Rangka manusia ditemui, dijangka rungkai misteri kehilangan pelajar sejak sebulan lalu

Oleh Alias Abd Rani

Jun 24, 2024 @ 4:50pm

bhnews@bh.com.my

BATU PAHAT: Misteri kehilangan seorang bakal calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sejak sebulan lalu, dijangka terjawab susulan penemuan rangka manusia di tepi tebing Jalan Yong Peng, berdekatan Kompleks Penghulu Linau, di sini, hari ini.

Rangka itu ditemui pada tengah hari tadi bersama-sama sebuah motosikal hampir sama digunakan Hafiz Fauzan Abd Halid, 17, berdasarkan nombor pendaftaran seperti dihebohkan ahli keluarganya di media sosial selepas kehilangannya.

Motosikal terbabit ditemui tersangkut celah batang pokok bersebelahan kebun durian. Selain itu, turut ditemui jaket dan juga topi keledar.

Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bergegas ke lokasi sejurus menerima maklumat mengenai penemuan rangka terbabit.

Hafiz Fauzan adalah pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama Parit Raja (SMAPR) dilaporkan hilang selepas keluar rumah pada malam 25 Mei lalu, untuk menonton bola sepak bersama rakannya di Parit Ju, Tongkang Pechah.

Bapanya Abd Halid Sugiman, 44, berusaha mencarinya termasuk meninjau di beberapa jalan yang mungkin dilalui sepanjang Jalan Tongkang Pechah ke Parit Raja dan Jalan Sri Bengkal, namun tiada petunjuk diperoleh.

Ini kerana, bapanya khuatir terdapat kemungkinan anak ketiga daripada tujuh beradik terjatuh dalam parit.

Sejak itu, pelbagai usaha dilakukan keluarga Hafiz Fauzan serta bantuan rakan kepada bapanya namun menemui jalan buntu.

Hafiz Fauzan dilaporkan meminta izin bapanya mahu menonton perlawanan akhir bola sepak dengan menunggang sebuah motosikal

"Selepas menjemputnya, kami keluar makan bersama-sama di Yong Peng, jadi kami tiba di rumah sekitar jam 10 malam. Dia pun minta izin keluar nak tonton final bola sepak di rumah rakannya itu," katanya.
Sindiket 'ejen Insurans' bunuh pencarum terbongkar

Johor Bahru : 'Ejen Insurans' akan mencari dan mengenal pasti pencarum yang dianggap hidup sebatang kara bagi membuat caruman tanpa pengetahuan mangsa sebelum membunuh pencarum itu bagi membuat tuntutan insurans nyawa berjumlah RM500,000.

Itu adalah modus operandi baharu dilakukan sekumpulan sindiket menggunakan taktik caruman insurans yang pertama kali dikenal pasti polis beberapa bulan lalu.

Ia berikutan berlakunya satu kejadian bunuh membabitkan lelaki berusia 38 tahun di Jalan Senai-Seelong di sini, pada 4.40 pagi, 6 Mei lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, hasil siasatan lanjut terhadap laporan awal berhubung satu kemalangan maut yang berlaku di lokasi itu membongkar kegiatan sebenar sindiket berkenaan.

"Mangsa yang dilanggar sebuah lori pada hari kejadian sebenarnya terlebih dahulu dihimpit dan dilanggar oleh sekumpulan suspek menggunakan dua kereta dan sebuah motosikal sebelum kemudian dipukul kerana tidak meninggal dunia.

"Kemudian, dalam keadaan tidak bermaya, kebetulan lalu sebuah lori di lokasi kejadian terlanggar mangsa sebelum mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kita percaya, tindakan dilakukan suspek adalah untuk memastikan mangsa meninggal dunia bagi membolehkan tuntutan ke atas caruman diserahkan kepada 'pewaris' yang tidak dikenali mangsa," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Kumar berkata, sindiket terbabit akan memalsukan tanda tangan mangsa ketika urusan permohonan polisi insurans dan suspek akan menunggu sehingga polisi insurans diluluskan.

