𝗸𝗶𝘁𝗮𝗯 𝗯𝗮𝘀𝗶𝗰 𝗵𝗮𝗱𝗶𝘀®
62 subscribers
31 photos
1 video
1 file
46 links
Misykat il masobih (tangga pembuka ilmu)
Pra amatur
Download Telegram
Matan al-Hadis

Hadis ini diriwayatkan oleh Jabir bin ‘Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

رَجَعْنَا مِنَ الجهادِ الأصغرِ إلى الجهادِ الأكبرِ . قالوا : وما الجِهادُ الأكبرُ ؟ قال : جِهادُ القَلبِ

Maksudnya : “Kami telah pulang daripada jihad yang lebih kecil kepada jihad yang lebih besar. Mereka bertanya : Apakah yang dimaksudkan dengan jihad yang lebih besar itu ? Nabi SAW bersabda : Kesungguhan seseorang hamba melawan hawa nafsunya”.

Hadis ini diriwayatkan dengan makna yang sama oleh al-Baihaqi (373), kitab al-Zuhd, Sunan al-Kabir. 
 

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Hadis ini sering kita dengar di dalam ceramah-ceramah atau sebagainya, namun apakah hukum para ulama’ terhadap hadis ini.

 

Antara pendapat para ulama’ tentang hukum hadis ini :

1) Al-Baihaqi : Sanadnya adalah dha’if. [al-Zuhd al-Kabir, 1:165]

2) Al-‘Iraqi  : Hukum hadis tersebut adalah dha’if. [Takhrij al-Ihya’, 2:6]

3) Ibn al-Rejab : hadis ini sanadnya adalah dha’if. [Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, 1:489]

4) Al-Zaila’iy : hadis ini terlalu gharib (ganjil). [Takhrij al-Kasyaf, 2:396]

5) Ibn Taimiyyah  : Hukum hadis tersebut adalah tiada asal baginya. [Majmu’ al-Fatawa 1:197]

 

Tarjih

Setelah kami meniliti pendapat para ulama’ terhadap hadis ini, maka kami  berpendapat bahawa ia bukanlah hadis berdasar pendapat Ibnu Hajar. Al-‘Ajlouniy telah menukilkan pendapat Ibnu Hajar di dalam karyanya dengan menyatakan bahawa hadis ini masyhur di lidah-lidah manusia dan ia juga merupakan perkataan daripada Ibrahim bin Abi ‘Ublah iaitu seorang tabi’in(عبلة) bukannya daripada Nabi SAW. [Kasyhful al-Khafa’, 1:425]

 

Aplikasi hadis

Tidak dinafikan bahawa melawan dan mengawal hawa nafsu adalah satu perkara yang besar dan sukar dilakukan. Ini kerana, ia memerlukan usaha yang tinggi bagi mengawal hawa nafsu tersebut agar tidak terjerumus ke lembah maksiat.Antara perkara yang boleh dilakukan bagi mengawal hawa nafsu ini adalah dengan sentiasa melakukan perkara-perkara kebaikan dan menguatkan hubungan dengan Allah SWT, seperti yang dinyatakan di dalam al-Qur’an :

Firman Allah SWT:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّـهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ 

Maksudnya : “ Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan), dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah bersama orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya ”.

[al-‘Ankabut : 69]

Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan dalam kalangan hamba-hambnya yang soleh dan sentiasa melaksanakan segala perintah-NYa dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Wallahua'lam. 
Kitab taklim Fadhilat Amal karya Syaikhul Hadits Maulana Zakariya al Kandahlawi rah
adalah merujuk dari 84 kitab ulama sebelumnya yang sudah mahsyur:

1. Kitab Bukhari Sharif - oleh Abu Abdullah Muhammad bin Ismail
2. Fathul Bari - oleh Abu Fadhl Ahmad bin Ali bin Hajar Asqalani
3. Asadul Ghabaah - oleh Allamah Ibnu Asir Jazuri
4. Durr Mantsur - oleh Allamah Jalaluddin Sayuti
5. Khashaish Kubra - oleh Allamah Sayuti
6. Tarikh Khamis - oleh Syeikh Husain Muhammad Ibnu AlHasan
7. Bayanul Qur'an - oleh Maulana Ashraf Ali Tanwi
8. Jamiul Fawaidh - oleh Muhammad bin Muhamm Sulaiman
9. Tarikhul Khulafa - oleh Allamah Jalaluddin Abd Rahman Sayuti
10. Ashur Mashahir Islam - oleh Rafiq Baki Al Azim
11. Mishkat Sharif - oleh Waliyuddin Muhammad bin Abdullah
12. Ihya Ulumuddin - oleh Imam Al Ghazali
13. Sahih Muslim - oleh Abu Al Hasan Muslim bin Al Hajjaj
14. Qiyamul Lail - oleh Muhammad bin Ahmad bin Ali Marwazi
15. Sunan Tirmidzi - oleh Muhammad bin Isa bin Surah AtTirmidzi
16. Shamail Tirmidzi - oleh Muhammad bin Isa bin Surah AtTirmidzi
17. Tazkiratul Hufaz -oleh Shamsuddin Muhammad bin Ahmad Zaibi
18. Bazlul Majhud - oleh Maulana Khalil Ahmad Muhajir Madani
19. Ash Shifa - oleh Qadi Iyadh bin Musa Al Hushaibi
20. Sunan Abu Daud - oleh Abu Daud Sulaiman bin Ash'ats Sajistani
21. Al Muwatta' - oleh Abu Abdullah Maliki bin Anas bin Malik
22. Kitabul Amwal - oleh Imam Abu Abid AlQasim bin Salam
23. Iqamatul Hujjah - oleh Maulana Abdul Hayy Laknawi
24. Baihaqi - oleh Abu Bakar bin Husain bin Ali AlBaihaqi
25. Dirayah - oleh Hafiz Ibnu Hajar Alaihir Rahmah
26. Al Ishabah - oleh Hafiz Ibnu Hajar AlAsqalani AsShafi'
27. Qurratul 'Uyun - oleh Syeikh Abu Laith Samarqandi
28. Tafsir Azizi - oleh Shah Abdul Aziz Dahlawi
29. At Tabaqat - oleh Muhammad bin Sa'id Katibi Al Waqidi
30. Kitabul Ummah Wal Siyasat - oleh Abdullah bin Muslim
31. Talqihu Fuhumul Asir - oleh Jamaluddin, Abd Rahman bin Al Jawazi
32. Musnad Ahmad - oleh Ahmad bin Muhammad bin Hanbal
33. Awajazul Masalik - oleh Maulana Muhammad Zakariyya
34. Sunan Ibnu Majah - oleh Muhammad bin Yazid AlQardini
35. Sunan Darami - oleh Abdullah bin Abd Rahman AdDarami
36. Isti'ab - oleh Hafiz Ibn Abdul Bar Maliki
37. Sunan Tabrani - oleh Abul Qasim Sulaiman bin Ahmad bin Ayyub
38. Sunan Nasai - oleh Ahmad bin Shu'aib bin Ali
39. AtTarghib Wat Tarhib - oleh Abd Azim bin Adb Qawiy AlMunziri
40. Ibn Hibban - oleh Muhammad bin Hibban bin Ahmad
41. Musnad Hakim - oleh Muhammad bin Abdullah bin Muhammad
42. Az Zawajir - oleh Imam Ibn Hajar alMakki Al Haitami
43. Musnad Bazzar - oleh Abu Bakar Ahmad bin Umar Al Bazari
44. Mushannif - oleh Abdullah bin Muhammad Ibnu Abi Shaibah
45. Musnad Abu Ya'la - oleh Ahmad bin Ali bin AL Masna Al Muwashal
46. Sunan Darru Qutni - oleh Abul Hasan bin Ali bin Umar bin Ahmad
47. Sharhus Sunnah - oleh Husain bin Mas'ud Al Farail
48. Hilyatul Aulia - oleh Abu Nu'aim Ahmad bin Abudllah Asfahani
49. Rahmatul Muhtadah - oleh Abul Khairi Nurul Hasan Khanal Husaini
50. Kanzul Ummal - oleh Allamah Ali Burhan Puri
51. Musnad Ibnu Khuzaimah - oleh Muhammad bin Ishaq Ibnu Khuzaimah
52. Musnad Al Firdaus - oleh Abu Mansur Ad Dailami
53. Musnad Abu Awanah - oleh Ya'kub bin Ishaq bin Ibrahim Naisaburi
54. Zadus Sa'id Fi Zikrin Nabiyyil Habib - oleh Hadrat Aqdis Tanwi
55. Al Qaulil Badi' Fis Solati 'Alal Habibi - oleh Shamsuddin Muhammad AsSakhawi
56. Raudhul Faiq - oleh Syeikh Shu'aib Al Harifaishi
57. Nazhatul Basatin - oleh Abdullah bin As'ad Yamani Yafi'i
58. Harzut Thamin Fii Mubashiratin Nabiyyil Amin - oleh Shah Waliyullah Dahlawi
59. Yusuf Zulaikha - oleh Maulana Abd Rahman Jami'
60. Qashidu Qasimi - oleh Maulana Muhammad Qasim Nanatwi
61. Ahkamul Qur'an - oleh Abu Bakar Ahmad bin Ali Razi Al Jashashi
62. Aini Sharah Bukhari - oleh Badruddin Abu Muhammad bin Ahmad Aini
63. Mirqatu Sharah Mishkat - oleh Nuruddin Ali bin Sultan Muhammad Harwi
64. Mazahirul Haq - oleh Nawab Qatbuddin Khan Bahadur
65. Fatwa Alamgiri - oleh Ulama Hindustan, Hadrat Alamgiri
66. Ainul Ma'bud - oleh Abu Abd Rahman Sharif
67. Tanbihul Ghafilin - oleh Shaikh Abu Laith Samarqandi
68. Jamal - ol
eh Syaikh Sulaiman Al Jamal
69. Hisni Hasin - oleh Shamsuddin bin Muhammad Al Jazuri
70. Majmu'uz Zawaid - oleh Hafiz Nuruddin Al Haishami
71. Kaukabud Durri - oleh Syaikh Zadu Majdah
72. Hujjatullah Al Balaghah - oleh Shah Waliyullah
73. Maqasid Hasanah - oleh Shamsuddin Muhammad b. Abd Rahman
74. Jamius Saghir - oleh Abd Rahman Jalaluddin Suyuti
75. Tafsir Kabir - oleh Imaduddin Abul Fadai Ismail bin Umar bin Katsir
76. Tafsir Khazin - oleh Alauddin Ali bin Muhammad bin Ibrahim
77. Ithaf Sadatul Muttaqin - oleh Muhammad bin Muhammad Az Zubaidi
78. Mustadrak Hakim - oleh Muhammad bin Abdullah Naisaburi
79. Irwahi Thalasah - oleh Tartib, Maulana Zahuri Al Hasan
80. Tahzibul Muhtazib - oleh Ahmad bin Ali bin Hajar Asqalani
81. Musamirat - oleh Syaikh Akbar Ibnu Arabi
82. Riyadhur Riyahin - oleh Abdullah bin As'ad Yamani Yafi'
83. Mashirul 'Azam - oleh Jamaluddin Abd Rahman bin Al Jauzi
84. Al Kamil - oleh Izzudin Ali bin Muhammad Ibnu Asir Jazuri
Manhaj Kitab Misykat al-Masabih Karya al-Khatib al-Tibrizi


