Kun Anta
10.1K subscribers
3.2K photos
78 videos
3 files
252 links
Video, Komik, Poster & Nota Dakwah
Download Telegram
ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG

Kisah tentang Haji yang paling luar biasa!

Lelaki ini daripada Ghana.

Dia miskin dan tinggal di luar bandar. Beberapa tahun lepas, sebuah dron milik agensi berita Turki telah jatuh bersebelahan rumahnya.

Apabila wartawan-wartawan Turki itu datang mencarinya, mereka menjumpai lelaki tersebut sedang memegang dron itu dan dia bertanya mereka sambil bergurau :

"Ada tak yang bersaiz lebih besar supaya ia boleh bawa aku pergi ke Haji?"

Mereka kemudiannya menularkan kisah lelaki tersebut dan kerajaan Turki telah membuat keputusan untuk menghantarnya menunaikan Haji, semua perbelanjaan ditaja sepenuhnya.

Lihatlah gambarnya yang sedang berada di Makkah, telah bersedia untuk menunaikan Haji.

Pengajaran : Apabila Allah memanggil kamu untuk datang ke Makkah, Dia akan menggunakan apa dan sesiapa sahaja untuk menjadikan ia sebagai kenyataan.

ALLAH adalah sebaik-baik perancang.
.
.
#kunanta
#postingka
#islam
#makkah
#haji
Rupanya kita tidak sedar bahawa dunia yang kita nampak bernilai ini akhirnya akan membinasakan kita.

Benarlah firman Allah SWT :

‎{وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ}

Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Al-Hadid : 20)
.
.
#kunanta
#postingka
Dahulunya, agak “susah” memahami makna ayat ini.

Namun sejak melihat ramai manusia makan-makan sambil melayani apa yang menghiburkan di telefon pintar mereka, baru aku sedari seakan baru diturunkan ayat ini kepada diriku, peringatan buatku dan keluargaku.

Tafsiran ayat ini ialah Allah memerintahkan kita memandang penuh teliti dan bertafakkur dengan makanan yang direzekikan Allah kepada kita ketika ramai manusia belum tentu memperolehi rezeki berkenaan.

Tadabbur ayat ini barangkali antaranya ialah berhentilah seketika dari terus ghairah dengan hiburan di media sosial sehingga terlupa untuk berfikir mengenai tanda-tanda kebesaran Allah pada makanan tersebut.

Keberagamaan di hadapan makanan bukan hanya pada membaca Basmalah dan doa makan, tetapi merenung bagaimana makanan itu menjadi guru pada mendidik tentang adanya hari Kebangkitan Semula manusia.

Barakallah fikum

Kredit : Syaari Ab Rahman
.
.
#kunanta
#postingka
Rupanya inilah punca hati selalu gelisah 💔

#kunanta
#postingka
Yang sepatutnya menjadi keutamaan kamu ❤️

#kunanta
#postingka
Gambar ilustrasi yang menunjukkan gigi dan otak manusia bersambung dan berkait rapat.

Subhanallah! Hebatnya kuasa Allah.

Firman Allah swt :

‎وَفِي أَنفُسِكُمْ ۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

"dan pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan? (Az-Zariyat : 21)

#kunanta
#postingka
Masih wujud lagikah pemimpin seperti ini?
.
.
#kunanta
#postingka
Usah risau.

Sekecil-kecil makhluk yang Allah cipta ini pun sudah ada rezekinya, lebih-lebih lagi manusia yang merupakan makhluk terbaik yang Allah ciptakan di atas muka bumi ini.

{ وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا }

"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya.." (Hud : Ayat 6)

#kunanta
#postingka
Keajaiban solat!

#kunanta
#postingka
Peringkat tertinggi dalam pencapaian ilmu 🩷

#kunanta
#postingka
Bulan yang bersejarah.

#kunanta
#postingka
2 darjat kesabaran.

#kunanta
#postingka
KHAT JAWI & RINGGIT MALAYSIA

Pencipta tulisan khat Jawi "Bank Negara Malaysia" & "Ringgit Malaysia" pada not wang kertas yang kita selalu gunakan adalah Hj. Sulaiman Awang.

Beliau mula mempelajari seni Khat ketika belajar di Maahad Tahfiz Al-Akhlak Al-Islamiah Masjid Tinggi di Bagan Serai, Perak.

Pada 1962, beliau berhijrah ke Kuala Lumpur & berkhidmat di Utusan Malaysia. Beliau diberi tugas menulis tulisan Jawi untuk tajuk berita di akhbar Utusan Malaysia.

Beliau menerima bayaran 10 ribu Ringgit bagi hasil kerja tulisan khat beliau itu. Bagi beliau peluang menulis khat pada wang kertas Malaysia adalah satu pengalaman yang cukup indah dan sukar dilupakan

Selain itu, beliau turut menerima koleksi istimewa wang bercantum not RM2 dan RM10 daripada BNM sebagai penghargaan. (rujuk gambar)

Tulisan khat yang beliau tulis pada wang kertas Malaysia ialah jenis Thulus dan Nasakh.

Ketika menulis khat, beliau lebih gemar menggunakan pen dakwat yang diperbuat daripada kayu resam beserta dakwat hitam.

Menurut beliau, tulisan khat tidak terlalu sukar namun ia memerlukan ketelitian, kesabaran serta teknik yang betul dalam mempelajarinya.

Sumber: Sinar Harian, Mstar.

KHAIRUL FADHLI SAADON
Penulis
Ramai orang Islam tidak sedar bahawa makan RASUAH juga adalah haram seperti haramnya makan babi bahkan haramnya berkali ganda.

Babi pun tiada hadis laknat ke atas orang yang memakannya tetapi RASUAH, Nabi ﷺ melaknat pemberi dan penerima rasuah :

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- الرَّاشِىَ وَالْمُرْتَشِىَ

Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.”

Riwayat Ahmad (6532, 6778, 6830), Abu Daud (3582) dan al-Tirmizi (1337)

Jauhi makan babi 10 kali, jauhi RASUAH 1000 kali.
Pasti ada hikmah..

#kunanta
#postingka
Percayalah, pasti ada hikmah di sebaliknya.

#kunanta
#postingka
Manusia paling mulia di dunia merindui kita 😢

#kunanta
#postingka
Periksa semula niat kita.

#kunanta
#postingka