Katanya, bagi urusan caruman itu, sindiket akan melantik pewaris yang tiada kena mengena atau tidak dikenali mangsa.

"Selepas polisi insurans diluluskan, suspek mula merancang untuk membunuh mangsa dengan cara seolah-olah berlaku kemalangan maut," jelasnya.

Kumar berkata, lapan lelaki tempatan berusia 23 hingga 49 tahun ditahan bagi membantu siasatan kejadian itu dengan empat daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau.

"Polis turut merampas satu dokumen polisi insurans atas nama mangsa dan tiga kenderaan yang digunakan dalam kejadian berkenaan," katanya.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan empat daripada suspek telah dituduh di mahkamah pada 19 Jun lalu, manakala empat lagi diberi bon jaminan.

"Kita sedang giat mengesan beberapa lagi suspek yang masih bebas," katanya.

Disiarkan pada: June 24, 2024 @ 4:55pm
Rangka celah pokok milik Hafiz Fauzan? Tunggu laporan DNA - polis

Alias Abd Rani

am@hmetro.com.my

Batu Pahat: Polis mengesahkan penemuan rangka manusia oleh orang awam di celah pokok dalam kebun durian, Jalan Yong Peng-Muar, bersebelahan Kompleks Penghulu hari ini.

Namun, sama ada rangka terbabit milik Hafiz Fauzan Abd Halid, 17, pelajar yang hilang sejak sebulan lalu akan diketahui paling awal minggu depan selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dijalankan Jabatan Kimia.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Beliau berkata, motosikal ditunggang mangsa dipercayai terbabas ke tepi jalan dan melanggar tiang elektrik berdekatan.

"Mangsa kemudian terhumban dalam semak agak curam di dalam kebun durian terbabit. Ia berdasarkan kesan kerosakan pada motosikal digunakan mangsa yang ditemui di lokasi terbabit.

"Rangka terbabit ditemui bersama pakaian, dokumen dan juga barang peribadi mangsa. Setakat ini, dokumen dan barangan dijumpai di tempat kejadian sudah dicamkan ahli keluarga sebagai milik mangsa yang dilaporkan hilang sejak 26 Mei lalu.

"Pengesahan siasatan berhubung kehilangan mangsa pernah disiarkan melalui siaran media pada 28 Mei. Namun, ia belum disahkan secara siasatan forensik atau saintifik ataupun berdasarkan undang-undang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulanuar Mushaddat berkata, pengesahan itu berdasarkan penemuan beberapa dokumen peribadi mangsa yang kemudiannya turut diakui ahli keluarga pelajar tingkatan lima selepas rangka terbabit ditemui pada 11.15 pagi tadi.

Katanya lagi, polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, pada masa sama, Bahagian Siasatan Jenayah turut sama menjalankan siasatan bagi mengenalpasti sekiranya wujud unsur lain yang menyebabkan kematian mangsa.

"Pengesahan rasmi identiti rangka manusia itu ditemui akan disahkan selepas laporan DNA (ujian asid deoksiribonukleik) diperoleh daripada Jabatan Kimia.

"Polis juga memohon kerjasama orang ramai mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan atau menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-221299 atay IPD Batu Pahat 07-4343999," katanya.

Terdahulu, rangka manusia ditemui bersama sebuah motosikal hampir sama digunakan Hafiz Fauzan berdasarkan nombor pendaftaran seperti mana dihebohkan ahli keluarganya di media sosial selepas kehilangannya.

Turut ditemui jaket dan juga topi keledar dipercayai digunakan mangsa yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama Parit Raja (SMAPR) ketika keluar rumah pada malam 25 Mei lalu, untuk menonton bola sepak bersama rakannya di Parit Ju, Tongkang Pechah.

