Kapsul Tazkirah
20.7K subscribers
292 photos
100 videos
6 files
892 links
Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda;

‎خير الناس أنفعهم للناس

Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.
Download Telegram
Bulan Kelahiran Junjungan Baginda Nabi SAW

Alhamdulillah, kita dapat menyambut lagi bulan lahirnya Baginda Nabi Muhammad SAW (ربيع الأول). Sebagai umat baginda Nabi, sangat baik jika kesempatan yang hadir ini dapat kita sama-sama;

1) Ulangkaji Sirah perjuangan baginda Nabi SAW, merasai setiap titisan peluh dan darah, menghargai tiap usaha dakwah dan tarbiah serta berusaha untuk menyambung legasi ini.

2) Memperbanyak selawat ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW.

3) Menuruti sunnah peninggalan baginda Rasulullah SAW seperti menunaikan solat berjemaah, menjaga hubungan sesama manusia, berlaku ihsan terhadap semua makhluk.

اللهم صل على محمد وعلى آل محمد

https://t.me/kapsul_tazkirah
Adab Pekerja dan Majikan

Majikan:

1) Hikmah dalam memberi arahan
2) Tidak menzalimi
3) Memelihara hak seperti cuti, gaji, elaun, bonus dan lain-lain
4) Mendengar cadangan
5) Memastikan keselesaan dan keselamatan tempat kerja

Pekerja:

1) Amanah dalam pekerjaan
2) Taat arahan jika tidak melanggar etika/undang-undang
3) Tepati waktu
4) Hormat ketua
5) Memberi cadangan penambahbaikan

https://t.me/kapsul_tazkirah
Imam As-Showi menyampaikan sebuah hadis yang diriwayatkan Imam al-Bukhari RA, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ قَالَ هَذِهِ الصَّلاَةَ شَهِدْتُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِالشَّهَادَةِ وَشَفَعْتُ لَهُ

“Barang siapa membaca Selawat Ibrahimiyyah ini maka aku (Rasulullah) akan menjadi saksi bahawa orang tersebut wafat dalam keadaan membawa 2 kalimat syahadat dan aku (Rasulullah) berjanji akan memberikan syafaat kepadanya.”

SELAWAT IBRAHIMIYYAH
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan Muslim]

https://t.me/kapsul_tazkirah
Bagi yang mencari buku-buku dan video bermanfaat, banyak buku dan video menarik menanti anda!

Dapatkan segera dengan harga promosi sebelum tamat tempoh!

Kita cuba manfaatkan waktu terluang dengan mencari aktiviti yang berfaedah 🙂

Buku Faqih
https://abbascentre.onpay.my/order/form/TerbitanBukuFaqih/203

Buku Paradigma Ibrah
https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/buku/94

Buku APT
https://akademipemikiranturath.onpay.my/order/form/BukuAPT/42

Buku Imanshoppe
https://www.imanshoppe.com/?ref=czqrrpep

Video untuk kanak-kanak
https://duriooplus.com/gengdurioo
Terlalu banyak nikmat jangan sampai tidak disyukuri. Terlalu banyak ujian jangan sampai tidak redhai. Terlalu banyak harta jangan sampai tidak nafkahi. Terlalu banyak masa jangan sampai tidak hargai. Terlalu banyak dosa jangan sampai tidak sedari. Terlalu banyak kerja jangan sampai tidak laksanai!
Pepatah cina berbunyi ;

' Andai inginkan kebahagiaan setahun, semailah benih, andai inginkan kebahagiaan sepuluh tahun, tanamlah pokok dan andai inginkan kebahagiaan seratus tahun, didiklah manusia. '
AGAMA, KUASA DAN HARTA BUKAN TIKET MELAKUKAN SEWENANGNYA

Dalam ensiklopedia karangan al-marhum Sheikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, terdapat 3 golongan manusia;

1) Manusia berperangai Binatang

- Mereka seperti binatang sebagaimana digambarkan dalam surah al-A’raf; makan dan bersenang-lenang dengan segala kenikmatan (harta, kuasa, pangkat) yang diberikan tanpa menjadikannya sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah. Kelak pengakhiran mereka di neraka Allah SWT.