Biografi Ringkas al-Khatib al-Tibrizi

Nama beliau ialah Waliyuddin Abu Abdillah Muhammad bin Abdullah al-Khatib al-Tibrizi al-Umari. Al-Tibrizi boleh juga dibaca al-Tabrizi (baris atas pada huruf ta'), nisbah kepada Tibriz atau Tabriz, sebuah kota yang terletak di Iran.

Tidak ada banyak maklumat yang diketahui mengenai beliau dan tarikh lahir beliau pun tidak dicatatkan oleh para ulama.

Guru beliau yang diketahui pula hanyalah Imam al-Tibi (m. 743 H) yang mensyarahkan kitab Misykat al-Masabih tersebut. Gurunya pernah memujinya dengan berkata: “Baki para wali, pemimpin orang-orang soleh, kemuliaan para zahid dan abid.”

Selain kitab Misykat al-Masabih, beliau juga mempunyai karangan yang berjudul al-Ikmal Fi Asma’ al-Rijal yang dicetak bersama kitab Misykat al-Masabih, cetakan Karachi, Pakistan.

Tarikh kematian beliau pun tidak diketahui secara tepat. Para ulama mengandaikan beliau meninggal dunia setelah tahun 737 Hijrah, yang merupakan tahun beliau menyiapkan kitab Misykat al-Masabih. Semoga Allah merahmati beliau.


Manhaj Kitab Misykat al-Masabih

1 - Asal kepada kitab Misykat al-Masabih adalah kitab Masabih al-Sunnah yang telah dikarang oleh Imam al-Baghawi (m. 516 H). Dalam kitab Masabih al-Sunnah ini, al-Baghawi telah menghimpunkan hadis-hadis yang dipetik daripada Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan al-Tirmizi dan Sunan al-Nasa’i serta kitab-kitab hadis utama yang lain lalu menyusunnya mengikut susunan bab, bermula dengan kitab Iman dan diakhiri dengan kitab ke-28, iaitu kitab al-Manaqib.

2 - Dalam setiap kitab terkandung beberapa bab-bab kecil. Bagi setiap bab-bab kecil pula, hadisnya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian al-Sihah (hadis sahih) dan bahagian al-Hisan (hadis hasan).

3 - Maksud al-Sihah di sisi beliau ialah hadis-hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim atau salah seorang daripada mereka berdua. Manakala maksud al-Hisan pula ialah hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi dan lain-lain. Ini ialah istilah khas di sisi beliau yang mengundang kritikan ulama selepas beliau kerana dalam kitab sunan berkenaan terdapat juga hadis sahih dan daif.

4 - Beliau tidak menyebutkan sanad-sanad hadis dalam kitab ini kerana tidak mahu memanjangkan kitab. Begitu juga tidak dinyatakan takhrij hadisnya. Jika terdapat kedaifan pada hadisnya maka beliau akan nyatakan sama ada mursal, munqathi’, mungkar dan maudhu’ dan lain-lain. Keseluruhan hadis dalam kitab ini berjumlah 4931 buah hadis berdasarkan cetakan Dar al-Ma’rifah.

5 - Setelah itu datang al-Khatib al-Tibrizi yang berusaha menambah baik kekurangan yang terdapat dalam kitab Masabih al-Sunnah dengan menyusun kitab Misykat al-Masabih. Dalam kitab ini, beliau masih mengekalkan susunan bab seperti kitab asalnya tetapi hadis-hadisnya dibahagikan kepada tiga fasal pada setiap bab:

Fasal pertama: Hadis-hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim atau salah seorang daripada mereka berdua.

Fasal kedua: Hadis-hadis yang diriwayatkan oleh selain al-Bukhari dan Muslim.

Fasal ketiga: Hadis-hadis tambahan yang tidak disebutkan oleh al-Baghawi.

6 - Selain hadis-hadis Kutubus Sittah, beliau juga memasukkan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik, Imam Ahmad, al-Darimi, al-Daraqutni, al-Baihaqi dan Razin al-Saraqusti. Hadis-hadisnya turut dinyatakan takhrijnya, selain disebutkan juga nama sahabat yang meriwayatkan hadis-hadis tersebut, kerana sebahagiannya tidak disebutkan oleh al-Baghawi. Beliau juga telah membetulkan kesilapan al-Baghawi yang meletakkan beberapa buah hadis di kategori al-Sihah sedangkan hadis tersebut tidak diriwayatkan oleh al-Bukhari atau Muslim. Keseluruhan hadis yang terkandung dalam kitab ini berjumlah 6285 buah hadis yang dicetak oleh al-Maktab al-Islami.

https://t.me/kitabasas
Tahun-tahun yang penuh tipu muslihat;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum

(Riwayat Ibn Majah)
Baru-baru ini, di antara tajuk yang dikupas oleh pembentang di dalam seminar ‘Home of Hadith’ adalah berkenaan dengan ilmu usul fiqh di sisi ahli hadis. Kita semua tahu bahawa ulama feqh tidak semestinya merupakan seorang ulama di dalam bidang hadis, dan begitulah juga sebaliknya. Ini sebagaimana yang disebut oleh Imam al A’masy Rahimahullah:

يَا مَعْشَرَ الفُقَهَاء أَنْتُمْ الأَطِبَّاء وَنَحْنُ الصَّيَادِلَة

Maksudnya: Wahai para fuqaha, kalian adalah para doktor dan kami merupakan ahli farmasi. Rujuk Nasihah ahl-Hadis, al-Khatib al-Baghdadi(1/45).

Berdasarkan kata-kata di atas, dapatlah kita tahu bahawa pengkhususan kedua-duanya di antara para fuqaha dan ulama hadis adalah berbeza. Para fuqaha ibarat doktor yang merawat pesakit. Manakala para ulama hadis ibarat pakar farmasi yang menentukan ubat-ubatan yang sesuai untuk diberikan kepada pesakit. Sebagaimana kesan buruk akan menimpa pesakit apabila tersilap menerima ubat, demikian jugalah kesan fatwa yang akan terhasil apabila hadis-hadis yang bermasalah dijadikan sebagai sumber dalam mengeluarkan hukum. Sebahagian orang beranggapan bahawa para ulama hadis tidak memahami bahkan tidak pakar di dalam ilmu usul fiqh. Persoalannya, adakah kenyataan ini tepat atau sebaliknya ? Justeru, di dalam Irsyad Usul al-Fiqh siri ini, kami akan mengulas isu ini dengan lebih lanjut. Ulama Hadis Memiliki Mazhab Tersendiri

Di antara perkara yang tidak dapat dinafikan, di sana terdapat para ulama besar di dalam bidang hadis yang memiliki mazhab feqh yang tersendiri. Mazhab-mazhab mereka, ada yang masih kekal sehingga kini dan ada juga yang tidak kekal dan tidak dikembangkan oleh para pengikutnya. Namun pendapat-pendapat mazhab tersebut tidaklah hilang, akan tetapi ia tetap disebutkan di dalam kitab-kitab feqh yang muktabar.

Di antara contoh ulama hadis yang memiliki mazhab tersendiri adalah:

1- Imam Malik Bin Anas (W. 179 H)

Imam Malik bin Anas rahimahullah terkenal sebagai ulama yang mempelopori madrasah ahli hadis. Sebagaimana yang kita tahu, aliran ini sangat berpegang kuat dengan hadis-hadis dan athar dari Nabi S.A.W dalam mengeluarkan sesuatu pendapat dan juga hukum. Mereka tidak mendahulukan qiyas atau pendapat rasional ke atas hadis-hadis. Walaupun begitu, itu bukanlah bermakna Imam Malik tidak menguasai dan pakar berkenaan ilmu feqh. Bahkan beliau merupakan seorang mujtahid mutlak dan pemilik mazhab feqh yang masyhur.

Dr. Abdul Karim Zaidan rahimahullah mendefinisikan mujtahid sebagai: “Seseorang yang memiliki kemampuan untuk berijtihad. Iaitu kemampuan untuk mengistinbat hukum-hakam syarak yang bersifat amali daripada dalil-dalilnya yang tafsili”. Lihat al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, Dr. Abd al-Karim Zaidan. Hlm. 402.

Berdasarkan definisi di atas, dapatlah kita fahami bahawa Imam Malik juga merupakan seorang ulama feqh yang menguasai ilmu usul feqh dengan baik sekalipun beliau terkenal sebagai tokoh aliran ahli hadis.

2- Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari (W. 256 H)

Beliau rahimahullah merupakan seorang ulama hadis yang sangat masyhur. Kitabnya yang agung iaitu Sahih al-Bukhari dianggap sebagai kitab paling sahih selepas al-Quran. Walaupun begitu, beliau juga turut menguasai ilmu feqh dan juga usul al-fiqh dengan baik. Maka tidak hairanlah terdapat beberapa ulama yang mengatakan bahawa Imam al-Bukhari adalah seorang mujtahid.

Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (W. 728 H) rahimahullah: “Adapun al-Bukhari dan Abu Daud maka kedua-duanya merupakan imam di dalam feqh dan juga tergolong dari kalangan ahli ijtihad (mujtahid)”. Rujuk Majmuk al-Fatawa (20/40).

Kata al-Syeikh al-Allamah Anuar al-Kashmiri (W. 1352 H) rahimahullah: “Dan ketahuilah bahawasanya al-Bukhari merupakan seorang mujtahid yang tidak ada keraguan padanya. Adapun yang mengatakan beliau bermazhab al-Syafie adalah kerana beliau mempersetujuinya pada permasalahan-permasalahan yang masyhur sahaja”. Lihat Faydh al-Bari ‘Ala Sahih al-Bukhari (1/58).

Kata Muhammad bin Basyar: “Telah masuk ke tempat kita hari ini ketua bagi segala fuqaha’ (merujuk kepada al-Bukhari)”. Lihat Tarikh Baghdad, al-Khatib al-Baghdadi (2/6).
Kata Ahmad bin Abi Bakr al-Madini: “Muhammad bin Ismail (al-Bukhari) lebih faqih dan lebih ‘alim di sisi kami daripada Ibn Hanbal (Imam Ahmad)”.

Kata beliau lagi: “Sekiranya kau berjumpa dengan Malik dan kau melihat wajahnya serta wajah Muhammad bin Ismail (al-Bukhari) nescaya kau akan berkata: Kedua-duanya setaraf dalam ilmu feqh dan ilmu hadis”. Lihat Tarikh Baghdad, al-Khatib al-Baghdadi (2/19).

Justeru, sebagaimana yang kita ketahui bahawa seorang mujtahid itu tidaklah mendapat gelaran tersebut melainkan dia menguasai al-Kitab, al-Sunnah, al-Ijmak, dan seumpamanya dengan mendalam. Yang mana kesemuanya ini adalah termasuk di dalam perbahasan usul feqh.

Ulama Hadis Mengistinbat Faedah Feqh Daripada Hadis

Sebahagian ulama hadis mempunyai kepakaran yang sangat tinggi dalam mengeluarkan hukum dan faedah yang terdapat di dalam hadis-hadis. Di antaranya ialah al-Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah (W. 852 H). Beliau sangat terkenal dengan kitabnya Fath al-Bari yang merupakan syarah bagi Sahih al-Bukhari. Bahkan sebahagian ulama menyebut bahawa tidak ada hijrah lagi selepas al-Fath (merujuk kepada Fath al-Bari). Di antara tanda yang menunjukkan kepada keilmuan Ibn Hajar di dalam ilmu usul al-fiqh dan juga feqh ialah ketika beliau mengeluarkan berpuluh faedah feqh daripada sebuah hadis iaitu sabda Rasulullah S.A.W:

يَا أَبَا عُمَيْرٍ مَا فَعَلَ النُّغَيْرُ ‏

Maksudnya: Wahai Abu Umair, apakah yang telah dilakukan oleh al-Nughair (seekor anak burung yang kecil).

Sahih al-Bukhari (6129)

Berdasarkan hadis di atas, para ulama telah mengeluarkan beberapa faedah dari hadis ini. Ia terdiri dari faedah feqh, akhlak, dan seumpamanya. Di antara yang terawal mengeluarkan faedah daripada hadis ini ialah Imam Ibn al-Qaas al-Syafie (W. 335 H) yang merupakan seorang faqih dari kalangan pengikut mazhab al-Syafie. Al-Hafiz Ibn Hajar menyebutkan bahawa di antara sebab yang membawa Ibn al-Qaas mengeluarkan faedah-faedah yang banyak daripada hadis ini adalah kerana terdapatnya sebahagian golongan yang mencela ahli hadis dengan mengatakan mereka meriwayatkan sesuatu yang tidak ada faedah padanya. Lihat Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, Ibn Hajar. (10/584).

Walaupun Imam Ibn al-Qaas tergolong dari kalangan fuqaha, akan tetapi turut terdapat para ulama hadis yang telah memberikan isyarat berkenaan feqh al-hadis yang terdapat daripada hadis ini. Di antara mereka ialah Imam Abu Hatim al-Razi, Imam al-Tirmizi, dan juga Imam al-Khattabi. Rujuk Fath al-Bari, Ibn Hajar (10/585).

Selain dari itu, Imam Ibn Batthal (W. 449 H) yang merupakan seorang ulama besar di dalam ilmu hadis dan telah mensyarahkan Sahih al-Bukhari juga turut mengeluarkan beberapa faedah lain dari hadis tersebut sebagai tambahan dari apa yang telah disebutkan oleh Ibn al-Qaas. Di antaranya ialah:

1- Keharusan sajak (rima akhir yang sama) di dalam ucapan selama mana tidak terdapat unsur takalluf (memberat-beratkan).

2- Sajak tidak terhalang untuk berlaku daripada baginda Nabi S.A.W · Bolehnya meriwayatkan hadis dengan makna. Ini kerana kisah ini sebuah kisah yang sama akan tetapi ia datang dengan lafaz yang pelbagai.

3- Memegang kepala anak kecil untuk berlemah lembut dengannya. Demikianlah beberapa faedah ataupun feqh al-hadis yang disebutkan oleh para ulama hadis berdasarkan hadis tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka juga turut mempunyai pengetahuan di dalam ilmu usul feqh sehingga boleh mengistinbat hukum-hakam daripada hadis-hadis.

Ulama Hadis Menjadi Mufti Dan Qadhi

Di dalam sejarah, di sana terdapat ulama-ulama hadis yang telah di angkat ke jawatan Mufti dan juga Qadhi. Sebagaimana yang kita tahu, kedua-dua jawatan ini memerlukan seorang itu memiliki kepakaran dalam berijtihad, penguasaan ilmu usul feqh dan feqh yang baik, serta mengenali dalil-dalil yang bersifat ijmali. Kata Imam Ibn Hamdan al-Harrani Rahimahullah:

Adapun seorang yang faqih secara hakikatnya adalah mereka yang mempunyai kelayakan yang penuh yang membolehkan dia mengetahui hukum dengannya ketika dia memerlukannya dengan jumlah yang banyak. Yang dia ketahui dari permasalaha
n-permasalahan utama dari hukum-hakam syarak yang bersifat cabang serta praktikal berdasarkan ijtihad dan penelitian, dan hadirnya ia (hukum hakam) di sisinya.

Maka setiap faqih pada hakikatnya adalah seorang mujtahid yang memberikan hukum. Kerana ijtihad adalah memerah keringat dan kemampuan dalam mencari hukum syarak berdasarkan dalilnya. Maka setiap mujtahid adalah pakar usul. Oleh yang demikian, ilmu usul feqh merupakan kefardhuan ke atas para fuqaha. Lihat Sifat al-Fatwa wal-Mufti, Ibn Hamdan al-Harrani.

Di antara mereka ialah:

1- Imam Abu Zur’ah al-Dimasyqi (W. 302 H)

Beliau adalah al-Imam al-Kabir al-Qadhi Abu Zur’ah Muhammad bin Uthman bin Ibrahim. Beliau diamanahkan untuk memegang jawatan Qadhi di Diyar al-Misriyyah pada tahun 284 H. Beliau merupakan seorang ulama bermazhab Syafie. Selain itu beliau juga turut memegang jawatan sebagai qadhi di Dimasyq.

2- Imam Ibn Hibban. (W. 354 H)

Beliau merupakan al-Imam al-Allamah Syeikh Khurasan Abu Hatim Muhammad bin Hibban iaitu pemilik kitab Sahih Ibn Hibban yang masyhur. Dalam masa yang sama beliau juga merupakan seorang yang pakar di dalam ilmu feqh dan juga bahasa arab. Kata Imam al-Hakim: “Adalah Ibn Hibban merupakan seorang yang sangat alim di dalam ilmu feqh, bahasa arab, hadis, memberi peringatan, dan beliau dari kalangan lelaki yang paling berakal”. Lihat Siyar A’lam al-Nubala, al-Zahabi (16/94).

Beliau juga merupakan seorang qadhi (hakim) yang bertugas di wilayah Samarqand. Kata Abu Sa’ad al-Idrisi: “Beliau menjalankan qadha’ di Samarqand dalam beberapa tempoh dan beliau dari kalangan golongan yang faqih dalam agama”. Rujuk Siyar A’lam al-Nubala, al-Zahabi (16/94).

Ini jelas menunjukkan bahawa sekalipun beliau merupakan seorang tokoh besar di dalam ilmu hadis dan banyak menulis kitab berkenaan ilmu hadis, pun begitu beliau tetap mempunyai kemahiran yang luas di dalam feqh dan juga usul al-fiqh.

3- Imam Ibn Hajar al-Asqalani (W. 852 H)

Pada tahun 811 H, Imam Ibn Hajar al-Asqalani dilantik untuk menjadi mufti di Dar al-Adl sehinggalah beliau wafat. Di dalam sehari beliau mengeluarkan fatwa sebanyak 30 fatwa. Bahkan beliau juga turut mengeluarkan fatwa dan menjawab permasalahan sekalipun ketika beliau sedang mengembara. Ini menunjukkan kemampuan dan kemahiran beliau dalam berfatwa. Rujuk al-Jawahir wal-Durar, al-Sakhawi (2/600).

Akhir kalam, kami nyatakan bahawa memang di sana terdapat perbezaan di antara ulama feqh dan juga ulama hadis. Ini disebabkan berbezanya lapangan kajian yang dilakukan di antara kedua-dua golongan. Walaupun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa para ulama hadis juga ramai yang menguasai ilmu usul feqh dengan baik dan menggunakannya di dalam kitab-kitab mereka. Ini boleh kita dapati apabila kita membaca kitab-kitab yang membicarakan tentang hadis-hadis hukum seperti Nailul Author karya Imam al-Syaukani dan juga Subul al-Salam karya Imam al-Son’ani. Kami berharap agar penjelasan yang sedikit ini akan memberikan kefahaman kepada para pembaca.

Ameen.

@kitabasas
Mutiara Hikmah:

Maukah aku beritahukan kepadamu perkara yang lebih utama daripada puasa, shalat dan sedekah? Para sahabat menjawab, “Tentu wahai Rasulullah.” Beliau bersabda, “Yaitu mendamaikan perselisihan diantara kamu, karena rusaknya perdamaian diantara kamu adalah pencukur (perusak agama)”.

(HR. Abu Dawud dan Tirmidzi)

@kitabasas
Fahami maksud sebenar hadis

Dr Muhamad Hapizi Sulaiman


Dengan memahami maksud sebenar hadis akan meningkatkan kefahaman dan mengelakkan kekeliruan dalamkefahaman syariat Islam.

Hadis menjadi sumber penting dalam Islam berdasarkan peranan dan pengaruh besar selepas al-Quran sejak zaman Rasulullah SAW. Ia juga interpretasi Nabi SAW kepada umatnya sebagai panduan dalam memahami hukum syarak. Kesilapan dalam memahami nas ataupun teks hadis akan mengundang kekeliruan dalam kefahaman syariat Islam.

Ulama banyak mencurahkan usaha dalam menggariskan kaedah dan prinsip untuk memahami hadis hingga muncul pelbagai metodologi serta kaedah antaranya ialah pendekatan kontekstual.

Sheikh Dr Yusuf al-Qardhawi yang menulis buku Berinteraksi Dengan Hadis, menetapkan beberapa kaedah dan prinsip bersesuaian dengan situasi semasa dalam memahami hadis.

Imam Shafie melalui karyanya Ikhtilaf al-Hadis menggariskan beberapa kaedah memahami hadis kontekstual melalui pendekatan bahasa dan sebab adanya hadis (asbab al-wurud). Muhammad Ibnu Qutaibah al-Dinawari yang juga ulama hadis, sasterawan dan pakar bahasa melalui Ta'wil Mukhtalaf al-Hadis turut menggunakan kaedah pemahaman hadis secara kontekstual dengan pendekatan bahasa, sejarah dan rasional.

Pemahaman kontekstual hadis adalah dengan cara memerhati dan mengkaji perkara berkaitan peristiwa atau situasi munculnya hadis terbabit dan memahaminya bertepatan dengan apa dimaksudkan Rasulullah SAW, di samping menjaga kaedah bahasa Arab seperti itu diletakkan ulama usul.

Memahami hadis dengan pendekatan tekstual semata-mata akan melahirkan makna sempit, bahkan tidak relevan dengan tempat dan masa tertentu.

Kontekstual hadis ialah sesuatu huraian atau kalimah dapat menyokong dan menjelaskan maksud serta situasi semasa berhubung sesuatu kejadian. Dalam bahasa Arab, ia digunakan dengan istilah 'alaqoh, qarinah, siyaq al-kalam, dan qarain al-ahwal.

Ulama usul menjelaskan adalah untuk membezakan antara wahyu dengan akal, teks dengan konteks, mantuq (lafaz selaras penggunaan makna sebenar) dengan mafhum (setiap perkara berkaitan hukum tidak disebutkan dalam ucapan) serta dalalah (lafaz menunjukkan sesuatu makna tidak disebut daripada lafaz berkenaan) dan maqasid (tujuan) syariah, seseorang itu hendaklah menguasai qawa'id usuliyah (kaedah usul) dan qawa'id fiqhiyah (kaedah fiqh).

Al-Qaradhawi menjelaskan pembentukan masyarakat harus dimulai dengan membetulkan pemahaman terhadap sumber agama. Perkara ini tidak akan berlaku tanpa adanya penggabungan antara hadis dan fiqh.

Fiqh hadis ialah memahami hadis Rasulullah SAW secara mendalam dengan mengambil kira konteks, situasi dan sasaran semasa mesej hadis disampaikan. Menurut al-Qaradhawi, sunnah nabi memiliki beberapa kriteria utama penting, iaitu komprehensif (syumul), seimbang, realistik dan memudahkan. Sekiranya kaedah ini dapat difahami, mesej Baginda dapat disampaikan.

Realiti kehidupan manusia akan berubah sama ada sosio-budaya, ibadat dan pengetahuan agama yang terus berubah dan berkembang. Peredaran masa semakin jauh menyebabkan sebahagian hadis dilihat tidak difahami dengan realiti kehidupan sosial.

Sheikh Mahmud Syaltout menjelaskan perilaku dan tindakan Nabi SAW itu ada bersifat kemanusiaan semata-mata dan tidak memiliki implikasi hukum, manakala ada juga dilakukan sebagai Nabi serta memiliki implikasi hukum.

Menyebut teks hadis bermakna kita menyampaikan sabda Rasulullah SAW. Segala lafaz disebut perlu tepat dan jelas dengan inti pati hendak disampaikan.

Di sinilah kita melihat ketinggian akhlak sahabat RA dan ulama dalam menyampaikan hadis daripada Baginda. Mereka sangat warak dan berhati-hati agar bertepatan dengan mesej hendak disampaikan.

Pada zaman moden sangat kompleks ini, kehidupan sangat jauh berbeza dengan zaman sebelumnya. Kita dapati muncul banyak kelompok dengan pelbagai pemahaman dalam aliran Islam.

Antara faktornya, perbezaan dalam memahami hadis. Cara pendekatan keliru tentunya menghasilkan pemahaman keliru, bahkan boleh membawa kepada perpecahan dan fanatik sesama
sendiri.

Dengan memahami kontekstual hadis, maksud hadis boleh difahami dengan tepat dan jelas. Ada yang menjadi hukum syariat wajib diikuti, ada pula memberi maksud hukum sunah atau mandub saja. Ada bersifat umum tanpa penetapan hukum syariat yang banyak dijumpai dalam perbuatan Rasulullah SAW bersifat manusiawi, adat kebiasaan dan pengalaman peribadi.

Sesetengah individu memahami semua sunnah Rasulullah SAW wajib diamalkan, sedangkan terdapat juga beberapa sunnah tidak mengikat kita dalam beragama. Dalam Islam terdapat hukum taklifi yang dikenakan kepada mukalaf, iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus yang perlu difahami sebaik-baiknya.

Contoh kontekstual ialah hadis berkaitan perkara memabukkan. Nabi SAW bersabda: Semua perkara yang memabukkan adalah haram." (HR Bukhari dan Muslim).

Maksud hadis ini jelas, semua benda memabukkan, hukum meminumnya sama dengan hukum arak, iaitu haram. Ulama bersependapat pengharaman arak kerana ia memabukkan. Sejarah pengharaman arak berlaku berperingkat hingga pengharaman secara mutlak.

Dalam memahami konteks hadis ini, maka hukum arak ialah haram berdasarkan penjelasan penurunan ayat al-Quran mengenai arak dan beberapa hadis berkaitan.

Begitu juga teknik peperangan dalam Perang Khandak, iaitu parit digali bagi menghalang tentera musuh sampai ke kawasan tentera Islam mungkin berbeza dengan teknik peperangan moden yang tidak menggunakan kuda sebagai jentera utama.

Memahami kontekstual hadis bukan mudah. Ia memerlukan ilmu yang cukup berkaitan kaedah dan prinsip dalam memahami hadis riwayat serta dirayah. Kita tidak boleh terburu-buru mengambil dan mengguna pakai hadis tanpa memahami bahasa Arab dan maqasid hadis.

Mereka yang ingin menggunakan hadis perlu memahami kedua-dua tekstual dan kontekstual hadis sebelum digunakan agar tidak keliru dalam memahaminya.

Kesan tidak memahami hadis dalam konteks sebenarnya akan menyebabkan maksud hadis tidak difahami dengan tepat seperti disampaikan Rasulullah SAW. Masyarakat akan salah faham mengenai hukum-hakam dalam kehidupan beragama. Akidah umat Islam juga akan goyah seterusnya akan muncul masyarakat berpecah-belah, sombong serta fanatik pemahaman masing-masing.

Penulis adalah Ketua Penolong Pengarah, Kluster Turath & Tamadun Islam, Institut Latihan Islam Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Mengenal Tokoh Hadits Dari Kalangan Tabi'in

Tahukan Anda? para ulama ahli hadits pada masa tabi'in. Mereka merupakan tokoh alim ulama yang telah memberikan sebagian besar hidup mereka untuk mencari ilmu, mempelajari ilmu terutama pada bidang agama(fikih, akidah, dan hadits). Lantas, siapa saja mereka? Sangat baik untuk kita mengenal mereka bukan? Jika kita saja mengenal para idol k-pop, para artist dan para tokoh publik figur lainnya, yang tak hanya dari negara kita, lantas tak wajar jika kita tak mengenal mereka bukan? Padahal mereka adalah sosok yang patut untuk kita teladani terutama dalam hal menuntut ilmu dan juga
kepribadian mereka. Sudah sepatutnya kita sebagai generasi millenial yang islami mengenal para tokoh-tokoh yang telah berpengaruh dalam kehidupan dan juga pendidikan agama. Mereka patut untuk kita kenal dan teladani kepribadiannya. Maka untuk itu, marilah kita simak biografi singkat tentang para tokoh ilmu hadits pada masa tabi'in dibawah ini.


1. SA'ID BIN MUSAYYAB

Nama lengkapnya adalah Said bin al-Musayyib bin Hazn bin Abi Wahb al-Makhzumi al-Quraisy. Beliau lahir pada tahun 15 H/636 M dan wafat pada tahun 94 H/715 M pada usia. Beliau lahir sebelum khalifah Umar bin Khattab menjabat sebagai khalifah. Ayahnya dan kakeknya adalah sahabat Nabi Shallallahu alaihi wassalam, sejak muda beliau telah melakukan perjalanan siang dan malam untuk mendapatkan hadist Nabi.

Beliu adalah salah seorang ulama ahli hadits dan ahli fiqih dari Madinah. Beliau termasuk golongan tabi'in, dan merupakan salah seorang dari Tujuh Fuqaha Madinah. Di antara ketujuh tokoh Madinah tersebut, beliau sering dianggap sebagai yang paling berpengaruh.
Beliau adalah orang yang paling hapal atas berbagai hukum dan keputusan yang dikeluarkan oleh Khalifah Umar bin Khattab, sehingga mendapat julukan Rawiyatul Umar (periwayat Umar). Hadits mursal yang berasal dari Said bin al-Musayyib dianggap hasan oleh Imam Syafi'i. Walau demikian, Imam Ahmad juga berkata, "Mursalat (kumpulan hadits mursal) yang diriwayatkannya adalah shahih kesemuanya."
Karena beliau lahir pada saat Khalifah Umar bin Khattab memerintah selama dua tahun menggantikan Abu Bakar As Shiddiq, dan meninggal saat Khalifah Al Walid bin Abdul Malik memerintah. Oleh karena itu, beliau menyaksikan sendiri bagaimana gaya kepemimpinan tiga khalifah yaitu Umar, Usman bin Affan dan Ali bin Abi Thalib. Dari mereka pulalah, beliau mendapatkan banyak hadis.
Karena penguasaannya pada hadis begitu luar biasa, dia dianggap sebagai tabi'in paling berpengaruh di masanya. Dia bahkan mendapat julukan sebagai imam para ulama fikih.
Selain itu, beliau juga tidak pernah absen dari sholat jamaah di Masjid Nabawi. Bahkan, beliau selalu menempati shaf terdepan, seperti penjelasan berikut.
Dari Abdul Mu’in bin Idris dari ayahnya, ia berkata, " Selama 50 tahun Said bin Musayyib melaksanakan sholat Subuh dengan wudhu sholat Isya’.
Said bin Al Musayyib berkata, " Aku tidak pernah ketinggalan takbir pertama dalam sholat selama lima tahun (sholat di awal waktu). Aku juga tidak pernah melihat punggung para jemaah, karena aku selalu berada di barisan terdepan selama lima tahun itu."

2. URWAH BIN ZUBAIR

Nama lengkapnya adalah Abu ‘Abdillah ‘Urwah bin Az-Zubair bin Al-’Awwam bin Khuwailid bin Asad bin ‘Abdil ‘Uzza bin Qushay bin Kilab Al-Qurasyi Al-Asadi Al-Madani, di lahirkan pada tahun ke-23 Hijriyyah pada masa kekhalifahan ‘Utsman bin ‘Affan di kota Madinah, Putra dari Az-Zubair bin Al-’Awwam radhiyallahu ‘anhu. Ibu beliau adalah Asma’ bintu Abi Bakr Ash-Shiddiq radhiyallahu ‘anhuma.

Beliau adalah adik kandung ‘Abdullah bin Az-Zubair radhiyallahu ‘anhuma. Bibi beliau adalah ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ibunda kaum mukminin. Dari beliaulah, keponakan yang shalih ini banyak menimba ilmu dan meriwayatkan hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Sehingga tidaklah mengherankan kalau kemudian ‘Urwah menjadi salah seorang tabi’in yang paling mengetahu
hadits yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Al-Imam Adz-Dzahabi menempatkan beliau pada posisi thabaqah yang kedua, thabaqahnya para tokoh besar tabi’in.

3. NAFI' AL MADANI


Nama lengkapnya adalah Nafi' bin Abdurrahman bin Abi Nu'aim al-Laitsi al-Kanani atau lebih dikenal sebagai Nafi' al-Madani. Beliau lahir pada tahun 70 H, wafat di Madinah pada tahun
169 H, adalah seorang ulama dibidang qira'at al-Qur'an dan merupakan salah satu Imam qira'at sepuluh.
Imam Nafi’ dalam pengakuannya—sebagaimana diceritakan oleh Abu Qurrat Musa bin Thariq— dikatakan bahwa beliau berguru kepada tujuh puluh tabi’in, di antaranya adalah Imam Abu Ja’far (imam qira’at kedelapan), Syaibah bin Nashah, Muslim bin Jundub, Yazid bin Ruman, Muhammad bin Muslim bin Syihab al-Zuhri, Abdurrahman bin Hurmuz al-A’raj.
Dari sekian banyak gurunya inilah, Imam Nafi’ melakukan seleksi bacaan, yaitu mengambil bacaan yang sama di antara guru-gurunya, dan meninggalkan bacaan yang berbeda. Hasil dari penyeleksian inilah kemudian dijadikan kaidah tersendiri oleh Imam Nafi’, yang kemudian dikenal luas oleh para generasi berikutnya sebagai qira’at Imam Nafi’.
Dalam bidang hadits, beliau sangat sedikit sekali meriwayatkan hadits Nabi. Namun hal tersebut tidak mengurangi kredibilitas dan kapabilitas beliau sebagai ahli qira’at. Karena hal ini justru menunjukkan konsistensi beliau dalam mengabdikan hidup untuk menyelami lautan ilmu qira’at.

4. HASAN AL BASHRI

Beliau merupakan alim ternama pada era tabi'in, sekaligus murid para sahabat Nabi SAW dan ahlul bait. Kata-kata mutiara dan nasihat yang disampaikan beliau selalu mampu menyentuh hati kaum Muslimin.
Ayahnya merupakan pembantu sahabat Rasulullah SAW yang terkenal sebagai penulis Alquran, Zaid bin Tsabit. Ibunya merupakan Khairoh, maula salah seorang istri nabi, Ummu Salamah.
Nama al-Hasan merupakan pemberian dari sang ummul mukminin. Hasan al-Bashri lahir di Madinah pada 642 Masehi, atau sembilan tahun pasca wafatnya Rasulullah SAW.
Meski lahir dengan status orang tua sebagai mantan budak, Hasan besar di tengah-tengah kasih dan sayang para keluarga dan sahabat Nabiyullah Muhammad. Ummul mukminin Ummu Salamah bahkan menjadi ibu susu dari al-Hasan. Al-Hasan kecil pun belajar di rumah-rumah para istri Rasulullah yang kala itu masih hidup.
la juga rajin ke masjid Nabawi untuk mendengarkan kajian ilmu dari para sahabat Rasulullah. Khalifah Umar Bin Khattab pun pernah mendoakannya menjadi orang yang fakih dalam beragama dan dicintai semua orang.
Bergaul dengan para sahabat Rasul sejak kecil membuat al-Hasan tumbuh menjadi pemuda yang saleh. Beliau meriwayatkan banyak hadis dari para sahabat Rasul, seperti Utsman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Abu Musa al-Asy'ari, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Anas bin Malik, dan masih banyak lain. Saat usia 14 tahun, beliau pindah ke Kota Bashrah, Irak. Dari sinilah beliau kemudian mendapat nama al-Bashri karena mengacu pada kota Bashrah.
Tinggal di Irak tak membuat beliau berhenti belajar. Beliau pun kemudian menjadi murid salah seorang sahabat Rasul, Abdullah bin Abbas. Dari Ibnu Abbas-lah, Hasan belajar tafsir, hadis, dan qiraah. Dalam hal sastra, Hasan belajar dari Ali Bin Abi Thalib. la mengangumi sang khalifah keempat karena lisannya yang penuh nasihat dan hikmah. Hasan juga sempat diasuh istri Rasul, Ummu Salamah, yang dikenal paling berwawasan luas. Di bidang lain, Hasan bergilir mengikuti majelis sahabat satu ke yang lain. Alhasil, jadilah beliau sangat fakih dalam ilmu agama.

5. MUHAMMAD IBNU SIRIN

Abu bakar Muhammad bin Sirin al-Bashri atau disingkat Ibnu Sirin, adalah salah seorang tokoh ulama ahli fiqih dan perawi hadis dari golongan tabi'in yang menetap di Bashrah. Ibnu Sirin juga terkenal kemampuannya dalam menakwilkan mimpi, serta atas kesalehannya. Beliau lahir pada tanggal 653 M di Basra, Irak. Beliau meninggal pada tanggal 12 Januari 729 M, Basra, Irak.
Ayahnya bernama Sirin Al-Ansari dan ibunya bernama Shafiyah maula Abubakar.
Ibnu Sirin mempelajari ilmu agama serta meriwayatkan hadis antara
lain dari Abu Hurairah, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Zubair, Imran bin Hushain, dan Anas bin Malik. Beliau merupakan guru bagi Qatadah bin Di'amah, Khalid al-Hadda, Ayyub al-Sakhtiyani, dan lain-lain. Ibnu Sirin dilahirkan dua tahun sebelum pemerintahan Utsman bin Affan berakhir. Anas bin Malik pada saat berada di Persia menjadikan Ibnu Sirin sebagai sekretarisnya.