Disiarkan pada: Jun 25, 2024 @ 12:10am
Tumpahan minyak Singapura: 35 tan sisa berminyak dikumpul

25 Jun 2024, 7:48pm

JOHOR BAHRU: Sebanyak 35 tan sisa berminyak dikumpulkan akibat tumpahan minyak di sempadan Malaysia-Singapura, di sepanjang pesisir pantai Sungai Rengit hingga Teluk Ramunia, Pengerang, dekat Kota Tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Ling Tian Soon, berkata kutipan sisa berminyak itu hasil kerja pembersihan yang dilaksanakan kontraktor di beberapa lokasi dikenal pasti sejak Jumaat lalu hingga semalam.

Beliau berkata, kerja pembersihan dan pemantauan masih diteruskan di lokasi terbabit.

“Berdasarkan data setakat ini, sejumlah 43 jumbo beg sisa sampah berminyak dikumpulkan dan dibawa ke pangkalan kontraktor pembersihan dan tempat penyimpanan sementara di kawasan parkir MPP di Dataran Sungai Rengit.

“Kerja pembersihan juga dijalankan di kawasan baharu dikenal pasti terkesan dengan minyak iaitu di kawasan pantai berhampiran tembok pemecah ombak di Sungai Buntu.

“Kerja terbabit adalah pembersihan sisa berminyak termasuk pembersihan batu kerikil, penyemburan kawasan berbatu, pengumpulan minyak terapung dan lapisan minyak di pantai menggunakan ‘absorbent boom dan pad’.

“Kaedah yang turut digunakan ialah penyingkiran minyak tebal di kawasan berbatu menggunakan ‘absorbent pad dan cotton rag’. Selain pengepungan air berminyak dengan menggunakan ‘absorbent boom’ untuk mengelakkan mengalir ke arah laut,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, hari ini.
Tumpahan minyak Singapura: 35 tan sisa berminyak dikumpul

25 Jun 2024, 7:48pm

JOHOR BAHRU: Sebanyak 35 tan sisa berminyak dikumpulkan akibat tumpahan minyak di sempadan Malaysia-Singapura, di sepanjang pesisir pantai Sungai Rengit hingga Teluk Ramunia, Pengerang, dekat Kota Tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Ling Tian Soon, berkata kutipan sisa berminyak itu hasil kerja pembersihan yang dilaksanakan kontraktor di beberapa lokasi dikenal pasti sejak Jumaat lalu hingga semalam.

Beliau berkata, kerja pembersihan dan pemantauan masih diteruskan di lokasi terbabit.

“Berdasarkan data setakat ini, sejumlah 43 jumbo beg sisa sampah berminyak dikumpulkan dan dibawa ke pangkalan kontraktor pembersihan dan tempat penyimpanan sementara di kawasan parkir MPP di Dataran Sungai Rengit.

“Kerja pembersihan juga dijalankan di kawasan baharu dikenal pasti terkesan dengan minyak iaitu di kawasan pantai berhampiran tembok pemecah ombak di Sungai Buntu.

“Kerja terbabit adalah pembersihan sisa berminyak termasuk pembersihan batu kerikil, penyemburan kawasan berbatu, pengumpulan minyak terapung dan lapisan minyak di pantai menggunakan ‘absorbent boom dan pad’.

“Kaedah yang turut digunakan ialah penyingkiran minyak tebal di kawasan berbatu menggunakan ‘absorbent pad dan cotton rag’. Selain pengepungan air berminyak dengan menggunakan ‘absorbent boom’ untuk mengelakkan mengalir ke arah laut,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, hari ini.
Tragedi bot nelayan hilang: 3 telah ditemui, seorang masih hilang

BATU PAHAT: Seorang lagi mangsa bot nelayan karam di perairan Tanjung Segenting, dekat sini lima hari lalu ditemui lemas, di perairan Muar petang semalam, menjadikan tiga mangsa berjaya ditemui manakala seorang lagi masih hilang.

