a mencari berbillion harta di muka bumi ini, tetapi ia bukan untuk tujuan berbangga diri, berbuat maksiat atau kemungkaran lainnya. Ia digunakan untuk kebaikan manusia, Islam khususnya seperti membayar zakat, membina masjid, berjihad atau apa sahaja kebajikan dan ibadah kepada Allah Ta’ala semata-mata.
Selain itu hadis ini juga menerangkan kepada kita bahawa sifat manusia begitu mudah ditewaskan dengan sifat tamak dan digunakan harta itu untuk memuaskan hawa nafsunya dan seringkali tidak merasa cukup pada apa yang ada pada dirinya atau kurang bersyukur.
Pemusnah bagi sifat tamak yang bermaharajalela ini adalah mengingat pemutus kenikmatan, iaitu mati. Apabila mati, tiada harta, makanan atau minuman yang memenuhi perut kita kecuali tanah. Wallahu’alam
Kelebihan Berpuasa
20. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, (Allah Subhana wa Ta’ala berfirman), “Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa, maka ia adalah untuk-Ku dan Aku yang mengganjarinya.
Dan demi Dia (Allah) yang memegang jiwaku (Nabi Muhammad saw) di dalam Tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Dan puasa itu adalah perisai (yang melindungi dari api neraka).
Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Rabb Azza wa Jalla di mana dia bergembira dengan puasanya.” [104] Sahih. Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Khuzaimah
Penjelasan dan Pengajaran :
1. Berkata Imam Ibnu Hajar, maksud ganjaran puasa dari Allah adalah ganjaran pahala yang tidak terkira banyaknya. Amalan lain dikira; satu kebaikan digandakan dengan sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda, tetapi puasa hanya Allah yang memberi ganjarannya dan ganjarannya adalah besar.
2. Maksud ‘tangan’ di sini seperti umum yang kita ketahui iaitu, tanpa;
(a). Tahrif (tidak mengubah lafaz atau mengubah maknanya),
(b). Ta’til (tidak menafikan atau menolaknya),
(c). Takyif (tidak bertanya bagaimana) dan
(d). Tamsil (tidak menyerupai Allah dalam zat mahupun perbuatan seperti menyamakan dengan makhluk, sifat makhluk dan menyerupakan sesuatu yang tidak ada, tidak sempurna dan lain-lain).
Semua makna hakiki mengenai sifat-sifat Allah di dalam Al-Quran mahupun hadis, hanya Allah yang Maha Mengetahui.
3. ‘Puasa itu adalah perisai’. Tambahan oleh ‘Koleksi Hadis (penulis blog)’ pada perkataan selepas itu ‘yang melindungi dari api neraka’ berdasarkan sebuah hadis Hasan dari Imam Ahmad dalam kitab sama, hadis bernombor 105.
Allah Tertawa Kepada Dua Orang
Dari Ibnu Mas’ud r.a, katanya : (Bersabda Rasulullah saw), “Dua orang lelaki yang mana Allah tertawa (dalam riwayat Abu Darda’ r.a dengan darjat Hasan juga dari Thabrani, ditulis ‘ketawa dan bergembira’) melihat kedua-dua mereka;
(a). Seorang lelaki yang berada di atas kudanya yang menyerupai kuda-kuda para sahabatnya. Musuhpun berhadapan dengan mereka lalu tumpas. Manakala lelaki itu tetap teguh atas kudanya (berjihad). Sekiranya beliau terbunuh, maka beliau telahpun menemui kesyahidan. Maka itulah lelaki yang mana Allah tertawa melihatnya.
(b). Dan seorang lelaki yang bangun pada waktu malam, tidak ada seorang pun mengetahuinya lalu beliau menyempurnakan wudhuk dan berselawat ke atas Muhammad solallahu ‘alaihi wasallam dan memuji Allah serta memulakan bacaan Al-Quran (dalam riwayat lain status Sahih dari Imam Ahmad dan Ibnu Hibban ditulis ‘bersolat’).
Maka Allah tertawa melihatnya dan berfirman kepada malaikat-Nya; “Lihatlah kepada hamba-Ku. Tidaklah seorang pun melihatnya kecuali Aku.” [142] Hasan Li Ghoyrihi. Riwayat Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir
Penjelasan dan Pengajaran :
1. Maksud ‘ketawa’ di sini seperti umum yang kita ketahui iaitu, tanpa;

2. Antara jalan menuju kepada mecintai Al

lah Subhana wa Ta’ala adalah dengan berjihad dan beramal soleh.
3. Manusia dimuliakan di hadapan malaikat kerana amalannya yang ikhlas semata-mata kerana Allah Ta’ala.
4. Besarnya pahala mengikuti sunnah Rasulullah saw (bangun beribadah pada waktu malam ketika orang lain sedang lena) hingga Allah gembira melihatnya dan memujinya di hadapan malaikat.

𝗸𝗶𝘁𝗮𝗯 𝗯𝗮𝘀𝗶𝗰 𝗵𝗮𝗱𝗶𝘀® pinned «Hadis Al-Qudsi Jilid Satu Takrif Hadis Al-Qudsi Hadis Al-Qudsi adalah hadis yang diriwayatkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam daripada Allah Azza wa Jalla kadangkala dengan perantaraan Jibril 'alaihi salam, kadangkala dengan perantaraan wahyu…»
Kelebihan- kelebihan bagi mereka yang mempelajari hadis.Terdapat beberapa kelebihan bagi mereka yang mempelajari hadis dan ilmu-ilmu yang bekaitan dengannya, antaranya:
1)Rasulullah SAW telah mendoakan secara khusus kepada mereka yang mempelajari hadis baginda SAW. Beliau bersabda:
نضّر الله امرأ سمع منّا حديثا فحفطه حتّى يبلّغه
Maksudnya : Semoga Allah memberikan cahaya kepada seseorang yang mendengar hadis daripadaku lalu menghafaznya sehingga dia menghafaznya kepada orang lain.
( Hadis riwayat Abu Daud, hadis no.3660, dan imam-imam lain dengan lafaz yang sedikit berbeza )
2) As- Syafie (204H) pernah menyebut :
" Kamu semua hendaklah mendampingi orang-orang yang mempelajari hadis. Sesungguhnya mereka ialah orang yang paling tepat amalannya dikalangan manusia"
( Al-Adab al Syar'iyyah, Ibn Muflih, jilid 1, muka surat 231)
3) Mempelajari serba sedikit tentang ilmu pengkajian hadis dapat membantu seseorang untuk membezakan di antara hadis-hadis yang sahih daripada yang palsu.
4) Mempelajari hadis akan menjadikan kita memahami bagaimana Al Quran ingin diterapkan dan diamalkan didalam kehidupan. Seluruh kehidupan Rasulullah SAW adalah merupakan terjemahan serta huraian kepada isi kandungan Al Quran. Oleh itu, mereka yang ingin menjadikan diri mereka sebagai golongan yang mempraktikkan isi Al Quran hendaklah mempelajari dan mengamalkan hadis-hadis Rasulullah SAW. Isteri Rasulullah SAW, Aisyah pernah berkata:
فإن خُلُق نبيّ الله صلى الله عليه وسلم كان القرآن
Maksudnya : Sesungguhnya akhlak Nabi ALLAH SAW adalah Al Quran
( Hadis sahih riwayat muslim, hadis no. 1773)
5) Dengan mempelajari hadis, kita akan dapat mengetahui bagaimanakah Rasulullah SAW beribadah lalu kita dapat mencontohi Baginda SAW. Kita yakin bahawa ibadah yang dilakukan oleh baginda SAW itulah yang terbaik dan berpeluang untuk diterima di sisi ALLAH.
https://t.me/kitabasas
Telegram
𝗸𝗶𝘁𝗮𝗯 𝗯𝗮𝘀𝗶𝗰 𝗵𝗮𝗱𝗶𝘀®
Misykat il masobih (tangga pembuka ilmu)
Pra amatur
Pra amatur
Jenis Jenis Ilmu Hadis
1. ILMU AL-RIJAL
2. ILMU AL-JARH WA AL-TA‘DIL
3. ILMU MA‘RIFAH AL-SAHABAH
4. ILMU TABAQAT AL-TABI‘IN
5. ILMU TA’WIL MUSHKIL AL-HADITH
6. ILMU AL-NASIKH WA AL-MANSUKH
7. ILMU GHARIB AL-HADITH
8. ILMU ‘ILAL AL-HADITH
9. ILMU MA‘RIFA AL-MAWDU‘AT
10. ILMU AL-ISNAD AL-‘ALI WA AL-NAZIL
11. ILMU AL-MUTTAFIQ WA AL-MUFTARIQ
12. ILMU AL-MU’TALIF WA AL-MUKHTALIF
13. ILMU AL-MUTASHABIH
14. ILMU TAKHRIJ AL-HADITH
15. ILMU ASBAB WURUD AL-HADITH
1. ILMU AL-RIJAL
2. ILMU AL-JARH WA AL-TA‘DIL
3. ILMU MA‘RIFAH AL-SAHABAH
4. ILMU TABAQAT AL-TABI‘IN
5. ILMU TA’WIL MUSHKIL AL-HADITH
6. ILMU AL-NASIKH WA AL-MANSUKH
7. ILMU GHARIB AL-HADITH
8. ILMU ‘ILAL AL-HADITH
9. ILMU MA‘RIFA AL-MAWDU‘AT
10. ILMU AL-ISNAD AL-‘ALI WA AL-NAZIL
11. ILMU AL-MUTTAFIQ WA AL-MUFTARIQ
12. ILMU AL-MU’TALIF WA AL-MUKHTALIF
13. ILMU AL-MUTASHABIH
14. ILMU TAKHRIJ AL-HADITH
15. ILMU ASBAB WURUD AL-HADITH
Waspada Pada Gerakan Puak Anti-HadisANTIHADIS adalah golongan yang tidak mempercayai hadis iaitu sama ada kata-kata, perbuatan dan perlakuan disandarkan kepada Rasulullah SAW sebagai sumber rujukan Islam selain al-Quran.
Hujah golongan fahaman ini adalah al-Quran diturunkan sebagai kitab yang lengkap dan sempurna tanpa memerlukan sumber lain sebagai rujukan Islam.
Bukan isu baharu, tetapi golongan antihadis telah wujud sejak dahulu lagi di seluruh dunia. Namun, golongan yang mengatakan hadis Rasulullah SAW sebagai dogeng itu mula tersebar meluas di Asia Tenggara termasuk negara ini.
Golongan ini mempertikai kebenaran hadis sehingga mereka menggesa agar ia dinilai semula. Apa yang menyedihkan, pandangan ini telah mendapat sambutan umat Islam termasuk dalam kalangan golongan bijak pandai di institusi pengajian tinggi, pensyarah, guru dan pegawai kerajaan.
Mereka turut mengajak umat Islam supaya tidak taat dan patuh kepada ajaran Rasulullah sama ada perkataan mahupun perbuatan baginda.
Fahaman ini dikesan aktif menyebarkan pengaruh dan fahaman mereka menerusi penulisan artikel serta penerbitan. Antara penyelewengan buku-buku yang dikeluarkan oleh kumpulan ini, mereka mendakwa bahawa hadis merupakan penyelewengan Nabi Muhammad terhadap Islam.