6. MUHAMMAD IBNU SYIHAB AZ ZUHRI

Beliau adalah ulama dengan andil besar dalam pembukuan hadis. Bahkan disebutkan dalam biografinya sebagai ulama yang pertama kali membukukan hadis atas perintah Umar bin Abdul Aziz rahimahullah.
Bukan saja kapasitas keilmuannya yang diakui ulama yang sezaman dengannya. Namun keuletan dan kesungguhannya dalam menuntut ilmu agama sangat mengagumkan.
Nama beliau sebenarnya adalah Abu Bakar Muhammad bin Muslim bin 'Ubaidullah bin 'Abdullah bin Syihab bin 'Abdullah bin al-Harith bin Zuhrah. Lebih populer dengan nama Ibnu Syihab Az Zuhri.
Satu pendapat menyebutkan bahwa Az Zuhri lahir pada tahun 51 H. Sejak awal beliau tumbuh dan berkembang di lingkungan yang agamis. Ayah beliau yang bernama Muslim bin Abdillah adalah seorang perawi hadis yang tsiqah (terpercaya).
Adapun ibundanya adalah Ummu Ahban bintu Laqith bin Urwah bin Ya’mur. Az Zuhri memiliki seorang saudara laki yang lebih muda usianya bernama Abdullah bin Muslim. Dia sempat bertemu Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhu dan meriwayatkan darinya, namun meninggal sebelum Az Zuhri.
Meskipun berstatus sebagai shighar tabiin (tabiin junior) namun beliau adalah ulama besar di masanya. Az Zuhri banyak menimba ilmu dari sebagian shahabat dan para pembesar ulama tabiin. Semisal Abdullah bin Umar, Anas bin Malik, Jabir bin Abdillah, Said bin Al Musayyib, Al
Hasan Al Bashri, Urwah bin Zubair, Atha bin Abi Rabah, dan masih banyak yang lainnya. Terutama dari Said bin Al Musayyib rahimahullah, beliau adalah salah satu gurunya yang sangat istimewa. Dalam kurun waktu itu, beliau tinggal dan menimba ilmu dari Said bin Al Musayyib.
Potensi besarnya sebagai ulama telah diketahui oleh Khalifah Bani Umayah saat itu, berawal dari pertemuannya dengan Abdul Malik bin Marwan untuk yang pertama kalinya.
Lantas Abdul Malik bertanya kepadanya, “Apakah engkau hafal Al Quran?” “Ya,” jawab Az Zuhri.
Kemudian Abdul Malik pun melanjutkan pertanyaannya seputar faraidh dan sunnah. Dijawablah semua itu dengan baik olehnya sehingga Abdul Malik terkesan dan kagum terhadapnya.
Hingga Abdul Malik memberikan hadiah kepada Az Zuhri dan melunasi hutangnya. Tidak hanya itu, ia juga membelikan rumah dan pelayan untuk Az Zuhri seraya mengatakan kepadanya,
“Carilah ilmu agama, sungguh aku melihat potensi hafalan yang kuat pada dirimu dan kecerdasan dalam kalbumu. Datangilah orang-orang Anshar di rumah-rumah mereka.”
Sejak saat itu, Zuhri mengambil ilmu dari para shahabat Anshar Madinah dan di sana beliau menjumpai ilmu yang sangat berlimpah.
Di antara faktor pendukung keberhasilannya menuntut ilmu adalah kesungguhannya dalam belajar. Bahkan Az Zuhri sangat tekun untuk selalu menulis setiap ilmu yang ia dengar. Keseriusannya dalam menimba ilmu dipersaksikan oleh ulama di masanya.
Menuntut ilmu agama memang membutuhkan perjuangan ekstra untuk bisa mendapatkan hasil yang maksimal. Dengan segenap kemampuan yang dimiliki sekali pun tidak mungkin bisa menjangkau seluruh ilmu yang ada. Apalagi ketika seseorang hanya mengerahkan sebagian kemampuannya saja. Tentu hasil yang diperoleh tidak akan maksimal dan jauh dari harapan.
Perihal kesungguhan Az Zuhri dalam menuntut ilmu juga diakui oleh Shalih bin Kaisan rahimahullah. Perjuangan dan kesungguhannya menuntut ilmu agama terkadang membuat sang istri cemburu. Amr bin Dinar berkisah,
“Di antara aktivitas Az Zuhri di rumah adalah duduk dengan ditemani kitab-kitab di sekelilingnya. Jika sudah demikian, ia pun sibuk menelaah dan mempelajarinya hingga urusan dunianya terlupakan. Maka sang istri berkata kepadanya, “Demi Allah kitab-kitab ini lebih membuatku cemburu daripada tiga madu.”
Di antara sekian kelebihan Az Zuhri adalah kekuatan hafalan yang kokoh dan sangat kuat. Beliau adalah
penghafal pilih tanding dengan memori hafalan yang sangat banyak. Pantas jika Az Zuhri sendiri pernah menyatakan, “Tidak pernah kalbuku menghafal sesuatu kemudian lupa.”
Beliau mampu menghafal Al Quran hanya dalam jangka waktu 80 malam! Kekuatan hafalan ini berbanding lurus dengan pemahamannya yang sangat tajam dan jernih.
Beliau langsung bisa memahami pembicaraan lawan bicaranya tanpa perlu diulang lagi. Bahkan ulama sekaliber Imam Malik rahimahullah pernah dibuatnya kagum dengan kekokohan hafalannya.
Az Zuhri semakin disegani dengan dukungan wawasan ilmunya yang luas dan koleksi hadis yang banyak. Ali Al Madini rahimahullah berkata, “Az Zuhri mempunyai 2000 hadis.”
Al Laits bin Sa’ad berkata, “Aku belum pernah melihat seorang ulama yang ilmunya lebih lengkap daripada Az Zuhri. Seandainya engkau mendengarnya berbicara tentang motivasi dan semangat, niscaya engkau akan mengatakan, “Tidaklah dia ahli kecuali dalam bidang ini.”
Namun jika beliau berbicara tentang kisah para nabi dan orang-orang ahli kitab, pasti engkau akan mengatakan hal yang sama. Apabila beliau berbicara tentang ilmu nasab, engkau pasti juga akan mengatakan hal yang sama.”
Beliau adalah figur ulama yang menguasai dengan baik berbagai cabang ilmu. Tatkala menjelaskan suatu cabang ilmu agama, orang menilai bahwa beliau sangat ahli dalam bidang tersebut. Sedangkan cabang ilmu yang lain tidak menguasainya dengan baik. Namun di luar dugaan, ternyata semuanya dikuasai dengan baik.
Satu lagi keistimewaan beliau adalah jiwa sosial dan kedermawanan yang luar biasa. Hingga Al Laits bin Sa’ad Al Mishri rahimahullah menyatakan bahwa Az Zuhri termasuk manusia yang paling dermawan. Beliau tidak pernah menolak permintaan setiap orang yang datang dan meminta kepadanya.
Kebiasaan beliau adalah memberi makan tsarid dan madu kepada manusia. Bukan rahasia lagi kalau Az Zuhri sangat menyukai madu. “Karena madu bisa menguatkan hafalan,” kata Az Zuhri.
Jiwa sosialnya yang tinggi mendorongnya gemar berinfak kepada orang-orang yang membutuhkan bantuan. Ziyad bin As’ad mengatakan kepada Az Zuhri, “Sesungguhnya hadis-hadismu membuatku kagum. Namun aku tidak mempunyai bekal untuk mengikuti majelismu.”
Sontak Az Zuhri mengatakan kepadanya, “Jangan khawatir, ikuti aku dan biayamu aku yang akan menanggungnya.”
Limpahan uang dinar tidak membuat Az Zuhri silau dan tergoda. Ia meletakkan dinar di tangannya dan tidak memberikan ruang di hatinya. Wajar jika ia sangat ringan tangan membagi-bagikan dinar kepada orang-orang yang membutuhkannya.
Az Zuhri menempati kedudukan ilmiyah yang sangat agung di mata para ulama sezamannya. Untaian pujian ulama-ulama besar tercurah kepadanya. Tidak jarang pula ia disejajarkan bahkan diunggulkan atas ulama tenar yang sezaman dengannya. Asy-Syafii mengatakan, “Kalau bukan karena Az Zuhri niscaya akan hilang sunnah-sunnah di Madinah.”
Selain berbagai kelebihan di atas, Az Zuhri juga sangat menonjol dalam ilmu sejarah. Berkenaan dengan berita-berita para nabi yang diriwayatkan dari Ubaidillah bin Abdillah, Urwah bin Zubair, Asy Sya’bi dan selainnya. Terutama perhatian besarnya terhadap sejarah kehidupan dan berbagai peperangan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Dengan demikian beliau tidak hanya fokus meriwayatkan hadis dan mempelajari fikih. Namun beliau juga melakukan penelitian ilmiyah dan pembukuan terhadap ilmu sejarah.
Setelah sekian lama menjalani kehidupan yang penuh ilmu dan dakwah, beliau pun wafat pada tanggal 17 Ramadhan tahun 124 H menurut pendapat sebagian ulama. Semoga Allah subhanahu wa ta’ala memberikan balasan terbaik dan melimpahkan rahmat-Nya kepada beliau.

WAllahu A’lam.

@kitabasas
Sayyidina Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Wahai Abu Zar, sesungguhnya pemergianmu pada waktu pagi dan mempelajari satu ayat daripada kitab Allah lebih baik bagimu daripada mengerjakan solah sunat seratus rakaat. Pemergianmu pada waktu pagi dan mempelajari satu bab daripada ilmu yang (berpeluang) diamalkan atau tidak (berpeluang) diamalkan adalah lebih baik daripada kamu mengerjakan seribu rakaat solah sunat.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dengan sanad Hasan) - dipetik daripada kitab Fadilat Amal ms.296

Keterangan:

Kenyataan dalam hadis ini telah disebutkan dalam banyak hadis yang lain, iaitu mempelajari ilmu agama adalah lebih afdal daripada ibadat. Hadis-hadis tentang fadilat mempelajari ilmu agama adalah begitu banyak sehingga susah untuk merangkumi kesemua sekali, lebih-lebih lagi dalam buku yang ringkas ini. Rasulullah s.a.w bersabda, “Kelebihan seseorang alim ke atas seorang abid adalah seumpama kelebihanku ke atas yang terendah dalam kalangan kamu.” Di tempat yang lain Baginda s.a.w bersabda bahawa seseorang alim lebih ditakuti oleh syaitan daripada seribu orang abid.

#tarbiah
#KeepIstiqomah
#amal dan sampai pada sahabat kita
KITAB AL-UMM – karya agung al-Imam al-Syafi-‘i r.h

Imam Muhammad bin Idris al-Syafi’-‘i ( 150-204H ) atau lebih dikenali dengan Imam al-Syafi-‘i banyak meninggalkan karya yang menjadi rujukan umat Islam. Ada dua peringkat penulisan al-Syafi-‘i, kitab yang beliau tulis di Makkah dan Baghdad dinamakan Qawl Qadim ( pendapat lama ) dan Kitab yang ditulis ketka beliau di Mesir dinamakan Qawl Jadid ( pendapat baru ).

