MEKANIK IMAN.
328 subscribers
1.84K photos
531 videos
99 files
4.24K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
๐Ÿ‘‰ https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Golongan Penghuni Syurga

ุนู† ุนูŠุงุถ ุจู† ุญู…ุงุฑ ุงู„ู…ุฌุงุดุนูŠ ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ ุนู† ุงู„ู†ุจูŠ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ุงู„ : ูˆูŽุฃูŽู‡ู’ู„ู ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉู ุซูŽู„ูŽุงุซูŽุฉูŒ ุฐููˆ ุณูู„ู’ุทูŽุงู†ู ู…ูู‚ู’ุณูุทูŒ ู…ูุชูŽุตูŽุฏู‘ูู‚ูŒ ู…ููˆูŽูู‘ูŽู‚ูŒ ูˆูŽุฑูŽุฌูู„ูŒ ุฑูŽุญููŠู…ูŒ ุฑูŽู‚ููŠู‚ู ุงู„ู’ู‚ูŽู„ู’ุจู ู„ููƒูู„ู‘ู ุฐููŠ ู‚ูุฑู’ุจูŽู‰ ูˆูŽู…ูุณู’ู„ูู…ู ูˆูŽุนูŽูููŠููŒ ู…ูุชูŽุนูŽูู‘ูููŒ ุฐููˆ ุนููŠูŽุงู„ู

Daripada Iyadh bin Himar al-Mujasyai RA, dari Nabi SAW baginda bersabda: "Penghuni syurga itu terdiri daripada tiga golongan; iaitu penguasa yang berlaku adil, gemar bersedekah dan diberi kurnia taufik (Allah), seorang yang penuh kasih sayang dan lemah lembut kepada setiap kerabat dan sesama muslim, dan seorang yang suci dan miskin namun menjaga dirinya dari meminta-mintaโ€  (Sahih Muslim No: 5109) Status : Hadis Sahih

Pengajaran

Antara golongan yang akan menjadi penghuni Syurga ialah:

1.  Penguasa atau pemimpin yang adil, sentiasa pemurah dengan bersedekah dan diberi kurnia taufik oleh Allah dalam menjalankan tanggungjawab.

2.  Orang yang memiliki sifat kasih sayang dan lemah lembut kepada setiap kerabat dan sesama muslim yang lain.

3.  Orang yang suci hatinya walaupun miskin namun menjaga dirinya dari menjadi peminta sedekah.

Sebagai warganegara, sama ada kita seorang pemimpin mahupun pengikut, berusahalah memiliki sifat adil, berkasih sayang dan lemah lembut kepada orang lain serta menjadi pemberi bukan peminta.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2023. Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

#TeguhBersama
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

27hb Ogos 2023
10hb Safar 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kasihi Yang Muda Hormati Yang Tua

ุนูŽู†ู’ ุงุจู’ู†ู ุนูŽุจู‘ูŽุงุณู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู„ูŽูŠู’ุณูŽ ู…ูู†ู‘ูŽุง ู…ูŽู†ู’ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฑู’ุญูŽู…ู’ ุตูŽุบููŠุฑูŽู†ูŽุง ูˆูŽูŠููˆูŽู‚ู‘ูุฑู’ ูƒูŽุจููŠุฑูŽู†ูŽุง ูˆูŽูŠูŽุฃู’ู…ูุฑู’ ุจูุงู„ู’ู…ูŽุนู’ุฑููˆูู ูˆูŽูŠูŽู†ู’ู‡ูŽ ุนูŽู†ู’ ุงู„ู’ู…ูู†ู’ูƒูŽุฑู

Daripada Ibnu Abbas RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah termasuk golongan kami, mereka yang tidak mengasihi anak-anak kecil kami dan tidak pula menghormati orang tua kami, serta tidak menyuruh yang makruf dan melarang yang mungkar." (HR Tirmidzi No: 1844) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Orang yang tidak mengasihi anak-anak kecil dan menghormati orang tua โ€“ mereka tidak mengikuti sunah Rasulullah SAW dan Adab seorang Muslim.

2.  Menghormati orang yang lebih tua daripada kita termasuk sunnah Nabi. Rasulullah SAW bersabda:

ุฅูู†ูŽู‘ ุฌูุจู’ุฑููŠู„ูŽ ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ ุฃูŽู…ูŽุฑูŽู†ููŠ ุฃูŽู†ู’ ุฃููƒูŽุจูู‘ุฑูŽ

"Jibril telah menyuruhku untuk mendahulukan orang-orang yang lebih tua" (HR. Ahmad  No:1555)

3.  Keutamaan menghormati orang yang lebih tua termasuk dalam mengagungkan Allah. Rasulullah SAW bersabda:

ุฅูู†ูŽู‘ ู…ูู†ู’ ุฅูุฌู’ู„ูŽุงู„ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุฅููƒู’ุฑูŽุงู…ูŽ ุฐููŠ ุงู„ุดูŽู‘ูŠู’ุจูŽุฉู ุงู„ู’ู…ูุณู’ู„ูู…ู

"Sesungguhnya termasuk mengagungkan Allah adalah menghormati orang muslim yang sudah tua" (HR Abu Daud No: 4203)

4.  Dahulukan orang yang lebih tua dari kita. Malik bin Mighwal rahimahullah berkata:

ูƒูู†ู’ุชู ุฃูŽู…ู’ุดููŠู’ ู…ูŽุนูŽ ุทูŽู„ู’ุญูŽุฉูŽ ุจู’ู†ู ู…ูุตูŽุฑูู‘ูู  ููŽุตูุฑู’ู†ูŽุง ุฅูู„ูŽู‰ ู…ูŽุถู’ูŠูŽู‚ู ููŽุชูŽู‚ูŽุฏูŽู‘ู…ูŽู†ููŠู’ ุซูู…ูŽู‘ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ููŠู’ : ู„ูŽูˆู’ ูƒูู†ู’ุชู ุฃูŽุนู’ู„ูŽู…ู ุฃูŽู†ูŽู‘ูƒูŽ ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑู ู…ูู†ูู‘ูŠู ุจููŠูŽูˆู’ู…ู ู…ูŽุง ุชูŽู‚ูŽุฏูŽู‘ู…ู’ุชููƒูŽ

"Dahulu aku berjalan bersama Talhah bin Musharrif, sampailah kami ke sebuah jalan sempit, maka beliaupun mendahuluiku, seraya berkata kepadaku: Seandainya aku mengetahui bahawa engkau lebih tua satu hari daripada aku nescaya aku tidak akan mendahuluimu" (Diriwayatkan oleh Al-Khathiib Al Baghdaady dalam Al Jaami' li Akhlaaqi Ar Raawii wa Aadaabi As Saami', no: 249)

5. Menjadi tanggung jawab Muslim untuk mengajak orang lain kepada kebaikan dan melarang kemungkaran berlaku.

Dalam kita hidup bermasyarakat dan mewujudkan negara Malaysia yang harmoni dan utuh, setiap kita bertanggungjawab untuk bersifat rahmah dengan  sentiasa beradab dan menyantuni orang yang lebih tua dari kita apatah lagi jika dia pemimpin kita dan sayangilah orang yang lebih muda dari kita.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2023. Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

#TeguhBersama
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

28hb Ogos 2023
11hb Safar 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram