Michelle Shares
4 subscribers
28 photos
3 videos
1 file
24 links
Pasti semua orang ada sesuatu di dalam hidupnya yang memberi dia pengajaran.Begitu juga aku. Alleluia, Puji Tuhan yg Mahakuasa✨🙏

Sahaja aku berkongsi untuk aku dan kita. Semoga apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat buat semua yang membacanya.
Download Telegram
2021 adalah tahun yang penuh cabaran dan ujian. Dengan perubahan sistem dan beberapa perkara yang menguji jiwa seorang pejuang, syukur dan puji Tuhan, Mpower Ladies tetap berjuang di fasa sendiri.

Bukan mudah. Tidak susah. Namun mencabar tapi tidak mustahil.

Itulah jiwa pejuang MPOWER LADIES sepanjang tahun 2021. Masing-masing punya cabaran masing-masing. Namun, itu tidak menghentikan perjuangan dan misi MPOWER LADIES.

Tahniah MPOWER!
December 2021 👉 RM13,207
Okt'21-Dec'21 👉 RM32,168
Jan'21-Dec'21👉RM144,923

Terutama kepada anak, cucu dan cicit hebat dalam MPower. Semoga pencapaian ini akan memberi inspirasi dan semangat juang untuk kita teruskan pada tahun ni.

We Have Dreams to Catch on! So, What happened does not matter, how you react with what happened, matters.

Let's GO!💪🔥
Leader Michelle

#AlwaysAnnona
Jahat Covid-19!

Sepatutnya esok, saya akan fly ke Kota Kinabalu untuk balik kampung dan sekaligus untuk meraikan hari perkahwinan sepupu saya.

Namun, 3 hari lalu, tidak dipinta 4 orang rakan sekerja saya disahkan positif dengan Covid19. Jadi, saya dan rakan sekerja yang lain akan menjalankan proses kuarantin selama 5 hari sahaja sebab kami sudah menerima dos penggalak vaksin C19.

Dengan berat hati saya dan suami terpaksa membatalkan niat kami untuk balik ke Papar. Namun, kami bersyukur sebab kami dapat mengelakkan daripada virus ini berjangkit pada ahli keluarga kami yang lain.

Keadaan saya sekarang bergejala seperti selsema saja. Saya percaya ini adalah disebabkan makanan yang saya makan Ahad lalu. Macam mana tidak sakit tekak kalau makan donut dan bombolini saja sampai 5 biji. Lepas tu, kurang minum air. Haa siap la! Hari Isnin dah mula sakit tekak lepas tu berhingus esoknya😅

Tak disangka juga rakan sebilik saya mengalami gejala C pada hari kedua tu.

Virus ini sangat cepat menjangkiti ya kawan-kawan. Bayangkan 3 dari 4 orang kawan saya yang positif itu tidak mengalami gejala awal. Hanya selepas sehari disahkan positif barulah segala gejala tu keluar. Sakit!

Yang pernah lalui saja tahu bagaimana. Bila difikirkan balik, badan saya rasa trauma. Sehingga sekarang badan boleh menggeletar walau hanya fikirkan saja.

Setiap hari sepanjang kuarantin saya akan buat ujian air liur untuk kepastian. Mahu bercuti pun tak dapat sebab cuti tak cukup. Dan tiada lagi arahan "Kerja Dari Rumah" yang dikeluarkan oleh syarikat. Walhal sudah mencecah 11 orang positif di satu bangunan yang sama.

Apapun, harap semua keputusan itu adalah terbaik. Saya percaya pihak syarikat juga sudah melakukan yang terbaik. Kerja sanitasi juga sudah dilakukan. Memo untuk perketatkan SOP juga sudah dilakukan. Jom laksanakan. Lindungi diri kita dan orang lain. Syabas dan tahniah!

Hari ini hari ketiga saya kuarantin di rumah. Sakit tak dapat jumpa anak-anak berdepan. Tapi itulah hakikatnya kita kena hadap. Kena kuat, kena sabar dan kena tabah.

