KMK STPM 4.00 SEM 3
3.32K subscribers
267 photos
6 videos
158 files
75 links
Semoga semua student kmk sem 3 mendapat result yang cemerlang dalam stpm insha Allah AAMINN 😻
Download Telegram
KMK STPM 4.00 SEM 3
Video
ni adalah karya saya sendiri , hopefully membantu untuk korang teliti bagaimana multimedia dihasilkan ! jgn judge suara hehe πŸ™‚β€β†”οΈ
❀2
5_6312206949807037458.docx
919.5 KB
contoh syair : tema legenda
KMK STPM 4.00 SEM 3
AZIMAT SAHABAT.docx
cerpen : tema persahabatan
saya fokus bahagian A dahulu , bahagian B belum lagi dah ada nota saya akan send
korang nak contoh pantun tak , cuba bgithu tema apa
❀7
sediakan tema drop dekat bawah saya cuba siapkan untuk korg 🫢🏻
Forwarded from afiqmd
senaman :
Teruna Maran dari Seligi,
Datang membawa si tukang pahat,
Amalkan senaman setiap pagi,
Bentuk otot menjadi sihat.

pemeriksaan doktor :
Mempelai asyik duduk di pelamin
Dapat pula suami Maran
pemeriksaan berkala kesihatan terjamin
itulah cara menjaga badan

pemakanan :
Anak dara memakai suasa
cantik berseri di depan cermin
Makanan seimbang diamal sentiasa ,
pasti sihat hidup terjamin .


diet :
Dara Sunti Dari Perlak
pergi ke penang sunting kiambang
makanan minyak perlu dielak
biar badan sentiasa seimbang

stress :
Raja perkasa dari pilah
datang ke Maling berlibur
elak tangguh kerja sekolah ,
biar hidup sentiasa terhibur
❀19
Forwarded from afiqmd
TEMA : PANTUN AGAMA

Amalan alquran :
daun ketumbar dibuat kari ,
dimakan pula waktu sarapan ,
ilmu Alquran terus terpatri ,
biar agama seiring kehidupan .

Jati diri :
Ambil galah petik kiwi ,
haruman wangi menjilat jari ,
cekalkan agama seiring duniawi ,
biar kukuh jati diri

Solat :
Harum mekar kuntum jasmin
dipetik nyonya sebanyak seikat ,
Solat tiang agama mukmin ,
agar hidup sentiasa berkat .

keimanan :
duduk bersimpuh di tepi pasong ,
cantik berseri memakai pending ,
keimanan teguh elak terpesong ,
biar agama menjadi pendinding .

Jauhi perkara dosa :
Dari rekan membeli kasa ,
sambil membawa anak jaguh ,
elak perkara menyumbang dosa ,
agar hidup sentiasa teguh .
❀8
Forwarded from afiqmd
TEMA : JATI DIRI TUN PERAK

Berilmu :
Banyak sungguh si buaya ,
menunggu mangsa penuh dendaman ,
Rancang strategi begitu terdaya ,
biar negara sentiasa aman

Sabar :
Dari kemuning ke selatan ,
dari jauh membeli pelita ,
Sabar akan perihal sultan ;
itulah tun perak laskar pendeta .

Pendirian teguh :
Pergi ke Senibong membawa peta ,
Singgah sebentar ke Pasir Putih ,
Pendirian teguh elak sengketa ;
Itulah dia si anak perpatih .

Cinta akan negara :
Dari perigi api marak ,
Lari bertaburan anak Bernam ,
Negara aman angkara Tun Perak;
Melaka namanya musuh Siam .

Cinta terhadap anak :
anak bangau di tepi paya ,
sambil mematuk pohon kiwi ,
Cintai anak sesungguh daya ;
pertahan hak maruah pertiwi .
❀10
Forwarded from afiqmd
TEMA : PERAYAAN DI MALAYSIA

Deepavali :
Dari Perlis ke Kuantan ,
Membawa bungkusan berisi longan ,
Ziarah sesama warga tempatan ,
nyalakan lilin tanda kemenangan .

Wesak :
Segak bergaya memakai suasa ,
Pergi pula daerah Nuha ,
Perarakan agama hapus dosa ,
itulah wesak kaum pengganut buddha

Raya :
Indah alunan melodi puisi ,
dibawa pula si dara Ayu ,
Baju kurung menjadi tradisi ,
itulah adat hari Raya Melayu .

Perayaan Gawai :
Dari Melaka bawa bingkisan ,
Singgah sebentar di Laban ,
Kain sirat dibuat hiasan ,
Itulah Gawai perayaan Iban


perayaan tahun baru cina :
Tukang kayu membawa pahat ,
Jauh berjalan bagai berkelana ,
pakaian Cheongsam cantik dilihat ,
Biar berseri di perayaan Cina .
❀7
Forwarded from afiqmd
TEMA : PERPADUAN

Kempen :
Teruna maran bawa pedati ,
datang pula berteman pendeta ,
Berkempen demi kesejahteraan komuniti ,
biar aman elak sengketa .

Bantu membantu :
Penuh haiwan di dalam hutan ,
dilihat dari seberang titi ,
Bantu sesama warga tempatan ,
biar tersemat hingga mati .

Pendapat :
Berkeliaran pagi si ayam jantan ,
Pergi pula seberang titi ,
Dengar pendapat sesama watan ,
biar pandangan sentiasa teliti .

Adab :
Hinggap mari si kakak tua ,
terbang tinggi di tepi dahlia ,
Sentasa tunduk hadapan si tua ,
Biar dipanggil anak mulia .

Salam bersalaman :
Lasykar berani dari berzaman ,
Berkeris songket diikat suasa ,
Kekalkan budaya salam bersalaman ,
pasti adab disunting sentiasa .
❀8
KESIHATAN βœ…
PERPADUAN βœ…
PERAYAAN βœ…
JATI DIRI TUN PERAK βœ…
KEAGAMAAN βœ…
❀9
yang lain tu nanti saya karang otak saya dah blank πŸ˜ŒπŸ™ŒπŸ»
❀7
AFIQ :TEMA : PENDIDIKAN
Ilmu disulam integriti :

Dari Pekan bawa bingkisan ,
hendak seberang lalui titi ;
guru dicari penuh wawasan ,
agar menjadi insan berintegriti.

Hendak seberang lalui titi ,
biar sampai ke Pekan Rekan ;
agar menjadi insan berintegriti ,
dapat bantu sesama rakan .
ramzi

-pendidikan(guru)

Si bapa menanam padi,
Berhenti sebentar tebas lalang,
Jasa guru kekal abadi,
Mendidik murid hingga cemerlang.

Berhenti sebentar tebas lalang,
Terjumpa pula tempat redup,
Mendidik murid hingga cemerlang,
Guru gembira sepanjang hidup.
❀1
-pendidikan (cemerlang)

Sekolah tubuh banyak palang,
Budak sekarang berpegang teguh,
Mahu berjaya dengan cemerlang,
Yang dilakukan berusaha sungguh-sungguh,

Budak sekarang berpegang teguh,
Berpegang teguh dengan sopannya,
Yang dilakukan berusaha sungguh-sungguh,
Sesuai dengan matlamat dirinya
❀3
pendidikan (rajin)

Anak dara menuju ke kota,
Rajin belajar hingga ke gading,
Mencari jodoh untuk di cinta,
Hidup berjaya tanpa bertanding.

Rajin belajar hingga ke gading,
Ilmu dituntut tanpa jemu,
Hidup berjaya tanpa bertanding,
Ilmu umpama cahaya lampu.
❀7
-PANTUN BERKAIT