2) Manusia berperangai Syaitan

- Mereka punyai kuasa dan menggunakannya untuk menzalimi, membunuh yang lain tanpa sebarang belas kasihan. Kuku besi, diktator, merupakan cara mereka memerintah. Menjadikan manusia lain seperti tiada nilai. Apa yang mereka perintah wajib dilaksanakan. Mereka ini pasti akan dihapuskan oleh Allah SWT dan diganti dengan kaum yang lebih baik seperti dalam surah Ali-Imran.

3) Manusia bersifat dengan nilai Ketuhanan

- Mereka ini mengabdikan seluruh kehidupan kepadaNya Azza wa Jalla. Setiap yang dilakukan hanya mengharap redhaNya. Tidak mengharap sebarang pandangan makhluk biarpun sumbangannya itu cukup besar dan signifikan untuk masyarakat, agama dan negara. Mereka ini lah hamba Allah SWT yang akan dimasukkan ke syurgaNya kelak.

https://t.me/kapsul_tazkirah
Terlalu banyak tragedi menyayat hati yang kita baca dan dengar setiap hari. Perbanyakkan berdoa, moga-moga kita semua terpelihara dari musibah yang terlalu berat dan tak tertanggung.

اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلَاءِ وَدَرَكِ الشَّقَاءِ وَسُوءِ الْقَضَاءِ وَشَمَاتَةِ الْأَعْدَاءِ

Ya Allâh, kami berlindung kepada-Mu dari beratnya musibah yang tak mampu ditanggung, dari datangnya sebab-sebab kebinasaan, dari buruknya akibat apa yang telah ditakdirkan, dan gembiranya musuh atas penderitaan yang menimpa. [Muttafaq ‘alaih]

#Ujian
Memberi Tanpa Mengharap

Terkadang kita menghulur, membantu seseorang semampunya dan di hujung kita berharap semoga akan dihargai, namun acap kali kita kecewa mungkin kerana dia terlupa sekurang-kurangnya ucapan terima kasih membuat hati kita seakan hancur.

Namun, renungi lah kisah Dzulqarnain dalam surah al-Kahf yang berusaha membantu kaum yang tidak difahami pun tuturnya. Dia membuktikan kesyukurannya terhadap anugerah yang dilimpahkan Allah SWT kepadanya dengan berbuat baik kepada yang memerlukan tanpa mengharap apa-apa balasan.

قَالُوا يَاذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَى أَنْ تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا . قَالَ مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْمًا

Maksudnya:
Mereka berkata: “Hai Dzulkarnain, sesungguhnya Ya’juj dan Ma’juj itu yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?” Dzulkarnain berkata: “Apa yang telah dianugerahkan oleh Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka.” (Al-Kahfi: 94 – 95)

Membantu saudara kita di saat mereka susah dan memerlukan tanda ketinggian manusiawi yang perlu dipupuk dalam jiwa orang beriman. Mengapa begitu susah menghulur sedangkan diri kita dahulu pun bersandar pada kebaikan manusia lain?

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ 

“Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.” 

(Riwayat Muslim (2699)

https://t.me/kapsul_tazkirah
Kerana Pulut Santan Binasa,
Kerana Mulut Badan Binasa

Pasti kita pernah dengar peribahasa ini. Adat Melayu juga menekankan perihal penjagaan tutur kata dan adab sopan seiring dengan rukun negara Malaysia iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Agama Islam sangat menjaga isu akhlak dalam kalangan penganutnya. Terlalu banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW menceritakan tentang akhlak, muamalah sesama makhluk dan kepada Pencipta.

Namun, dukacita teramat bila menyaksikan perselisihan yang berlaku terutama di laman sosial dibakar dengan kata-kata keji, tuduhan, nista dan dusta. Tangan dan jari seakan meluahkan apa yang terbuku di hati dan yang tak mampu diungkap dengan kata-kata.

Mungkin kita rasa tiada yang mampu melihat, mampu menangkap, mampu melawan balik apa yang kita ungkap dan tuliskan di alam maya menjadikan kita sangat berani menunjukkan perangai seakan tiada sekelumit perasaan malu dan hina. Mencaci, mengeji, memalukan yang lain tanpa rasa berdosa dan bersalah.
حسبنا الله ونعم الوكيل

Sukar sekali menjaga mulut, sesusah menjaga kemaluan sebagaimana hadis Nabi; Baginda SAW bersabda: 

مَنْ يَضْمَنْ لِي مَا بَيْنَ لَحْيَيْهِ وَمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَضْمَنْ لَهُ الْجَنَّةَ

