Lelaki warga emas dikhuatiri lemas, terjatuh dalam sungai

SEGAMAT: Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Kampung Balai Badang, Buloh Kasap di sini kira-kira 9 pagi semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat Pegawai Bomba Kanan Zuraimi Harun berkata pihaknya menerima panggilan mengenai seorang lelaki berusia 66 tahun terjatuh di sungai berkenaan pada 4.47 petang semalam.

โ€œSebanyak 14 anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), Emergency Medical Rescue Services (EMRS), Navara, Hilux dan bot digerakkan ke lokasi kejadian.

โ€œSebaik tiba di tempat kejadian, anggota bertugas dimaklumkan warga emas tersebut dikhuatiri terjatuh daripada bot ketika membuat tinjauan bot miliknya di kawasan sungai itu.

โ€œPasukan Keluaran Operasi hingga kini masih lagi membuat peninjauan di sekitar sungai dari lokasi mangsa dipercayai hilang,โ€ katanya dalam kenyataan hari ini.โ€“ BERNAMA
Kejadian Besi Staging / perancah Bangunan runtuh di Jalan Permas 10. Utamakan keselamatan di tempat kerja dan jangan letak kenderaan anda dikawasan pembinaan sedang dijalankan untuk mengelak perkara seperti ini.
Lampu solar LED

Beli disini
https://s.shopee.com.my/7fEAnyfAX6
Pelajar Tingkat 2 mengaku rogol kenalan sekolah

Batu Pahat: Pelajar Tingkatan Dua mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap tuduhan merogol kenalan sekolahnya, dua bulan lalu.

Tertuduh berusia 14 tahun itu membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa melakukan perbuatan terbabit terhadap mangsa berusia 13 tahun di tepi Jalan Benteng dalam daerah ini, pada jam 8 malam, pertengahan Mac lalu.

Oleh itu, dia didakwa melakukan kesalahan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Berdasarkan laporan dibuat bapa mangsa, kejadian itu disedari selepas lelaki terbabit terbaca mesej perbualan mereka berdua di telefon bimbit.

Susulan itu, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Parit Raja pada 3 April lalu dan remaja itu ditahan pada 10 Mei untuk membantu siasatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh diwakili Baharudin Baharim.

Susulan pengakuan bersalah itu, pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan satu tarikh baru bagi membolehkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan laporan akhlak serta hukuman bakal dikenakan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dan menetapkan 10 Julai untuk sebutan semula kes.

Disiarkan pada: Mei 26, 2024 @ 2:13pm
๐ŸŒŸ Jemputan Terbuka! ๐ŸŒŸ

Jom sertai kami di Siri Jelajah Johor Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas Johor Bahru (PLBEGJB, Edisi Segamat ) pada:

๐Ÿ—“ Tarikh: 27 Mei 2024
โฐ Masa: 11.30 pagi hingga 1 tengahari
๐Ÿ“ Lokasi: Level G, Stage Area, Segamat Central Mall, Segamat

Jangan lepaskan peluang ini dan jom ramai-ramai hadir kerana banyak aktiviti menarik disediakan termasuk peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah! ๐Ÿš„โœจ

Jumpa anda disana! ๐Ÿ˜˜

#SiriJelajahJohor
#SafetyFirst
#YTLCares
#BuildingTheRightThing
#ProjekLandasanBerkembarElektrikGemasJohorBahru