Kapsul Tazkirah
20.8K subscribers
282 photos
99 videos
6 files
888 links
Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda;

‎خير الناس أنفعهم للناس

Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.
Download Telegram
https://www.astroawani.com/berita-dunia/pemimpin-hamas-ismail-haniyeh-dibunuh-di-iran-laporan-481411

Khabar yang amat sedih hari ni. Perginya sorang pemimpin yang hebat, Sheikh Ismail Haniyeh. Insya Allah, moga syurga tertinggi buat beliau. Sama-sama doakan.

‎إنا لله وإنا إليه راجعون اللهم اغفر له
وارحمه وعافه واعف عنه
Perjuangan Hingga ke Titisan Darah Terakhir

Pemergian seorang tokoh pembebasan dan kemerdekaan menyuluh obor pembakar semangat rakyat. Sejarah telah membuktikan dan kebangkitan ini wajar digeruni penjajah.

Api keazaman kemerdekaan terus disiram dengan minyak dari tumpah darah para syuhada’. Dunia bakal menyaksikan jutaan manusia berjiwa pejuang lahir dari perjuangan tiada noktah ini.

Para penzalim termasuk yang bersekongkol bergembira dengan pemergian pejuang-pejuang ini sehinggakan mereka lupa Tuhan yang menjadi sandaran para syuhada’ di tanah penuh barakah ini juga bumi para anbiya’.

Laknat Allah ke atas pembunuh, penzalim, penjajah, pemerkosa, pencabul, pengkhianat yang membantu 🇮🇱 dan kuncu-kuncunya.

Kemenangan 🇵🇸 semakin hampir dengan kebangkitan rakyat dari seluruh dunia!

Teruskan solidariti kita, usaha kita dan doa tak pernah putus buat 🇵🇸!

بروح بدم نفديك يا فلسطين
خيبر خيبر يا يهود جيش محمد سوف يعود

https://t.me/kapsul_tazkirah
“Bantinglah otak untuk mencari ilmu sebanyak-banyaknya guna mencari rahsia besar yang terkandung di dalam benda besar bernama dunia ini, tetapi pasanglah pelita dalam hati sanubari, iaitu pelita kehidupan jiwa.”

- Imam Al-Ghazali -
Berdoa lah pada senja jumaat, nescaya ada waktu mustajabnya doa 🤲🏻

Doa untuk 🇵🇸 juga

#PalestinBangkit
“Karena sudah demikian mestinya hidup itu, habis kesulitan yang satu akan menimpa pula kesulitan yang lain. Kita hanya beristirahat buat sementara guna mengumpulkan kekuatan untuk menempuh perjuangan yang baru dan mengatasinya. Sebab itulah maka tak usah kita menangis diwaktu mendaki, sebab di bau pucak perhentian pendakian itu telah menunggu daerah yang menurun. Hanya satu yang akan kita jaga di sana, yaitu kuatkan kaki, supaya jangan tergelincir. Dan tak usah kita tertawa di waktu menurun, karena kelak kita akan menempuh pendakian pula, yang biasanya lebih tinggi dan menggoyahkan lutut dari pada pendakian yang dahulu. Dan barulah kelak di akhir sekali, akan berhenti pendakian dan penurunan itu, di satu sawang luas terbentang, bernama maut.

Di sana akan bertemu alam datar, tak berpendakian, tak berpenurunan lagi.”

-Hamka, Merantau Ke Deli-
Pencinta buku dan ilmu yang masih mencari buku-buku bermanfaat, banyak buku menarik menanti anda!

Dapatkan segera dengan harga promosi sebelum tamat tempoh!

Buku Faqih
https://abbascentre.onpay.my/order/form/TerbitanBukuFaqih/203

Buku Paradigma Ibrah
https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/buku/94

Buku APT
https://akademipemikiranturath.onpay.my/order/form/BukuAPT/42

Buku Imanshoppe
https://www.imanshoppe.com/?ref=czqrrpep
Bahaya Berita

Isu yang membimbangkan hari ini adalah kebenaran yang kita peroleh. Walau kecanggihan dunia asbab kepintaran buatan dan banyak lagi membuatkan informasi boleh didapati sepantas kilat, namun kebenarannya wajar dipastikan terlebih dahulu.

