit masuk buku log! Kalau bab claim duit ofis, silap lima sen pun dia reject pastu pulangkan balik fail tu kat kitorang. Pendek kata, di mata semua orang, Hanis ni kedekut nak mati, terlampau berjimat, dan agak merimaskan lah.

Tahun lepas, company kitorang kena krisis kewangan teruk. Ada isu ketirisan dana sampai company hampir bankrupt. Bos-bos besar dengan auditor luar semua dah berpeluh sejuk. Banyak fail hilang, report duit berterabur, dan takde siapa tahu ke mana perginya beratus ribu duit syarikat.

Masa meeting tergempar tu, keadaan memang tegang gila. Tiba-tiba Hanis yang selalu senyap tu bangun. Masa nilah dia tunjuk 'taring' dia yang sebenar.

Dia letak satu buku diari tebal dengan pendrive atas meja bos. Rileks je dia bentangkan satu-satu flow duit keluar masuk company. Yang paling gempak, dia boleh ingat setiap satu detail masalah tu macam kamus atau ensiklopedia bergerak! Dia susun semua bukti tu ikut kronologi masa yang tepat gila, semua based on facts je.

Rupa-rupanya, diam-diam Hanis ni memang selalu record semua benda. Otak dia tu ibarat recorder (perakam) yang tak pernah lupa apa yang dah jadi.

Sebab ketelitian dan ingatan Hanis yang power tu, management berjaya track punca duit tu bocor sampai ke sen yang terakhir. Company kitorang selamat dari gulung tikar. Hanis, 'Si Kedekut' yang kitorang selalu mengumpat tu, terus naik pangkat jadi hero company hari tu jugak!

Fakta Menarik Tentang Personaliti:
Sebenarnya, dalam ilmu personaliti genetik, orang macam Haris ni memang wujud. Dorang ni dianugerahkan Kecerdasan Ingatan (Memory Quotient) yang sangat luar biasa.

Orang luar mungkin nampak dorang ni kuat membebel benda remeh dan sangat berkira (kedekut). Tapi hakikatnya, sistem otak dorang ni memang tersetting untuk sentiasa cari efficiency (kecekapan) – maknanya setiap tenaga atau duit yang keluar mesti berbaloi dengan hasil yang masuk.

Sebab tu dorang rajin gila buat kerja (workaholic) dan pantang tengok duit dibazirkan. Dorang bukan kedekut tau, dorang cuma pakar bab urus sumber!

Ramai sebenarnya tak pernah kenal macam mana sistem otak diri sendiri berfungsi. Bila tak faham personaliti, kita mudah salah faham kat orang, dan orang pun selalu salah faham kat kita. Dalam Komuniti Personaliti ni, kita sembang santai dan belajar sama-sama bab ni. Join group WhatsApp ni free je. Kalau korang nak join, boleh daftar kat sini: 📍https://analisakewangan.onpay.my/prospect/form/stifincommunity
3
Konflik Asia Barat nampak jauh.

Tapi kesannya sampai ke poket kita.

Bila laluan minyak dunia terganggu, harga minyak naik.
Dan bila minyak naik, hampir semua benda lain akan ikut naik.

Makanan, pengangkutan, keperluan asas.
Semua perlahan-lahan jadi lebih mahal.

Yang paling cepat terasa?

Golongan yang belum stabil kewangan.
Macam mahasiswa.

Sebab itu mereka kena belajar urus duit dari awal.
Bukan tunggu ada gaji besar baru nak mula.

Bajet bulanan bukan pilihan.
Ia keperluan.

Utamakan keperluan, bukan kehendak.
Bezakan mana nak, mana perlu.

Kalau boleh jimat, jimat.
Masak sendiri, kongsi kenderaan, guna apa yang ada.

Dan satu perkara yang ramai abaikan.

Simpanan kecemasan.

Tak perlu besar pun.
Asalkan ada.

Sebab bila dunia jadi tak menentu,
yang menyelamatkan kita bukan gaji…

Tapi simpanan.
Gas komersial untuk kegunaan peniaga sudah ada kenaikan iaitu RM14 setong bagi gas berat 14kg.

Ada dua situasi pada perkara ini di mana sama ada peniaga akan menaikkkan harga jualan kepada pengguna atau bertahan.

Kepada orang ramai, isu perang di Teluk ketika ini perlu diambil perhatian. Berjimat cermatlah selagi boleh. Kurangkan kehendak dan utamakan keperluan.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM