Bahagian Kewangan Pelajar dan Endowmen (BKPE), UiTM
12.8K subscribers
91 photos
4 videos
9 files
80 links
Rangkaian telegram BKPE UiTM ini diwujudkan bagi menyalurkan maklumat dalam kaedah penyampaian yang lebih efektif selaras perkembangan teknologi masa kini.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh dimajukan kepada emel rasmi BKPE : kewanganpelajar@uitm.edu.my
Download Telegram
PEMAKLUMAN PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN BAGI PENGELUARAN PENDIDIKAN KWSP UNTUK PELAJAR SEPARA TAJAAN

Untuk makluman, mulai 3 FEBRUARI 2026 (Selasa) semua permohonan pengeluaran pendidikan KWSP bagi pelajar yang mendapat separa tajaan perlu dibuat sepenuhnya secara atas talian i-Akaun KWSP. Tiada lagi permohonan secara manual di Kaunter KWSP akan diterima. Semua permohonan dan urusan berkaitan hendaklah dibuat sepenuhnya melalui sistem yang telah ditetapkan.

Sehubungan itu, semua pelajar yang menerima tajaan diminta untuk mengemaskini maklumat tajaan masing-masing di dalam sistem Portal Mystudent dengan memilih Kategori Tajaan sama ada:
• Tajaan penuh
atau
• Tajaan separa

Dan sekiranya tajaan telah tamat, mohon kemaskini kepada tiada tajaan/pembiayaan/pinjaman.

Maklumat yang tepat dan terkini amat penting bagi memastikan urusan pengesahan permohonan pengeluaran pendidikan KWSP berjalan dengan lancar.

Selain itu, tarikh akhir penjanaan secara kendiri Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar (SPPP) bagi pelajar tajaan melalui sistem dibuka sehingga 15 Februari 2026 (Ahad) sahaja.

Kerjasama dan perhatian daripada semua pihak amatlah dihargai.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh layari Soalan Lazim Pelajar UiTM atau hubungi Pegawai Bertanggungjawab iaitu :

1. Encik Muhammad Amir Hamzah Mohd Samsudin, Penolong Bendahari di talian 03-5544 3374
atau
2. Puan Nik Nur Syahirah Nik Osthman, Penolong Akauntan Kanan di talian 03-5544 3401

Sekian, terima kasih.
Assalammualaikum wbt. dan Salam Sejahtera

YBhg. Prof. Emeritus Datuk / Dato' / Datin / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,

PEMAKLUMAN GANGGUAN AKSES KEPADA SISTEM KEWANGAN (FINEPAY / FINEPORTAL / FINEPROCUMENT PLUS / PORTAL KEWANGAN PELAJAR / LAMAN WEB JABATAN BENDAHARI)

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Selaras dengan pemakluman oleh Ketua Pegawai Digital (CDO) bertarikh 18 Mac 2026 berkaitan aktiviti penyelenggaraan rangkaian UITMNet & MYREN KPT yang akan dilaksanakan pada 27 - 28 Mac 2026 (Jumaat - Sabtu), adalah dimaklumkan bahawa akses kepada sistem-sistem kewangan (FINePay / FINePortal / FINeProcument Plus / Portal kewangan Pelajar / Laman Web Jabatan Bendahari) turut akan mengalami gangguan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 27 - 28 Mac 2026 (Jumaat - Sabtu)
Masa : 6:00 petang hingga 6:00 pagi

3. Sehubungan dengan itu, semua pengguna adalah dinasihatkan untuk merancang sebarang transaksi berkaitan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Pihak kami memohon maaf atas kesulitan yang mungkin dihadapi dan pihak kami menghargai kerjasama semua pihak dalam perkara ini.

4. Kerjasama yang diberikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Datuk / Dato' / Datin / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan kami didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

اوسها، تقوى، موليا
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Unit Sistem
Bahagian Akaun dan Sistem Kewangan
Jabatan Bendahari
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saudara/i Pelajar,

Perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan kepada semua pelajar di bawah tajaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bahawa pengesahan status pelajar bagi tujuan bayaran tajaan hanya akan dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa (HEA) selepas keputusan peperiksaan semester diumumkan.

📅 Keputusan Peperiksaan Semester
17 Mac 2026

Sehubungan itu, bayaran tajaan PTPTN dijangka akan dikreditkan ke dalam akaun pelajar:

💳 Selepas 7 April 2026

Bayaran ini adalah tertakluk kepada proses semakan dan kelulusan pihak PTPTN.

Pelajar dimohon untuk mengambil maklum perkara ini serta memberi ruang kepada pihak berkaitan bagi melengkapkan proses yang diperlukan.
Emel ini ditujukan khas kepada pelajar yang berkaitan sahaja. Mohon abaikan sekiranya tidak berkenaan .
Sekian, terima kasih.

اوسها، تقوى، مليا
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk makluman, penjanaan bil yuran pengajian bagi pelajar Prasiswazah (Mod SML) dan Pascasiswazah telah dibuka bermula 23 Mac 2026 hingga 26 April 2026.

Sehubungan itu, bagi pelajar yang telah menekan butang jana bil di Portal Pelajar namun bil yuran pengajian bagi sesi 20262 masih belum dipaparkan, pelajar dimohon untuk menunggu sehingga proses pengemaskinian struktur yuran selesai dilaksanakan oleh pihak teknikal.

Bil yuran pengajian dijangka akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada hujung minggu ini.

Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali dan didahului dengan ucapan terima kasih atas kesabaran serta kerjasama semua pihak.
PANDUAN KEMASKINI MAKLUMAT TAJAAN DI PORTAL MYSTUDENT

Pelajar tajaan tidak perlu memohon kelulusan bagi penangguhan bayaran (setiap semester sepanjang tempoh tajaan).

Walau bagaimanapun, pelajar perlu mengemaskini status tajaan secara kendiri di MyStudent setiap awal semester seperti panduan di atas.

Semua pelajar yang menerima tajaan diminta untuk mengemaskini maklumat tajaan masing-masing di dalam sistem Portal Mystudent dengan memilih Kategori Tajaan sama ada:
• Tajaan penuh
atau
• Tajaan separa

Dan sekiranya tajaan telah tamat, mohon kemaskini kepada tiada tajaan/pembiayaan/pinjaman.
⚠️ PERINGATAN⚠️
Penggunaan kad debit atau kad kredit milik pihak ketiga tanpa kebenaran pemegang kad bagi tujuan pembayaran yuran adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Pihak universiti tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang pertikaian atau tuntutan yang timbul akibat penggunaan tersebut.
Pelajar dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran pemegang kad terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembayaran.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk makluman, penjanaan bil yuran pengajian bagi pelajar Prasiswazah (Mod SML) dan Pascasiswazah telah dibuka bermula 23 Mac 2026 hingga 26 April 2026.

Sehubungan itu, pelajar diminta untuk menekan butang jana bil di Portal Pelajar dan bil yuran pengajian akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam.

Jika bil yuran pengajian masih tidak dipaparkan, mohon emelkan ke kewanganpelajar@uitm.edu.my
Untuk makluman terdapat gangguan teknikal bagi kaedah pembayaran yuran secara atas talian. Pelajar dinasihatkan untuk melakukan pembayaran melalui kaedah yang lain buat sementara waktu https://bendahari.uitm.edu.my/index.php/component/content/article/37-pelajar/50-pelajar-tahukah-anda?Itemid=101
Untuk makluman semua, kaedah pembayaran secara dalam talian melalui platform kiplePay kini telah dibuka semula. Sehubungan itu, pelajar boleh menggunakan kaedah ini untuk membuat bayaran yuran.

Sekian, terima kasih.
MAKLUMAN : TINDAKAN SEGERA PELAJAR TAJAAN BDPT LZS

Kepada semua pelajar tajaan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT) Lembaga Zakat Selangor (LZS
):

Pelajar dikehandaki mengemaskini maklumat penaja anda kepada LEMBAGA ZAKAT SELANGOR di Portal MyStudent/Fine Student Portal setiap awal semester.

Kegagalan mengemaskini maklumat penaja akan menyebabkan nama pelajar TERKECUALI daripada senarai laporan bayaran oleh LZS.

Mohon ambil tindakan segera untuk memastikan kelancaran proses pembayaran yuran anda.
Pelajar boleh memohon penangguhan yuran melalui pautan berikut selewat lewat nya 13 Mei 2026 : https://online.uitm.edu.my/ipsis/deferment/feedeferment/
HEBAHAN KESELAMATAN SIBER

AWAS! Lindungi Identiti Digital Anda. Berwaspada Terhadap Laman Web Palsu (Phishing).

Pelajar adalah diingatkan supaya TIDAK log masuk ke laman web yang tidak sah atau mencurigakan.

Bagi mengelakkan risiko penipuan siber dan penyalahgunaan maklumat peribadi, sila pastikan anda hanya mengakses sistem melalui laman web rasmi universiti atau pautan yang disahkan.

Sebelum memasukkan ID pengguna, kata laluan atau maklumat peribadi, sila pastikan perkara berikut:

• Pastikan alamat laman web (URL) adalah tepat dan menggunakan domain rasmi universiti.
• Elakkan mengklik pautan yang diterima melalui e-mel, SMS atau aplikasi pemesejan daripada sumber yang tidak dikenali.
• Jangan sesekali berkongsi kata laluan atau maklumat log masuk dengan mana-mana pihak.
• Sekiranya anda ragu-ragu terhadap kesahihan sesuatu laman web, hentikan proses log masuk dengan segera dan hubungi pihak yang berkaitan untuk mendapatkan pengesahan.

BAHAGIAN KEWANGAN PELAJAR DAN ENDOWMEN