Process to Success SPM!!
450 subscribers
1.18K photos
136 videos
333 files
364 links
Berjaya itu luas. Capailah ia dengan kelebihan yang ada pada diri dengan doa, usaha, ikhtiyar dan tawakkal. Percaya diri.
Download Telegram
Forwarded from JOMLAH BELAJAR GEOGRAFI (Cikgu Abeja Mohammed Geografi)
Kelantan ialah satu-satunya negeri di mana bahagian hulu terletak di selatan dan hilir di utara. Kebiasaannya, bagi negeri-negeri lain di Malaysia, bahagian hulu terletak di utara dan hilir di selatan.

Hulu di SELATAN: Gua Musang, Kuala Krai, Dabong, Manek Urai dan Lojing.

Hilir di UTARA: Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Bachok, Wakaf Bharu dan Kubang Kerian.

Puncanya? Sungai Kelantan bermula dari Banjaran Titiwangsa di selatan dan mengalir ke Laut China Selatan di Kota Bharu.

Sumber : Neutral.Nova
Forwarded from JOMLAH BELAJAR GEOGRAFI
Geopedia by
Cikgu Abdul Jabbar

1. Apakah itu Silvikultur?

Silvikultur boleh ditakrifkan sebagai sains dan seni bagi pembangunan serta penjagaan sesuatu dirian hutan berdasarkan kepada aplikasi pengetahuan silvik. Ia merupakan teori dan amalan dalam pengawalan penubuhan, komposisi, struktur dan pertumbuhan hutan.

2. Jenis-jenis rawatan silvikultur dalam sistem pengurusan hutan di Semenanjung Malaysia?

- Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F)

- Memotong Akar/Pepanjat (CL)

- Tanaman Mengaya

3. Apakah yang dimaksudkan dengan kepelbagaian biologi?

Kepelbagaian biologi atau "biodiversity" didefinisikan sebagai kepelbagaian antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk di dalam kelompok spesies dan antara spesies dan ekosistemnya. (United Nation Earth Summit, 1992).

4. Pengertian Pemuliharaan Ex-situ

Pemuliharaan ex-situ adalah pengekalan spesies di luar habitat asal mereka dalam kemudahan seperti arboreta, zoo, bank gen benih, bank gen in vitro dan bank gen ladang.

5. Pengertian Pemuliharaan In-situ

Pemuliharaan in-situ adalah pengekalan tumbuh-tumbuhan dan haiwan di habitat asalnya dengan ekologi semulajadi yang dapat mengekalkan populasi biak baka flora dan fauna.

6. Apakah yang dimaksudkan dengan Etnobotani?

Etnobotani bermaksud merekod, menggambarkan dan menjelaskan kaitan rumit antara budaya dan (kegunaan) tumbuhan: menumpukan, terutamanya, bagaimana tumbuhan digunakan, diurus dan dinilai merentasi masyarakat manusia (contohnya: sebagai makanan; sebagai ubat; dalam menujum; dalam kosmetik; dalam mewarna; sebagai pakaian; dalam pembinaan; sebagai peralatan; sebagai wang; dalam sastera; dalam upacara; dan dalam kehidupan masyarakat.

7. Maksud tanaman mengaya

Penanaman dalam sesuatu kawasan dengan spesies asal atau spesies dagang untuk mengayakan semula kawasan tersebut dan tindakan pemulihan ini tidak banyak mengganggu dirian tinggal.

8. Taman Negara

"Taman Negara" ertinya sesuatu Taman Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Taman Negara 1980 bagi tujuan memelihara dan melindungi hidupan liar, hidupan tumbuh-tumbuhan dan benda-benda yang mempunyai kepentingan dari segi kaji bumi, kaji purba, sejarah dan etnologi dan kepentingan lain dari segi sains dan pemandangan, dan melalui pemeliharaan dan penggunaanya untuk memajukan pendidikan, kesihatan, nilai estetik dan rekreasi orang ramai.

9. Hutan Lipur

Hutan lipur ialah sesuatu kawasan yang terletak di dalam hutan simpanan kekal yang diwartakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 Seksyen 10(1)(i) yang digunakan bagi tujuan aktiviti rekreasi seperti beristirehat, bersukan, menjalankan penyelidikan dan pendidikan serta memelihara flora dan fauna.

10. Hutan Rekreasi

Hutan rekreasi ialah mana-mana kawasan yang terletak di luar kawasan hutan simpanan kekal bagi tujuan rekreasi.

Sumber http://jpnk.kelantan.gov.my

Share @ilmugeografi
Forwarded from JOMLAH BELAJAR GEOGRAFI (Cikgu Abeja Mohammed Geografi)
Forwarded from JOMLAH BELAJAR GEOGRAFI (Cikgu Abeja Mohammed Geografi)
boleh hafal jenis saliran, salah satu soalan kbsm yg masih ditanya

cr: google
budak geografi hafal pola saliran mana tahu masuk dekat peta topografi
Forwarded from Lifeeyy's English Elevation (raisya)
πŸŽ“ COUNTDOWN TO SPM 2026 β€” BATCH 09

πŸ“ 26–29 OCTOBER β€” BM SPEAKING TEST
⏳ 22 DAYS LEFT

πŸ“ 02–05 NOVEMBER β€” ENGLISH SPEAKING TEST
⏳ 29 DAYS LEFT

πŸ”¬ 16–18 NOVEMBER β€” SCIENCE PRACTICAL TEST
⏳ 43 DAYS LEFT

✍🏻 23 NOVEMBER – 17 DECEMBER β€” WRITTEN EXAMINATION
⏳ 50 DAYS LEFT

🎧 23 NOVEMBER β€” BM LISTENING TEST
⏳ 50 DAYS LEFT

🎧 24 NOVEMBER β€” ENGLISH LISTENING TEST
⏳ 51 DAYS LEFT

πŸ”₯ 22 DAYS TO GO UNTIL SPM 2026 BEGINS!

β€œDon't be afraid of the time that is getting shorter. Use every day that you still have to work hard. Revise, do exercises, ask the teacher if you don't know
"Sebelum memulakan belajar ingat kata kata Tun Mahathir"