Baru berlaku grab food rider dgn kereta di simpang jalan kempas/ jalan jelatang 4 taman megah ria. Kemungkinan besar tangan rider patah.
Ada kereta 4 x 4 jarang pakai parking tepi jalan menghalang pandangan kereta keluar dari jalan jelatang 4.
Harap pihak berwajib datang sendiri cuba bawak kereta keluar simpang ini.
2 kanak-kanak lelaki 12 tahun maut dalam kemalangan

26 April 2025, 11:07pm

TANGKAK: Dua kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut, selepas motosikal dinaiki mereka merempuh sebuah kereta di Kilometer 38, Jalan Muar-Segamat berhampiran pekan Sagil, di sini, petang tadi.

Kemalangan dipercayai berlaku jam 2.30 petang menyebabkan kedua-dua mangsa parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa yang juga penunggang dan pembonceng motosikal dari arah Tangkak.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal dinaiki mereka tiba-tiba hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

β€œAkibatnya, motosikal itu bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah Segamat. Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan.

Roslan berkata, polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kes kemalangan ini agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Khairul Azmi Ibrahim di talian 011-12445836 bagi membantu siasatan.
Dua nelayan jatuh laut ditemukan lemas

27 April 2025, 5:33pm

BATU PAHAT: Dua nelayan yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu selepas terjatuh ke laut ditemui lemas di Kuala Sungai Suloh di sini, hari ini.

Mayat Mahat Rasiman, 77, ditemukan pada jam 1 tengah hari, manakala Mohamad Nizam Sarman, 51, kira-kira 45 minit kemudian pada kedudukan 0.3 batu nautika barat daya Kuala Sungai.

Kedua-dua mangsa dilaporkan tergelincir daripada bot gentian kaca ketika keluar menangkap ikan.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Mohammad Zaini Zainal, berkata pada hari kejadian, pihaknya menerima laporan daripada seorang anak mangsa memaklumkan bapa mereka tidak pulang sejak keluar ke laut.

Menurutnya, susulan laporan itu, operasi mencari dan menyelamat diaktifkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Batu Pahat pada hari kejadian.

β€œBot Petir 51 digerakkan ke lokasi sejurus laporan diterima sebelum menemui kedua-dua mayat nelayan terbabit.

β€œKedua-dua mayat dibawa ke jeti Zon Maritim Batu Pahat sebelum diserahkan kepada polis untuk bedah siasat dan pengecaman ahli keluarga,” katanya dalam kenyataan.

Maklumat kecemasan boleh disalurkan melalui talian hotline Zon Maritim Batu Pahat di talian 07-4344020 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
*INFO KEMALANGAN (E2 - LEBUHRAYA UTARA SELATAN-LUS)*

6.52pmπŸ”Έ: ⚠ AWAS! Kemalangan di *KM 3.0 arah Selatan dari Kempas ke Pasir Gudang. Lorong kecemasan ditutup. Trafik perlahan.*

Awasi jarak selamat dengan kenderaan di hadapan.
Jambatan Tutup

πŸ‘‡Daripada waris mangsaπŸ‘‡

Aku jarang nak type panjang2, tapi apa yang jadi dekat Papa aku betul2 buat aku rasa macam teruk betul pengurusan kampung dekat Sungai Tiram, Johor ni.

Jambatan yang menghubungkan mainroad dengan kampung tenang ni dah ditutup start dari bulan puasa, berpunca dari hujan lebat, air deras, patah la 2 daripada batang jambatan sungai tu, β€˜rujuk gambar 1’ start dari kejadian tu, dah sebulan lebih 1 apa kerja pon aku tak nampak, kereta memang tak boleh nak cross sebab dorang dah letak batu dekat jambtan tu, aku jarang balik kampung, tapi aku betul2 tak boleh bayang macam mana orang kg tenang boleh hadap kehidupan seharian macam ni, dengan parking susah, jalan jauh.

So nak jadi cerita, 25/4 baru ni dalam pukul 3.30 pagi, adik aku call, kebetulan aku tidur rumah mertua dekat Mount Austin, adik aku nangis2 cakap papa aku sesak nafas, dia inform dia nak pergi klinik 24 jam dekat tiram, sebab klinik tu paling dekat dengan rumah, korang bayang papa aku sesak nafas tahap kritikal, nak kena jalan seberang jambatan??? Aku kepilkan sekali keadaan papa aku time dia lintas jambatan tu.

Alhamdulillah dengan kudrat dia, dia lepas, tapi kalau tak lepas??? Siapa nak jawab???? Sampai klinik lagi 1 hal, barang semua takde, siap doctor boleh tanya kenapa tak bawak pergi hospital?? Sebab kan papa aku dah tahap betul2 tak boleh bernafas, last sekali adik aku terus shoot pergi HSI, aku dapat taw oxygen level papa aku time sampai HSI tinggal 80%, BP dia mencanak sampai 200 lebih!!! Doctor cakap kalau lambat sikit, memang berita sedih yang akan aku dapat.

Aku betul2 buntu, tak tahu nak mintak tolong siapa untuk fix masalah ni. So siapa2 yang terbaca coretan aku ni, tolong la panjang2kan, supaya pihak bertanggungjawab dapat ambil tindakan dengan segera, kesian dekat orang kampung yang kena hadap benda ni hari2.

Sekian.

HRH Crown Prince of Johor
Anwar Ibrahim
Onn Hafiz Ghazi
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - JPS
Jabatan Kerja Raya Johor..
https://www.facebook.com/share/p/1E7dZXqZpx/
Sumner::
Bekas suami pempengaruh ditahan, polis buka 8 kertas siasatan

Johor Bahru: Sebanyak lapan kertas siasatan dibuka terhadap kes penipuan membabitkan pempengaruh media sosial yang menawarkan pakej pelancongan ke Korea menerusi promosi di TikTok.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, semua lapan kertas siasatan itu membabitkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, IPD Kota Tinggi, IPD Seri Alam, IPD Iskandar Puteri, IPD Muar dan IPD Kluang.

"Kertas siasatan terhadap suspek akan dikemukakan ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk nasihat selanjutnya.

"Kes disiasat di bawah kesalahan tipu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, Kumar mengesahkan penahanan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang juga bekas suami kepada pempengaruh media sosial.

Menurutnya, suspek adalah pemilik kepada sebuah akaun syarikat yang digunakan untuk menerima pembayaran daripada mangsa yang terpedaya dengan tawaran untuk melancong ke Korea.

"Tangkapan pertama terhadap suspek dibuat pada 21 April lalu dan kini masih lagi dalam tahanan reman Polis Johor untuk siasatan lanjut.

"Selain Kontinjen Johor, siasatan juga mendapati suspek terbabit dengan modus operandi kes yang sama di lain-lain kontinjen. Siasatan kes masih diteruskan," katanya.

Disiarkan pada: April 27, 2025 @ 8:32pm
Lembut, gebu & tebal karpet ni! πŸ’― original tatami ye. Byk pilihan warna & saiz pulak tu😍
‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍
Sesuai letak karpet ni kat ruang tamu. Nak baring depan tv pun selesa mcm tidur atas tilam atau toto. Tak sakit badan! Anak2 nak main toys atas katpet ni pun selesaπŸ˜‰
‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍
Sebelum order, confirm saiz kat sini >>
https://s.shopee.com.my/5VIKmpu0Eo