Kunuz al-Fawaid
114 subscribers
149 photos
1 video
2 files
49 links
Laman Rasmi Telegram Kunuz al-Fawaid
Download Telegram
Forwarded from Kunuz al-Fawaid
Forwarded from Kunuz al-Fawaid
โœจ Raya Jangan Serius Sangat, Jangan Bad Mood | #kunuzghibli

๐Ÿ—ฃ๏ธ Imam al-Shafiโ€™i pernah sebut:

ุงู„ูˆู‚ุงุฑู ููŠ ุงู„ู†ู‘ูุฒู’ู‡ุฉู ุณุฎู

โ€œBersikap serius ketika suasana riang itu perbuatan yang jumud!โ€

[ Manaqib al-Shafiโ€™i, al-Bayhaqi, jil. 2, hal. 212 ]

๐Ÿ—ฃ๏ธ Sebahagian ulama sebut:

โ€œBeretika ketika bersosial tu perbuatan yang bermaruah. Adapun jumud tu bila tak riang waktu bergurau!โ€

โ€” Bayangkan situasi ni:

- Bila semua orang tengah gelak ketawa, dia sekadar senyum sikit je

- Bila orang lain bangun nak pergi โ€˜enjoyโ€™, dia bangun macam malas nak bangun. Kalau dia duduk je, tu lagi parah

- Dahulu, ada seorang lelaki ni bawa buku masa keluar nak rileks bersosial, kononnya nak baca sambil rileks. Tapi lepas tu, dia pergi cakap pula: โ€œSatu benda yang tak syok masa keluar ni, semua orang duk ketawa over sangatโ€

Hah, cuba bayangkan! Jumud tak jumud kalau waktu raya, masa orang tengah jumpa kawan-kawan, ziarah saudara-mara, tiba-tiba ada juga yang buat serius dan bad mood. Jumud kan?

๐Ÿ˜ Raya jangan serius sangat, masuk air dan supporting sikit, hehe.

๐Ÿ“ Diterjemahkan asal daripada tulisan Sh. Husam Lutfi di Facebook dengan sedikit olahan.
____

๐Ÿ“ข Jangan lupa untuk like, comment, share dan follow kami di medsos !

๐ŸŒ Ikuti channel Telegram Kunuz al-Fawaid untuk dapatkan faedah-faedah ilmu: t.me/kunuzalfawaid
Forwarded from Kunuz al-Fawaid
Forwarded from Kunuz al-Fawaid
Orang Yang Berpuasa Enam Umpama Kembali Ke Medan Perang ! | #kunuzalfawaid

๐Ÿ“– Nabi ๏ทบ bersabda:

ู…ูŽู†ู’ ุตูŽุงู…ูŽ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽุŒ ุซูู…ู‘ูŽ ุฃูŽุชู’ุจูŽุนูŽู‡ู ุณูุชู‘ู‹ุง ู…ูู†ู’ ุดูŽูˆู‘ูŽุงู„ูุŒ ูƒูŽุงู†ูŽ ูƒูŽุตููŠูŽุงู…ู ุงู„ุฏู‘ูŽู‡ู’ุฑู

โ€œBarang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan, kemudian diikuti dengan enam hari daripada bulan Syawal, ia seperti berpuasa selama setahun.โ€

[ Riwayat Muslim ]

๐Ÿ“ Ibn Rajab al-Hanbali membuat analogi menarik mengenai orang yang berpuasa enam. Ujarnya:

โ€œOrang yang berpuasa selepas Ramadan umpama orang yang kembali selepas melarikan diri iaitu dia seperti orang yang lari daripada berperang di jalan Allah kemudian kembali kepadanya. Ini kerana ramai yang bergembira di penghujung bulan Ramadan kerana terbeban dengan panjang dan penatnya puasa.

Orang yang demikian itu hampir tidak akan kembali berpuasa segera. Adapun orang yang kembali berpuasa setelah berbuka pada hari raya, kembalinya itu menunjukkan keinginannya untuk berpuasa dan dia tidak merasa jemu serta berat dan tidak sesekali membencinya.โ€

[ Lataโ€™if al-Maโ€™arif, hal. 222 ]

โš”๏ธ Tunggu apa lagi? Habiskan raya cepat dan ayuh kembali ke medan perang!

____

๐Ÿ“ข Jangan lupa untuk like, comment, share dan follow kami di medsos !