Ada tiga kaedah penulisan karya atau kitab yang dinisbahkan kepada al-Syafi-‘i, iaitu

1. Kitab yang ditulis sendiri oleh al-Syafi-‘i.
2.Kitab yang ditulis oleh murid-murid beliau berdasarkan pembacaan oleh Imam al-Syafi-‘i dihadapan mereka atau dikenali sebagai kaedah imlak ( al-imla_i )

3.Kitab yang disusun oleh murid-murid al-Syafi-‘i berdasarkan syarahan atau pengajaran al-Syafi-‘i. Di mana murid-murid beliau membuat catatan atau nota ketika mendengar kuliahnya, kemudian mereka menyusun kembali catatan tersebut menjadi semua kitab.

Kaedah ini banyak dipraktikkan oleh para ulama dahulu dan sekarang. Pada zaman kini, banyak buku-buku yang diterbitkan, setelah diolah dan disusun berdasarkan kuliah atau syarahan para ulama yang terkenal, lalu dinisbahkan kandungan buku tersebut kepada mereka. Sedangkan, mereka sebenarnya tidak pernah menulis buku tersebut. Di antara kitab yang masyhur masa kini yang mengunakan kaedah ini ialah buku-buku yang dinisbahkan kepada al-Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi seperti kitab al-Fatawa dan Tafsir al-Sya’rawi, karya-karya al-Syeikh Abdul ‘Aziz bin Baz dan buku-buku yang dinisbahkan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Kitab beliau yang paling utama dan menjadi teras dalam mazhab as-Syafi’-‘i ialah Kitab al-Umm ( Kitab Induk ). Ia dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan semua penulisan dalam mazhab al-Syafi’-‘i berasal daripada kitab ini.

Kitab al-Umm dari satu sudut merupakan kitab fiqh terbesar dan tiada tandingan pada masanya. Kitab ini membahas berbagai persoalan lengkap dengan dalil-dalilnya, baik dari al-Qur’an, al-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas. Isi kitab ini adalah sebagai bukti keluasan ilmu al-Syafi’i dalam bidang fiqh. Sedangkan dari sudut yang lain, ia juga dianggap sebagai kitab hadits kerana dalil-dalil hadits yang ia kemukakan menggunakan jalur periwayatan tersendiri sebagaimana layaknya kitab-kitab hadits.

Di kalangan ulama terdapat keraguan dan perbezaan pendapat, mengenai penulisan kitab al-Umm, adakah ia ditulis oleh al-Syafi-‘i sendiri atau karya para muridnya. Menurut Ahmad Amin, al-Umm bukanlah karya langsung dari al-Syafi’i, namun merupakan karya muridnya yang menerima dari al-Syafi’i dengan jalan didiktekan [ imlak ]. Sedangkan menurut Abu Zahrah dalam al-Umm ada tulisan al-Syafi’i sendiri tetapi ada juga tulisan dari muridnya, bahkan ada pula yang berpendapat bahwa dalam al-Umm ada juga tulisan orang ketiga selain al-Syafi’i dan al-Rabi’ [ muridnya ]. Namun menurut riwayat yang masyhur diceritakan bahwa kitab al-Umm adalah catatan peribadi al-Syafi-‘i, kerana setiap pertanyaan yang diajukan kepadanya ditulis, dijawab dan didiktekan kepada murid-muridnya. Oleh karena itu, ada pula yang mengatakan bahwa kitab itu adalah karya dua orang muridnya iaitu Imam al-Buwaiti dan Imam al-Rabi’. Pendapat ini dikemukakan oleh Abu Thalib al-Makki.

Walau apapun pandangan ulama mengenai kaedah penyusunan kitab al-Umm ini, yang pastinya kitab ini boleh dinisbahkan al-Syafi’i kerana ia memuatkan pandangan dan pemikirannya dalam bidang hukum berdasarkan riwayat murid-muridnya yang diakui ummah sebagai perawi yang adil dan tsiqah. Sebagaimana kaedah penulisan dan penyusunan hadits Rasulullah saw, yang disusun oleh para muhaddisin berdasarkan riwayat-riwayat yang sahih di sisi mereka.

Dalam menghuraikan keterangan-keterangannya, Imam al-Syafi‘i kadang-kadang memakai metod soal-jawab, dalam erti menghuraikan pendapat pihak lain yang diadukan sebagai sebuah pertanyaan, kemudian ditanggapinya dlm bentuk jawapan. Hal itu nampak umpamanya ketika ia menolak penggunaan al-istihsan. Pada kesempatan yang lain ia menggunakan metod eskplanasi dlm arti menghuraikan
secara panjang lebar suatu masalah dengan memberikan penetapan hukumnya berdasarkan prinsip-prinsip yang dianutnya tanpa ada sebuah pertanyaan, hal seperti ini nampak dalam penjelasannya mengenai persoalan-persoalan pernikahan.

Dalam format kitab al-Umm yang dapat ditemui pada masa sekarang, ada juga yang dicetakkan bersama kitab-kitabnya yang lain dalam satu kitab al-Umm, di antaranya adalah:

al-Risalah, mengandungi huraian sumber hukum islam, serta kaedah-kaedah pengistinbatan hukum syarak.

Khilaf Malik, mengandungi bantahan-bantahan al-Syafi‘i terhadap beberapa pendapat gurunya Imam Malik.

al-Radd ‘Ala Muhammad ibn Hasan, mengandungi pembelaan al-Syafi‘i terhadap mazhab ulama Madinah dari serangan imam Muhammad ibn Hasan, murid Abu Hanifah.

al-Khilaf ‘Ali wa Ibn Mas’ud, iaitu kitab yang memuatkan perbezaan pendapat antara Abu Hanifah dan ulama Irak dengan Ali bin Abi Thalib dan Abdullah bin Mas’ud.

Sair al-Auza-’i, berisi pembelaannya atas imam al-Auza’i dari serangan imam Abu Yusuf.

Ikhtilaf al-Hadits, berisi keterangan dan penjelasan al-Syafi-‘i atas hadits-hadits yang tampak bertentangan. namun kitab ini juga ada yang dicetak tersendiri

Jima’ al-‘Ilmi, berisi pembelaan imam al-Syafi’i terhadap Sunnah Nabi Muhammad saw.
Kitab al-Umm ini telah diringkaskan oleh Imam al-Muzani dalam kitabnya bertajuk Mukhtasar al-Muzani. Dua abad kemudian, kitab Mukhtasar al-Muzani ini disyarahkan oleh Imam al-Haramain al-Juwaini dalam kitabnya berjudul Nihayatul Mathlab fi Dirayah al-Mazhab. Salah seorang murid al-Juwaini iaitu al-Imam al-Ghazali pula meringkaskan kitab gurunya itu lalu diberi tajuk al-Basith. Seterusnya al-Ghazali meringkasnya menjadi kitab al-Wasith, kemudian al-Wasith diringkas pula menjadi kitab al-Wajiz. Kitab al-Wajiz ini diringkas lagi menjadi kitab al-Khulashah.

Kitab al-Wajiz juga turut diringkaskan semula oleh seorang lagi ulama’ mazhab al-Syafi‘i bernama al-Rafi-‘i dalam kitabnya al-Muharrar. Selanjutnya, al-Nawawi pula meringkaskan kitab al-Muharrar dalam kitabnya Minhaj al-Thalibin, yang mana ia menjadi pegangan utama ulama Syafi‘iyyah dalam berijtihad dan berfatwa. Kitab ini seterusnya diringkaskan oleh Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari dalam kitab al-Manhaj al-Thullab dan kitab al-Manhaj pula diringkaskan oleh al-Imam al-Jauhari menjadi al-Nahj, dan al-Syaikh Zainuddin al-Malibiri dalam kitabnya Qurrah al-‘Ayn.

Bab yang disusun dalam kitab al-Umm hampir sama penempatannya dengan Minhaj al-Talibin atau syarahnya. Kitab ini dikira sebagai asas bagi rujukan ulama’ as-Syafi‘i yang muta’akhkhirin ( terkemudian ). Kitab ini mempunyai syarah (huraian) dan hawasyi (nota tepi) yang sangat banyak. Antaranya ialah Mughni al-Muhtaj oleh al-Khatib as-Syarbini, al-Minhaj wa Syarhuhu oleh Zakaria al-Anshari, Tuhfah al-Muhtaj oleh Ibnu Hajar al-Haitami, Nihayah al-Muhtaj oleh ar-Ramli dan Zad al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj oleh Abdullah bin Hasan Ali Hasan al-Kuhaji.


Kedudukan Kitab al-Umm Berbanding Kutub al-Tis’ah

al-Syafi-‘i tidak hanya berperanan dalam bidang fiqh dan ushul fiqh saja, tetapi ia juga berperanan dalam bidang hadits dan ilmu hadits. Salah satu kitab hadits yang masyhur pada abad kedua Hijriyah adalah kitab Musnad al-Syafi’i. Kitab ini tidak disusun oleh al-Syafi’i sendiri, melainkan oleh pengikutnya, yaitu al-A’sam yang menerima riwayat dari Rabi’ bin Sulaiman al-Muradi, dari al-Syafi’i. Hadits-hadits yang terdapat dalam Musnad al-Syafi’i merupakan kumpulan dari hadits-hadits yang terdapat dalam kitabnya yang lain iaitu al-Umm. Dalam bab jual beli, misalnya terdapat 48 buah hadits.

Dengan kegigihannya dalam membela hadits Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam sebagai hujjah, al-Syafi’i berhasil menegakkan autoriti hadits dan menjelaskan kedudukan dan fungsi hadits Nabi secara jelas dengan alasan-alasan yg mapan. Dengan pembelaannya itu, ia memperolehi pengakuan dari ummah sebagai Nasir al-Sunnah. Bahkan beliau dipandang sebagai ahli hukum Islam pertama yg berhasil merumuskan konsep ilmu hadits.