Hakikatnya, umat Islam perlu sedar bahawa semua tuduhan yang direka oleh kumpulan ini adalah menyeleweng di sisi Islam. Ini kerana, Allah turut memerintahkan umat Islam agar mentaati Nabi Muhammad SAW menerusi firman-Nya bermaksud:
“Kami tidak mengutus engkau (wahai Muhamad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul membawa berita gembira (kepada orang beriman) dan memberi peringatan (kepada orang ingkar) tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).” (al-Imran: 31)
Antara tugas besar Rasulullah diutuskan adalah untuk membawa berita gembira dan mengajak umat manusia mentauhidkan Allah. Kelahiran baginda juga membawa rahmat bagi seluruh alam yang meliputi kehidupan umat manusia sebagaimana firman Allah bermaksud:
“Tidak aku utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan membawa rahmat pada seluruh alam.” (al-Anbia: 107)
Sehubungan itu, ayat ini jelas menunjukkan bahawa selain al-Quran, hadis juga merupakan sumber utama perundangan dalam syariat Islam, justeru umat Islam wajib berpegang kepada al-Quran dan hadis serta mengamalkan ajarannya.
Sesiapa yang tidak mempercayai serta menolak hadis boleh terkeluar daripada Islam iaitu murtad. Ingatlah bahawa golongan antihadis sangat berbahaya dan menyesatkan akidah umat Islam. Oleh itu jauhilah golongan ini dan bagi mereka yang terlibat segeralah bertaubat dengan taubat nasuha.
Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Darimi bermaksud:
“Berpeganglah dengan sunahku dan sunah khulafah ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepas ku dan gigitlah sunah itu dengan gigi gerham kamu,(berpegang teguh dengan sunnah).”
Riwayat Nasai
@kitabasas
👍2
Manhaj Kitab al-Maudhu’at Karangan al-Imam Ibnu al-Jauzi
1. Kitab ini dianggap sebagai rujukan paling lengkap bagi mengenali hadis-hadis palsu.
2 .Sebab kitab ini ditulis dijelaskan sendiri oleh Ibnu al-Jauzi di mukadimah kitab ini iaitu untuk memenuhi permintaan murid beliau agar dihimpunkan untuknya sebuah kitab himpunan hadis-hadis palsu dan cara mengetahui kepalsuannya.
3. Ibnu al-Jauzi memulakan kitab ini dengan sebuah mukadimah yang mengandungi beberapa fasal tentang pembahagian hadis sahih dan daif, jenis-jenis pemalsu hadis dan kisah tentang mereka dan kritikan ke atas orang yg mengatakan bahawa mengkritik perawi termasuk dalam perbuatan ghibah (mengumpat).
4 .Seterusnya disebutkan beberapa bab pula di dalam mukadimah tersebut, iaitu:
Bab Pertama: Mencela perbuatan berdusta.
Bab Kedua: Tentang hadis “Sesiapa yang berdusta atas namaku....”, menyebutkan jalur-jalur sanadnya, jumlah sahabat yang meriwayatkannya dan perbincangan tentang makna hadis tersebut dan takwilannya.
Bab Ketiga: Perintah untuk menyelidiki tentang perawi dan berjaga-jaga daripada meriwayatkan hadis daripada perawi pendusta.
Bab Keempat: Tentang bab-bab yang terkandung di dalam kitab ini.
5 .Bab-bab yg terkandung di dalam kitab ini menyerupai bab-bab kitab hadis jenis al-Jami’ (الجامع) iaitu bab akidah, hukum hakam (seperti bersuci, solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain), adab-adab, pancaroba akhir zaman, tanda-tanda kiamat, kelebihan dan keutamaan amalan.
6 .Bagi setiap hadis akan disebutkan sanadnya, sebab-sebab kedaifannya dan perawi yang dituduh memalsukannya.
7 .Kebanyakannya hadis yg terkandung di dalam kitab ini diambil oleh Ibnu al-Jauzi daripada kitab-kitab berikut: al-Kamil Fi al-Dhu’afa’ karangan Ibnu ‘Adi, al-Majruhin karangan Ibnu Hibban, al-Dhu’afa’ karangan al-‘Uqaili, al-Dhu’afa’ karangan al-Azdi, Tafsir Ibnu Mardawaih, tiga Mu’jam al-Thabarani, al-Afrad karangan al-Daraqutni, tulisan al-Khatib al-Baghdadi, tulisan Ibnu Syahin, tulisan Abu Nu’aim al-Asbahani seperti Hilyah al-Auliya’, Tarikh Asbahan dan lain-lain, tulisan al-Hakim seperti Tarikh Naisabur dan al-Abathil karangan al-Juzaqani.
8 . Ibnu al-Jauzi akan meriwayatkan dgn sanad beliau sendiri sehingga penulis kitab tersebut dan daripada sanad penulis tersebut sehingga kepada Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam.
9 .Jumlah hadis yang terkandung dalam kitab ini ialah 1847 buah hadis.
10 . Kitab ini mendapat kritikan daripada para ulama selepas Ibnu al-Jauzi disebabkan sikap beliau yang agak mudah menghukum hadis sebagai palsu, antaranya:
a) Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani mengarang kitab al-Qaul al-Musaddad Fi al-Zabb ‘An Musnad Ahmad yang mempertahankan 24 buah hadis daripada kitab Musnad Ahmad yang dihukum palsu oleh Ibnu al-Jauzi.
b) Al-Hafiz al-Sayuthi membuat penambahan terhadap kitab al-Qaul al-Musaddad dengan menambah 14 buah hadis lagi.
c) Al-Hafiz al-Sayuthi mengarang pula sebuah kitab bertajuk al-Qaul al-Hasan Fi al-Zabb ‘An al-Sunan yang menghimpunkan hadis-hadis daripada kitab al-Qaul al-Musaddad dan 14 hadis tambahan beliau sendiri serta lebih 120 buah hadis lagi yang tidak sampai ke tahap palsu, antaranya: 4 buah hadis daripada Sunan Abu Daud, 23 buah hadis Sunan al-Termizi, sebuah hadis Sunan al-Nasa’ie, 16 buah hadis Sunan Ibnu Majah, sebuah hadis Sahih Muslim, sebuah hadis Sahih Sahih al-Bukhari (riwayat Hammad bin Syakir), bakinya lagi daripada kitab Khalq Af’al al-‘Ibad karangan al-Bukhari, hadis mu’allaq daripada kitab al-Sahih (al-Bukhari dan Muslim), Sunan al-Darimi, Sahih Ibnu Hibban, Mustadrak al-Hakim dan tulisan-tulisan al-Baihaqi.