Pengarah Maritim Zon Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata, mangsa dikenali sebagai Lee Pong Ling, 68, ditemui oleh Feri MV Mulia Kencana 20 ketika dalam perjalanan dari Bengkalis, Indonesia ke Muar, sekitar jam 2 petang semalam.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Jeti Jabatan Laut Muar dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi carilamat seorang lagi nelayan dikenali sebagai Raud Darus@Hamid, 53, akan diteruskan oleh aset Maritim Malaysia yang menjalankan rondaan rutin selepas operasi berkenaan ditamatkan petang semalam selepas tiada petunjuk baru,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum itu, empat nelayan hilang selepas bot yang mereka naiki karam akibat dibadai ombak besar di perairan Tanjung Segenting, pada pagi Jumaat.

Sabtu lalu, mayat tekong, Chiah Kah Chong, 53, ditemui ketika operasi mencari dan menyelamat memasuki hari kedua.

Sehari selepas itu, satu lagi mayat nelayan yang dikenali sebagai Tan Hai Lian, 62, ditemui terdampar di Pantai Koris oleh orang awam yang berada di kawasan berhampiran.

Hanya Tan Siak Bin, 43, terselamat dalam kejadian itu selepas ditemui nelayan lain yang kebetulan melalui lokasi kejadian.

Op carilamat membabitkan enam buah aset di laut dan dua buah aset di udara diaturgerak membabitkan pasukan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan AngkatanPertahanan Awam (APM) dilancar sebaik menerima laporan kehilangan 4 nelayan terbabit.
Imigresen sedang uji penggunaan kod QR di CIQ BSI, KSAB

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang menguji penggunaan aplikasi kod QR dalam usaha menambah baik perkhidmatan operasi pusat pemeriksaan sempadan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata sesi berkenaan dijalankan selama tiga bulan, mulai 1 Jun hingga 31 Ogos depan.

Beliau berkata, ia bertujuan menggalakkan pengguna supaya lebih biasa menggunakan aplikasi berkenaan, selain mengelakkan berlaku kekeliruan.

Sehubungan itu, katanya, pengembara boleh menggunakan mana-mana aplikasi dibangunkan di kedua-dua pintu masuk BSI dan KSAB, Setelah tamat sesi pembuktian konsep (POC) berkenaan.

"Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Imigresen (Imigresen) sudah membuat hebahan secara meluas berhubung aplikasi dibangunkan di CIQ BSI dan CIQ KSAB.

"Inisiatif ini dijangka mampu mengurangkan kesesakan di pintu masuk negara dengan signifikan.

"'Way forward' Imigresen berhubung penggunaan kod QR ini akan diperluas kepada warga asing pemegang Pas Jangka Panjang, mod perjalanan kereta dan penjanaan kod QR berkelompok bagi pengembara berkumpulan," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) mengenai langkah sudah diambil supaya tiada kekeliruan berhubung penggunaan kod QR di Tambak Johor dan Laluan Kedua, Johor bagi mengatasi kesesakan.
3 sahabat maut, seorang parah kereta langgar tiang elektrik

KLUANG: Tiga maut dan seorang parah selepas Proton Wira dinaiki empat sahabat terbabas melanggar tiang elektrik di Jalan Renggam, Simpang Renggam di sini, tengah malam tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Shoromi Salih dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, berkata mereka dikenali sebagai Mohamad Ziyad Azmi, Ahmad Manan Zaini dan Muhamad Adib Ahmad Shahfarin, semuanya berusia 21 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, mangsa yang parah dikenali sebagai Nor Aminul Fitri Nor Azmi juga 21 tahun tahun, dikejarkan ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK)

"Bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada 11.45 malam dan jentera sampai ke lokasi pada 11.47 malam.

"Semua mangsa yang tersepit dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas.

"Pemandunya tidak dapat disahkan kerana keadaan semua mangsa bertindih ketika ditemukan pasukan bomba," katanya.

Katanya, operasi membabitkan 14 anggota ditamatkan pada 1.13 pagi.
Ada orang cakap ni moyang Coway..😭

Beli sini
https://s.shopee.com.my/3AmcWXKXdT