Warga China maut, seorang lagi melecur dalam kebakaran rumah

17 April 2025, 10:01am

JOHOR BAHRU: Seorang warga China maut, seorang lagi cedera melecur tahap satu, manakala lima lagi dipercayai warga asing terselamat selepas rumah teres satu tingkat yang mereka diami hangus dalam kebakaran di Taman Daya, dekat sini, malam tadi.

Kejadian berlaku jam 10.50 malam tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, pihaknya menerima panggilan jam 10.54 malam.

Dua jentera bersama 19 anggota dari Balai Bomba Tebrau dan Kempas diketuai Pegawai Bomba kanan dua, Shahril Sapar dikejarkan ke lokasi dan mendapati sebuah rumah teres setingkat hangus hampir 80 peratus dalam kebakaran berkenaan.

“Terdapat 7 orang mangsa dan salah seorang mangsa tidak sedarkan diri ditemui di dalam tandas rumah berkenaan. Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM dan seterusnya diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran menggunakan dua aliran 200 kaki satu breaching dua pancutan sumber air pam jentera,” katanya.

Mangsa yang selamat termasuk seorang wanita warga Indonesia, seorang lelaki warga Bangladesh dan dua lelaki yang belum dikenalpasti identiti mereka.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
JOHOR 17/04/2025.

Rakaman kamera papan pemuka kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang 3 Ulu Choh - Gp Prima Gelang Patah sekitar jam 4 petang tadi.
Terkini ! Kemalangan kereta dan lori di hadapan Kampung Parit Stan (Jalan Tampok Darat - Parit Betak) petang ini.
11:00 kebakaran kedai Sara Tomyam Depan sekolah agama kampung melayu majidi Johor...

Bomba ada kat lokasi kebakaran
Pelajar maut, motosikal langgar tiang elektrik di Kota Tinggi

KOTA TINGGI: Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan sebelum melanggar tiang elektrik di Jalan Utama Bandar Mas, berhampiran simpang tiga Stadium Bandar Mas, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, berkata dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Katanya, kemalangan hanya membabitkan mangsa, seorang remaja lelaki tempatan berusia 16 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda EX5.

“Setiba di lokasi kejadian, motosikal yang dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tiang elektrik di bahu jalan.

“Siasatan awal mendapati mangsa tidak memiliki lesen memandu kenderaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
PEMAKLUMAN

Kes-kes kategori Zon Hijau yang disaring di kaunter Jabatan Kecemasan dan Trauma (JKT) HSAJB akan diubah hala (divert) ke fasiliti kesihatan berdekatan yang masih beroperasi pada 21 April 2025 (Isnin) bermula jam 8.00 pagi sehingga 3.00 petang berikutan peningkatan bilangan pesakit di Zon Semi Kritikal dan Kritikal JKT.
Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

#HSAJBDihatiku
2 beradik maut motosikal dirempuh MPV akibat abai lampu isyarat merah

JOHOR BAHRU: Dua beradik maut selepas motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Felda Ulu Tebrau, malam tadi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Nuraisyah Amalin Zaibur, 20, dan dan adiknya, Ammar Saifullah, 15.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, nahas kira-kira jam 9.50 malam itu membabitkan sebuah motosikal Honda yang ditunggang seorang remaja lelaki berusia 15 tahun bersama pembonceng, seorang wanita berusia 20 tahun.

“Siasatan awal mendapati motosikal datang dari arah Jalan Ledang menghala ke Felda Ulu Tebrau sebelum dipercayai membelok ke kanan dan mengabaikan arahan lampu isyarat merah.

“Pada masa sama, sebuah MPV yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 40 tahun datang dari arah bertentangan dan dikatakan sedang bergerak terus kerana lampu isyarat berwarna hijau.

“Pemandu dipercayai tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian kanan motosikal berkenaan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohd Sohaimi berkata, akibat perlanggaran itu, kedua-dua mangsa tercampak ke laluan bertentangan.

Katanya, kedua-dua mangsa parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.