Malaysia For Syria - MFS
364 subscribers
1.56K photos
548 videos
2 files
689 links
Malaysia For Syria - MFS adah sebuah NGO yang terbesar membantu pelarian Syria di seluruh dunia (1147832A). www.malaysia4syria.org / www.infaksyria.com
Download Telegram
Malaysia For Syria - MFS
Photo
๐Ÿ๐Ÿ• ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘ | ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐š๐ฉ๐š๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐†๐ซ๐š๐ง๐ ๐ˆ๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ ๐Ÿ๐จ๐ซ ๐‡๐ฎ๐ฆ๐š๐ง๐ข๐ญ๐ฒ & ๐ฌ๐ž๐ฌ๐ข ๐ฉ๐ž๐ง๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ๐š๐ง.

Persiapan majlis telah giat dijalankan oleh petugas-petugas Malaysia for Syria (MFS) & Global Peace Mission Malaysia (GPM). Dalam masa yang sama, para peserta yang terdiri daripada asnaf dan komuniti muhajirin telah tiba dan disambut baik oleh para petugas di meja pendaftaran.

Semoga majlis hari ni berjalan dengan lancar, in sya Allah.

#ramadan #iftar #Grandiftarforhumanity #IFTN #RAH11
๐Ÿ๐Ÿ• ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘ | ๐–๐จ๐ซ๐ฅ๐ ๐๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐‡๐จ๐ฎ๐ซ โœจ

Pada pukul 5 petang telah berlangsungnya sesi pertama Majlis Grand Iftar for Humanity iaitu World Quran Hour.

Peserta bersama mendalami surah Al-Insan dengan alunan bacaan Al-Quran oleh Muhammad 'Ammar Mukhlis Abdul Mohsin serta ditadabbur oleh Ustaz Shamsul Hakim Abd Samad.

#ramadan #worldquranhour #surahalinsan #Grandiftarfirhumanity #RAH11 #IFTN
๐Ÿ๐Ÿ• ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘ | ๐Œ๐จ๐ฌ๐ช๐ฎ๐ž ๐“๐จ๐ฎ๐ซ ๐†๐ฎ๐ข๐๐ž (๐Œ๐“๐†)
.
Turut hadir wakil dari Friendship Group of Inter-faith Services (FGIS), pimpinan-pimpinan pelbagai agama dan keduataan.
.
Taklimat Mosque Tour Guide (MTG) telah disampaikan oleh Islamic Outreach ABIM (IOA). Di mana mereka telah dibawa melawat kawasan masjid dan diberi penerangan tentang masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
.
#ramadan #Grandiftar #MTG #IFTN #RAH11
๐Ÿ๐Ÿ• ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘ | ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข๐š๐ง ๐†๐ซ๐š๐ง๐ ๐ˆ๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ ๐Ÿ๐จ๐ซ ๐‡๐ฎ๐ฆ๐š๐ง๐ข๐ญ๐ฒ
.
YB Senator Datoโ€™ Setia Haji Mohd Naโ€™im bin Haji Mokhtar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di sambut dengan sesi bergambar bersama pimpinan pelbagai agama dan juga wakil kedutaan.
.
Majlis di mulakan dengan alaun ucapan daripada saudara Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin iaitu CEO GPM, diikuti dengan ucapan dari Muhammad Faisal bin Abdul Aziz iaitu Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan ucapan perasmian (Heal the Heart) oleh YB Senator Datoโ€™ Setia Haji Mohd Naโ€™im bin Haji Mokhtar.
.
Majlis diteruskan dengan pelancaran dan demo Hafazan Checker, Aplikasi The Noor.
.
#ramadan #Grandiftarforhumanity #IFTN #RAH11 #iftar #aplikasithenoor
๐Ÿ๐Ÿ• ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘ | ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐š๐ก๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐จ๐ญ๐š๐ค ๐Œ๐š๐ค๐š๐ง๐š๐ง (๐‡๐ž๐š๐ฅ ๐ญ๐ก๐ž ๐‡๐ฎ๐ง๐ ๐ž๐ซ)
.
Simbolik penyerahan sumbangan 60 kotak makanan telah diberikan kepada komuniti Yaman, Palestin, Syria, Somalia dan asnaf Malaysia yang hadir pada majlis Grand Iftar for Humanity semalam.
.
#ramadan #Grandiftarforhumanity #IFTN #RAH11 #iftar #sumbangan
๐Ÿ๐Ÿ• ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘ | ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐š๐ก๐š๐ง ๐Œ๐จ๐œ๐ค ๐‚๐ก๐ž๐ช๐ฎ๐ž ๐๐š๐ง ๐‚๐ž๐ง๐๐ž๐ซ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐š.
.
Penyerahan Mock-Cheque sumbangan gempa bumi Turkiye-Syria dari agensi seperti Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur, Persatuan Buddhist Malaysia Bahagian KL/Selangor, dan Sathya Sai International Organisation of Malaysia (SSIOM).
.
Ribuan terima kasih kami ucapkan buat semua agensi yang telah menyumbang buat saudara di Syria.
.
#ramadan #Grandiftarforhumanity #IFTN #RAH11 #iftar #sumbangan #gempabumi
๐Ÿ๐Ÿ• ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘ | ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐›๐ž๐ซ๐›๐ฎ๐ค๐š ๐ฉ๐ฎ๐š๐ฌ๐š.
.
Meriah suasana majlis iftar apabila para tetamu kelihatan gembira dengan juadah yang disediakan iaitu nasi Mandy (Hadiah daripada Putera Makhota Mohammad bin Salman, Arab Saudi) & makanan vegetarian.
.
Semua tetamu yang terdiri daripada komuniti muhajirin, asnaf tempatan, rakan-rakan NGO, Friendship Group of Inter-faith Services (FGIS), pimpinan pelbagai agama dan kedutaan telah berbuka puasa bersama-sama di perkarangan MTMZA.
.
Alhamdulillah, majlis Grand Iftar for Humanity ini telah berlangsung dengan jayanya dan telah melabuhkan tirai selepas semua tetamu selesai berbuka puasa.
.
Terima kasih kami ucapkan kepada semua tetamu & para peserta yang hadir memeriahkan majlis Grand Iftar for Humanity ini.
.
Tidak lupa juga kepada tim GPM, MFS serta ABIM yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan majlis.
.
#ramadan #Grandiftarforhumanity #IFTN #RAH11 #iftar #sumbangan