Majlis Bandaraya Seberang Perai
1.84K subscribers
3.09K photos
24 videos
67 files
527 links
Untuk maklumat layari
https://www.mbsp.gov.my

Saluran Aduan
Call Center Aduan : 04 - 269 6969
Bebas Tol (24 Jam) : 1 - 800 - 88 -6777

Emel Aduan MBSP : aduan@mbsp.gov.my
Download Telegram
IKLAN KEKOSONGAN RUANG NIAGA KOMPLEKS MAKANAN DAN PASAR AWAM MBSP BULAN JUN 2026

Sehubungan itu, pihak yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui pautan yang disertakan.

https://spgerai.mbsp.gov.my
KEMASKINI IKLAN KEKOSONGAN RUANG NIAGA KOMPLEKS MAKANAN DAN PASAR AWAM MBSP BULAN JUN 2026

Sehubungan itu, pihak yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui pautan yang disertakan.

https://spgerai.mbsp.gov.my
SALAM MAAL HIJRAH 1448H | AWAL MUHARRAM 2026

β€œHijrah Membawa Rahmah, Sejahtera Ummah”

Sempena kedatangan Tahun Baharu Islam 1448 Hijrah, marilah kita bersama-sama menghayati makna hijrah sebagai satu perjalanan perubahan ke arah yang lebih baik, berteraskan nilai integriti, keikhlasan, perpaduan dan kecemerlangan dalam kehidupan seharian serta dalam melaksanakan amanah kepada masyarakat.

Awal Muharram merupakan detik bermakna untuk kita memperbaharui azam dan tekad dalam membina komuniti yang lebih harmoni, sejahtera dan berdaya tahan, selaras dengan aspirasi pembangunan bandar yang mampan dan inklusif.

Ikhlas daripada :
Datuk Bandar,
Ahli Majlis, Setiausaha Bandaraya
Dan seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)

#mbsp_official
#penanggovernment
#seberangperai
#Penang2030
πŸ‘1
🚨 PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT (PKM) DI SEBERANG PERAI BERMULA 1 JULAI 2026 🚨

Jangan ambil mudah soal kebersihan!
Mulai 1 Julai 2026, tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas akan dilaksanakan terhadap individu yang melakukan kesalahan kebersihan di tempat awam dan jalan awam di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

⚠️ Kesalahan yang boleh dikenakan tindakan termasuk:
❌ Membuang sampah
❌ Menempatkan sampah di lokasi yang tidak dibenarkan
❌ Mencampakkan sampah
❌ Meninggalkan sampah

πŸ“Œ Pesalah yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan:
πŸ”Ή Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) sehingga 12 jam
πŸ”Ή Denda sehingga RM2,000
πŸ”Ή Atau kedua-duanya sekali

#mbsp_official
#penanggovernment
#seberangperai
#Penang2030
πŸ“’ HEBAHAN PROGRAM PEMANDULAN BERSUBSIDI MBSP 2026 πŸ“’

Perhatian kepada semua pemilik kucing di Seberang Perai!

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) melalui Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Pelesenan menganjurkan Program Pemandulan Bersubsidi 2026 bagi membantu mengawal populasi kucing secara berkesan dan bertanggungjawab.

🐱 Subsidi Potongan Harga RM50 seekor untuk:
βœ… Kucing jantan
βœ… Kucing betina

πŸ₯ Klinik yang terlibat:
β€’ Pet Wellness
β€’ Unipet
β€’ Lovincare
β€’ Windsor

πŸ“ Cara pendaftaran:
Pemilik boleh terus hadir ke mana-mana klinik yang terlibat atau menghubungi Urus Setia MBSP di talian 04-5402566 / 04-5402589 untuk maklumat lanjut.

⚠️ SLOT SUBSIDI ADALAH TERHAD!
Permohonan akan diterima berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat.

Marilah bersama-sama menjadi pemilik haiwan yang bertanggungjawab dengan memastikan kucing peliharaan dimandulkan demi kesihatan haiwan dan kesejahteraan komuniti.
*πŸ“’ HEBAHAN TINJAUAN IBU BAPA DAN ANAK-ANAK πŸ“’*
*Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak (CFCI) Pulau Pinang*

Think City Sdn. Bhd. dengan kerjasama UNICEF Malaysia, MBPP dan MBSP sedang menjalankan Tinjauan Ibu Bapa/Penjaga dan Kanak-Kanak bagi mendapatkan pandangan serta pengalaman berkaitan kehidupan, pembelajaran, rekreasi, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak di Pulau Pinang.

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Sasaran:
βœ… Ibu bapa/penjaga
βœ… Kanak-kanak berumur 10 hingga 17 tahun
⏱️ Masa menjawab: 10 – 15 minit

πŸ”— Sertai tinjauan di:
https://www.surveymonkey.com/r/languageselection

🎁 Sebagai galakan penyertaan, 10 buah sekolah akan dipilih secara rawak untuk menerima geran bernilai RM1,000 bagi melaksanakan projek yang dicadangkan oleh kanak-kanak untuk manfaat sekolah atau komuniti mereka.

Marilah bersama-sama menyumbang pandangan ke arah menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang lebih mesra kanak-kanak dan inklusif untuk semua.

#CFCI #BandarMesraKanakKanak #PulauPinang #MBSP #UNICEFMalaysia #ThinkCity #Penang2030
❀1
NOTIS PEMAKLUMAN KEMPEN TANPA BEG PLASTIK SETIAP HARI

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) meneruskan komitmen dalam usaha mengurangkan penggunaan plastik sekali guna melalui pelaksanaan Kempen Tanpa Beg Plastik Setiap Hari.