๐ŸŒ Ikuti channel Telegram Kunuz al-Fawaid untuk dapatkan faedah-faedah ilmu: t.me/kunuzalfawaid
4 Perkara Yang Menghapuskan Dosa | #kunuzalfawaid

โœ๏ธ Dalam al-Wasiyyah al-Sughra, Shaykh al-Islam Ibn Taymiyyah menyebutkan beberapa perkara yang menghapuskan dosa ketika mensyarahkan hadis:

ุงุชู‘ูŽู‚ู ุงู„ู„ู‡ูŽ ุญูŠุซูู…ุง ูƒู†ุชูŽุŒ ูˆุฃุชุจูุนู ุงู„ุณู‘ูŽูŠู‘ูุฆุฉูŽ ุงู„ุญุณูŽู†ุฉูŽ ุชูŽู…ู’ุญูู‡ูŽุง
โ€œBertakwalah kamu kepada Allah di mana pun kamu berada. Ikutila dosa dengan amalan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskannya.โ€

Jom lihat di poster 4 perkara yang menghapuskan dosa !
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
๐Ÿ“Nabi ๏ทบ bersabda:

ู…ุง ู…ู† ุฃูŠู‘ูŽุงู…ู ุฃุนุธู…ู ุนู†ุฏูŽ ุงู„ู„ู‡ู ูˆู„ุง ุฃุญุจู‘ู ุฅู„ูŠู‡ู ุงู„ุนู…ู„ู ููŠู‡ู†ู‘ูŽ ู…ู† ู‡ุฐูู‡ ุงู„ุฃูŠู‘ูŽุงู…ู ุงู„ุนุดุฑู ูุฃูƒุซุฑูˆุง ููŠู‡ู†ู‘ูŽ ู…ู†ูŽ ุงู„ุชู‘ูŽู‡ู„ูŠู„ู ูˆุงู„ุชู‘ูŽุญู…ูŠุฏู ูˆุงู„ุชุณุจูŠุญ ูˆุงู„ุชู‘ูŽูƒุจูŠุฑู

โ€œTiada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan lebih Dia cintai amalan padanya berbanding hari-hari sepuluh ini (10 awal Zulhijjah). Maka perbanyaklah tahlil, tahmid, tasbih dan takbir pada hari-hari tersebut.โ€ (Riwayat Ahmad)

Imam al-Bukhari meriwayatkan:

ูƒุงู† ุงุจู†ู ุนู…ุฑูŽ ูˆุฃุจูˆ ู‡ุฑูŠุฑุฉูŽ ูŠุฎุฑุฌุงู†ู ุฅู„ู‰ ุงู„ุณูˆู‚ู ููŠ ุฃูŠุงู…ู ุงู„ุนุดุฑู ูŠููƒุจุฑุงู†ู ูˆูŠูƒุจุฑู ุงู„ู†ุงุณู ุจุชูƒุจูŠุฑูู‡ู…ุง

โ€œDahulu Ibn โ€˜Umar dan Abu Hurayrah keluar ke pasar pada hari-hari sepuluh (awal Zulhijjah), lalu mereka bertakbir, dan orang ramai turut bertakbir dengan takbir mereka.โ€

#kunuzalfawaid
Forwarded from Kunuz al-Fawaid
Adakah Amalan Pada 10 Zulhijjah Lebih Afdal Daripada Jihad? | #kunuzalfawaid

๐Ÿ•‹ Hadis Ibn โ€˜Abbas
Nabi ๏ทบ bersabda: โ€œTidak ada hari-hari yang amal soleh padanya lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini (iaitu 10 hari pertama Zulhijjah).โ€

Para sahabat bertanya: โ€œWahai Rasulullah, tidak juga (dapat menandingi) jihad di jalan Allah?โ€

Baginda menjawab: โ€œTidak juga jihad di jalan Allah, kecuali seorang lelaki yang keluar berjihad dengan diri dan hartanya, lalu dia tidak kembali dengan apa-apa pun.โ€
[ Riwayat al-Bukhari & Abu Dawud, lafaz hadis ini daripada Abu Dawud ]

โš”๏ธ Hadis Abu Hurayrah
Seorang lelaki bertanya: โ€œWahai Rasulullah, apakah amalan yang paling utama?โ€
Baginda ๏ทบ bersabda: โ€œBeriman kepada Allah dan Rasul-Nya.โ€

Lelaki itu bertanya lagi: โ€œKemudian apa?โ€
Jawab Baginda ๏ทบ: โ€œBerjihad di jalan Allah.โ€

Dia bertanya lagi: โ€œKemudian apa?โ€
Jawab Baginda ๏ทบ: โ€œHaji yang mabrur.โ€
[ Riwayat al-Bukhari & Muslim]

โ“โ”Zahir daripada kedua-dua hadis ini kelihatan seperti bercanggah antara satu sama lain, bagaimana cara untuk memahami dan mengharmonikan kedua-dua hadis ini ?