d) Al-Hafiz al-Sayuthi juga meringkaskan kitab al-Maudhu’at (dgn membuang sanad Ibnu al-Jauzi kepada pengarang kitab sumber rujukan beliau), mengkritik Ibnu al-Jauzi dan menambah lagi sumber rujukan hadis dalam sebuah lagi kitab yg berjudul al-Laali al-Masnu'ah.
e) Al-Hafiz al-Sayuthi turut mengkhususkan sebuah kitab yang berjudul al-Ta’aqqubat ‘Ala al-Maudhu’at yang mengkritik penilaian Ibnu al-Jauzi terhdp lebih 300 buah hadis.
Rujukan:
#Masadir al-Hadith Wa Maraji’uhu
Kitab Misykat al-Masabih

👍1
hadith yang dimaksudkan adalah:
Daripada Abu Hurairah RA berkata, bahawa Nabi SAW bersabda:
الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ، وَجَنَّةُ الْكَافِرِ
Maksudnya: “Dunia merupakan penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang yang kafir”.
Sumber Hadith
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnad-nya (8289), Imam Muslim di dalam Sahih-nya (2956), Imam al-Tirmidzi di dalam Jami’-nya (2324) dan Imam Ibn Majah di dalam Sunan-nya (4113).
Hukum Hadith
Imam Muslim meletakkan hadith ini di dalam Sahihnya maka ini bermakna hadith ini adalah sahih.
Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini hasan sahih.
Imam Ibn Hibban meletakkan hadith ini di dalam sahihnya.
Syeikh al-Arna’outh mengatakan hadith ini sanadnya sahih mengikut syarat Imam Muslim ketika mentaqiqkan Musnad Ahmad.
Makna Hadith
Imam al-Nawawi berkata makna hadith ini bahawa setiap orang mukmin dipenjara dan dihalang di dunia ini daripada syahwat yang haram dan makruh. Orang mukmin itu juga mukallaf (dituntut) untuk melakukan perbuatan ketaatan yang berat. Namun begitu, apabila dia meninggal maka dia akan berehat daripada semua ini. Dan semua itu akan berubah sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah SWT kepadanya daripada nikmat-nikmat yang berkekalan dan juga kerehatan yang sebenarnya tanpa berkurang apa pun. Adapun orang yang kafir, mereka juga memperoleh apa yang mereka lakukan di dunia dalam keadaan sedikit dan kehidupan yang tidak sempurna atau samar-samar. Apabila dia meninggal, dia akan diazab buat selama-lamanya dan akan berada di dalam kepayahan yang abadi. Lihat al-Minhaj (93/18).
Imam al-Munawi dalam mensyarahkan hadis ini dalam Faid al-Qadir (3/546), telah menyebut sebuah kisah yang diambil daripada para ulama: “al-Hafiz Ibn Hajar (al-Asqalani) Ketika dia menjadi Ketua Qadi berjalan pada suatu hari melintasi sebuah pasar. Ketika itu beliau dalam sebuah rombongan penunggang haiwan kenderaan yang besar, cantik lagi mengagumkan. Tiba-tiba meluru ke arahnya seorang lelaki Yahudi, penjual minyak biji rami. Pakaiannya kotor dengan minyak, dan kelihatan semakin lusuh dan buruk. Dia lantas memegang kekang baghal Imam Ibn Hajar dan berkata: “Wahai Syeikh al-Islam! Engkau mendakwa bahawa Nabi kalian berkata: “Dunia itu penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir,” lantas, penjara mana yang engkau berada sekarang? Dan syurga mana yang aku berada sekarang?” Jawab Ibn Hajar: “Aku jika dibandingkan apa yang Allah janjikan bagiku di akhirat nanti daripada kenikmatan syurga, seakan aku sekarang berada di penjara, manakala engkau pula, jika dibandingkan dengan apa yang Allah janjikan bagi engkau di Akhirat, seolah-olah sekarang engkau berada dalam syurga.” Lalu Yahudi itu masuk Islam.
Berkaitan taklif (tanggungjawab), Imam al-Marwazi pernah menceritakan bahawa: Aku pernah bertanya kepada Imam Ahmad: “Bagaimana keadaan anda pagi hari ini?”. Beliau menjawab: “Bagaimana kira-kira keadaan seorang hamba pada pagi hari, di mana Rabbnya menuntut dirinya untuk melaksanakan berbagai kewajipan, Nabinya menuntut dirinya untuk menjalankan al-Sunnah, sementara dua malaikat menuntut dirinya untuk beramal dengan benar, di sisi yang lain, jiwanya menuntut dirinya untuk menurut hawa nafsu dan iblis pula menuntutnya untuk melakukan perbuatan keji, malaikat maut pula melihat dirinya untuk mencabut rohnya, sementara keluarganya menuntut daripadanya untuk mencari nafkah”.
Huraian dan syarah hadis di atas menunjukkan bahawa orang beriman itu di dunia diperintahkan untuk taat kepada perintah dan meninggalkan larangan Allah, sebagai ujian untuk mendapatkan rahmat Allah berupa kebahagiaan di akhirat. Ini tidak menafikan peluang bagi seorang manusia, sama ada Islam atau bukan, untuk mendapatkan kekayaan dunia denga usaha dan peluang. Hadis ini juga tidak menjadi halangan untuk orang Islam untuk berbuat baik dengan orang bukan Islam dan membawa mereka untuk masuk Islam seperti mana yang diungkapkan dalam kisah Ibn Hajar di atas.
