Bekas suami pempengaruh ditahan, polis buka 8 kertas siasatan

Johor Bahru: Sebanyak lapan kertas siasatan dibuka terhadap kes penipuan membabitkan pempengaruh media sosial yang menawarkan pakej pelancongan ke Korea menerusi promosi di TikTok.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, semua lapan kertas siasatan itu membabitkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, IPD Kota Tinggi, IPD Seri Alam, IPD Iskandar Puteri, IPD Muar dan IPD Kluang.

"Kertas siasatan terhadap suspek akan dikemukakan ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk nasihat selanjutnya.

"Kes disiasat di bawah kesalahan tipu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, Kumar mengesahkan penahanan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang juga bekas suami kepada pempengaruh media sosial.

Menurutnya, suspek adalah pemilik kepada sebuah akaun syarikat yang digunakan untuk menerima pembayaran daripada mangsa yang terpedaya dengan tawaran untuk melancong ke Korea.

"Tangkapan pertama terhadap suspek dibuat pada 21 April lalu dan kini masih lagi dalam tahanan reman Polis Johor untuk siasatan lanjut.

"Selain Kontinjen Johor, siasatan juga mendapati suspek terbabit dengan modus operandi kes yang sama di lain-lain kontinjen. Siasatan kes masih diteruskan," katanya.

Disiarkan pada: April 27, 2025 @ 8:32pm
Lembut, gebu & tebal karpet ni! 💯 original tatami ye. Byk pilihan warna & saiz pulak tu😍
‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍
Sesuai letak karpet ni kat ruang tamu. Nak baring depan tv pun selesa mcm tidur atas tilam atau toto. Tak sakit badan! Anak2 nak main toys atas katpet ni pun selesa😉
‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍
Sebelum order, confirm saiz kat sini >>
https://s.shopee.com.my/5VIKmpu0Eo
Depan TF bukit indah ada kemalangan dan berhati-hati Jalan lubang
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tong Gas kosong tercampak dari lori Bahaya....Yong Peng pagi ini