Pekebun direman 7 hari tembak mati tiga individu
KOTA TINGGI – Seorang pekebun direman tujuh hari selepas disyaki menembak mati tiga individu dengan menggunakan senapang patah dalam kejadian di sebuah restoran di Taman Kota Jaya di sini semalam.
Tempoh reman bermula hari ini hingga Ahad depan dikeluarkan Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar selepas permohonan dibuat Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Nor Azizi Indzam di Mahkamah Majistret Kota Tinggi, pagi ini.
Permohonan itu bagi membenarkan siasatan lanjut dijalankan terhadap suspek berusia 71 tahun itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tiga individu termasuk seorang wanita warga Vietnam maut selepas ditembak dalam satu kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari semalam.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, motif kejadian masih dalam siasatan bagaimanapun tidak menemukan sebarang kaitan dengan unsur kongsi gelap serta tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada masalah hutang peribadi. – KOSMO! ONLINE

Live location' terhenti, rupanya petanda anak kemalangan
Batu Pahat: Kenapa status penjejak lokasi langsung (live location) anak terhenti secara tiba-tiba selain mesej dihantar tidak dibalas?
Itulah persoalan awal yang bermain di fikiran Norashikin Mohamad, 57, sebelum mendapat khabar duka apabila dua daripada empat anaknya maut dalam kemalangan di Jalan Kluang, Ayer Hitam, petang semalam.
Nahas berlaku pada jam 4.30 petang itu menyebabkan dua anak Norashikin, Fazli Yuzaini Zainal Abidin, 30, dan Irfan Helmi, 20, maut, manakala Azrul Nizam, 29, dan Zul Fahmi, 26, cedera dan kini dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang
Sebelum kejadian, keluarga terbabit dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Mengkibol, Kluang untuk menghantar Irfan Helmi ke Politeknik Sultan Ibrahim di Pasir Gudang.
Irfan Helmi adalah penuntut semester keempat diploma kejuruteraan mekanikal.
Menurut Norashikin, sebelum kejadian, dia menaiki kereta berlainan yang dipandu sepupunya, manakala Fazli Yuzaini dan Irfan Helmi menaiki kereta dipandu Azrul Nizam.
"Kami bertolak terlebih dulu kerana mereka (anak) mahu mengisi petrol. Ketika baru hendak sampai Skudai, kawan Azrul hubungi saya supaya melihat video yang diberikan.
"Saya tanya kenapa, kawannya cakap kereta Azrul kemalangan. Saya terus membuka Facebook tapi tidak dapat melihat dengan jelas kerana gambar dipaparkan hanya kenderaan dalam kesesakan.
"Tanpa membuang masa, kami terus berpatah balik dengan keadaan jalan penuh sesak. Ketika dalam perjalanan itu jugalah saya diberitahu Fazli Yuzaini dan Irfan Helmi sudah tiada," katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), hari ini.
Sebelum itu, Norashikin memberitahu dia turut cuba menghubungi telefon salah seorang anaknya bagi mendapat kepastian, namun panggilan dijawab oleh pasukan perubatan.
"Mereka hanya memberitahu dua anak saya, Azrul Nizam dan Zul Fahmi sedang dirawat di zon kuning. Dua anak saya ini cedera di belakang dan tengkuk akibat hentakan dalam nahas terbabit," katanya.
Sementara itu, bapa saudara arwah, Zulkifli Mohamad, 55, memberitahu dia bergegas pulang dari Pulau Pinang ke Johor sebaik dimaklumkan berita sedih itu.
"Waktu itu kami tak tahu dia meninggal dunia, kira-kira jam 6 petang barulah saya diberitahu keadaan sebenar.
"Kami masih terkejut tapi kena reda walaupun kehilangan itu masih terasa," katanya.
Jenazah dua beradik itu dikebumikan di tanah perkuburan Jalan Padang Tembak, Kluang, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, nahas berlaku ketika hujan lebat yang mengakibatkan kereta dari arah Kluang itu dipercayai hilang kawalan.
"Kereta terbabit memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh kenderaan ulititi sukan (SUV) serta sebuah lagi kereta.
"Dua beradik itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu SUV dan kereta masing-masing berusia 42 dan 35 tahun cedera ringan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Disiarkan pada: April 20, 2026 @ 2:34pm

Serius cantik gila pokok ni 😍
Letak je kat sudut rumah, terus nampak hidup & mahal.
Simple je tapi effect dia padu.
Aku sendiri terus jatuh suka!
Klik sini sebelum habis 👇
https://s.shopee.com.my/1gEopvDzRw

s.shopee.com.my
【Hantar pasu bunga】Nandina Artificial Plants big size 120/160/180cm...
🌟SELAMAT DATANG KE KEDAI🌟 LVLIN- KEDAI RASMI🇲🇾 MALAYSIA
Mengapa membeli daripada kami?
✅Kami adalah Penjual Tempatan Malaysia & Penghantaran Cepat!
✅100% Stok Sedia...