Ujian seperti ini juga yang akan mengajar kita erti kesyukuran. Syukur masih diberi peluang untuk menikmati kehidupaan, syukur masih ada orang yang boleh menjaga kita, syukur, syukur, dan teruslah bersyukur.

Jom sama-sama kita doakan bagi pesakit-pesakit Covid19, semoga mereka cepat sembuh seperti sediakala dan semoga kita semua akan terus dilindungi dari JAHATNYA COVID19 ini.

Sentiasa jaga SOP.
Jaga diri. Jaga kesihatan.

Tuhan berkati semua

Yang mahu bercuti,
Madam Michelle
Kids are Annoying!

Ever since I was young, I never liked kids or babies. I found them annoying. They cried and poop a lot, they wanted to be carried all the time. HAHA
No, I don’t hated them, I just don’t know how to handle them.

I even told my friend, I don’t want to get married and have kids. BLA BLA BLA silly teenager me! 😑

Until I had mine…
I am a mother of two boys. Kuya is turning 4 this September and Adik is turning 2 this May.

Boy oh Boy.. the amount of headaches and mess the had caused us is countless. BOYS will always be boys haa🤣

Kuya and Adik are both very active and sporty. You could imagine the chaos.
Both of them are very smart. They learned from each other. Adik learned from Kuya to climb and jump. Kuya learned from adik to get a hug and cling from Mama. 🤣

Yup they fought a lot! BIG TIME
And of course there were a lot of crying happening.

When I had my first born, the feeling was overwhelming. It was a mixed feelings. Then came my second hero. My feelings was a bit rollercoaster. I couldn’t handle my emotion enough. I felt like it was too much. I felt like a boiling kettle. Maybe because I had him during the pandemic. Well, postpartum depression is real guys. We managed to get through. But that is for another story…

Handling two boys, toddlers were never an easy task. Juggling with housechores, works and kids were not fun. I don’t have a personal helpers, maid that we hired to do the house and kids. Thankfully, I had my husband, my partner to help me handle most of the housechores, and kids. He cooks too! The boys are really great with their father, their Papa. I must say, I give him extra credit for taking care of the boys while I am away for than 5 nights for work. The best father for my kids!

There were times I cried, I shouted, I yelled, I screamed.. You can say I turned into the Incredible Hulk. I lost my patience, I lost my cool as a mother. No gentle parenting happening.😌

But most of the time were enjoying and having fun together as a family.

I love my kids, although most of the time they are pretty annoying, demanding, and noisy! and keep on destroying my sleep time. And diet as well 🤣

I love you, anak.
Mama & Papa always love you.
We are always here for you.
Anytime…

Know that we are trying our best to prepare for our future. Muah!

I am going to cherish every second we spent together, because one day, you are going to have your own life. We are left with memories and that is what we are holding on to. (And I am going to sell stories about my amazing children, and annoys others HAHA)

Love,
Mamakna
Apa perkara yang paling mencabar ketika sudah mula berniaga?

Bagi saya yang baru mahu melangkah 2 tahun dalam dunia perniagaan ni, banyak benda yang mencabar sebenarnya. Cari sales itu salah satulah. Tapi itu bukan intipati sebenar yang dilalui oleh para usahawan. Betul kan?

Rejection? Blue tick? Ejekan?Kritikan? Dijatuhkan? Pilih yang lain, bukan aku? Ditinggalkan? Rugi?

Banyak lagi, beribu kali rasa. Tapi masih juga mahu buat? YA. Masih. Bak kata pepatah, yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Ahh.. Gitchu. 😅

Tak dikira lagi dengan cabaran sebagai seorang leader? Disenyapkan, ditinggalkan. Ingat senang? Tanggungjawabnya sangat besar. Amanah. Menjaga team. Namun, saya tetap bersyukur sebab masih ada team yang masih memperjuangkan panji masing-masing dibawah naungan MPower.

Kurang tidur? Kurang rehat? Nangis? Ahh semuanya pernahlah. Namun, saya tetap juga buat. Hari-hari saya cuba konsisten walaupun ada sehari dua saya terculas kerana emosi dan mental yang tidak kuat. BIAWAK! Masih ada 😖

Walaupun belum lagi mencipta kejayaan yang besar seperti rakan-rakan lain, kejayaan kecil yang saya peroleh sehingga hari ini saya sangat syukuri. Setiap perjalanan membawa seribu cerita. Yang tahu itu tahulah.

Teringat waktu pertama kali masuk ke alam perniagaan, dapat pula anugerah The strongest fighter dari leader Unieq Empire, Nieq Husnie. Entah apa lah yang kuatnya aku disitu. Kuat menyampuk ja dalam group🤣 Thank you Nieq. Sentiasa membakar semangat.

Lepas tu boleh pula tersenarai antara yang dapat Award Most Outstanding Agent dr HQ Annona. Entah apa yang outstanding nya aku disitu. Mungkin juga selalu menyampuk dimana2😂

Tapiiii sekali haa dugaan besar gedebuk terus datang hempap kepala hotak dan jasad ku ini. Pokkkk terduduk juga masa tu. Tahun lalu. Down HABIS! Entah siapalah yang buat seorang Michelle sampai terhempuk. Dahlah badan besar, bergegar lantai jo! 🤣

Haaa lepas tu…. tiada! Ini bukan masa aku down. Panggil terus leader, gunakan function leader. 🤪 Luahkan semua pada dia. Syukurlah masa tu saya sudah berada di dalam circle kawan-kawan yang BETUL dan POSITIF. Sentiasa membangun.

Takpalah. Saya maafkan. Life must go on. Tinggalkan saja mereka dibelakang. 😌

Sekarang, rasa nak LAWAN ja. LAWAN TATAP LAWAN! Jangan biar itu biawak manang! 2022 kita punya! 🔥

Bagilah beribu kali cabaran. You will never win with the person who will never give up. Bring it on! Bilang si The Rock ✊🏻

Saya mungkin jatuh beribu kali sepanjang proses, tapi saya percaya kunci kepada sesuatu kejayaan itu ada konsisten, tidak mudah putus asa, sentiasa rajin cari ilmu dan sentiasa ingin perbaiki kelemahan diri.

Masih jauh lagi perjalanan saya ini. Terlalu banyak lagi saya perlu lalui.

“Success is not a destination. Success is a journey.”

Keep fighting and enjoy the journey.
Michelle ❤️
STAY MOTIVATED BY DOING THESE:

❤️ Write down your goals
The act of writing down will make achieving it more easily

❤️ Write down WHY you want to achieve it
Write down the consequences if you don't achieve it, and the positive if you do achieve it.

❤️ Write down your PURPOSE
WHO are you doing it for? WHAT is your purpose of doing it?

❤️ FEED your mind with success
Books, self development audio, motivational music, anything that inspires you to take action

❤️ CREATE a vision board
VISUALISE yourself as you achieve your GOALS, feels those feelings. Then make it happen.

✨One part at a time. One day at a time✨

Let's go GOALS DIGGER!🔥
Hujan dari semalam. Kejap berhenti, kejap hujan.
Tadi renyai-renyai lepas tu sekarang lebat.

Hujan-hujan begini, rindu pula orang rumah.
Yup, saya tengah outstation lagi sekarang. Tempat jauh kali ni. Dan agak payah line internetnya. Di pisuk2 betul bah. 😓

Sempat juga catch up dengan anak-anak tadi melalui video call. Nasib baik, di guest house ini ada line internet. Nah, Masing-masing dengan perangai doranglah 😅

Nasib baik ada Papa dorang tolong jaga 2 Power Rangers tu masa Mama dorang tengah kerja jauh untuk beberapa hari ni. Tak risau tinggalkan anak-anak sama Papa dorang. Boleh diharap memang. Dari A-Z diurus. Tidak sia-sia aku fight mahu dia dulu2 hahahahaha. 🤣❤️🌹 Kesayangan.