Barang siapa dapat menjamin bagiku sesuatu yang berada di antara janggutnya (mulut) dan di antara kedua kakinya (kemaluan), maka aku akan menjamin baginya syurga.” 
(Hadis Riwayat Bukhari)

https://t.me/kapsul_tazkirah
Doa untuk saudara kita di Lubnan juga 🤲🏻😢

لعنة الله على الصهيونيين المجرمين الظالمين

#HancurIsrael
#PalestinBangkit
#LubnanBerdarah
Amanah Sebagai Pemimpin

" Aku bukan seorang kadi, tetapi aku adalah seorang yang akan melaksanakan perintah Allah. Aku bukanlah orang yang terbaik, tetapi aku adalah manusia seperti kalian juga. "

-Khalifah Umar bin Abdul Aziz-
Imam Nawawi menyenaraikan 6 situasi boleh mengumpat:

1. Mengadu kezaliman kepada pemerintah.
2. Menyebut orang yang melakukan kemungkaran dengan niat mahu mengubahnya.
3. Meminta fatwa dari ulama.
4. Memberi amaran kepada Muslimin tentang keburukan-keburukan, sehingga mereka tidak jatuh ke dalamnya.
5. Mencela orang yang terang-terangan melakukan kefasikan dan bid’ah.
6. Menyebut gelaran atau sifat seseorang supaya orang kenal siapa yang dimaksudkan.

Bahkan beliau menyebut yang mengumpat itu wajib dalam sesetengah situasi seperti menyebut kelemahan periwayat hadis, saksi, dan para penulis.

(Lihat Syarah Sahih Muslim oleh Imam Nawawi, dan lihat نظرية التقريب والتغليب , tesis PhD Dr Ahmed al-Rassouni)

Dipetik dari FB Muhd Eirfan
Semoga Allah merahmati Syekh Yusuf alQaradhawi. Karya ini merupakan catitan peribadi Syekh Abd alFattah Abu Ghuddah berkenaan sahabatnya dan rakan sejuangnya ini. Jemput baca & hayati bersama.

***

E-BUKU PERCUMA
EDISI KHAS MENGENANG AL-‘ALLĀMAH SHAYKH YŪSUF AL-QARAḌĀWĪ

Sesungguhnya hati-hati kita amat merasai kesedihan mendengar berita kembalinya ke rahmatullah seorang ‘alim dan faqih kesayangan umat ini iaitu Shaykh Yūsuf al-Qaraḍāwī pada petang 26.9.2022, di Qatar pada usianya mencecah 96 tahun.

Shaykh Yūsuf al-Qaraḍāwī sangatlah tidak asing bagi kita semua. Beliau adalah ulama besar rujukan umat. Ratusan karya peninggalan beliau adalah merupakan kemuliaan Allāh yang dikurniakan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan berapa juta manusia yang dapat mengambil manfaat daripada ilmunya, yang merupakan kebaikan yang kekal, yang berpahala. Telah banyak juga karya-karya beliau yang telah kami terjemahkan di dalam bahasa Melayu buat manfaat umat di Nusantara ini. Tetapi, buat edisi kali ini, kami menterjemahkan karya yang dikarang oleh ulama besar yang lain yang menceritakan dan menggambarkan kehebatan kedudukan seorang ulama besar kesayangan umat ini.

Karya ini, kami judulkan sebagai "Faqīh dan Murshid Kami: al-‘Allāmah Yūsuf al-Qaraḍāwī," yang merupakan buah tangan Shaykh ‘Abd al-Fattāḥ Abū Ghuddah, seorang alim dan pakar hadis yang masyhur yang telah lebih dahulu meninggalkan kita semua. Karya ini adalah penghargaan beliau terhadap rakan seperjuangannya, Shaykh Yūsuf al-Qaraḍāwī.

Karya ini istimewa, kerana ia bukan dikarang orang biasa, tetapi dari pena ulama juga. Demikianlah para ilmuwan Islam yang hakiki yang saling mengasihi dan menghormati atas nama kebenaran.

Karya ini boleh dibaca dan dimuatturun melalui pautan di bawah:

https://drive.google.com/file/d/1l880kMJG_T0ztvc2x1eFyuu9ECACnGWP/view?usp=sharing

Kita semua amat merasai kehilangan Shaykh Yūsuf al-Qaraḍāwī. Moga-moga Allāh ta‘ālā memberi tempat dan ganjaran yang teristimewa buat ruhnya.
ABIM PRESS