This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Johor
0611hrs - keadaan semasa kemalangan di km53.4.

4:13hrs Awas! Kemalangan Km 53.4 arah Utara dari Sedenak ke Simpang Renggam. Lorong kiri, Lorong kanan terhalang. Trafik perlahan. Pandu berhati-hati. Harap maklum. @llmtrafik
Wanita pandu lawan arus ditahan polis

26 April 2025, 1:33pm

SEGAMAT: Polis menahan seorang wanita selepas didapati memandu secara melulu serta melawan arus hingga membahayakan pengguna jalan raya di Jalan Hassan, hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Hampar, di sini.

Suspek berusia 40-an itu ditahan selepas perbuatannya dikesan menerusi video berdurasi 18 saat yang tular di Facebook, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, dalam video berkenaan, suspek memandu Perodua Bezza berwarna biru yang dilihat melakukan aksi berbahaya.

Beliau berkata, susulan itu, polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) menjalankan siasatan sekali gus mengenal pasti suspek.

“Suspek ditahan dan ujian saringan air kencing didapati negatif dan semakan lanjut juga mendapati tiada rekod lampau direkodkan terhadapnya,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pekan sagil hala jementah sblum gunung ledang muor johor darul takzim
Baru berlaku grab food rider dgn kereta di simpang jalan kempas/ jalan jelatang 4 taman megah ria. Kemungkinan besar tangan rider patah.
Ada kereta 4 x 4 jarang pakai parking tepi jalan menghalang pandangan kereta keluar dari jalan jelatang 4.
Harap pihak berwajib datang sendiri cuba bawak kereta keluar simpang ini.
2 kanak-kanak lelaki 12 tahun maut dalam kemalangan

26 April 2025, 11:07pm

TANGKAK: Dua kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut, selepas motosikal dinaiki mereka merempuh sebuah kereta di Kilometer 38, Jalan Muar-Segamat berhampiran pekan Sagil, di sini, petang tadi.

Kemalangan dipercayai berlaku jam 2.30 petang menyebabkan kedua-dua mangsa parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa yang juga penunggang dan pembonceng motosikal dari arah Tangkak.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal dinaiki mereka tiba-tiba hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Akibatnya, motosikal itu bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah Segamat. Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan.

Roslan berkata, polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kes kemalangan ini agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Khairul Azmi Ibrahim di talian 011-12445836 bagi membantu siasatan.
Dua nelayan jatuh laut ditemukan lemas

27 April 2025, 5:33pm

BATU PAHAT: Dua nelayan yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu selepas terjatuh ke laut ditemui lemas di Kuala Sungai Suloh di sini, hari ini.

Mayat Mahat Rasiman, 77, ditemukan pada jam 1 tengah hari, manakala Mohamad Nizam Sarman, 51, kira-kira 45 minit kemudian pada kedudukan 0.3 batu nautika barat daya Kuala Sungai.

Kedua-dua mangsa dilaporkan tergelincir daripada bot gentian kaca ketika keluar menangkap ikan.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Mohammad Zaini Zainal, berkata pada hari kejadian, pihaknya menerima laporan daripada seorang anak mangsa memaklumkan bapa mereka tidak pulang sejak keluar ke laut.

Menurutnya, susulan laporan itu, operasi mencari dan menyelamat diaktifkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Batu Pahat pada hari kejadian.

“Bot Petir 51 digerakkan ke lokasi sejurus laporan diterima sebelum menemui kedua-dua mayat nelayan terbabit.

“Kedua-dua mayat dibawa ke jeti Zon Maritim Batu Pahat sebelum diserahkan kepada polis untuk bedah siasat dan pengecaman ahli keluarga,” katanya dalam kenyataan.

Maklumat kecemasan boleh disalurkan melalui talian hotline Zon Maritim Batu Pahat di talian 07-4344020 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.