Memastikan kesahihan dan kebenaran merupakan nilai penting dalam usaha memartabatkan ilmu dan kemuliaan insan. Alangkah malangnya jika kebenaran yang sepatutnya terjelma tetapi kebatilan yang menang disebabkan kemalasan kita mengkaji atau keterujaan kita menyebarkan berita yang belum pasti kebenarannya.

Firman Allah SWT;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan
(Surah al-Hujurat: 6)

Berdoa lah pada senja jumaat, di sana ada waktu mustajabnya doa 🤲🏻

Doa untuk 🇵🇸 juga

#PalestinBangkit

https://t.me/kapsul_tazkirah
Doa Mohon Perlindungan Diri

1. Doa agar dilindungi daripada segala bahaya yang tidak diketahui

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْئٌ فىِ اْلاَرْضِ وَلاَ فىِ السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعِ اْلعَلِيْمِ

Maksudnya : Dengan nama Allah yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan berbahaya, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

2. Ayat Kursi

Maksudnya : Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

3. Bacaan surah 3 qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas)

4. Doa agar dilindungi binatang buas & penyakit ‘Ain

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ

Maksudnya : Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari semua setan dan binatang buas, serta dari pandangan mata yang membawa keburukan.

5. Doa perlindungan diri daripada kejahatan

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

Maksudnya : Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan ciptaan-Nya.

https://t.me/kapsul_tazkirah
https://t.me/boost/kapsul_tazkirah
Barangkali kita punyai ramai kenalan. Cuba lah sebaiknya menyantuni semua di sekeliling. Tidak berlebihan dan tidak pula memulaukan.

Rujuk surah عبس. Sungguh kita semua diminta agar tidak memilih dalam melayani manusia. Namun harus diingat banyak aspek perlu dipelihara agar hubungan hanya kerana Dia yang Maha Esa semata.

https://t.me/kapsul_tazkirah
https://t.me/boost/kapsul_tazkirah
Erti Sebuah Kemerdekaan

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan. Sedar tak sedar pada tahun ini kita menyambut hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 67.

Merdeka bukan hanya dibebaskan dari penjajahan fizikal negara oleh negara penjajah, malah erti sebuah kemerdekaan lebih daripada itu.

Mengambil ucapan seorang sahabat nabi SAW: Rubai'e bin Amir R.A ketika berhadapan dengan Raja Rustum katanya:-

اللهُ ابْتَعَثَنَا لِنُخْرِجَ مَنْ شَاءَ مِنْ عِبَادَةِ العِبَادِ إِلَى عِبَادَةِ رَبِّ العِبَادِ،وَمِنْ ضِيْقِ الدُّنْيَا إِلَى سِعَةِ الدُّنْيَا وَالأَخِرَةِ،وَمِنْ جَوْرِ الأَدْيَان إلَى عَدْلِ الإِسْلَام.

Allah telah membangkitkan kami untuk mengeluarkan sesiapa sahaja:-

1. Daripada perhambaan terhadap makhluk kepada perhambaan terhadap tuhan makhluk (Allah SWT),

2. Daripada kesempitan hidup di dunia kepada keluasan hidup di dunia dan akhirat,

3. Daripada kesesatan atau kezaliman agama-agama yang lain kepada keadilan agama Islam.

Inilah erti sebuah kemerdekaan yang sebenar dan hakiki yang dikehendaki oleh Islam.

Mari kita mengislahkan kemerdekaan diri kita, keluarga, masyarakat dan negara kepada yang lebih baik.

Semoga lahir jiwa hamba merdeka yang hanya memperhambakan diri kepada Allah yang Esa.

Semoga lahir jiwa hamba merdeka yang bukan hanya mengejar dunia semata-mata, malah berusaha menjadikan dunia sebagai jambatan kepada kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Semoga lahir jiwa hamba merdeka yang sentiasa berusaha memperjuangkan keadilan Islam setiap masa.

Semoga lahir kehidupan insan yang diredhai Allah.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.

"Malaysia Madani: Jiwa Merdeka"

https://t.me/kapsul_tazkirah
Merdekakah Kita?