Moga-moga ada rezeki satu hari nanti tak perlulah Mama dorang terus menerus berpisah lama demi kerja. Kadang2 rasa macam Chipsmore jak. Kejap ada kejap tiada dirumah. 🤣

Sabarlah wahai hati. Percaya Tuhan itu ada tolong jaga dorang untuk saya. Doa saja.🌹

Eh Uols, buat apa tu? Belum tidur? Hujan juga ka tempat kamu? 😂

#HujanRindu
#DoaHujan
#ChelvinLegacy
Selamat Hari Wanita uols😘💋
Before we can build the world we want to live in, we have to imagine it. Greatness starts with a clear vision of the future.

Erti kata lain, kita nak bina rumah. Terlalu general. Nak rumah macam mana?

Nak 2 bilik? 3 bilik? Warna macam mana design macam mana?

"Aku nak berjaya!" Berjaya macam mana tu?

Adakah capai sales itu berjaya? Adakah dapat habiskan jualan itu berjaya? Define your success. Vision it. Biar nampak jelas sampailah impian kita itu betul2 nampak depan biji mata. Itulah power of visualize.

Perasan tak, bila kita kata dengan sungguh-sungguh nak beli kereta, misalnya. Nak kereta Proton X70 Merah. Hari-hari kita dok cakap nak tu. Dalam kita sedar atau tak, makin banyak kereta Proton X70 lalu lalang depan kita kan? selama ni tak nampak pula. 😂

Haa hari-hari nampak. Lama-lama kita pun makin teracun makin teracun. So, kita pun carilah salesperson Proton. Tanya itu ini. Tup tup ehhhh dah ada🥸

Power kan! Kita dok gambarkan apa yang kita nak, sooner or later, tindakan kita juga akan bawa kita ke arah tu.

Bila kita clear dengan vision kita, impian kita. Tak mustahil kita pasti dapat capai dengan izin Tuhan dan juga usaha kita yang berterusan.

All the best you!

🙏❤️
Michelle minat ini la pula sekarang. Toyota Rogue. Nak main kereta besar pula now😍😍😍 Nampak tegap, sesuai dengan jalan raya dekat sabah ni kan. Cun tak? 🤓 Uols ada kereta impian?
"Never stop learning, because life never stop teaching."

Good Morning.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bisnes naik dan turun itu biasa. Namun, kita jangan terlalu selesa walau dimana pun keadaan kita. Mahu di atas atau pun dibawah.

Sentiasa upgrade ilmu, dunia bisnes ni sentiasa evolving. Sentiasa berubah dari masa ke semasa.

Apabila kita rasa down dan tiada motivasi, rehat seketika dan bangkit semula. Terus buat dan konsisten buat.

Boleh?💪
Syukuri sekecil2 perkara. Namun, jangan pernah berhenti untuk berusaha dan terus berusaha untuk jadi lebih baik lagi.

Selamat pagi sobat☺️🙏
You must be willing to do the things today others won't do.

In order to have the things tomorrow others won't have.
Manusia normal...

Itu pandai penat.
Itu pandai emosi.

Namun, setiap manusia berdiri di paksi yang berbeza. Dunianya, Dunia mu, dan dunia ku berbeza. Tiada tandingan, tidak bertanding .

Kadang dunia terasa sangat 'overwhelming', sampai kehadiran ramai orang di sekeliling pun rasa diri terancam.
Kadang rasa bersendirian walhal sedang dikelilingi orang.
Kadang terasa ingin bersendiri pula.
Kadang terasa terasing.

Kadang berdiam lebih baik, kerana apa yang dikatakan mungkin didengari sebagai alasan, sebaliknya adalah kebenaran dan luahan.
Kadang ingin berkata, tapi siapa yang mahu mendengar dan takut kepada persepsi si pendengar.

Kadang apa yang diperlu adalah ruang dan masa.

Untuk 'healing'.
For the mind, emotion, physical and spiritual.

Everyone is fighting their own struggles, including me. 😜

Tough road, dude. Hang on there!

Best of luck!
Misol 🌹
Heal wound❌
Heal yourself✅

Nobody understand you better than yourself.

Been dealing with emotional rollercoasters these past few days, not to forget the physical and mental exhaustion.

I realized that I put too much on my plate until I lost my way and my focus. Up to a point, where I think I might lose myself too.