Lihat kalam Ibn Rajab dalam poster.

____

๐Ÿ“ข Jangan lupa untuk like, comment, share dan follow kami di medsos!

๐ŸŒ Ikuti channel Telegram Kunuz al-Fawaid untuk dapatkan info-info menarik berkenaan ilmu: t.me/kunuzalfawaid
Aidiladha Tunjang Tauhid | #kunuzalfawaid

Aidiladha bukan sekadar perayaan, bukan sekadar ibadah menyembelih haiwan korban. Ia adalah madrasah tauhid tentang bagaimana seorang hamba meletakkan Allah di tempat yang paling tinggi dalam hidupnya. Tatkala Nabi Ibrahim diperintahkan untuk mengorbankan sesuatu yang paling dicintainya, Baginda tidak mendahulukan logik, tidak menuruti emosi, bahkan tidak meletakkan rasa cinta kepada makhluk mengatasi cinta kepada al-Khaliq. Baginda tunduk, patuh, dan menyerah sepenuhnya kepada perintah Allah. Inilah hakikat ubudiyyah yang sebenar, seorang hamba yang rela mengorbankan kehendak dirinya demi keredaan Tuhan.

Aidiladha datang untuk mengingatkan bahawa tauhid bukan sekadar diucapkan pada lisan, tetapi dibuktikan dengan kepatuhan walaupun berat, walaupun sukar, walaupun melibatkan sesuatu yang kita sayangi.

ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ู†ุง ูˆู…ู†ูƒู… ุตุงู„ุญ ุงู„ุฃุนู…ุงู„ุŒ ุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ ุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ ุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ ูˆู„ู„ู‡ ุงู„ุญู…ุฏ
Tempat Tuju Terakhir Ialah Akhirat | #kunuzalfawaid

๐Ÿ“– Hadis daripada Ibn โ€˜Umar:

ุนูŽู†ู ุงุจู’ู†ู ุนูู…ูŽุฑูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูู…ูŽุง ู‚ูŽุงู„ูŽ: ุฃูŽุฎูŽุฐูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ๏ทบ ุจูู…ูŽู†ู’ูƒูุจููŠ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ: ยซูƒูู†ู’ ูููŠ ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง ูƒูŽุฃูŽู†ู‘ูŽูƒูŽ ุบูŽุฑููŠุจูŒ ุฃูŽูˆู’ ุนูŽุงุจูุฑู ุณูŽุจููŠู„ูยป
Ibn โ€˜Umar berkata: Rasulullah ๏ทบ bersabda: "Jadilah engkau di dunia ini seolah-olah orang asing atau seorang musafir yang sedang melalui suatu jalan."

๐Ÿ“– Ibn โ€˜Umar juga pernah berkata:

ุฅูุฐูŽุง ุฃูŽู…ู’ุณูŽูŠู’ุชูŽ ููŽู„ูŽุง ุชูŽู†ู’ุชูŽุธูุฑู ุงู„ุตู‘ูŽุจูŽุงุญูŽุŒ ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุฃูŽุตู’ุจูŽุญู’ุชูŽ ููŽู„ูŽุง ุชูŽู†ู’ุชูŽุธูุฑู ุงู„ู’ู…ูŽุณูŽุงุกูŽุŒ ูˆูŽุฎูุฐู’ ู…ูู†ู’ ุตูุญู‘ูŽุชููƒูŽ ู„ูู…ูŽุฑูŽุถููƒูŽุŒ ูˆูŽู…ูู†ู’ ุญูŽูŠูŽุงุชููƒูŽ ู„ูู…ูŽูˆู’ุชููƒูŽ.
"Apabila engkau berada pada waktu petang, janganlah menunggu pagi. Apabila engkau berada pada waktu pagi, janganlah menunggu petang. Ambillah kesempatan daripada waktu sihatmu sebelum sakitmu, dan daripada hidupmu sebelum matimu."

[ Riwayat al-Bukhari ]

๐Ÿ“Œ Hadis ini mengajar kita supaya tidak menjadikan dunia sebagai tempat menetap selama-lamanya. Tujuan yang paling agung dan besar ialah akhirat sana. Pencapaian dan kejayaan apa pun di dunia ini hanya bersifat sementara.

Usahlah kita terlalu leka dengan nikmat dunia dan kemewahan hidup ini kerana kita hanyalah "musafir" yang akan kembali kepada Allah juga. Rebut peluang ketika masih sihat dan masih hidup untuk melakukan amal soleh dan menuntut ilmu semampu yang mungkin. Biar jasad kita di dunia, namun hati kita tetap di akhirat.