JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI PAHANG
203 subscribers
829 photos
6 videos
27 files
503 links
Laman Rasmi Telegram Imigresen Negeri Pahang
Download Telegram
HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA 2023

Bersempena dengan Sambutan Hari Imigresen 2023, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pahang akan menganjurkan program Hari Bertemu Pelanggan JIM 2023 (HBPJIM) pada 20 Julai 2023.

Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dijemput hadir ke HBPJIM yang dijalankan di Lobi Jabatan Imigresen Negeri Pahang bermula pada jam 9 pagi sehingga
jam 4 petang.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan di HBPJIM ini ialah pertanyaan, semakan dan khidmat nasihat semua urusan Imigresen termasuk , kaunter kaunter Visa, Pas dan Permit, kaunter Pekerja Asing,, kaunter Bahagian Penguatkuasaan.

#MalaysiaMADANI #KDNMADANI #imigresen #jim #HBPJIM2023
Dimaklumkan bahawa kaunter Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) di Pejabat Imigresen Cawangan Cameron Highlands ditutup buat sementara waktu berikutan masalah teknikal dari 26.12.2023 sehingga dimaklumkan kelak

Sekian, harap maklum
Salam, sama-sama kita saksikan program Bicara Naratif bersama YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Imigresen dengan kupasan tajuk *Repatriasi Migran* di saluran RTM1. Program dijadualkan bersiaran secara langsung pada 27 Feb. (Selasa) pada pukul 9.00 malam.
[PROGRAM REPATRIASI MIGRAN]

https://vt.tiktok.com/ZSFcGQbqs/

Tinjauan pelaksanaan Program Repatriasi Migran. Program Repatriasi Migran dilaksanakan bermula 1 Mac 2024 sehingga 31 Disember 2024 bagi membenarkan pendatang asing tanpa izin (PATI) pulang ke negara asal secara sukarela. Jabatan Imigresen Malaysia tidak melantik mana-mana pihak sebagai ejen di bawah Program Repatriasi Migran untuk berurusan dengan PATI.

Warga asing atau PATI yang ingin mendaftar di bawah program ini perlu membuat temujanji di Sistem Temujanji Online (STO) terlebih dahulu di pautan https://sto.imi.gov.my/STO/home.php dan hadir sendiri ke Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami melalui Sistem Pertanyaan Online (SPO) https://eapp.imi.gov.my/tanya/create
[VIDEO PILIHAN] IMIGRESEN | Sindiket Penyeludupan Manusia Warga Bangladesh Tumpas

Jabatan Imgresen menumpaskan sindiket penyeludupan manusia dan menahan lapan pendatang asing tanpa izin warga Bangladesh dalam operasi khas dua hari lalu di sebuah kediaman di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Sumber: TV3

https://vt.tiktok.com/ZSY87q6ML/
[NOTIS PENTING] KEPADA SEMUA MAJIKAN & APPVM

🌐 17 Mei 2024 - Tarikh akhir permohonan eVISA kategori Pekerja Asing

🌐 18 Mei 2024 - Penutupan permohonan eVISA semua kategori Pekerja Asing

🌐 27 Mei 2024 - Pembukaan semula permohonan eVISA kategori Pekerja Asing Sektor Tidak Formal, Sabah dan Sarawak

🌐 31 Mei 2024 ‐ Tarikh akhir kemasukan Pekerja Asing Sektor Formal

#imigresen #jim #kdnmadani #MalaysiaMadani #KDN_TogetherWeAreOne #KeselamatanTanggungjawabBersama
Orang ramai diingatkan untuk tidak menggunakan mana-mana pangkalan haram untuk melintasi Sungai Golok.

Seksyen 5 (2) Akta Imigresen akan dikenakan kepada mana-mana individu yang didapati bersalah.

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#PemikiranStrategikPuncaKemenangan
PENGGANTIAN PASPORT SECARA PERCUMA BAGI MANGSA BANJIR

✅️ Kementerian Dalam Negeri menerusi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menawarkan penggantian pasport secara percuma kepada mangsa banjir dalam usaha untuk membantu mempermudahkan urusan mereka yang terkesan.

✅️ Individu yang pasportnya rosak atau hilang akibat kejadian banjir boleh membuat permohonan penggantian pasport secara percuma sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan di mana-mana Pejabat Imigresen berhampiran.

#JIM
#taatsetia
#PERKASA
#Imigresen
#Immigration
#MalaysiaMadani
#ImmigrationWorldClass
#KementerianDalamNegeri
#KeselamatanTanggungjawabBersama

© 2024 Unit Komunikasi Korporat | JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

https://vt.tiktok.com/ZSj3Ur99n/