This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Update : 1 lorong sudah dibuka
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
9:38 sebelum tol skudai arah utara
Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru
22 April 2025, 1:00pm
JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu.
Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian.
Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri.
Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam 5 petang, Jumaat lalu daripada seorang wanita yang dikenalinya, meminta supaya dia menemaninya di rumah sewa di Plentong.
Mangsa tiba di rumah tersebut kira-kira jam 9.30 malam.
Tidak lama kemudian, tiga lelaki tidak dikenali datang ke rumah itu, salah seorang daripadanya dipercayai membawa senjata.
Susulan itu, tiga lagi lelaki keluar dari sebuah bilik dan bertindak memukul mangsa secara beramai-ramai, termasuk menggunakan kayu.
Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Plentong, Seri Alam kira-kira jam 11.14 malam, Sabtu lalu.

Satu maut, 2 cedera dalam nahas babitkan 3 lori di KM 32.2 Lebuhraya utara selatan
22 April 2025, 12:02pm
KULAI: Seorang kelindan lori maut manakala dua pemandu cedera dalam kemalangan membabitkan tiga buah lori dan sebuah motosikal di Kilometer 32.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, awal pagi tadi.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, pihaknya menerima panggilan jam 4.55 pagi.
Susulan itu, sebuah jentera bersama 12 anggota dikejarkan ke lokasi diketuai Pegawai Bomba Kanan satu, Asmiza Zaini.
“Sebaik pasukan penyelamat tiba mendapati tiga buah lori dan sebuah motosikal terbabit dalam kemalangan. Kelindan salah sebuah lori disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM akibat cedera parah,” katanya.
Mayat mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Identiti mangsa sedang dikenalpasti.
Manakala pemandu lori yang berumur 29 turut cedera. Turut mengalami kecederaan pemandu sebuah lagi lori.
Kedua-duanya dihantar ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan.
Polis masih menyiasat punca kemalangan.
Kemalangan menyebabkan laluan arah selatan ditutup kepada semua jenis kenderaan kerana lori melintang atas lebuh raya.
Laluan hanya dibuka semula kira-kira jam 9 pagi tadi, selepas kerja-kerja mengalihkan lori selesai.

Kanak-kanak perempuan maut, 2 cedera kereta terbabas sendiri
23 April 2025, 11:23am
JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan maut manakala dua individu cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang terbabas sendiri di Jalan Adda 5, Taman Adda Heights, tengah malam tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II Izwan Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 12.39 tengah malam.
“Sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati tiga mangsa berada dalam kenderaan terbabit.
“Dua mangsa dewasa, iaitu lelaki berusia 24 tahun mengalami kecederaan dan wanita berusia 23 tahun parah, tersepit di bahagian hadapan kereta.
“Seorang kanak-kanak perempuan yang turut berada dalam kenderaan itu tidak tersepit, namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pasukan bomba kemudian menggunakan peralatan khas penyelamatan jalan raya (RTA) bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Kedua-dua mangsa diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut, manakala mayat kanak-kanak terbabit diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.24 pagi.

Lelaki tumbuk dan ugut individu cuba leraikan pergaduhan ditahan
23 April 2025, 7:24pm
KLUANG: Seorang suspek lelaki ditahan selepas bertindak mengugut dan mencederakan seorang lelaki selepas terlibat dalam kemalangan di sebuah stesen minyak di Parkland.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, penahanan terhadap suspek berusia 28 tahun itu dibuat jam 10 pagi semalam.
Difahamkan, insiden yang tular di median sosial itu menyaksikan mangsa telah ditumbuk oleh suspek yang ketika itu cuba meleraikan pergaduhan selepas kemalangan yang membabitkan suspek.
“Siasatan awal mendapati suspek berumur 28 tahun mempunyai empat rekod jenayah narkotik dan saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.
“Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali dan seksyen 50,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Uajrnya lagi, kes disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, tular video seorang lelaki bertindak menumbuk mangsa yang dilaporkan cuba meleraikan pergaduhan antara suspek dengan seorang lagi pemandu selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di sekitar stesen minyak berkenaan.