Kesimpulannya, kita perlulah berusaha dan beramal dengan bersungguh-sungguh di dunia ini kerana dunia ini bersifat sementara. Selain itu

kita juga perlulah menjadikan dunia ini sebagai lading untuk kite beramal. Berdasarkan firman Allah SWT:
مَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ ۖ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ
Maksudnya: “Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) faedah di akhirat, maka Kami akan memberinya serta kami tambahkan pada faedah yang dikehendakinya. Dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, maka Kami akan beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan). Dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun (di akhirat kelak)”. [al-Syura:20]
Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita orang yang cintakan ilmu serta memberi kita kefahaman di dalam agama ini dan memelihara kita daripada melakukan kesalahan dalam menyampaikan hadith Nabi SAW. Amin.

Cara Nak Kenal Hadith Palsu
Hadith palsu ialah sesuatu yg direka-reka, lalu disandarkan kepada Nabi صلى الله عليه وسلم.
Nabi tak kata, tapi dia kata Nabi kata. Tanpa apa2 sumber. Dia kata Nabi kata, sbb dia ada kepentingan tertentu yg ingin dicapai, sama ada utk tujuan buruk atau baik.
Tujuan buruk seperti reka hadith utk sokong pegangannya yg salah, atau nk menguatkan mazhab dia, atau nk kan habuan dunia dsb.
Tujuan baik seperti nk bagi orang dekat dgn agama, dia reka hadith sekian2, sedangkan Nabi tak pernah kata.
Sebenarnya sukar utk mengenali hadith palsu. Orang yg biasa2, tak pernah baca kitab hadith, tak talaqi hadith, mmg sukar nak kesan.
Mereka yg dapat kesan hanyalah dalam kalangan para huffaz hadith, amirul mukmimin fi al-hadith, al-hakim fi al-hadith dan seumpama mereka.
Al-Hafiz, kalau depa tak jumpa sumber hadith, depa akan kata tak jumpa sumber, tanpa membuat kesimpulan yg hadith itu palsu. Hal ini mungkin ada manuskrip hadith yg tidak dijumpainya, tetapi dijumpai oleh al-hafiz lain.
Ada ulama yg cuba himpunkan hadith2 palsu dalam sebuah kitab, seperti Ibn al-Jawzi, al-Suyuti dan seumpama mereka. Namun, utk kitab Ibn al-Jawzi, ramai ulama yg kritik sbb hadith yg tidak palsu pun turut beliau masukkan dalam kitab tersebut.
Zaman kita hari ni, ramai juga yg mudah nk palsukan hadith. Tak jumpa sumber, jumpa sanad yg ada perawi dituhmah bi al-kazib, atau perawi kazzab, terus tolak hadith itu atau memalsukannya. Sedangkan, ada kaedah ulama hadith dalam kalangan al-Shafi’iyyah sendiri, tidak semestinya hadith yg datang daripada perawi bermasalah itu ditolak semua, kemungkinan mereka ada bercakap benar. Kemungkinan hadith itu betul, depa yg bermasalah. Nk tau benar atau tidak kena usaha cari shawahid terhadap hadith itu, mutaba’at, cari manuskrip2 yg masih tak dicetak, cari sanad yg tak ditulis, dsb, utk dibuat iktibar, kemungkinan hadith itu ada pada sumber2 tersebut.
Jadi utk mudah kenal hadith yg dikategorikan sbg palsu ni, cari hadith2 palsu yg telah pun disepakati oleh kesemua ulama, tiada khilaf lagi dalam kalangan mereka, atau boleh juga tengok hadith yg majoriti ulama kata palsu, walaupun minoriti kata dak. Pegang dalam kadar ghalabah zann sahaja, bukan yakin qat’i, kerana kemungkinan hat minoriti kata dak tu betui kat depa.
Wallahua’lam

KELEBIHAN MEMPELAJARI ILMU HADIS NABAWI
Sebelum ini kita telah mengetahui bahawa menyibukkan diri dalam ilmu agama merupakan antara ibadah terbaik yang dapat menghampirkan diri kepada Allah. Justeru, amalan terbaik untuk mencapai kedudukan yang tinggi adalah dengan mendalami ilmu terutama ilmu yang berkaitan dengan hadis nabawi. Sesiapa yang berusaha dalam ilmu ini dan memberikan tumpuan berkhidmat kepada ilmu ini, maka dia akan mencapai kemuliaan yang tinggi, ganjaran yg besar dan memperoleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Sunnah merupakan ilmu yang paling mulia dan paling tinggi kedudukannya selepas alQuran al-Karim. Sunnah berfungsi sebagai penerang dan penjelas bagi al-Quran. Rasulullah telah diberi tanggungjawab oleh Allah untuk menjelaskan dan mentafsirkan kitab-Nya. Allah Subhanahu wa Taala berfirman:
بِالْبَيِّنَاتِ وَالزُّبُرِ ۗ وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Maksudnya: “Kami turunkan kepada kamu peringatan supaya kamu menerangkannya
kepada manusia tentang apa yang diturunkan kepada mereka.” (al-Nahl: 44).
Penerangan hadis daripada baginda sollallahu alaihi wa sallam adalah tepat dan bebas daripada kesilapan. Firman Allah Subhanahu wa Taala:
إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَىٰ
“Dia tidak bercakap mengikut hawa nafsu. Sesungguhnya ia merupakan satu wahyu
yang diturunkan-Nya.” (Al-Najm: 4).
Oleh itu, Sunnah Nabawiyyah merupakan salah satu asas agama selepas kitab al-Quran yg merupakan sumber utama bagi syariat Islam. Firman Allah Subhanahu wa Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ ۖ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
“Wahai orang yang beriman, taatilah Allah, Rasul dan orang yang memegang urusan
kamu. Apabila kamu bertelagah maka kembalilah kepada Allah dan rasul-Nya” (surah Nisa ayat 59).
