Kun Anta
10.2K subscribers
3.11K photos
78 videos
3 files
252 links
Video, Komik, Poster & Nota Dakwah
Download Telegram
Seorang doktor menyampaikan berita sedih kepada seorang ibu mengandung bahawa degupan jantung bayinya terhenti dan bayi tersebut mesti digugurkan.

Umur bayi tersebut baru sahaja 14 minggu.

Tetapi ibunya enggan menggugurkan bayi kesayangannya itu dan membuat keputusan untuk menjalani pembedahan supaya dapat mengeluarkannya dalam keadaan sempurna.

Tujuannya adalah untuk menyampaikan mesej kepada semua ibu yang ada niat nak gugurkan bayi tanpa sebab pada peringkat awal kehamilan kerana ketika itu bayi sudah pun separa sempurna walaupun saiznya masih kecil!

Hebatnya ciptaan Allah. Besarnya pengorbanan wanita bernama ibu.

#inspirasika
Mari kita tadah tangan memohon doa buat mereka.

Mereka sangat memerlukan doa ikhlas anda..

๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ
Ajarlah dari ia kecil lagi.

InshaAllah, kelak masalah buli dalam kalangan remaja lelaki juga dapat dielakkan.

Kredit : @DrRedzaZainol

Kun Anta
Besarnya pengorbananmu wahai Rasulullah

#kunanta
#postingka
"Kebahagiaan tidak memerlukan wang" ๐Ÿ˜ข

#kunanta
#postingka
Sekolah ini tiada dinding, tiada meja kerusi, dan serba kekurangan kerana tiada kelengkapan yang sepatutnya sebagai sebuah sekolah. Sekolah ini berada di bawah sebuah jambatan yang terletak di New Delhi, India.

Ada satu perkara luar biasa yang admin perasan dan sangat menarik perhatian kita semua iaitu kegigihan seorang guru bernama Rajesh Kumar yang mendidik ratusan anak-anak miskin di sana secara percuma semenjak 9 tahun yang lalu. Betapa mulianya hati beliau kerana beliau memilih untuk memberi manfaat.

Sumber : Social Story

Rasulullah SAW bersabda :

‎ุฎูŠุฑู ุงู„ู†ุงุณู ุฃู†ูุนูู‡ู… ู„ู„ู†ุงุณู

"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain"

Perawi : Jabir Bin Abdullah
Status Hadis : Hadis Hasan

#kunanta
#postingka
Terkejut tengok satu family bertudung labuh masuk ke tempat mesin judi 'Claw' ni.

Saya rasa mereka tak tahu mesin ni adalah mesin judi padahal dah ada fatwa dah daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang mesin ni.

Yang lagi dasyat memang pemilik kedai mesin judi 'Claw' ni target kanak kanak. Memang dia letak mainan kanak-kanak je sebagai umpan.

Tolong pihak berwajib, buatlah sesuatu.

Kredit : Taufiq Razif
Tanamlah cita-cita untuk sampai ke tempat paling agung di dunia.

Sabda Nabi SAW :

ู„ุงูŽ ุชูุดูŽุฏู‘ู ุงู„ุฑู‘ูุญูŽุงู„ู ุฅูู„ู‘ูŽุง ุฅูู„ูŽู‰ ุซูŽู„ุงูŽุซูŽุฉู ู…ูŽุณูŽุงุฌูุฏูŽ: ุงู„ู…ูŽุณู’ุฌูุฏู ุงู„ุญูŽุฑูŽุงู…ูุŒ ูˆูŽู…ูŽุณู’ุฌูุฏู ุงู„ุฑู‘ูŽุณููˆู„ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽุŒ ูˆูŽู…ูŽุณู’ุฌูุฏู ุงู„ุฃูŽู‚ู’ุตูŽู‰

Maksudnya: โ€œJanganlah kamu bersusah payah mengembara melainkan pada tiga buah masjid iaitu masjid al-Haram, masjid Rasulullah SAW dan juga masjid al-Aqsaโ€. [Riwayat al-Bukhari (1189)]
.
.
#kunanta
#postingka
Tahun 2015 dulu, gambar di atas pernah viral.

Ia adalah gambar seorang ayah yang merupakan pelarian Syria sedang menjual pen di jalanan sekitar kota Beirut dalam keadaan beliau mendukung anaknya yang terlelap tidur kerana keletihan.

Ramai sangat yang terkesan sehingga ada seorang rakyat daripada Iceland mengambil inisiatif membuka sumbangan orang ramai sehingga berjaya terkumpul 191 ribu dolar.

Dengan duit tersebut, beliau membuka 1 buah kedai roti dan 2 buah kedai makan dan beliau telah memberi peluang pekerjaan kepada pelarian-pelarian yang lain untuk bekerja di situ sehingga ke hari ini.

Subhanallah.. Kisah yang bercampur sedih dan gembira.

Jadi, usahlah risau tentang rezeki kita. Selagi ada kudrat, berusahalah sehingga Allah tentukan yang terbaik buat kita.

#kunanta
#postingka