Sempena memperingati kemerdekaan negara kita dan Sambutan Bulan Kebangsaan 2024, sejauhmana kita benar-benar merdeka?:

• Merdeka dari belenggu penjajah.

• Merdeka dari serangan pemikiran (al-ghazw al-fikri).

• Merdeka dari penjajahan ekonomi.

• Merdeka dari belenggu keberhutangan.

• Merdeka dari budaya ciplak songsang, yang tiada kena mengena dengan adat resam ketimuran dan Malaysia.

• Merdeka dari akhlak buruk dan keji serta nafsu serakah yang buruk dan hina seperti mengadu domba, bermusuh, rasuah dan sebagainya.

• Merdeka dari akal yang terbelenggu dengan kemabukan sama ada disebabkan oleh arak, dadah juga smartphone dengan pelbagai aplikasi yang melalaikan seperti online game

• Merdeka dari kemalasan, kealpaan, ketakutan, kelalaian, kemiskinan, kepapaan, kebodohan, kejahilan, kelemahan dan pelbagai sikap negatif.

• Merdeka dari kemurungan, dukacita, kesedihan, perasaan dan pemikiran yang lemah.

• Merdeka dari perpecahan, pergaduhan, permusuhan, perseteruan serta perbalahan.

• Merdeka dari kelemahan pembinaan institusi kekeluargaan seperti rapuhnya rumahtangga, ketidakbertanggungjawaban terhadap anak-anak dan remaja, kurangnya kasih sayang, simpati dan empati dari kalangan keluarga.

• Merdeka dari sifat dan sikap ekstrem, taksub, perkauman yang melampau serta mengeruhkan hubungan etnik, bangsa serta warganegara Malaysia.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2024.

https://t.me/kapsul_tazkirah
Musim cuti sekolah bakal tiba! Mencari perisian video terbaik untuk anak-anak?

Menggunakan AI bertujuan memberi keselamatan akses untuk kanak-kanak.

Mari mulakan pendidikan yang baik untuk anak-anak dari rumah.

https://duriooplus.com/gengdurioo
Menjaga Hati

قال الإمام الشافعي - رحمه الله

إذا خفت على عملك العُجب ، فاذكر رضى من تطلب ، وفي أي نعيم ترغب ، ومن أي عقاب ترهب ، فمن فكر في ذلك صغر عنده عمله .

- سير أعلام النبلاء ( ٤٢/١٠ ) -

Imam As-Syafi’i rahimahullah berkata:

“Jika kamu merasa khawatir terhadap sikap ‘ujub (perasaan bangga diri) atas amal perbuatanmu, maka ingatlah keredhaan siapa yang menjadi tujuan amalmu? Di alam kenikmatan siapakah engkau hendak berlabuh? Dan dari siksaan siapakah engkau berupaya menghindarkan dirimu (darinya)?
Barangsiapa merenungkan hal-hal tersebut, nescaya ia akan menganggap sedikit dan remeh amal ibadahnya."

-Kitab Siyar A’laam An-Nubala’ (10/42)-

https://t.me/kapsul_tazkirah
https://t.me/boost/kapsul_tazkirah
Bagi yang mencari buku-buku dan video bermanfaat, banyak buku dan video menarik menanti anda!

Dapatkan segera dengan harga promosi sebelum tamat tempoh!

Kita cuba manfaatkan waktu terluang dengan mencari aktiviti yang berfaedah 🙂

Buku Faqih
https://abbascentre.onpay.my/order/form/TerbitanBukuFaqih/203

Buku Paradigma Ibrah
https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/buku/94

Buku APT
https://akademipemikiranturath.onpay.my/order/form/BukuAPT/42

Buku Imanshoppe
https://www.imanshoppe.com/?ref=czqrrpep

Video untuk kanak-kanak
https://duriooplus.com/gengdurioo
“Wanita itu ialah tiang negara. Kalau wanita itu baik, baiklah negara, dan kalau mereka rosak, rosak pulalah negara. Mereka adalah tiang; dan biasanya tiang rumah tidaklah begitu kelihatan. Tetapi kalau rumah sudah condong periksalah tiangnya. Tandanya tianglah yang lapuk.”

Prof. Dr. HAMKA