Kelas copywriting
758 subscribers
28 photos
58 links
Tempat belajar ilmu-ilmu copywriting.
Download Telegram
Adakah iklan mesti guna story telling baru berkesan? https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10159309881569054&id=606944053
Tak tahu nak post apa hari-hari di media sosial anda?

Dalam artikel ini saya kongsikan 5 cara untuk dapatkan idea tak henti-henti.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10159480745844054&id=606944053&sfnsn=mo
Satu lagi formula copywriting yang berkesan

Formula ini saya namakan before after effect.

Formulanya simple je...

HEADLINE
MASALAH (BEFORE)
HASIL (AFTER)
OFFER
CTA

Contoh copywriting yang gunakan formula ini.

===

Alhamdulillah sekarang dah boleh senyum tengok alat ukur tekanan darah

Dulu tiap hari rasa pening dan loya serta sakit belakang tengkuk akibat tekanan darah meningkat tinggi.
.
Nak cari rezeki untuk keluarga pun susah asyik lesu je, badan cepat letih kerja memang tak boleh fokus
.
Selama 10 tahun dah macam-macam produk cuba dari murah ke mahal semua tak menjadi.
.
Ada saudara suruh cuba Kapsul Kunyit Hitam Black G, saya dah hampir putus asa sebenarnya dah banyak produk cuba memang takde kesan.
.
Tapi kenapa saya nak try juga produk ni?
Sebab saya rasa yakin produk ni 𝐝𝐢𝐤𝐚𝐣𝐢 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐬𝐚𝐢𝐧𝐭𝐢𝐬 𝐌𝐀𝐑𝐃𝐈 𝐝𝐚𝐧 𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬 𝐊𝐊𝐌.
.
Dalam masa beberapa minggu je saya rasa rajin dan fokus bekerja, takde rasa stress dah. Pening dan loya pun hilang, Tengkuk rasa ringan memang selesa sangat nikmati hidup yang dah lama saya idamkan ni 😎
.
Syukur sangat akhirnya jumpa juga solusi masalah tekanan darah saya ni.
.
Sekarang ada offer saya sangat best!

Sapa beli akan dapat loket emas 916 (0.03g).

Loket ni terhad. Siapa cepat dia dapat.

Rebut peluang ini sekarang >>

===

Cubalah formula copywriting ini sekarang!
Jangan buat kesalahan ini apabila menulis copywriting

Adakah anda sedang fikir cara tulis copywriting yang berkesan.

Yang dapat hasilkan banyak lead.

Yang mampu hasilkan conversion.

Dan dapat tingkatkan jualan?

Ramai yang nak result bagus macam tu tapi tak perasan mereka dah buat kesalahan ni dalam copywriting.

Sebab tu copywriting nya tak berkesan.

Ramai yang buat copywriting dengan cara agak-agak atau fikir-fikir.

Setiap kali kalau ada sesi coaching saya suka bertanya kepada peserta.

Macam mana biasanya mereka buat copywriting.

Ada yang agak-agak (ni paling ramai).

Ada juga yang buat shortcut iaitu tiruvasi copywriting orang lain.

Sebenarnya nak buat copywriting yang berkesan, kena faham pelanggan betul-betul.

Cara paling simple dan berkesan buat kajian adalah jumpa pelanggan atau orang yang ada masalah yg hendak diselesaikan oleh produk.

Tanya dia apakah kesulitan yang timbul akibat masalah yang dia sedang alami.

Apakah struggle dia.

Apakah benda yang dia suka dan benci.

Apakah benda yang buat dia risau dan bimbang.

Dari situ barulah kita dapat data sebenar untuk hasilkan copywriting.

Copywriting yang terhasil daripada data ini berkesan kerana pembaca akan "berasa" apabila membacanya.

Copywriting yang dibuat secara teka-teka menyebabkan isinya sukar dipercayai dan adakalanya langsung tak betul.

Jadi setiap kali nak buat copywriting, pastikan buat kajian dulu.
Surat jualan yang orang nak baca

1st rule kalau nak surat jualan yang convert adalah surat jualan tu mestilah surat jualan yang orang nak baca.

Kalau orang nak baca surat jualan kita pun tak sanggup macam mana nak close mereka beli?

Di sini saya kongsikan beberapa tips yang akan buat orang nak baca surat jualan anda.

1. Hook yang menarik

Hook adalah apa-apa sahaja (sama ada teks, gambar atau video) yang boleh buat orang rasa nak baca isi kandungan seterusnya.

Yang penting orang tengok hook yang kita buat terus buat dia rasa nak tahu apa cerita berikutnya.

2. Flow yang lancar

Jangan buat surat jualan yang berbelit-belit dan meleret-leret.

Orang zaman now nak dapat maklumat dengan pantas.

Jadi pastikan flow surat jualan kita mudah difahami dan mampu menyampaikan mesej dengan jelas.

3. Tunjukkan bagaimana produk kita membantu

Orang nak baca surat jualan kita sebab dia nak tahu, bagaimana produk kita bantu dia.

Gunakan selling point yang tepat dan baik.

Biar pelanggan nampak bagaimana produk kita membantu mereka.

4. Tunjukkan manfaat yang pelanggan akan dapat

Pelanggan juga nak tahu, lepas dia guna produk kita apa akan jadi.

Tunjukkan dengan jelas, apa yang akan berlaku dengan mereka.

Biar mereka rasa teruja nak guna.

5. Gunakan font dan grafik yang sesuai

Apabila muat naik surat jualan kita ke web, pastikan kita buat reka susun (design) yang mampu menyampaikan mesej dengan jelas dan menyebabkan orang seronok dan selesa baca surat jualan kita.

Gunakan grafik untuk membantu penerangan.

Pastikan saiz font dan jedanya sesuai.

Jangan terlalu rapat atau serabut kerana ia boleh menyebabkan orang hilang minat nak baca.

Selain 5 perkara di atas, pastikan info yang anda letak dalam surat jualan anda adalah benar.

Bukannya hype semata-mata.

Mmg lah dalam sales kita nak jualan.

Tapi jangan lupa segala yang kita buat akan ditanya di akhirat kelak.

Tak guna jualan banyak tapi kena tanggung dosa pulak.