Umat Islam sgt mengambil berat terhadap periwayatan hadis serta menjaganya kerana ia merupakan sumber hukum yang kedua selepas al-Quran al-Karim. Ia juga merupakan gambaran ttg kepada kehidupan sebenar Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa sallam
daripada hari kelahiran hinggalah kewafatannya. Menjaga hadis Nabi sollallahu alaihi wa sallam umpama menjaga al-Quran dan agama Islam. Oleh itu terdapat banyak hadis yang memperkatakan tentang kelebihan mempelajari, mengajar, menjaga dan mempertahankan hadis.
Antaranya ialah:
1) Sabda Nabi sollallahu alaihi wa sallam daripada Zaid bin Thabit rodiyallahu anhu:
“Semoga Allah menyerikan wajah orang yang mendengar sesebuah hadis daripada kami, lalu dia menghafal sehingga dapat menyampaikannya kepada orang lain…”.(Diriwayatkan oleh al-Imam al-Tirmizi di dalam Jami’nya, hadis no: 2656).
Maka, memadailah bagi perawi mendapat kedudukan yang tinggi kerana dia termasuk dalam doa Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam Baginda sollallahu alaihi wa sallam sendiri yg mendoakan semoga perawi berada dalam keadaan yang baik dengan wajahnya berseri-seri. Al-Imam Sufyan bin ‘Uyainah berkata“Berdasarkan hadis ini, setiap ahli hadis pasti terdapat pada wajahnya cahaya kemuliaan”.( Syaraf Ahl al-Hadith oleh al-Khatib al-Baghdadi hlm: 35).
2) Sabda Nabi sollallahu alaihi wa sallam daripada Usama bin Zaid rodiyallahu anhu:
“Ilmu ini akan dibawa oleh golongan yang ‘Udul (dipercayai) sepanjang zaman.
Mereka ini akan membersihkannya daripada sebarang penyelewengan golongan
pelampau, tipu daya golongan batil dan pentafsiran salah yg jahil”.( Sila lihat al-Raud alBasim Fi Zab ‘An Sunnah Abi al-Qasim hlm 1/21-23).
Hadis ini dengan jelas telah mengkhususkan kelebihan yg tinggi kepada pendukung Sunnah. Ini merupakan satu kemuliaan yang besar bagi umat Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa sallam Kehebatan dan kemuliaan pendorong sunnah ini adalah jelas di seluruh dunia. Merekalah yg menjadi benteng kepada sumber syariah dan matan-matan riwayat

yat daripada penyelewengan golongan pelampau, tafsiran yang batil dan tipu daya golongan yang jahil dengan cara menukilkan nas-nas yang jelas bagi menolak kesamaran dan keraguan padanya.
3) Sabda Nabi sollallahu alaihi wa sallam daripada Thauban rodiyallahu anhu:
“Akan sentiasa wujud sekumpulan dalam kalangan umatku, golongan yang berada di
jalan kebenaran, tidak akan memudaratkan mereka setiap yang menjauhkan diri daripada mereka (dengan tidak membantu dan tidak menyokong), sehinggalah berlakunya kiamat”. (Direkodkan oleh Muslim dalam Sahih no: 1920).
Ulama yang menghuraikan hadis ini berkata yang dimaksudkan dengan “sekumpulan” itu ialah ahli-ahli hadis. Sehinggakan al-Imam Ahmad bin Hanbal menegaskan dengan berkata: “Sekiranya mereka itu bukan ahli hadis, maka saya tidak tahu siapakah lagi mereka itu”. ( Sila lihat: Syaraf Ashab al-Hadith oleh al-Khatib al-Baghdadi, no: 46, 51).
Manakah lagi kumpulan atau kelompok yg lebih berhak untuk menjadi kumpulan yang mendapat kemuliaan sebagai orang yang memelihara agama selain daripada golongan ini? Mereka telah memperihalkan cara kehidupan beragama, menyebarkan sunnah dan membanteras bidaah. Mereka adalah ahli-ahli hadis Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa sallam. Merekalah golongan yang memeliharanya. Mereka jugalah yang lebih mengetahui tentang Sunnah dan begitu kuat mencontohi segala yang baik daripada Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam. Malah, mereka mencontohi segala teladan yang baik daripada para sahabat baginda sollallahu alaihi wa sallam Mereka ini merupakan ‘bayangan’ bagi Rasulullah!! Jika tidak kerana mereka, nescaya tidak akan ada ahli fakih, mufasir, ulama mahu pun orang yang soleh! Bahkan jika tidak kerana mereka, nescaya tidak akan ada muslimin yang mengesakan Allah Subhanahu wa Taala!.
4) Daripada Abdullah bin Mas’ud radiyallahu anhu, Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa
sallam bersabda:
“Sesungguhnya manusia yg paling layak terhadap aku pada hari kiamat kelak adalah
orang yg paling banyak berselawat kepadaku”. (Diriwayatkan oleh al-Tirmizi di
dalam Jami’nya ).
Ulama menyatakan bahawa manusia yg paling bahagia apabila mendengar hadis ini
adalah ahli-ahli hadis.
Ibn Hibban (W354H) berkata setelah mentakhrijkan hadis ini dalam kitab Sahihnya:
“Dalam hadis ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa manusia yg paling utama untuk mendapat layanan daripada Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam pada Hari Kiamat kelak adalah ahli-ahli hadis kerana tidak ada dalam kalangan umat ini, golongan yang lebih byk berselawat kepada Nabi sollallahu alaihi wa sallam daripada mereka”.( Al-Ihsan Bi Tartib Sahih Ibn Hibban: Ibn Balban, 3/1920.).