Bermula 1 September 2026, semua premis yang merangkumi pasar raya besar, pasar raya, gedung serbaneka, kedai serbaneka, restoran makanan segera, kedai rangkaian, farmasi dan klinik serta premis berkaitan adalah dilarang membekalkan atau menyediakan beg plastik (beg plastik jinjit) kepada pengguna secara percuma atau berbayar.

Penguatkuasaan serta tindakan kompaun akan mula dilaksanakan berkuat kuasa 1 Oktober 2026 terhadap mana-mana premis yang gagal mematuhi ketetapan yang ditetapkan.

#mbsp_official
#penanggovernment
#seberangperai
#Penang2030
πŸ“’ PEMAKLUMAN BERKAITAN PENYELARASAN KADAR KOMPAUN TEMPAT LETAK KERETA (TLK) MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI (MBSP)

Adalah dimaklumkan bahawa berkuat kuasa mulai 01 Julai 2026, kadar kompaun bagi kesalahan di bawah Perintah Lalulintas Jalan (Letak Kereta Berkupon) MPSP 1995 diselaraskan kepada kadar baharu.

πŸš— Jadilah pengguna yang bertanggungjawab dengan membayar caj Tempat Letak Kereta dan patuhi peraturan.

#mbsp_official
#penanggovernment
#seberangperai
#Penang2030
❀3
SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-18 GEORGE TOWN SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO! 🌍

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-18 pengiktirafan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Semoga warisan bersejarah ini terus dipelihara dan dihargai oleh semua sebagai lambang identiti, kebanggaan serta khazanah yang tidak ternilai untuk generasi akan datang.

Warisan Terpelihara, Kebanggaan Bersama. πŸ’™πŸ’›

#mbsp_official
#penanggovernment
#seberangperai
#Penang2030
❀1
IKLAN KEKOSONGAN PASAR AWAM / KOMPLEKS MAKANAN (RUANG NIAGA) MBSP BULAN JULAI 2026

Sehubungan itu, pihak yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui pautan yang disertakan.

https://spgerai.mbsp.gov.my

Sekian, terima kasih
ALLAH LANJUTKAN USIA TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Ke-85 kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Semoga Allah SWT mengurniakan Tuan Yang Terutama usia yang diberkati, kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan serta terus memayungi Pulau Pinang dengan kebijaksanaan dan kesejahteraan.

Ikhlas daripada Datuk Bandar dan seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Seberang Perai

#mbsp_official
#penanggovernment
#seberangperai
#Penang2030
SEKALUNG TAHNIAH YBHG. DATO’ MOHD IBRAHIM BIN MD NOR

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Berbahagia Dato’ Mohd Ibrahim bin Md Nor, Setiausaha Majlis Bandaraya Seberang Perai, atas penganugerahan Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N.) yang membawa gelaran Dato’ sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ke-85 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Semoga pengiktirafan yang amat bermakna ini menjadi pemangkin untuk terus menyumbang bakti, memperkukuh kecemerlangan perkhidmatan awam serta memacu MBSP ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang, berintegriti dan berdaya saing.

Ikhlas daripada Datuk Bandar dan seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Seberang Perai.

#mbsp_official
#penanggovernment
#seberangperai
#Penang2030
πŸ“’ PEMBELIAN MINYAK MASAK TERPAKAI DI MBSP! β™»οΈπŸ›’οΈ

Jangan buang minyak masak terpakai anda! Tukarkannya kepada wang tunai sambil membantu memelihara alam sekitar.

πŸ“… Tarikh: 20 Julai 2026 (Isnin)
πŸ•™ Masa: 10.00 pagi – 1.00 petang
πŸ“ Lokasi: Stesen Kitar Semula Menara MBSP, Bandar Perda

πŸ’° Harga Tawaran: RM3.00/kg

Program ini terbuka kepada semua warga Seberang Perai yang ingin menjual minyak masak terpakai. Inisiatif ini bukan sahaja membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar, malah menggalakkan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat.

Ayuh bersama MBSP menjadikan Seberang Perai lebih bersih, hijau dan lestari. Kumpulkan minyak masak terpakai di rumah anda dan bawa ke lokasi program pada tarikh yang ditetapkan.

♻️ Jangan buang, kitar semula! Setiap titisan minyak yang dikitar semula memberi impak besar kepada kelestarian alam sekitar.

#mbsp_official
#penanggovernment
#seberangperai
#Penang2030
❀1
SERTAI KEJOHANAN KAROM TERBUKA PIALA DATUK BANDAR MBSP 2026!

Kejohanan Karom Terbuka Piala Datuk Bandar MBSP 2026 bakal menghimpunkan pemain-pemain karom dari pelbagai peringkat untuk berentap dalam suasana penuh semangat kesukanan dan persaingan sihat.

πŸ—“ Tarikh: 18 & 19 Julai 2026
πŸ•˜ Masa: 9.00 pagi hingga selesai
πŸ“ Tempat: Dewan Dato’ Haji Ahmad Badawi, Butterworth

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menjemput semua peminat dan pemain karom untuk menyertai kejohanan ini serta bersama-sama memeriahkan acara yang menggalakkan gaya hidup aktif, mengeratkan silaturahim dan mencungkil bakat baharu dalam sukan karom.

πŸ“ž Untuk maklumat lanjut:
β€’ En. Samsol – 019-473 5607
β€’ En. Khairul – 019-551 2636
β€’ PESUKA – 04-539 3790

Ayuh sertai dan buktikan kehebatan anda di Kejohanan Karom Terbuka Piala Datuk Bandar MBSP 2026!

#mbsp_official
#penanggovernment
#seberangperai
#Penang2030