PESANAN BOMBA.

Simpan satu semburan racun Baygon jenis ini di rumah. InsyaAllah ia berkesan untuk halau Ular, Malah kadang kadang mampu untuk membunuh ular.

Semalam memang dia sembur dikawasan yang dikatakan tempat persembunyian ular untuk halau ular keluar.

Memang berkesan.. terutama musim hujan sebab sejuk, dia suka masuk celah2 bahagian rumah. Beli je byk2 buat stok kat rumah. Sembur tempat2 tertentu. Langkah berjaga-jaga

Beli sini
https://s.shopee.com.my/4AeFYm9kfg
Gudang hub kurier di Batu Pahat, kilang komponen plastik di Senai diserbu

Johor Bahru: Seramai 122 warga asing bersama dua majikan warga tempatan ditahan Jabatan Imigresen (JIM) dalam operasi di Batu Pahat, semalam.

Ops Mahir pada 11.55 malam itu dilaksanakan berikutan maklumat awam mengenai sebuah gudang hub utama pengumpulan dan pengagihan barang kiriman dan pembungkusan yang menggaji pekerja tanpa pas atau permit yang sah.

Pemangku Pengarah Imigresen Johor Mohd Faizal Shamsudin berkata, dalam operasi itu seramai 148 warga asing dan tempatan diperiksa dengan 122 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan.

"Mereka yang ditahan adalah 49 lelaki warga Pakistan, 41 lelaki warga Myanmar, 25 lelaki warga India, tiga lelaki warga Bangladesh serta masing-masing seorang lelaki warga China, Nepal, Indonesia dan Sudan.

"Semua berusia antara 19 tahun hingga 53 tahun. Kita turut menahan lelaki warga tempatan berusia 29 tahun yang juga pengurus dan wanita tempatan berusia 27 tahun bertugas sebagai pegawai sumber manusia," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, Mohd Faizal berkata, dalam operasi berasingan, seramai 106 warga asing ditahan pihaknya kira-kira 10.35 pagi semalam, selepas satu serbuan dibuat ke atas kilang komponen plastik 23 Mei di Senai.

Beliau berkata, tindakan Ops Bersama (hotspot) itu dibuat selepas menerima maklumat awam mengenai kewujudan warga asing yang bekerja tanpa pas atau lermit yang sah di premis berkenaan.

"Dalam operasi ini, seramai 249 warga asing dan tempatan diperiksa dan 106 warga asing ditahan.

"Mereka yang ditahan adalah 18 lelaki dan 33 wanita warga Myanmar, 15 lelaki warga Pakistan, 13 lelaki warga India, empat lelaki dan 13 wanita warga Indonesia, empat lelaki warga Bangladesh dan enam lelaki warga Nepal yang masing-masing berusia antara 20 tahun hingga 48 tahun," katanya.

Menurut Mohd Faizal, semua warga asing yang ditahan dalam dua operasi berkenaan dipercayai dengan munasabah melakukan kesalahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Seksyen 15(1)(c) akta sama.

"Manakala, kedua-dua warga tempatan ditahan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)," katanya.

Disiarkan pada: Mei 24, 2024 @ 4:34pm
Lelaki warga emas dikhuatiri lemas, terjatuh dalam sungai

SEGAMAT: Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Kampung Balai Badang, Buloh Kasap di sini kira-kira 9 pagi semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat Pegawai Bomba Kanan Zuraimi Harun berkata pihaknya menerima panggilan mengenai seorang lelaki berusia 66 tahun terjatuh di sungai berkenaan pada 4.47 petang semalam.

“Sebanyak 14 anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), Emergency Medical Rescue Services (EMRS), Navara, Hilux dan bot digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, anggota bertugas dimaklumkan warga emas tersebut dikhuatiri terjatuh daripada bot ketika membuat tinjauan bot miliknya di kawasan sungai itu.

“Pasukan Keluaran Operasi hingga kini masih lagi membuat peninjauan di sekitar sungai dari lokasi mangsa dipercayai hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.– BERNAMA
Kejadian Besi Staging / perancah Bangunan runtuh di Jalan Permas 10. Utamakan keselamatan di tempat kerja dan jangan letak kenderaan anda dikawasan pembinaan sedang dijalankan untuk mengelak perkara seperti ini.