Menurut Abu Nu’aim al-Asbahani (W430H): “Ini adalah satu kurniaan yang sangat mulia
yg telah dikhususkan kepada para perawi athar. Tidak diketahui dalam kalangan ulama, golongan mana yg lebih banyak berselawat daripada mereka sama ada dalam bentuk penulisan mahupun sebutan”.( Syaraf Ashab al-Hadith oleh al-Khatib al-Baghdadi, hlm: 35).
Kesemua hadis yg telah disebutkan sebelum ini menunjukkan secara jelas mengenai kemuliaan, ketinggian yang dikurniakan kepada pelajar yang menggunakan masanya untuk mendalami khazanah ilmu hadis sama ada dengan mempelajari, mengkaji atau menulisnya.
Betapa tinggi kedudukan mereka sehinggakan dikatakan bahawa mereka merupakan orang yang paling berseri-seri wajahnya, paling tinggi kedudukan dan yg paling bahagia. Segala nikmat ini diperoleh dengan berkat mereka mempelajari serta menyibukkan diri dalam bidang ini. Oleh itu, Imam Nawawi (W767H) berpandangan bahawa ilmu ini merupakan ilmu yg paling agung dan paling dituntut untuk dicari.
Mempelajarinya dikira antara ketaatan yang tertinggi dan ibadat yang paling mulia. Manakala Ibn Athir al-Jazari (W606H) berpendpt bahawa mempelajari ilmu ini dikira fardu kifayah.
Cerita-cerita mengenai kegigihan para salafussoleh terdahulu dalam mencari ilmu hadis telah menjadi buah mulut yang menimbulkan perasaan kagum terhadap usaha mereka. Mereka telah membelanjakan segala yang mereka miliki, bersengkang mata berjaga mlm dan menjadikan

Menjadikan usaha mencari ilmu ini sebagai darah daging mereka sehingga ke liang lahad.
Beberapa kata-kata mereka telah direkodkan seperti berikut:
Ibn Mubarak apabila ditanya bilakah beliau akan berhenti daripada menulis hadis?
Beliau menjawab: “Sehingga suatu perkataan yang saya perolehi manfaat daripadanya saya tidak dapat mendengarinya lagi (meninggal dunia). (Syaraf Ashāb al-Hadīth, al-Khatib al-Baghdadi hlm: 68).
Apabila beliau ditanya bilakah beliau akan berhenti mencari ilmu hadis?
Jawab beliau: “Saya rasa saya tidak akan meninggalkannya sehinggalah saya mati”.(Taqdimat-Jarh wa Ta’dil, Ibn Abi Hatim al-Razi.).
Begitu juga apabila Imam Ahmad rahimahullah. (W241H) ditanya sampai bilakah seseorang itu akan menulis hadis? Beliau menjawab: “Sampai mati”. ( Syaraf Ashāb al-Hadīth, al-Khatib al-Baghdadi hlm: 68).
Begitulah perhatian mereka terhadap ilmu hadis Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa
sallam. Mereka telah menghambakan diri untuk mencari ilmu dan telah menjadikan tujuan hidup mereka. Kecintaan yang mendalam terhadap perkara ini tidak dapat ditandingi dalam lipatan sejarah peradaban manusia.
(Dari buku: “Metodologi Terbaik Mempelajari Ilmu Hadis”, oleh: Syed Abdul Majid Ghouri, , Institut Kajian Hadis, Selangor, Edisi pertama 2014, hlm: 19, 25)

HADIS DHAIF DAN HUKUM BERAMAL DENGANNYA
Nabi Muhammad S.A.W. merupakan pembawa Rahmat kepada sekalian alam yang telah Allah anugerahkan kepada kita semua seperti mana yang telah dinyatakan di dalam al-Quran:
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam.
Sebagai utusan Allah, Nabi Muhammad S.A.W. membawa bersamanya al-Quran sebagai panduan kepada umat manusia dan jin seperti mana yang dinyatakan di dalam al-Quran:
Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
Walaupun wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. merupakan panduan atau pun sumber utama hukum Islam namun ia bukanlah satu-satunya sumber hukum atau sumber panduan kepada umat Islam.
Apa yang terdapat di dalam al-Quran diperjelaskan lagi melalui apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W. sama ada dari perkataan, perbuatan, pengakuan atau ketetapan dan sifat-sifatnya dan ianya dipanggil hadis atau di panggil al-Sunnah.
Hujjah yang mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. adalah sebagai panduan untuk umat Islam adalah berdasarkan hadis:
عَلَيْكُـمْ بسُنَّتِـي وَسُنَّةِ الْخُلَفَـاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيـِّـيـنَ عـَضُّـوا عَـلَيْـهَـا بِالـنَّـوَاجِذِ
Maksudnya: Wajib ke atas kamu mengikut al-Sunnah ku dan juga al-Sunnah Khulafa’ Rasyidin selepas ku. Hendaklah kamu gigitnya dengan gigi geraham kamu. (hadis riwayat Imam Abu Daud, Sunan Abu Daud Halaman 281, Jilid 4, Beirut: Dar al-Fikr)[2].
#Jenis-Jenis Hadis
Sebelum membicarakan mengenai hadis dhaif ada baiknya kita melihat jenis-jenis hadis secara umum. Di dalam pengkategorian hadis terdapat 5 kategori hadis iaitu hadis Sahih, hadis Hasan, hadis Dhaif dan juga hadis Maudu’.
Hadis Sahih
Hadis Sahih adalah hadis yang telah melalui atau menepati syarat-syarat hadis Sahih yang telah digubal oleh para ulama hadis. Syarat-syarat hadis Sahih ialah:
1. Hadis yang diriwayatkan bersambung sanadnya dari seorang perawi hingga kepada perawi yang sebelumnya dan begitulah seterusnya sehingga sampai kepada Rasulullah S.A.W.