Lelaki Singapura maut terbabas dilanggar kereta, pikap
KULAI – Seorang lelaki warga Singapura maut selepas motosikal ditunggang kemalangan dengan kereta dan pacuan empat roda di kilometer 25.1 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, Bahagian Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menerima maklumat kejadian tersebut pukul 3 pagi.
Kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha, sebuah kereta jenis Proton dan sebuah pikap jenis Ford.
“Siasatan awal pihak polis mendapati kejadian berlaku apabila motosikal ditunggang lelaki Singapura yang berusia 31 tahun itu hilang kawalan lalu terbabas di tengah jalan.
“Kemudian datang kereta tersebut dipandu seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun di lorong kiri tidak sempat mengelak lalu terlanggar motosikal yang berada di laluannya,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, akibat pelanggaran tersebut motosikal tersebut masuk ke lorong kanan lalu dilanggar pikap dipandu seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun.
Katanya, akibat kemalangan tersebut penunggang terbabit mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim 017-7573507.
Tambah beliau, boleh juga hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kulai.- MalaysiaGazette

❤3
Pengutip barang lusuh dipenjara 7 bulan ugut sembelih ibunya
BATU PAHAT – Seorang pengutip barang lusuh dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret Yong Peng di sini hari ini atas kesalahan mengugut mahu menyembelih ibu kandung serta memiliki kabel curi, awal bulan ini.
Johari Ramlan yang berusia 36 tahun dijatuhkan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah sejurus kedua-dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Arun Noval Dass.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menakutkan secara jenayah dengan mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap ibu kandungnya berusia 74 tahun.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Kelichap, Senggarang dekat sini pada pukul 9 pagi, 2 April lalu dan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Bagi pertuduhan kedua, duda kepada dua anak itu didakwa memiliki dawai tembaga yang diperoleh secara curi di sebuah rumah terbiar di Jalan Sungai Suluh Besar, Senggarang, 3.20 petang, 17 April lalu.
Justeru dia didakwa mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang boleh dipenjara setahun atau denda sehingga RM1,000
Menurut fakta kes, semasa berada di rumah, tertuduh mengugut memarahi ibunya kerana tidak berpuas hati warga emas berkenaan tidak membenarkannya menggunakan telefon bimbit.
Insiden terbabit turut disaksikan kakak ipar sebelum ibunya membuat laporan polis atas faktor keselamatan diri dan keluarga.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Firdaus Ruslan manakala tertuduh diwakili peguam, Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Bagi kedua-dua pertuduhan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat dan tiga bulan dengan kesemuanya berjalan serentak berkuat kuasa dari tarikh ditangkap, 16 April lalu.- MalaysiaGazette

Sembilan lelaki Indonesia ditahan terlibat penyeludupan migran
ISKANDAR PUTERI – Polis melumpuhkan sindiket penyeludupan migran selepas menahan sembilan lelaki warga Indonesia dan seorang lelaki tempatan dalam dua serbuan di kawasan Tanjung Kupang, dekat sini, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, menerusi Op Pintas tersebut pihaknya berjaya memutuskan rangkaian aktiviti penyeludupan pendatang asing tanpa asing (PATI) dari negara tersebut.
“Menerusi kes pertama, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah menahan seorang lelaki warga Indonesia dipercayai bertindak sebagai tekong darat di sebuah stor rumah.
“Dalam serbuan kira-kira pukul 5.30 pagi itu, polis turut menahan dua lagi lelaki warga Indonesia berumur antara 32 hingga 47 tahun yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Susulan itu katanya, pada pukul 6.30 pagi, polis menahan seorang lelaki tempatan yang berperanan sebagai penjaga rumah penampungan di lokasi sama.
Katanya, hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau manakala ujian saringan awal air kencing adalah negatif dadah.
Beliau berkata, dalam serbuan tersebut, polis merampas empat telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah kenderaan dan wang tunai berjumlah RM4,140.
Bagi kes kedua, Kumarasan berkata, serbuan dilakukan di sebuah jeti di kawasan berhampiran pada pukul 6.45 pagi hari yang sama.
Pihaknya berjaya menahan dua lelaki warga Indonesia dipercayai tekong laut dan penjaga pantai bersama-sama empat lagi migran lelaki Indonesia berusia antara 36 hingga 66 tahun yang juga tidak mempunyai dokumen sah.
“Antara barang yang dirampas ialah sebuah bot fiber sepanjang 17 kaki, enjin bot 40 kuasa kuda, sebuah motosikal, dua telefon bimbit serta wang tunai RM4,200.
Tambahnya, kesemua migran yang ditahan direman selama 14 hari bermula Ahad lalu hingga 2 Mei ini mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63.
“Eempat lagi suspek yang berperanan sebagai tekong darat, penjaga rumah penampungan, tekong laut dan penjaga pantai ditahan di bawah Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selama 28 hari sehingga 16 Mei ini,” katanya.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.- MalaysiaGazette
Antara barangan yang dirampas dalam Ops Lintas di kawasan Tanjung Kupang, Iskandar Puteri, Sabtu lalu.

❤1