KHAS BUAT PEMINAT MASAKAN THAI

Kepada yang berminat dengan masakan² Thai tapi nak masak di rumah. Kami sediakan kepada anda pelbagai jenis pes masakan dan produk² Thai.

Direct klik link shopee kami di bawah 👇🏼

https://s.shopee.com.my/9f7nOwEDBt

Terima kasih sudi support bisnes kecil kami 😍
Assalam..selamat pagi..

Ni je sempat amik gambar..Dari turun fly over h.way p.gudang megah ria ke bandar..lepas shell..hati2...main holl batu tepi lorong kiri dah terbuka..saya dah letak kon sementara..mana ikut lorong kiri tu pastikan hati2...entah jam berapa baru dpt dialihkan..insyaallah..sama2 membantu..

Hati2..
14:15 Kebakaran kilang di taman scientex senai
Tiga lelaki melecur, kilang stor simpanan cat terbakar

24 April 2025, 7:28pm

KULAI: Tiga lelaki melecur apabila sebuah kilang yang dijadikan stor simpanan cat musnah terbakar dalam insiden kebakaran di Taman Desa Idaman, Senai, hari ini.

Dalam kejadian jam 2.13 petang itu, dua lagi premis bersebelahan iaitu bengkel dan bahan pembinaan turut terbakar hingga 50 peratus, selain memusnahkan lima kereta dan sebuah lori di sekitar lokasi kejadian.

Tiga pekerja stor cat membabitkan dua warga tempatan dan seorang warga asing, turut melecur dan telah dikejarkan ke hospital.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Kulai Baru, Muhammad Fauzi Awang berkata, seramai 34 anggota bomba dari BBP Kulai, Skudai, Kempas dan Pontian Baru bersama lapan jentera dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya anggota di lokasi kejadian, sebuah kebakaran besar berlaku terhadap sebuah premis kilang yang dijadikan stor simpanan cat.

“Dua premis bersebelahan kilang berkenaan iaitu sebuah bengkel dan premis bahan pembinaan turut terbakar.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengawal kebakaran tiga premis berkenaan selain lima kereta dan sebuah lori berhampiran lokasi kebakaran, turut hangus terbakar sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Muhammad Fauzi berkata, anggota bomba masih berada di lokasi kebakaran bagi memastikan kebakaran tidak melarat ke premis lain di kawasan berkenaan.

“Setakat ini, kebakaran tiga premis dan kenderaan terbabit berjaya dikawal dan kerja pemeriksaan sedang dilakukan bagi memastikan tiada pelepasan bahan kimia berbahaya berlaku.

“Pemeriksaan awal yang dijalankan mendapati tiada kesan bahan kimia berbahaya dikesan di lokasi kebakaran,” katanya.
Geng samun bersenjata parang, tukul besi tumpas

24 April 2025, 5:49pm

KOTA TINGGI: Sekumpulan penyamun bersenjatakan parang dan tukul besi tumpas apabila mereka ditahan polis dalam serbuan di dua lokasi berasingan di Pasir Gudang dan Johor Bahru, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, penahanan lima individu terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita warga tempatan itu, susulan dua laporan polis berkaitan kejadian samun berkumpulan menggunakan senjata berbahaya.

Katanya, laporan diterima antara jam 10.05 hingga 10.40 pagi semalam di Balai Polis Bayu Damai di sini.

“Mangsa terdiri daripada dua lelaki warga asing berusia lingkungan 30-an di Teluk Ramunia, Pengerang dan seorang wanita tempatan berusia sekitar 50-an di Kampung Gambut Pungai.

“Bertindak atas maklumat yang diperoleh, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi menangkap lima individu berusia antara 20-an hingga 40 an di dua lokasi berasingan di Pasir Gudang dan Johor Bahru jam 7 malam, pada hari yang sama.

“Dalam serbuan itu, polis juga merampas semula barangan yang disamun termasuk rantai tangan emas dan telefon bimbit, serta senjata yang digunakan seperti parang dan pakaian suspek.

“Dua kes samun yang membabitkan kumpulan sama berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang 24 jam,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Yusof berkata, hasil ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Kesemua suspek juga mempunyai pelbagai rekod jenayah dan dadah lampau.

“Mereka kini direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan, Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.