Detoxing, is what I do now. Picking up piece by piece and putting them one by one on a new plate.

The biggest piece is my family. They deserve my attention the most. If I can conquer this with them, I can conquer anything else that comes later on.☺️

Second biggest piece is myself.

What I faced on the inside, my battle, my struggles...my family are the one who are keeping my faith and hope alive.

I understand I might lose a lot during this process of recovering my inner strength. But I would rather be healed now than to lose a lot more if I let it conquer me.

I am not as strong as you think, but certainly not as easy to break as you might assume. 😜

"We fight our own battle. Sometimes, we have to go through darkness to get to the light."

Happy weekend uols. 🥰

Lots of Love,
Misol💋
Step by step. Gradually.

You will get tired at some point. But worry not, my dear, take a rest and enjoy the view while you are up there. And when you are ready and calm, stand up and move on. Climb those stairs.

For each step we make, we'll encounter a lot of things, obstacles and many challenging moments. Just so you know, all Of those things, they shall pass. 😉

So live in the moment. And enjoy your journey.🫰❤️

Morning darlings🌹
Beberapa hari ni, macam banyak sangat isu yang muncul di berita media sosial.

Isu tentang doktor
Isu tentant Kebanggaan result SPM gagal
Isu tentang sunscreen
Isu tentang hospital
Isu pemansuhan subsidi minyak dan ayam
Isu bercerai, kahwin lain, Melur, Firdaus... EH!

Tak kurang dengan berita pemergian orang-orang yang kita kenal. Salam takziah diucapkan.

Macam-macam lagi...

Dunia. Itulah.

Ada yang baik, ada yang tidak baik
Ada yang berilmu, ada yang kurang ilmu
Ada yang telus, ada yang dianiayai
Ada yang di atas dan ada yang dipijak.

Dunia, begitulah.
Cuaca panas! Kepet berpeluh! Kulit rasa rimas!
.
Eihhh panas bah. Terus rasa macam kulit rasa terbakar sebab kena pancaran matahari kan. Terus cepat2 saya ambil Vitamin C Beauty Mist ni, terus spray di muka.
.
INSTANT HYDRATION bah terus. 😍
.
Wajib saya ada simpanan 3 botol untuk personal use🤣
1 botol di rumah
1 botol di ofis
1 botol di dalam beg
.
One of the reasons saya suka guna Vitamin C Beauty Mist ni adalah dia punya kandungan. Of coz, main ingredient ialah Ascorbyl Glucoside(Vitamin C), Ekstrak Kulit Tangerine, Bee Venom, hydrolised collagen, witch hazel. Powerful ingredient.
.
Mana nda power, kalau spray ja dekat kawasan berjerawat, terus kecut cepat bah😱
.
Another fungsi of Vitamin C Beauty Mist ini adalah menyegarkan kulit wajah yg kusam, meningkatkan keanjalan kulit dan menghaluskan liang pori.☺️
.
Dan bagi extra glow. Haaa gituuu.😜
.
Bestkan! Itulah sebab sampai 3 botol saya beli selalu🤣
.
Don't worrylah kalau mahu try, yang pasti kalau Annona Skincare sudah go through dermatologically tested, no paraben, sls, alcohol, atau pewangi tiruan. So selamat. Tiada janji tarang bulan. Namun, dengan penggunaan yang konsisten dan betul, you will get the result.😚
.
Bah ada sudah Vitamin C Beauty Mist kamurang?

❤️ Misol
Annona Consultant
Masa. ⏰

Ada masa kita gembira, ada masa kita sedih
Ada masa kita marah, ada masa kita kecewa.
Ada masa kita berjaya, ada masa kita gagal.

Namun, saya percaya apa saja yang kita lalui kelmarin, hari ni mahupun esok lusa. Semuanya tepat pada masanya. Kehendak Tuhan akan terjadi juga 😇

So, lalui aja dengan kerendahan hati. Tetap saja bersyukur. Kerna walau sesulit atau sebahagia apapun keadaan kita pada masa itu, ingat…

Semuanya akan berlalu. 😊

Live in the present, darlings🌹

Have a good day!