Malaysia For Syria - MFS
350 subscribers
1.56K photos
548 videos
2 files
689 links
Malaysia For Syria - MFS adah sebuah NGO yang terbesar membantu pelarian Syria di seluruh dunia (1147832A). www.malaysia4syria.org / www.infaksyria.com
Download Telegram
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
📌 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗟𝗔𝗣𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡

𝟭𝟴 𝗠𝗔𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟯 | 𝗔𝗚𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗦𝗔𝗡𝗟𝗜𝗨𝗥𝗙𝗔, 𝗧𝗨𝗥𝗞𝗜𝗬𝗘.

Sebanyak 100 kotak makanan telah di agihkan, di mana lebih kurang 500 penerima manfaat.

InsyaAllah, kotak makanan yang diberikan ini mampu menampung sebuah keluarga untuk juadah bersahur dan berbuka. Antara makanan ruji yang disediakan di dalam kotak makanan ini adalah seperti kekacang, spaghetti, sos tomato, minyak, tepung dan banyak lagi.

Jom sama-sama kita ringankan beban mereka bulan Ramadan ini dengan sumbangan kotak makanan agar mereka tidak dibiarkan lapar tanpa juadah bersahur serta berbuka Ramadan ini.

===================
Berkongsi rezeki bersama mereka di Turkiye-Syria Ramadan ini: https://infaksyria.com/donations/ramadan
.
Atau salurkan terus ke akaun 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐋𝐢𝐟𝐞 𝐋𝐢𝐧𝐞 𝐟𝐨𝐫 𝐒𝐲𝐫𝐢𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝:
🔸MAYBANK : 5648-1051-3971
🔸BANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
𝐑𝐄𝐅: Ramadan
===================
#ramadan #savesyria #malaysia4syria #ramadansyria #bantuangempa #turkiye
Malaysia For Syria - MFS
Photo
𝟮𝟬 𝗠𝗔𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟯 | 𝗖𝗢𝗥𝗘𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦 𝗠𝗙𝗦 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗬𝗔𝗧𝗜𝗠 𝗗𝗜 𝗚𝗔𝗭𝗜𝗔𝗡𝗧𝗘𝗣, 𝗧𝗨𝗥𝗞𝗜𝗬𝗘.
.
Kami mulakan hari dengan membeli simkad dahulu, sebab sabtu ahad kedai banyak tutup lagi-lagi selepas gempa ni. Dah siap beli simkad baru bernyawa sikit 🫢, kalau tak mengharapkan wifi 🐌 tempat kami menginap lambat sikit nak upload update untuk korang 🥺.
.
Lepas tu kami teruskan perjalanan ke 𝗥𝗔𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗦𝗖𝗛𝗢𝗢𝗟 𝗢𝗥𝗣𝗛𝗔𝗡𝗚𝗘 untuk membuat aktiviti bersama mereka serta memberikan keperluan bantuan kepada rumah anak yatim ini. Antaranya:
🔸Pengenalan sekolah:
▶️ 100 Pelajar (Yatim)
▶️ 10 Pelajar (Fakir)
🔸Aktiviti Psikososial seperti menyanyi & menari.
🔸Agihan 100 pek makanan panas.
.
Alhamdulillah, kanak-kanak di sini sangat gembira dan riang bermain ketika aktiviti di jalankan. Pada waktu tengah hari pula kami bergerak ke sekolah 𝗝𝗔𝗦𝗠𝗜𝗡𝗘 𝗔𝗦𝗛 𝗦𝗛𝗔𝗠:
🔸Agihan makanan panas kepada lebih kurang 100 keluarga & anak yatim.
.
Kami akhiri misi pada hari ini dengan menziarahi 3 buah keluarga Syria di Gaziantep. Bagi merawat dan mengetahui keperluan bantuan yang mereka perlukan.
.
Terus mendoakan mereka di Turkiye-Syria sentiasa sihat. Bersama kita berkongsi rezeki Ramadan ini dengan menginfakkan pelbagai kit Ramadan buat mereka di sana.
.
📝 Coretan dari petugas kemanusiaan MFS: Nurul Jannah
.
===================
Kita bantu yang termampu: https://infaksyria.com/donations/ramadan
.
Atau salurkan terus ke akaun 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐋𝐢𝐟𝐞 𝐋𝐢𝐧𝐞 𝐟𝐨𝐫 𝐒𝐲𝐫𝐢𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝:
🔸MAYBANK : 5648-1051-3971
🔸BANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
𝐑𝐄𝐅: Ramadan
===================
#ramadan #savesyria #malaysia4syria #ramadansyria #bantuangempa #turkiye
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
𝟭 𝗸𝗼𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟯/𝟰 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝘀𝗲𝗯𝘂𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗦𝘆𝗿𝗶𝗮.
.
Kehidupan mereka sudah sedia susah, kini bertambah kritikal selepas gempa yang berlaku dan di susuli pula hujan lebat juga telah membanjirkan khemah-khemah serta kawasan kem yang mereka duduki.
.
Ramadan tahun ini kami (MFS) ingin mengajak anda dermawan budiman untuk bersama menginfakkan kit Kotak Makanan agar mereka mempunyai juadah untuk dibuat sahur dan berbuka.
.
Untuk pengetahuan anda, petugas kami telah berada di Syria & Turkiye bagi Misi Ramadan Al Habeeb X Gempa. Misi ini digerakkan bagi memberi keperluan barangan bantuan untuk menyambut Ramadan, dan salah satu bantuannya adalah Kotak Makanan 📦.
.
📱Ayuh berkongsi rezeki bersama mereka di sana melalui https://infaksyria.com/donations/ramadan
.
Atau salurkan terus ke akaun 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐋𝐢𝐟𝐞 𝐋𝐢𝐧𝐞 𝐟𝐨𝐫 𝐒𝐲𝐫𝐢𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝:
🔸MAYBANK : 5648-1051-3971
🔸BANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
𝐑𝐄𝐅: Ramadan
.
#ramadan #savesyria #malaysia4syria #ramadansyria #bantuangempa #turkiye
Malaysia For Syria - MFS
Photo
𝟮𝟭 𝗠𝗔𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟯 | 𝗖𝗢𝗥𝗘𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦 𝗠𝗙𝗦 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗦𝗬𝗥𝗜𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗟𝗜𝗡𝗬𝗔.
.
Hari pertama masuk ke Syria, seawal 10 pagi dah bergerak keluar dari hotel tapi kena sidai 3-4 jam di sempadan Turkiye. Lepas je dapat masuk Syria, kami terus ke Albab untuk mengisi perut yang kelaparan 🫠. Kena tambah tenaga dulu sebab lepas ni kami akan berikan agihan kotak makanan set iftar dan sahur buat mereka di Syria 🥰.
.
Selesai je makan, kami bergerak ke  perkampungan Syrian Al-Hayah untuk memberi 100 kotak makanan set iftar dan sahur. Untuk makluman semua, perkampungan ini telah dibina dan disiapkan dengan kerjasama gabungan NGO Malaysia tau antaranya MyFundaction, Cinta Syria Malaysia, Haluan, Muslim Volunteer Malaysia, TheFaithmen dan WeCare (Brunei) untuk pelarian Syria yang telah kehilangan tempat tinggal mereka akibat peperangan.
.
Sahabat-sahabat tahu tak yang kami disambut dengan nyanyian yang penuh semangat dan gembira. Terharu kami 🤧, terasa penat yang berhari-hari ini terus hilang apabila melihat senyuman dan layanan yang diberikan oleh mereka.
.
Terima kasih kami ucapkan kepada semua penderma serta yang tidak putus membantu dalam menghulurkan bantuan buat saudara di Syria. Betapa mereka gembira dan bersyukur dengan segala bantuan yang diberikan oleh anda rakyat Malaysia yang budiman. Syukran dari bumi Syria ❤️.
.
📝 Coretan dari petugas kemanusiaan MFS: Nurul Jannah
===============
Infak Ramadan buat saudara di sini ya sahabat. Mereka sangat memerlukan bantuan ketika ini, salurkan di https://infaksyria.com/donations/ramadan
.
Atau salurkan terus ke akaun 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐋𝐢𝐟𝐞 𝐋𝐢𝐧𝐞 𝐟𝐨𝐫 𝐒𝐲𝐫𝐢𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝:
🔸MAYBANK : 5648-1051-3971
🔸BANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
𝐑𝐄𝐅: Ramadan
===============
#ramadan #savesyria #malaysia4syria #ramadansyria #bantuangempa #turkiye
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
📌 Kemaskini Lapangan

𝟭𝟵 𝗠𝗔𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟯 | 𝗔𝗚𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗛𝗔𝗧𝗔𝗬, 𝗧𝗨𝗥𝗞𝗜𝗬𝗘.
.
Kem pertama telah kami edarkan sejumlah 𝟳𝟮 𝗸𝗼𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 bagi 𝟳𝟮 𝗯𝘂𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 dan kem kedua sebanyak 𝟮𝟴 𝗸𝗼𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻.
.
Walau diuji tanpa henti mereka tetap tabah dan kuat. Semoga sumbangan yang anda hulurkan ini membantu sedikit sebanyak meringankan beban yang dialami oleh mereka insyaAllah 🤍.
.
Terima kasih dermawan budiman atas keprihatinan anda.
.
Ayuh berkongsi rezeki bersama mereka di Turkiye-Syria Ramadan ini: https://infaksyria.com/donations/ramadan
.
Atau salurkan terus ke akaun 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐋𝐢𝐟𝐞 𝐋𝐢𝐧𝐞 𝐟𝐨𝐫 𝐒𝐲𝐫𝐢𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝:
🔸MAYBANK : 5648-1051-3971
🔸BANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
𝐑𝐄𝐅: Ramadan
.
#ramadan #savesyria #malaysia4syria #ramadansyria #bantuangempa #türkiye
Malaysia For Syria - MFS
Photo
𝟰 𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟯 | 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗞𝗘 𝗦𝗬𝗥𝗜𝗔 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗞𝗘𝗗𝗨𝗔.
.
Masuk ke Syria buat kali kedua di bulan puasa amatlah mencabar buat tim kami, lagi-lagi dengan beg-beg yang berat penuh dengan barang misi. Berjalan jauh pula untuk memasuki sepadan Turkiye-Syria. Mencabar ya 🤧.
.
Kalau sebelum ni kena sidai 3 jam baru boleh masuk Syria tapi kali ini mungkin kerana berkat bulan puasa kami dapat masuk Syria tak lebih dari 1 jam. Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan 🤲🏻.
.
Masuk sahaja Syria kami terus ke Albab untuk agihan 175  kotak makanan dan 175 set iftar.
.
Selesai sahaja kami pek makanan panas untuk iftar, kami terus ke perkampungan Syrian Al Hayah untuk agihan makanan tersebut. Kami juga berpeluang untuk beriftar dan berterawih bersama-sama mereka.
.
📝 Coretan dari petugas kemanusiaan MFS: Nurul Jannah
.
===============
Sahabat boleh lanjutkan sedekah buat mereka di  Syria melalui https://infaksyria.com/donations/ramadan
.
Atau salurkan terus ke akaun 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐋𝐢𝐟𝐞 𝐋𝐢𝐧𝐞 𝐟𝐨𝐫 𝐒𝐲𝐫𝐢𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝:
🔸MAYBANK : 5648-1051-3971
🔸BANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
𝐑𝐄𝐅: Ramadan
===============
.
#ramadan #savesyria #malaysia4syria #ramadansyria #bantuangempa
Malaysia For Syria - MFS
Photo
𝟱 𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟯 | 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗟𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗧𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗔𝗟 𝗛𝗔𝗬𝗔𝗛
.
Bermalam di perkampungan Syrian Al Hayah adalah pengalaman baru untuk kami. Tiba-tiba kedengaran Azan pada pukul 3 pagi ingatkan dah masuk waktu imsyak rupanya panggilan sahur mereka di sini. Dan bangunlah kami untuk bersahur.
.
Suasana dan cuaca pagi disini sangatlah sejuk. Sempat kami melawat sekolah di kampung ini, kanak-kanak disini sangat semangat belajar. Kami perasan ada kesan retak di dinding akibat gempa tempoh hari. Syukur, tak ada apa-apa yang belaku kepada mereka dan sekolah ini.
.
Hanya sehari sahaja kami dapat bermalam di kampung Syrian Al Hayah. Lepas tu terus ke Albab untuk membeli baju raya baharu untuk rakyat Syria disini. Gembira mereka dapat memilih baju raya, tersipu-sipu melihat mereka keliru nak pilih baju yang mana satu. Terlalu bnyak pilihan 🤭 . Aktiviti kami diakhiri dengan pemberian iftar dan Al-Quran.
.
📝 Coretan dari petugas kemanusiaan MFS: Nurul Jannah
.
===============
Sahabat boleh lanjutkan sedekah buat mereka di Syria melalui https://infaksyria.com/donations/ramadan
.
Atau salurkan terus ke akaun 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐋𝐢𝐟𝐞 𝐋𝐢𝐧𝐞 𝐟𝐨𝐫 𝐒𝐲𝐫𝐢𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝:
🔸MAYBANK : 5648-1051-3971
🔸BANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
𝐑𝐄𝐅: Ramadan
===============
#ramadan #savesyria #malaysia4syria #bantuangempa #turkiye
Malaysia For Syria - MFS
Photo
𝟲 𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟯 | 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗜𝗡𝗔𝗔𝗡 '𝗦𝗔𝗡𝗗𝗪𝗜𝗖𝗛 𝗣𝗔𝗡𝗘𝗟 𝗛𝗢𝗨𝗦𝗘'.
.
Hari ini kami bergerak ke Jindires. Di mana kawasan ini telah dibinakan sebanyak 47 buah rumah panel hasil dari kerjasama tim GPTS untuk mangsa yang telah kehilangan rumah akibat gempa bumi tempoh hari. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam setengah untuk sampai ke tempat tersebut, namun menjadi 3 jam perjalanan oleh kerana kami perlu meredah lebih dari 10 check point untuk masuk ke kawasan Jindires.
.
Kira-kira pukul 1 petang, akhirnya kami sampai juga ke destinasi. Kami sempat untuk melawat dan memberi kunci kepada 10 buah keluarga kerana perlu mengejar masa untuk keluar dari border Syria ke Turkiye pada jam 4 petang.
.
Belari berkejaran kami di border. Alhamdullilah, kami berjaya keluar dari border dengan selamat.
.
📝 Coretan dari petugas kemanusiaan MFS: Nurul Jannah
===============
Anda boleh berkongsi rezeki bersama mereka di Turkiye-Syria melalui www.infaksyria.com/ramadan/
.
Atau salurkan terus ke akaun 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐋𝐢𝐟𝐞 𝐋𝐢𝐧𝐞 𝐟𝐨𝐫 𝐒𝐲𝐫𝐢𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝:
🔸MAYBANK : 5648-1051-3971
🔸BANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
𝐑𝐄𝐅: Ramadan
===============
#ramadan #savesyria #malaysia4syria #bantuangempa #turkiye
Malaysia For Syria - MFS
Photo
𝟳 𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟯 | 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗗𝗜𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗧 𝗜𝗙𝗧𝗔𝗥 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗚𝗘𝗠𝗣𝗔 𝗗𝗜 𝗡𝗜𝗭𝗜𝗣, 𝗧𝗨𝗥𝗞𝗜𝗬𝗘.
.
Petugas sukarelawan sedang membuat penyediaan 400 pek set iftar di Gaziantap, Turkiye buat mangsa gempa di Nizip.
.
Masuk sahaja di hadapan pintu restoran bau ayam bakar yang sedap 😋 terus menusuk hidung, tergugat iman kami ketika itu ya 🤭. Namun, kami teruskan juga aktiviti penyediaan. Tempat yang kami akan berikan agihan iftar ini agak jauh dari tempat kami berada. Jadi kami mempercepatkan proses pembungkusan makanan secepat yang boleh untuk dihantar tempat pada waktunya. Nasib baik sempat..
.
Siap je pek makanan terus kami bergerak ke Nizip yang mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan bagi mengedarkan set iftar. Akhirnya, selepas selesai agihan kami pulang ke tempat penginapan.
.
📝 Coretan dari petugas kemanusiaan MFS: Nurul Jannah
===============
Kongsikan rezeki bersama mereka di Turkiye-Syria untuk 10 malam terakhir ini di www.infaksyria.com/ramadan/
.
Atau salurkan terus ke akaun 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐋𝐢𝐟𝐞 𝐋𝐢𝐧𝐞 𝐟𝐨𝐫 𝐒𝐲𝐫𝐢𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝:
🔸MAYBANK : 5648-1051-3971
🔸BANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
𝐑𝐄𝐅: Ramadan
===============
#ramadan #savesyria #malaysia4syria #bantuangempa #turkiye
Malaysia For Syria - MFS
Photo
𝟴 𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟯 | 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗝𝗔 𝟭,𝟱𝟬𝟬 𝗦𝗟𝗢𝗧 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡  𝗕𝗘𝗥𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗣𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗚𝗘𝗠𝗣𝗔.
.
Sepanjang bulan puasa di Turkiye, Majlis Perbandaran Gaziantep akan buat iftar untuk orang ramai (mangsa gempa). Jadi kami dari pihak Malaysia for Syria (MFS), Global Peace Mission Malaysia (GPM) serta Pertubuhan Imaan Malaysia telah menaja 1,500 slot berbuka puasa bersama mereka.
.
Syukur, Alhamdulillah selesai juga pemberian juadah iftar yang enak buat mereka. Anak-anak kecil seronok dapat makanan apatah lagi yang dewasa. Satu sumber kegembiraan apabila mereka gembira dengan pemberian makanan tersebut.
.
Tanpa sokongan, sumbangan serta bantuan anda dermawan budiman tidak mungkin kami mampu memberikan semua ini buat mereka.
.
Ribuan terima kasih kami ucapkan buat anda insan hebat ❤️.
.
📝 Coretan dari petugas kemanusiaan MFS: Nurul Jannah
===============
Ayuh terus berkongsi rezeki bersama mereka di Turkiye-Syria untuk 10 malam terakhir ini di www.infaksyria.com/ramadan/
.
Atau salurkan terus ke akaun 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐋𝐢𝐟𝐞 𝐋𝐢𝐧𝐞 𝐟𝐨𝐫 𝐒𝐲𝐫𝐢𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝:
🔸MAYBANK : 5648-1051-3971
🔸BANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
𝐑𝐄𝐅: Ramadan
===============
#ramadan #savesyria #malaysia4syria #bantuangempa #türkiye