Hadits Nabi menurut al-Syafi’i bersifat mengikat dan harus ditaati sebagaimana
a al-Qur’an, walaupun hadits itu adalah hadits Ahad. Bagi ulama sebelumnya, konsep hadits tidak hanya disandarkan kepada Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam, bahkan juga pendapat sahabat, fatwa tabi’in, serta ijma ahli Madinah dapat dimasukkan sebagai hadits. Bagi al-Syafi’i, pendapat sahabat dan fatwa tabi’in hanya boleh diterima sebagai dasar hukum sekunder, dan bukan sebagai sumber primer. Sedangkan hadits yang boleh diterima sebagai dasar hukum primer hanyalah yang datang dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam.

Tambahan;
Kitab al-Umm telah diterjemahkan dalam bahasa Indonesia oleh Prof. Teuku H. Ismail Yakub SH, MA . Telah diterbitkan dalam 11 buku.

Terjemahan Ringkasan Kitab al-Umm telah diterbitkan oleh Pustaka Imam Asy-Syafi’I, Indonesia. Ia merupakan terjemahan Mukhtashar Kitab al-Umm Fi al-Fiqh , yang diringkaskan oleh Husain Abdul Hamid Abu Nashir Nail
Tadabbur Hadith: Kemanisan Iman & Ibadah Yang Menyeronokkan


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

1- قَالَ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ الإِِيْمَانِ مَنْ كَانَ اللَّهَ وَرَسُولَه أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْء لاَ يُحِبّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَه أَنْ يَعُود فِي الْكُفْر بَعْد أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّه مِنْهُ كَمَا يَكْرَه أَنْ يُقْذَف فِي النَّار .
Maksudnya:
Sabda Rasulullah – sallalhu alyhi wasallam-: Tiga perkara, barangsiapa yang memilikinya, dia telah mendapati dengan tiga perkara itu kemanisan iman. (Iaitu) barangsiapa yang adalah Allah dan Rasulnya lebih dicintai olehnya dari selain kedua-keduanya. Dan bahawa dia menyayangi seseorang hanya semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kepada kekufuran setelah di selamatkan Allah darinya sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam neraka.
[HR Ahmad, al-Bukhari, Muslim dan al-Nasa'ei]

2- قَوْله صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ذَاقَ طَعْم الْإِيمَان مَنْ رَضِيَ بِاَللَّهِ رَبًّا وَبِالْإِسْلاَمِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَسُولاً . [رواه مسلم]
Maksudnya:
Sabda Rasulullah – sallalhu alyhi wasallam-: Telah merasai kemanisan iman barangsiapa yang telah reda Allah sahaja sebagai Tuhannya, dan Islam sebagai peraturan hidupnya dan dengan Nabi Muhammad – sallalhu alyhi wasallam- sebagai Rasul.
[HR Muslim]

Pengajaran hadis:
1.Hadis yang pertama adalah asas yang besar kepada asas-asas Islam. Kata ulama : Halawatul Iman ialah kemanisan Iman iaitu kelazatan ketika melakukan ketaatan kepada Allah, dan seseorang yang memiliki halawatul iman akan menanggung segala kesusahan demi untuk mendapat reda Allah serta reda Rasulullah – sallalhu alyhi wasallam-. Ia juga bermakna mengutamakan semua ini lebih daripada segala-galanya.

2.Cinta hamba kepada Tuhannya hendaklah mengatasi cintanya kepada diri sendiri, keluarga, harta benda dan kerehatannya. Ini dapat di buktikan dengan dia sentiasa mendahulukan perintah Allah dalam kehidupanya daripada agenda dirinya sendiri. Bahkan ia akan merasa seronok dan gembira apabila dapat melaksanaka perintah Allah lebih dahulu dari kehendaknya.

3.Begitu juga cinta hamba kepada Rasullulah – sallalhu alyhi wasallam- hendaklah mengatasi (selepas cintanya kepada Allah) cintanya kepada dirinya sendiri, keluarganya, orang lain dan harta benda. Bahkan ia juga akan merasa seronok dan gembira apabila dapat melaksanakan sunnah dan ajaran Rasulullah – sallalhu alyhi wasallam- dalam seluruh kehidupannya.

Sabda Rasulullah – sallalhu alyhi wasallam- : Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah aku lebih di kasihi daripada anaknya, bapanya dan orang lain. [HR al-Bukhari dan Muslim]
Dalam riwayat lain : ….dari ahli keluarganya, harta bendanya dan orang lain.

4.Maksud cintakan Allah juga ialah mencintai apa-apa sahaja yang di sukai oleh Allah dan membenci apa-apa sahaja yang di benci oleh Allah.

5.Kata Maalik: Cintakan Allah adalah antara kewajipan agama.

6.Maksud hadis kedua ialah dia tidak mencari selain dari Allah, dan dia tidak berusaha melainkan pada jalan Islam, dan tidak beramal melainkan apa yang selaras dengan dengan syariat dan sunnah Muhammad – sallalhu alyhi wasallam-. Maka tidak syak lagi bahawa sesiapa yang memiliki sifat-sifat ini, ia akan merasai kemanisan iman di hatinya.

7.Kata ulama makna "Aku reda dengan sesuatu" ialah aku yakin dan puas hati serta mencukupi dengan perkara itu sahaja, dan aku tidak minta selain dari itu.

8.Kata Al-Qaadi I'yaad- rahimahullah- Maksud hadis ialah: Iman itu benar-benar memberi ketenangan dalam dirinya dan sudah sebati dengan batinnya. Barangsiapa yang reda dengan sesuatu, maka segala perkara akan menjadi mudah baginya. Begitu juga bagi seorang mukmin, apabila iman telah masuk kedalam hatinya, maka segala perintah dan ketaatan kepada Allah menjadi mudah dan senang baginya. Bahkan ia akan merasa
Merasai kelazatan dan keseronokan khususnya ketika beribadah.

9.Antara sebab untuk mendapat kemanisan iman ialah kita menyayangi saudara kita semata-mata kerana Allah. Bukan kerana kepentingan duniawi.

10.Kemanisan iman juga tercapai dengan kita membenci kepada kemaksiatan dan kekufuran. Bahkan kita merasa terlalu tidak suka kepada kekufuran sama seperti kita tidak suka dicampak kedalam api.

11.Dari Abi Razin al-Uqaily: Telah berkata: Aku bertanya : Wahai Rasulullah! Apakah iman? Jawab baginda: Bahawa engkau bersaksi tidak ada Tuhan melainkan Allah Yang Esa Tidak ada sekutu baginya, dan Muhammad itu hamba-Nya dan rasul-Nya, dan bahawa Allah dan rasul-Nya lebih dicintai kepada engkau daripada selain kedunya, dan bahawa engkau terbakar dalam api lebih engkau sukai daripada engkau mensyirikkan Allah dengan sesuatu. Dan engkau menyayangi seseorang yang bukan keturunan (keluarga) engkau dan engkau tidak cintai dia melainkan kerana Allah semata-mata. Maka apabila engkau dalam keadaan demikian , sesungguhnya telah masuk kemanisan iman dalam hati engkau sebagaimana masuknya kelazatan air kepada orang yang dahaga di hari yang panas terik. [HR Ahmad]

Antara tanda-tanda iman telah meresap masuk dalam hati seseorang:

1.Solatnya khusyuk, iaitu solatnya memberi ketenangan dalam jiwanya dan menyejukkan hatinya. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman, Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam sembahyangnya. [Al-Mukminun;23:1-2].

Sabda Rasulullah -– sallalhu alyhi wasallam- : Aku dijadikan (secara fitrah) cintakan dunia daripada wanita dan wangian, (akan tetapi) penyejuk hatiku ialah pada solat. [Hadis hasan-Riwayat Ahmad dan al- Nasai'e]

2.Apabila mendengar nama-nama Allah, hatinya gementar kerana merasai dan menjiwai kebesaran dan keagungan Allah. Firman Allah ta'ala yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka Yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka …." [Al-Anfaal; 8;2]

3.Apabila membaca atau mendengar ayat-ayat al-Quran, imannya semakin kuat dan meningkat. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud: "……. dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman…". [Al-Anfaal;8 :2]

4.Banyak berzikir dan berzikir diwaktu pagi dan petang. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud: ". Wahai orang-orang Yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah Dengan ingatan serta sebutan Yang sebanyak-banyaknya" [Al-Ahzab; 33:41]

5.Apabila berzikir, hatinya menjadi tenang dan jiwanya tenteram. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud: 28. "(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. [Al-Ra'adu ; 13:28]

6.Setiap kali melakukan kebaikan, maka ia akan gembira dan seronok dan setiap kali melakukan kejahatan, maka hatinya rasa gelisah dan bersalah. Dari Umar –radiyallahu anhu:

Dari Nabi – sallalhu alyhi wasallam- telah bersabda : Barangsiapa yang kebaikannya megembirakannya dan kejahatannya menjadikannya gelisah dan rasa bersalah, maka dia adalah mukmin. [Hadis sahih –Riwayat Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ahmad]

7.Orang yang beriman sentiasa beriman, tidak ragu-ragu dan sentiasa berjihad dengan harta benda dan nyawanya untuk agama Allah. Sabda Rasulullah– sallalhu alyhi wasallam- : Orang-orang beriman di dunia tiga bahagian: Beriman dengan Allah dan rasul-Nya, kemudian tidak ragu, dan berjuang dengan harta benda serta nyawanya pada jalan Allah. HR Ahmad]

8.Sentiasa ada perasaan malu untuk melakukan maksiat. Sabda Rasulullah – sallalhu alyhi wasallam- : Malu adalah sebahagian daripada iman.[Muttafaqun alaih]


Cara untuk mendapat kemanisan iman dan khusyuk dalam solat:

1.Tinggalkan hubbuddunia (cintakan dunia). Kata Jundub bin Abdullah al-Bujali: "Cintakan dunia adalah punca kepada segala dosa".

2.Segera bertaubat dan tinggalkan segala dosa yang dilakukan. Ini kerana setiap dosa yang dilakukan