2. Perawi-perawi hadis tersebut hendaklah seorang yang adil[3].
3. Perawi-perawi hadis tersebut juga hendaklah terdiri daripada perawi-perawi yang sempurna kedhabitannya.
4. Tiada syaz (keraguan / keganjilan) pada hadis tersebut.
5. Tiada Illat atau pun kecacatan pada hadis itu.
Hadis Hasan
Hadis Hasan pula adalah hadis yang rendah sedikit tarafnya / martabatnya daripada hadis Sahih. Di mana hadis Hasan tidak memenuhi salah satu daripada syarat-syarat hadis Sahih iaitu di dlm sanad hadis tersebut terdapat perawi hadis yang kurang dhabit (kurang ingatannya).
Hadis Dhaif
Hadis Dhaif ialah hadis yang tidak memenuhi syarat-syarat hadis Sahih dan juga hadis Hasan. Hadis inilah yang akan diperbincangkan di dalam penulisan ini.
Hadis Maudu’
Hadis Maudu’ ialah hadis merupakan hadis palsu yang direka oleh sesetengah pihak yg mempunyai kepentingan atau agenda yang tersendiri. Hadis pada taraf Maudu’ adalah tertolak dan langsung tidak boleh digunakan sebagai hujjah dan untuk apa tujuan sekali pun kecuali untuk menerangkan kedudukan dan status hadis tersebut agar orang ramai tahu bahawa hadis itu adalah hadis palsu dan dengan itu dapat menjauhkan diri daripada terlibat di dalam penyebaran atau pun beramal dengan hadis tersebut. Ini kerana hadis palsu adalah satu pembohongan terhadap Rasulullah S.A.W. dan membuat pembohongan terhadap Rasulullah S.A.W. adalah satu perbuatan yg haram dan berdosa besar. Hadis Rasulullah S.A.W. :
من كذب على متعمدا فليتبوأ مقعده من النار
Maksudnya: Sesiapa yang mendustai ku dengan sengaja maka bersedialah tempatnya di neraka
Hadis riwayat Imam al-Bukhari dan imam Muslim

Punca Sesebuah Hadis Menjadi Taraf Hadis Dhaif
Hadis Dhaif seperti yang telah diterangkan sebelum ini adalah merupakan hadis yang lemah disebabkan tidak menepati salah satu atau lebih syarat-syarat yang terdapat pada hadis Sahih atau hadis Hasan. Antara yang menyebabkan berlakunya hadis tersebut tidak memenuhi syarat hadis Sahih atau hadis Hasan ialah kerana:
1. Terputusnya sanad hadis
2. Terdapat di antara perawi hadis tersebut tidak adil
3. Terdapat juga di antara perawi hadis tersebut yang lemah ingatannya
4. Timbulnya atau wujudnya syaz (keraguan, keganjilan) pada hadis tersebut
5. Terdapat Illat (kecacatan) pada hadis tersebut
Hukum Beramal Dengan Hadis Dhaif
Di dalam menyatakan mengenai hukum beramal dengan hadis Dhaif, para ulama hadis telah berselisih pandangan mengenainya namun begitu jumhur ulama telah mengharuskan menggunakan hadis Dhaif bagi tujuan Fadhail al-Amal (kelebihan beramal). Menggunakan hadis Dhaif bagi tujuan Fadhail Amal adalah dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti yang telah dinyatakan oleh al-Imam al-Hafiz Ibn Hajar
#5 iaitu:
1. Hadis tersebut hendaklah tidak terlalu Dhaif
2.Sesuatu hadis itu menggambarkan sesuatu amalan yang bersandarkan kepada hadis Sahih atau hadis Hasan yang lain iaitu ia mempunyai asal dalam hadis Sahih atau hadis Hasan yang lain
3. Tidak berikhtikad ketika beramal dengannya bahawa hadis tersebut sabit daripada Rasulullah S.A.W.
Kitab Yang Menghimpunkan Hadis Dhaif
Para ulama hadis telah menghimpunkan hadis-hadis Dhaif di dalam kitab-kitab penulisan mereka. Antara kitab-kitab yang mahsyur yang menghimpunkan hadis Dhaif ialah:
1. Mizan al-Iktidal karangan Imam al-Dhahabi
2. al-Marasil karangan Imam Abu Daud
3. al-Ilal karangan Imam al-Daraqutni
Para ulama hadis pada zaman lalu telah berusaha secara bersungguh-sungguh di dalam menjaga keautoritian khhazanah hadis agar terpelihara daripada dicemari unsur-unsur yang boleh merosakkan keautoritian hadis. Ini kerana hadis akan dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W. Terjejasnya autoriti hadis akan menyebabkan timbulnya pertikaian terhadap diri Rasulullah S.A.W. apatah lagi musuh-musuh Islam sentiasa mencari ruang untuk memburuk-burukan Rasulullah S.A.W. dan juga ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda S.A.W.
Dengan terjaganya maqam hadis maka akan turut menjaga reputasi Rasulullah S.A.W. dan dengannya akan menyebabkan tertutupnya pintu-pintu bagi musuh-musuh Islam untuk memburuk-burukan Baginda S.A.W. seterusnya menyelamatkan umat Islam menjadi ragu-ragu terhadap ajaran Islam.
Pembahagian darjat hadis-hadis yang dilakukan oleh para ulama hadis adalah demi menjaga keautoritian hadis.
Rujukan
Mohd. Muhiden Abd. Rahman. 2010. Ulum al-Hadith Lengkap dengan Takhrij al-Hadith dan Pengajian Sanad Hadith . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Manna’ Khalil al-Qathan. 2006. Cara Mudah Memahami Ilmu-Ilmu Hadith. (terj). Kuala Lumpur: Pustaka Jiwa Sdn. Bhd.
Prof. Dr. Haji AbdulMalik AbdulKarim Amrullah (HAMKA). Tafsir Al-Azhar. Penerbit Pustaka Panjimas, Jakarta.